Gemuk




Gemuk!

Aku tersentak mendengar teriakan dari sekumpulan kanak-kanak lelaki kearah seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di tepi tembok. Duduknya sembunyi sedikit dari tiang. Aku hanya nampak separuh. Dia lengkap berbaju sukan .Aku memandang dia. Baju dan tudungnya sedikit comot dengan bekas-bekas tumpahan sos dan barangkali juga coklat. Aku menjegil mata pada sekumpulan budak lelaki yang berteriak tadi.

"Gemuk! gemuk macam badak! "

Kanak-kanak lelaki itu memekik lagi seperti sedang mengiramakan ejekan tersebut.

Aku pergi ke arah mereka dan mereka sedikit terkejut.

Lalu mereka berundur apabila aku mara sedikit demi sedikit dengan wajah yang sengaja aku kerutkan.

Setelah mereka berlalu, aku mendekati kanak-kanak perempuan itu. Aku menyuruhnya bangun dan duduk di tepi aku di atas kerusi yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

“Nama?”

"Nur Farah Irdina"

Jawabnya sepatah. Aku merenung tag nama yang dijahit Farah Irdina sahaja. ‘Nur’ nya sudah hilang. Rasa menyesal juga sedikit kerana aku juga memberi nama yang agak panjang pada anak-anak aku sedangkan appear di name tag tu pendek saja. Oh, mak mak macam aku selalu sangat over nak nama anak macam nama watak dalam novel khayalan.

Dia seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang berbadan gempal tapi comel. Wajahnya putih gebu.
Aku berbual dengannya sambil memerhatikan samada anak-anak aku sudah keluar ataupun belum.

“Diorang selalu panggil saya badak sebab saya gemuk, auntie” ujarnya lalu tersenyum menampakkan giginya yang sedikit kekuningan. Aku berasa kasihan. Kalaulah ini anak aku, aku jua akan turut merasakan sakitnya hati. Begitu juga agaknya ibu Nur Farah Irdina. 

“Nak dengar satu cerita?”

Dia mengangguk. Masih malu-malu dengan aku.

“Badak sebenarnya kuat. Badak sumbu ada tanduk yang sangat keras. Ianya ada lah berupa keratin macam kuku kita. Badak air pula sangat hebat sebab boleh duduk dalam air berjam-jam. Buaya pun takut nak makan badak air sebab dia kuat dan gigitannya boleh membunuh buaya”

Pehh..tak sia-sia Damia anak kedua aku bertanya pada aku dulu tanduk badak sumbu diperbuat dari apa dan kenapa badak sumbu boleh lepak dalam air lama-lama semasa kami melawat ke Zoo Negara sedikit masa dahulu. Aku terus study soalan dia. Betullah kata orang dulu-dulu, menjadi seorang ibu atau bapa adakalanya banyak mengajar kita benda baru. Sebab dulu aku tak tau pun dan tak amik pot pun akan semua itu hehehehe. Yang aku tahu badak is badak lah, Lol. Siap aku tahu lagi spesis badak sebenanya banyak iaitu antaranya Dicerorhinus, Ceratotherium, dan Diceros bila aku baca kat wiki. Aku ingat dulu badak Sumbu Rhinoceros dan badak air hippopotamus je namanya. Kah kah kah… lagipun badak-badak sekalian kurang cute. Kbye!
-_-

Bapak seram muka awok Encik Badak. Cer senyum skit orang tangkap gambo awok tuuuu...

Dia seperti berminat dengan cerita aku.

“Kadang-kadang diorang panggil saya gajah jugak”

Aku tersenyum.

“Gajah laaagiii kuat. Sekali dia pijak mati tau”

Dia ketawa kecil.

Loceng berbunyi nyaring dan aku mendengar keriuhan keterujaan kanak-kanak yang mahu pulang dari kejauhan. 

“ Diorang panggil awak semua yang kuat-kuat kan? Kalau panggil rama-rama ke, lebah ke, tak kuat sangat kan? Tapi semua haiwan yang Allah ciptakan tu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Allah ciptakan Farah ngan Auntie pun macam tu juga”

Ewah, aku dah macam ustazah pilihan la plak kan…

Dia mengerut dahi. Entah faham ataupun tidak aku cakap apa.

Keadaan semakin hingar bingar dengan murid yang berpusuan mahu keluar dari pagar sekolah dan aku terpaksa meninggikan sedikit lontaran vokal aku mengatasi riuh rendah budak-budak itu. 

Perbualan kami berakhir apabila rakannya melaung namanya dari dalam van sekolah.
Perkenalan singkat aku dengan Nur Farah Irdina telah memberi kesan mendalam pada aku secara peribadi.  Entah kenapa aku sangat benci pada orang yang mengejek pada orang lain yang mempunyai lebihan daging dan lemak. Seolah gemuk itu satu dosa dan tidak layak berada di kalangan masyarakat. Dari sekecil-kecil anak hingga ke setua-tua manusia sering mengejek pada orang yang gemuk. Gemuk dan gempal sepertinya satu objek yang lawak dan orang halal berkelakar padanya. Lihat sahaja Maharaja Lawak yang menggunakan fizikal Abam Bocey untuk bahan lawak mereka. Nampak Abam Bocey tu macam rela. Mungkin juga itu punca rezeki dia tapi tidak sepatutnya menjadikannya sangat keterlaluan. Memberi ruang pada orang lain memperkotak katikkan dia. Diri kita sangat berharga. Gemuk is awesome katanya... Oh Please..

