#Je pense à quelque chose que j'ai interdit de réfléchir









In high definition I'm dreaming of you
With my disposition I'm losing my cool






**goodnightbatman**



***Juwitamaya***
20.08.17
3.16am








Fikiran aku malam ini...

Assalammualaikum Ungu,

I miss u... Sooooo much! Rindunya nak jumpa Ungu, nak bercumbu dengan Ungu di tengah malam, Bercerita pada Ungu hari sukar, hari sedih, hari keliru, hari yang bingung,

Oh Ungu, I miss u like crazy.

Rasanya dah banyak episod kehidupan yang dah berlalu. Ramadhan, Syawal, training, work,work, and work, Mesyuarat PIBG, gotong royong sekolah, open house jiran, appointment dentist, exam, new sem, study week oh gosh, time flies so fast....

Ungu, sebenarnya ada beribu cerita tapi aku terlalu teruja nak menaip sampaikan aku tak tahu apa nak dimulakan. Apa yang nak aku ceritakan padamu? Hari-hari yang berlalu..... berlalu...dan terus berlalu...
Ada harinya satu hari aku asyik perhatikan hujan, ada harinya aku hanya menahan panasnya matahari.

Ungu, hari-hari berlalu aku sering bertanyakan pada hati, dan mengimbas kembali...kenapa aku berubah?
Ungu, kau kenali aku. Aku yang selalu meluahkan segalanya padamu. Aku terasa seperti semakin jauh dengan tuhan. Cuba kau lihat, Ungu. Bahasaku, tulisanku, lain benar..aku tahu kau pun sedari itu. Tapi kalaulah kau juga tahu bagaimana kecamuknya hatiku menahankan bimbang yang terbit.

Terlalu banyak rahmat tuhan. Terlalu banyak nikmat tuhan. Aku kah yang terlupa?

Ungu, apakah dunia sedang bertakhta di hatiku? Kenapa sekarang aku terlalu benar memikirkan tentangnya? Telah kubuang segala gambar duniaku, masih kuatkan hatiku untuk meninggalkan semua itu? Kuatkah hatiku untuk tidak berfikir perihal nafsuku?

Ungu,

Nafsuku berpesta celaru. Antara keinginan aneh yang macam-macam membuatkan aku buntu sendirian di sudut dinding kelam. Allah pinjamkan hati ini untuk aku gunakan sebaiknya. Aku masih lagi isi dengan sesuatu yang tidak layak untuk aku fikirkan. Aku tak boleh, tak layak dan dilarang untuk berbicara dan meluahkan semua itu. Tidak ada sedikit pun ruang untuk aku berbuat begitu dan aku perlu menyedarinya. Aku perlu sedarkan diri aku untuk tidak melakukan itu.

Ungu,

Malam ini aku terfikir tentang keinginan yang satu itu. Tolonglah kau jerit padaku "Apa kau tak tahu malu? Apa kau sudah gila? Kau Bodoh! Kau tidak boleh ada perasaan itu. Kau jangan sekali letakkan itu ke dalam hatimu?"

I just can't stop thinking about someone that i never met before.

Stop it!

Ye, maaf. Aku sedar. Aku sebenarnya sedar. Cuma aku rasa sebu jikalau aku tidak menuliskan itu. Entah berapa banyak puisi yang aku tuliskan untuk menggambarkan perasaannya tapi semuanya sudah ku renyuk-renyuk, kubuang dan aku bernafas lega kerana puisi itu macam tidak patut ada. Tidak perlu ada hati yang terluka di kemudian hari.

Tidak ada yang benar bertapak di hatiku cuma sesekali ianya terlintas....melayang....
Kadang-kadang rasa itu ada ketika aku sunyi. Sendiri-sendiri melihat hari. Kemudian, ianya hilang dan aku tidak pernah peduli. Tiba-tiba, perasaan itu datang. Kuat. Aku terus berpura tidak pernah berfikir langsung tentangnya. Aku senyum, ketawa dan sering berlucu-lucu di hari ku. Entah, tiba-tiba ianya datang. hey, jangan datang lagi. Tolonglah aku...Tika ia datang, sumpah! senyum terbit di wajahku. :-)

Ungu,

Ku harap, selepas malam  ini aku tidak lagi buntu. Leganya bila aku dah dapat menulisnya. Aku tidak mahu melupakan cuma tidak mahu terlalu memikirkan...Semoga segalanya hanya berlalu...begitu...dan bertahun lagi mungkin? Biarlah sampai bilapun aku tak pernah melihat matanya. Mungkin itu lebih baik? hurm...

