Bersabarlah sayang ... ..




Kesabaran adalah satu perasaan yang sangat pahit tetapi indah di pengakhirannya kelak. Sudah tentu sahaja sabar juga digalakkan dan juga disebut di dalam Al Quran bahawa ganjarannya sangat baik dan disukai ALLAH Azzawajalla.

Namun, sabar juga sangat sukar dijagai, dibajai dalam hati kerana ada hadnya. Apabila rasa sabar itu sudah mula melebihi hadnya, maka akan terjadinya bermacam peristiwa yang disebabkan rasa sabar yang hilang…

Aku selalu mendengar perkataan SABAR. Malah kadang-kadang seseorang yang namanya Sabariah pun mengingatkan aku pada kesabaran.  Aku tahu, rasa sabar perlu disendikan dengan keimanan yang kuat sekuat karang di lautan. Iman manusia turun dan naik. Sekali sekala aku rasa sayu sendiri, kenangi dosa, berfikiran positif dengan perkara yang menguji kesabaran itu. 

Kadangkala aku marah, fikiranku jahat, mulutku seperti ringan sedangkan otak aku sebenarnya tidaklah mahu bercakap sebegitu. Otak dan mulut aku tidak seiring  dan aku rasakan wajahku panas menahan marah. Mungkin orang boleh lihat wajahku yang merah. (macamlah aku putih sangat kan…eleh…)

Lama-lama marah aku hilang. Aku sejuk sendiri apabila aku duduk diam-diam. Damn! Kenapa marahku tidak selalunya lama?. Adakah ini kelemahan aku yang sering buat orang memijak kepala aku. Ataupun aku sebenarnya penyabar?

Hurm…

Hidup ini memang tidak lepas dari diuji oleh orang sekeliling kita. Jiran, rakan sekerja, anak-anak, adik beradik, majikan, orang gila, orang bodoh, dan ramai lagi. Mereka sumber pahala dan juga dosa kita. Alahai…

Aku sangat salute dengan orang yang  sangat sabar dengan bertenang. Kerana cara aku menahan sabar adalah dengan cara yang merepek-repek selagi tidak menyalahi syariat. Hehehe..

Sebenarnya aku tulis mengenai kesabaran ini adalah kerana pak cik di sebelah rumah aku. Pak cik itu benar-benar menguji kesabaran aku sebagai manusia hina yang tidak punya apa. Aku menghormati pak cik seperti selayaknya orang tua untuk dihormati dan disayangi. Aku tidak pernah dibesarkan untuk bersikap biadap pada orang yang lebih tua. Aku bukanlah orang yang tidak berpelajaran dan tidak menggunakan otak menyerang tanpa usul periksa ataupun membuat perkara yang sangat mengarut dan tidak membina minda masyarakat. Tetapi, kebelakangan ini aku dapati aku semakin kurang sabar. Namun aku cuba cekalkan hati kerana aku beranggapan bayangkan jikalau ada orang buat orang tua kita sebegitu sudah pasti kita akan merasa marah juga kan? Demi Allah, sangatlah susah menahan sabar dengan keadaan iman yang goyah ini. Seperti aku sedang menahan batu berat dari jatuh. Aku perlu sabar dan pada masa yang sama aku menjaga hati orang lain.

Pak cik sebelah pindah di sebelah rumah aku semasa aku mengandungkan Adra 8 bulan. Pak cik ada seorang isteri yang lumpuh dan berkerusi roda. Dan beberapa anak lelaki bujang yang langsung tidak pernah senyum nampak aku. Muka mereka sangat ketat. ( Mungkin mereka menjaga pandangan dari melihat isteri orang kot…bersangka baik…). 

Selepas aku bersalin, means aku ada banyak masa di rumah kerana berpantang. Lalu kadangkala aku ke belakang menjemur kain lampin apabila aku melihat mak sudah penat menjaga aku. Tak payah nak feeling2 princess sangat ye. 

Aku dapati longkang di belakang rumah aku selalu ada nasi, sayur, dan berbagai makanan ruji orang asia yang lain. Setahu aku, memang aku atau mak takkan buang sisa makanan di dalam longkang hidup di bandaraya Kuala Lumpur ni. Kat kampung yelah, tabur je atas tanah nanti ayam datang makan. Kat bandar susah nak nampak ayam. Ayam lain adalah. Urm..

Lalu aku bersangka baik, sabar, dan menyiram menatang tu semua jauh-jauh supaya tidaklah berbau busuk seperti bau mayat reput.

Akhirnya, hari ke hari pun benda sama terjadi. Kadang-kadang siap ada t*** tau tak.
Aku dan suami hanya berdiam kerana kami tidak mahu melukakan sesiapa pun. Tambahan lagi orang tua yang sebaya ibu bapa kami. Tak baik tau….Jadi kami cuma diam dan sentiasa mengukir senyum pada pak cik itu.