Aku juga teringat kisah kawan yang aku kenali di mana suaminya tidak suka dia menjadi gemuk. Lepas bersalin, dia bermatian menjaga bentuk badan. Dia bercerita pada aku yang suaminya tidak mahu dia menjadi gemuk. Satu malam, aku dan suami menyertai dia dan suaminya bermain bowling dan setelah tamat permainan kami singgah makan di kedai makan la kan, takkan kedai basikal. (Gelak skit eh jangan serius sangat muka tu..hurm..).  Setelah memesan makanan, aku lihat suaminya makan punya la banyak seolah 8 hari tidak menjamah makanan. Dia hanya terkebil-kebil hanya minum air dan menguis-nguis makanan. Aku pandang suaminya. Ishhh bencinya aku. Bencinya aku. Bencinya aku!.  Aku sengaja bertanya kenapa dia tidak makan. Tapi suaminya yang menyampuk mengatakan dia nak jaga badan. Kecik sungguh suaminya aku lihat ketika itu. Kalau bukan kerana suami aku pun ada di sana nak aje aku bagi ayat sarkastik kat suami dia ketika itu. Tetapi, hati suami aku kena jaga kang tak pasal-pasal aku makan kaki plak kat kedai makan tu kan. Heh. (Tetiba emo dah kenapa gile?)

Aku menyampah. Isteri kau tu kau lanyak suruh beranak setiap tahun, anak dah 3 pun tapi kau bersikap tidak adil dengan dia. Kau ingat senang nak menurunkan berat badan babyfat selepas bersalin? Kau ingat senang nak kuruskan badan disamping anak kau menyusu badan? Kau makan banyak, kau suruh dia masak selalu apa yang kau nak makan tapi kau dera perasaan dia dengan mengatakan kau tidak mahu dia jadi gemuk. Kau mahu isteri atau kau mahu American’s Next Top Model?. Kau ada otak tak? Kau berfikir melalui otak kiri kanan tak? Isteri kau pun ada nafsu makan la gile. Dia pun teringin nak makan macam kau. Ah, aku tulis dengan emosional sekali. Tapi, bila aku fikir dari segi yang lain, (Ye, otak aku bersegi-segi, Aku sangat complicated.), eloklah juga suaminya berterus terang dari suami yang diam-diam tapi pasang makwe lain yang lebih slim kan… Tetapi, memang isterinya kurus dan cantik sampai sekarang. Jeles tau aku tengok perut dia flat aje sebab perut aku buncit. Alhamdulillah…aku harap dia menjadi isteri kesayangan suami, makan nasi setiap hari dan bahagia kekal ke syurga. Amin…

Sesiapa yang pernah melalui apa rasanya menjadi gemuk, pasti tidak akan mahu melukai mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Apa rasanya apabila terpaksa shopping baju di Plus Size section.  Apa rasanya mempunyai berat badan 83kg dengan tinggi yang hanya 163cm. Mungkin berasa rendah diri dan asyik merasakan diri menjadi mangsa tohmahan masyarakat. Pedih, hancur dan punah rasa perasaan apabila tak dapat muat baju satupun yang kita suka. Hati seperti dihiris-hiris dengan pisau dan seperti tak nak makan untuk selamanya. Jikalau ada apa-apa jamuan makan, makanan dan mereka sering dijadikan bahan untuk bergelak ketawa. Pasti akan rasa down. Akan rasa tak cantik. Benci diri sendiri. (Ye, aku memang bercerita tentang diri sendiri.). Stop.



Entah kenapa manusia sering mengejek-ejek akan kelebihan daging dan lemak yang terdapat pada orang lain. Di sebalik lemak dan daging, ada berbagai persepsi dan prasangka. Ada pelbagai cerita dan idea. Ada pelbagai ketawa dan kata-kata penuh bisa. Kenapa orang gemuk selalu disamakan dengan makan yang banyak? Makanan? Kenapa?.

Tidak semua orang gemuk makan banyak. Ada yang gemuk kerana keturunan. Gemuk kerana penambahan berat badan selepas bersalin dan macam-macam lagi factor lain.
Memang. Kegemukan adalah punca pada beberapa penyakit dan kerajaan juga menyeru supaya kita makan secara sihat. Itu adalah cerita lain. Itu cerita orang yang tidak menjaga makan. Yang aku mahu cakap adalah cara pemikiran manusia yang selalu mendiskriminasikan orang gemuk, yang bencikan orang gemuk. Yang menyangka gemuk membuatkan kasih sayang hilang kerana tidak cantik. Yang mengaitkan gemuk dengan sesuatu yang buruk buruk dan buruk belaka. Orang gemuk juga ada perasaan.

Gemuk bukan satu dosa sehingga perlu diejek-ejek dan dibuat kelakar. Itu bukan satu kekurangan. Manusia Allah ciptakan dengan pelbagai saiz. Ada yang besar skit, tinggi sikit, rendah sikit.Kadangkala disebabkan faktor genetik, dan banyak la haiii kalau nak dirungkaikan satu persatu.
Namun, jikalau merasakan dengan menjadi kurus ideal membuatkan kita berkeyakinan, usahalah ke arah itu kerana tidak rugi pun mengubah diri untuk menjadi lebih baik. Cuma kekalkan rasa rendah diri biar bagaimana pun bentuk tubuh yang telah dikurniakan Allah pada kita.

Tak salah berusaha jikalau kita inginkan sesuatu dan ianya adalah baik juga bermanfaat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tidak kiralah kita gemuk ke, kurus ke, cantik ataupun tidak, Di mata Allah SWT kita tetap sama iaitu ...

HAMBA. 

~Juwita Maya~~
**Because being fat is depressing and it just bring me down....**





No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"