Selamat malam ungu. Malam ini aku tidak mahu bermimpi.





Juwita Maya
~...dan bila kau hadir bagai satu misteri, terasa diriku bagai sudah dijampi...~~








Hello 2017



Ungu diupdate juga akhirnya yeay!


Gambar ini tiada motif. Maafkan rupaku yang hidung tak mancung dan pipi yang tersorong-sorong  + double chin itu.Semuanya kurniaan ALLAH ok dah, jangan mengumpat dalam hati pasal hidung aku. 

Assalammualaikum…

Bismillahirrahmannirrahim…

Penulisan pertama tahun 2017. Tak terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada Ungu dan diriku sendiri. Hey Ungu, Alhamdulillah…Allah masih meminjamkan dunia fana ini untuk aku. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah….tidakkan terbalas segala nikmat dengan berjuta malah berbillion kata Alhamdulillah kerana rahmat ALLAH SWT terlalu banyak dan tidak terhitungkan. 

Bila ditanyakan azam tahun baru aku, aku sebenarnya tak  ada azam yang spesifik sangat nak usaha capai. Aku hanya jalani hidup seperti biasa untuk keluarga yang sangat memerlukan aku. Setiap hari aku berazam supaya aku dapat memberi yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayangi.

Hati ini berbolak balik….iman ku turun dan naik…
Aku berlebihan dalam perbuatan ku, catatanku, lisanku, pemikiran ku….
Ampuni aku Ya Allah…ampuni aku…
Aku berperang dengan hati yang berbagi-bagi dengan banyak.
Ketika hati aku berbagi, aku kembali mencarimu ALLAH… Sudikah Engkau terima aku yang berbolak balik hati ini?
Wahai Tuhan yang memegang hati setiap manusia, tetapkan hatiku.. dengan IMAN

Aku sudah tidak berminat untuk bercakap lalu aku flashback.
(Aku menulis sambil makan M&M’s dan dengar lagu Senja Nan Merah)

 I miss the old days. Each memory has a soundtrack of its own… Jangan tiru macam aku..suka flashback yang aneh-aneh sedangkan ramai orang dah move on…kan..huhuhuu

Bagi aku, bercakap dalam hati lebih mendamaikan dari bercakap dengan menggunakan suara.

Sebab itu hobi aku adalah memancing, berlari ke hutan lalu berteriakku, (eh, terpuisi pulak eheh), berada di alam semulajadi dan dekat dengan…air!

Aku sangat gemarkan aktiviti memancing. Sekarang sudah lama aku tidak melakukannya dan aku sangat rindu. Semasa dulu aku sering mengikut beberapa sepupu lelaki aku memancing di malam minggu. Aku membeli joran berwarna shocking pink di pasaraya Fajar menggunakan duit biasiswa dan mereka menggelakkan aku kerana joran aku sangat feminine.  (Aku pun pelik, kenapa mereka mencipta joran berwarna pink?) Berkali-kali diorang Tanya sure ke idak ko nak ikut ita? Ko betoi ke nak memancing? Jangan sekerat jalan ko suruh kami mengantor ko balik ye. Aku rilex je cakap takde benda ah. Aku nak ikut la. Dan, hasilnya aku ikut sampai balik. Aku selamba je korek umpun-umpun  dan letak kat mata kail. So, diorang pun kagum kerana pada tanggapan pertama mereka, aku adalah acah2 perempuan yang tak tahan dengan nyamuk,geli dengan umpan lalu mengada merayu mintak dihantar pulang kerana joran aku berwarna pink. Oh please… ingat aku mengada ke kalau joran aku pink? Break the stereotype. Tak semestinya peminat pink dan purple itu bimbo macam Paris Hilton. Eceh..Paris Hilton terus ko ye kak.

Sejak itu, aku ada la beberapa kali mengikut mereka.. Cuma kalau mereka mahu memancing ikan yang agak besar  di tengah laut dengan bot mereka tidak mahu mengajak aku kerana aku adalah perempuan. Mereka sering menipu mengatakan mereka tidak memancing minggu itu kerana tidak mahu mengecilkan hati aku. Ntahapa-apa deme. Aku takde benda pun.Aku pun tak nak la weh. Bagi sangat la mak aku. Tapi paling best memancing di jambatan yang menghubungkan segari dengan Manjung waktu tengah malam. Masa tu jambatan tu baru siap dan tak banyak kereta lalu. Especially tengah malam.Memang best la wa cakap lu. Best layan blues tengah-tengah malam. Dengan angin sepoi-sepoi bahasanya, bau air laut yang menerjah hidung aku.  