Aku dapati, anak-anak bujang pak cik sangatlah suka pada kucing. Mula-mula ada seekor jadi aku tidaklah ambil kisah sangat. Lama-kelamaan, kucing nya semakin banyak dan beranak-pinak. Dah tu kucing tersebut rajin nau lepak depan rumah aku. Lepak aje takpe..tapi yang tak sukenya berak merata depan rumah ..Hari tu habis semua kasut aku, kasut sekolah dan baju sekolah diorang kat ampai kena kencing kucing. Kucing-kucing tersebut pun suka bergaduh di depan rumah aku. Aku manusia biasa. Aku tidak sempurna. Aku pun tahu penat dan kecewa. Apa yang korang rasa bila balik keje penat-penat tapi disambut dengan taik kucing di depan pintu rumah. Agak-agak korang boleh senyum tak tengok taik tu sambil berkata "Alahai..cutenya taik kucing...mesti datang dari kucing yang cute jugak ni..."

Ye, memang kucing itu sangat cute dan binatang kesayangan nabi. Tapi masalahnya sekarang ini itu bukan kucing aku tauuuu….. Aku selalu jegil mata kat kucing-kucing tu. Slow talk ngan depa supaya pergilah pulang dan berak kencinglah di tempat yang bersesuaian. Apa rumah aku kelihatan seperti jamban? Namun hampa kerana kucing2 itu tidak menjawab sepatah pun. Hurm…

Aku adukan segalanya pada mak. Aku memang suka mengadu kat mak walau hal sinki tersumbat sekalipun. Lalu mak berkata….

Aku perlu teguhkan iman dan sabar dengan solat  yang berkualiti. Awal waktu, lebih khusyuk dan ikhlas. Setiap kali solat, cuba rasakan yang kita ada perasaan tenang. Setiap kali nasihat dari mak, perkara pertama yang sering mak cakap ialah solat. Perkara pertama yang mak ingatkan mesti ialah solat lepas tu barulah yang lain-lain.

Lepas tu mak juga nasihatkan supaya aku dilarang sama sekali mengeluarkan kata-kata yang menyakiti pak cik itu. Sekalipun aku sedang marahkan kucing tersebut. Mak kata tolong jaga air muka suami mu ye nak, kang pak cik tu cop suami kamu punya isteri yang cantik tapi biadap! (eh eh cantik tu aku tambah sendiri..wekkk)

Di satu hari, aku berada di luar rumah, pak cik tersebut balik dari pasar dengan senyum simpul menolak wheelchair isterinya. Aku menegur dan kami berbual-bual. Aku lihat pak cik itu dengan wajah tenang dan sentiasa ukir senyuman (sumpah! Pakcik tu memang suka tersenyum) mengangkat isterinya yang tercinta masuk ke dalam rumah. Dengan penuh kasih sayang juga setiap pagi aku dengar pak cik menyanyi ketika memandikan isterinya di belakang rumah. Aku juga sering dengar dia bergurau senda dengan isterinya yang lumpuh itu walaupun isterinya tidak lagi boleh bercakap. 

Aku terfikir. Kenapa aku asyik nak cari salah pak cik tu pasal kucing dia, sampah dia, sedangkan aku tak nampak SABAR yang paling indah di depan mata aku ialah KESABARAN pak cik yang menjaga isteri yang lumpuh. Pak cik tidak pernah nampak stress bila keluar dari rumah di depan aku malahan pak cik sentiasa menguntum senyum walaupun ketika itu aku dengar isterinya menangis di dalam. Pak cik tenang dan sabar apabila menolak kerusi roda membawa isteri bersiar-siar waktu petang di padang taman sebelah. Aku sendiri tak pasti akan ada kesabaran sebegitu. Ya Allah, indahnya cinta itu. Itulah cinta till jannah yang sebenarnya di dalam dunia reality.

Kesabaran aku diuji hanyalah benda remeh seperti taik kucing pakcik, perempuan gila, jalan jem, train asyik delay, dan anak-anak yang degil kadang-kadang sedangkan kulihat kesabaran pakcik itu diuji dengan isterinya yang tidak mampu mengurus diri sendiri apatah lagi rumahtangga. Subhanallah…

Mungkin kucing-kucing itu menjadi terapi untuk mereka berdua setelah anak-anak keluar bekerja. Lagipun anak2 pak cik tu aku dapati tidak lekat di rumah. Awal pagi baru balik.

Mungkin kucing Cuma tumpang berteduh aje kot.. aku nampak ada je pasir ngan bekas taik diorang kat depan rumah pak cik. Tapi biasa la kan binatang..mana ada akai. Manusia pun ada je yang berak merata-rata kan..

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus bersabar dan menerima semua ini dengan redha dan tabah. Aku maafkan segalanya kerana manusia tidak sempurna. ALLAH pun ampunkan hambanya inikan pula aku hamba ALLAH?

Aku berdoa yang baik-baik, cuba menjadi lebih baik dan semoga yang baik-baik juga akan berlaku di pengakhirannya...

Amin...



" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"