Abang sepupu aku selalu pasang lagu jiwang tangkap nangis punya. Kadang-kadang abang sepupu aku cerita pasal kisah seram dan hantu dan aku selalu buat-buat tak takut sebab aku tahu niat sebenar dia nak takutkan aku. Tapi memang takut gila kau..lebih lagi kisah seram orang eksiden kat jambatan tu . Tapi sekarang tinggal kenangan kerana mereka masing-masing sudah pun menjadi bapak orang. Mereka sedang sibuk memancing anak di playground. Kalau jumpa mereka sekarang pun aku dah jaga batasan diri dan pertuturan sebab diorang pun control macho depan isteri masing-masing. Dulu diorang main carut je kat aku.Tapi kadang-kadang Nampak gak kat facebook mereka memancing. Aku pun teringin tapi status mak mak macam sekarang tak mengizinkan…

Apabila memancing, aku selalu perhatikan sekeliling aku. Jikalau memancing di laut, aku selalu perhatikan ombak yang bermacam patern ,mengira berapa kali ombak akan menghempas pantai dan mencongak berapa kali ombak besar dan berapa kali ombak kecil. Setelah dua kali ombak kecil, akan datang satu ombak besar di mana air akan menjadi tinggi sedikit dan berdebush! Ianya menghempas pantai dengan kuat dan naik ke atas membasahkan seluar aku yang sedang duduk di pasir. Tapi, Cuma ombak rindu je yang aku tak mampu kire. Cia…cia…cia.. (merepek!). ok, ini saja-saja je. Cuma suka-suka je nak kira ombak sebab boring ikan tak makan umpan lagi .Ko mampu? kire ombak? Heh.

Jikalau memancing di muara atau sungai, aku suka perhatikan arus air yang mengalir. Tenang je. Kadang-kadang ada daun-daun kering yang ikut, mengalir lembut… Selain itu, aku juga suka  mengumpan semut api dengan makanan yang dibawa seperti roti. Aku gembira melihat mereka memikul roti tersebut ke sarang meraka dan beranggapan mereka pasti sangat gembira sambil menyanyi lagu hoi hoi ya hoi… siap buat dialog kah kah kah

Oh rindunya. Aktiviti tanpa suara yang lama aku tinggalkan. Seronok pulak tu kalau dapat ikan walaupun terpancing ikan buntal. Aku rasa macam sangat gembira kerana ikan sudah berada di genggaman aku. Aku telah Berjaya memperdaya ikan dan rasanya seperti kejayaan besar he he he…ntahapa-apa kan ko.

Dulu, aku sering memancing ataupun pergi melepak sahaja di satu tempat yang dinamakan Teluk Batu. Sebelum sampai ke Teluk Rubiah. Kawasan batu tempat aku memancing dengan kawan-kawan sekampung aku menghadap ke stesen janakuasa Manjung yang ketika itu baru nak dibina.Aku melihat proses menambak pasir yang dibuat berbulan-bulan setiap hari. Aku saksikan progressnya yang sedikit demi sedikit. Selalu juga berborak dengan beberapa orang brader yang sama-sama memancing kat situ dan aku selalu  imagine bagaimanakah bentuk bangunan yang akan dibangunkan di situ. Apakah kesannya terhadap hidupan laut dan kampung aku kerana beberapa penduduk kampung aku adalah terdiri daripada nelayan. Tapi brader itu memberitahu bahawa nelayan ke laut lepas untuk menangkap ikan. Oleh kerana ianya stesen janakuasa, apakah kesannya terhadap cuaca/tahap pencemaran di kampung aku. Dan yang bestnya brader tu layan je pertanyaan aku macam pro heheheh. Aku suspek brader tu salah seorang yang terlibat di dalam pembinaan tersebut Cuma dia tak cakap jer. Dan sekarang ni, stesen janakuasa Manjung tu dah siap dan berfungsi pun. Bentuknya totally tak sama seperti yang aku imagine sebab ianya besar gila. Cuma kedudukan pondok guard depan pintu masuk tu je sama seperti yang aku bayangkan haha. 

Pernah masuk Majalah Tiga hari tu. Ianya membuka peluang pekerjaan pada anak muda kampung aku means kurangkan kadar pengangguran dan gaji agak tinggi. Tapi Cuma kesannya laut itu telah sedikit tercemar, ikan tak ada sangat kalau memancing di situ dan panas. Tapi ok la kan kampung aku glamer apa masuk tv3 huhuhu. Kampung ko hado? Lalalalala…

Kesimpulannya, aktiviti memancing banyak membuatkan aku berfikir tentang kebesaran Allah yang tiada tolok bandingannya. Allah… Indahnya langit, tenangnya melihat hijau rimbunan pokok. Seronok betul rasanya. Rindunya aku. Itulah aktiviti tak bercakap yang paling aku suka selain membaca. Sorry, aku memang tak membaca semasa memancing kerana aku lebih suka explore sekeliling aku. Alhamdulillah, aku tak pernah jumpe yang pelik-pelik semasa memancing. Paling ngeri pun jumpa anak ular tedung je. Aku dah suruh dia kirim salam dan pesan kat mak dia tolong jangan datang ok heheh.

Baiklah, penulisan pertama tahun 2017 aku mulakan dengan flashback kisah memancing aku.  Aku harap kau tak boring ye Ungu. Kalau kau boring pun, aku peduli hape. Ko yang boring bukan aku.

Penyerahan yang paling indah

Hari tu, aku telah menonton drama Jejak Karmila. Aku hanya menonton episode akhir drama tersebut. Aku tak follow betul-betul drama tu, Cuma sekali sekala tertengok bila tunggu budak-budak ni balik mengaji. Lagi satu, aku kurang gemar ikuti drama bersiri sebab aku malas nak tengok sambungan demi sambungan kerana aku tiada masa menonton tv. Masa aku menonton tv sepenuh masa adalah semasa di dalam pantang sahaja. Masa tu memang aku follow lah cerita apa pun der sampaikan citer zaman firaun pun aku layan je.

Aku pun tengok Jejak Karmila kerana ada Fauziah Ahmad Daud di dalam cerita itu. Bagi aku, ogy sangat natural dalam lakonan. Lakonan dia sangat memberi kesan. Mimik muka yang hidup dan  tidak dibuat-buat. Jangan tak tahu aku berulangkali menonton citer Ali Setan dan Azuuuraaa…. Ada sinar di matamu….. hehehehe

Semasa aku menonton, adalah scene di mana Ogy berdoa di atas sejadah, menangis bersungguh memohon dan berserah pada Allah. Aku terpaku tengok walaupun aku tahu itu lakonan tapi aku tersentuh dengan penyerahan yang telah dilafazkan oleh Ogy. Aku suka mendengar penyerahan dan tawakal segala-galanya pada ALLAH Swt. Perasaan itu sungguh indah. Indah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan apabila dihamburkan segalanya di atas sejadah. Di ‘hadapan’ Tuhan semesta alam. Berharap dan  merayu di ‘bahu’ nya agar segalanya di dalam lindungan DIA.

Entah kenapa, jikalau ada sesiapa yang mengadu apa-apa pada aku, aku sangat berharap beliau kembali kepada ALLAH Swt jikalau tiada penyelesaian yang dapat dibuat. Aku pasti, seorang muslim yang sihat akalnya pasti akan mencari ALLAH jikalau dalam keadaan buntu. Tanyalah sesiapapun, walau seorang perompak sekalipun, jikalau masih ada sebesar zarah pun iman, pasti akan kembali mencari tuhan di dalam kehidupan. Hidayah itu milik Allah, Allah yang memegang hati kita manusia. Aku kadang-kadang bercakap macam lah aku ni baik sangat kan….maafkan aku Ya Allah. Kadangkala aku lupa aku siapa ketika aku menyelusuri hidup ini.

Dalam scene drama atau filem, aku sukakan scene yang ini. Aku suka mendengar rintihan  seseorang yang mengharap pada ALLAH walaupun dia hanyalah berlakon.

*********************************************************************************

Ungu, setakat ini saja perjumpaan kita ok. Nanti ada masa kita jumpa lagi. Yang pasti, i miss you  everyday.

Selamat Malam Dunia......


"Love all,
trust a few,
do wrong to none"
~William Shakespeare~

Juwita Maya
March 5,
4.22 am

*What if someone you never met,someone you never saw,someone you never knew, was the only someone for you?*

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"