Secebis Catatan Serabut





Oh rindunya aku..

Terlalu rindu…terlalu rindu…jujur aku terlalu rindu, tiada lain selain rindu..


Oh bulan mana bintang mana dia kekasih sorang bantulah aku..aku dah buntu…

Ececeh…lagu gedik budak-budak baru nak up ni jugak yang aku  duk humming ni pehal la kan…

hurm.. aku tak layak dah nak layan dah lagu-lagu macam ni..dah t** he he he...

Aku rindu nak tulis kat sini sebenarnya he he he…Hari-hari berlalu aku asyik pikir nak jumpa Ungu. Aku rasa macam lamaaaaa sangat tak jumpa bestfriend aku. Heh.

Sampai termimpi-mimpi aku malam tadi. Mimpi campur-campur. Aku mimpi jumpa Batman, Limah dan Milah berbaik dan bergurau senda, Jam aku yang hilang, jumpa hantu dalam bilik air dan beberapa lagi gambaran mimpi yang merepek-repek sampai aku  tak leh nak ingat dah. Berpeluh-peluh tau aku mimpi.

Selalunya kalau aku mimpi merepek meraban gitu maksudnya aku dah lama tak meluahkan perasaan pada Ungu. Maknanya internal hard disk kepala aku dah overload heheh.(Ntahapa2 punye reason la..)

Bulan puasa dan seterusnya raya aku sangat-sangat sibuk. Lepas tu, handphone aku pulak rosak. Tak dapat bukak blog dekat fon kena ada PC atau laptop. Nak ngadap laptop hurm..bercinta la plak kan erkk. Kesian tak kat aku? Kesian kan… meh la belanja Iphone satu hehehhehehe

Hari ini hari jumaat dan aku cabut awal dari office lalu menuju ke The Loaf yang menjadi kegemaran aku kalau aku melepak sorang-sorang. Kalau ke sini aku memang tak suka ajak sesiapa sebab akan semakkan kepala otak aku yang sering berserabutan ini. Aku sukakan coffee dan potato soup yang ada kat sini. Best gile. Aku bukan ke sini kerana aku acah-acah hipster makan kat tempat mahal ok. Aku ke sini sebab aku mahukan suasana sunyi dan tenang sambil makan potato soup. Actually, tak la sunyi mana cuma aku suka je lepak sini. Eh suka kau la nak lepak mana pun.

Oleh kerana aku bawak laptop maka aku sempat menulis ini sambil makan sup kegemaran aku dan berbackgroundkan nyanyian penyanyi jalanan a.k.a buskers di lobby sebelah LRT Station. Tapi depan aku ni ada kapel yang tengah hangat bercinta la plak.. bercinta sambil makan donut. Alahai sweetnya korang…. Korang sesuai la ngan lagu yang akak nyanyi tadi tu tau. Moga till jannah perhubungan korang. Ujar aku dalam hati.

Cerita bulan puasa dan raya aku biasa-biasa aje. Anak dara berdua tu  je yang beraya sakan sampai kulit jadi tanned ikut cousins berjalan raya rumah orang. Anak dara kecik duk melekat kat aku tak mo ngan orang. Baju diorang aje yang aku beli berpasang-pasang cantik-cantik belaka. Aku ngan bapak eh takde beli baju pun. Aku pakai baju kurung kerja je pi raya buleh.. haha. Takpe la orang kampung tak tengok lagi aku pakai baju tu ngeh ngeh ngeh..

Sebenarnya masa bulan puasa tu aku ada la menulis skit2 selepas sahur sambil tengok berita pagi. Di bulan puasa seperti ini aku sering melihat di kaca tv anak-anak yatim yang diraikan oleh pihak-pihak yang prihatin. Aku teringatkan aku dulu-dulu. Setiap kali raya semasa aku kecik aku akan dapat macam-macam. Aku rasa terharu dengan pihak yang sangat prihatin pada nasib anak yatim seperti aku dan adik beradik yang lain. Setiap kali mahu masuk sekolah, akan ada beg baru, basikal baru, dan juga baju sekolah hasil dari sumbangan orang ramai. Menjelang raya pula, aku dan adik beradik yang lain akan dapat baju raya, kuih raya dan banyak cash hasil sumbangan orang ramai juga. Aku tidak terasa dipinggirkan. Seolah ada tangan-tangan manusia yang menyokong aku supaya aku tidak jatuh menyembah bumi.

Aku memohon kepada Allah SWT, jikalau insan-insan yang menyumbang tidak kiralah wang ringgit atau harta benda semasa aku kecil dahulu, sudah tiada di dunia ini, aku panjatkan doa supaya ALLAH SWT memberi rahmat, pengampunan dan dilapangkan kuburnya. Jikalau masih ada, aku berharap dan berdoa supaya mereka hidup aman tenteram, penuh kasih sayang ALLAH SWT dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Amin…

Tetapi… 



Di sini aku ingin menulis tentang nilai kasih sayang yang sangat diperlukan pada jiwa yang masih mentah. Demi Allah, aku bersyukur kerana hidup aku penuh dengan kasih sayang.Aku bersyukur dengan nikmat ini walaupun aku malu pada Penciptaku kerana sering terleka untuk mensyukurinya. Walaupun aku kehilangan Abah, tapi aku tidak pernah berkurang kasih sayang sedikit pun. Mungkin juga kerana aku anak bongsu maka aku dilebihkan sedikit dari beberapa segi. Rasanya lebih dari mencukupi. Kami tidak punya banyak wang dan harta tapi hanya kasih sayang dan saling menjaga antara satu sama lain. 

Aku punya ibu dan keluarga yang sangat menjaga aku. Namun, bercerai mati dan bercerai hidup sangat banyak perbezaannya. Aku masih ingat dulu ramai yang mengusap ubun-ubun aku dan memberikan aku wang dan permainan. Aku bahagia dan lupakan kesedihan kehilangan orang yang dicintai. Berbeza dengan kawan aku yang aku gelarkan ‘Sakinah’. Aku tahu dia juga tidak punya ayah. Ibunya sendiri tak tahu ayahnya berada di mana. Aku tak dapat ingat tapi dia pernah bagitahu aku ayahnya duduk mana. Kami selalu makan nasi lemak bersama. Masa tu darjah 6. Aku termasuk di dalam kalangan murid yang akan mendapat makanan percuma yang dinamakan RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Setiap hari menu berbeza. Gembiranya aku dulu, setiap kali waktu rehat aku akan teruja melihat makanan yang dah siap tersusun atas meja khas untuk kami. Surprise sangat nak tahu hari ni kami akan makan apa. Selalunya aku akan berkongsi buah potong yang selalunya diletakkan bersama makanan  yg aku dapat secara percuma tersebut dengan Sakinah. Aku masih teringat Sakinah selalu akan Tanya aku “Agaknya kau makan apa la kan hari ni. Mesti sedap”.

Sakinah dan adik lelakinya duduk bersama opah dan ibunya di rumah depan sekolah. Dalam kelas Sakinah rajin tapi dia sedikit pendiam berbanding aku yang suka bertanya dia macam-macam. Sakinah paling tinggi dalam kelas (kurus tinggi). Sakinah ok tapi kadang-kadang aku dapati sakinah seorang yang ‘unpredictable’. Kadang-kadang dia ok tapi kadang-kadang dia macam ada rasa marah yang dia tak lepaskan. Dia pandai matematik dan selalu mengajar aku kerana aku benak air selalu lupa formula matematik sampailah sekarang. 

Setiap kali hampir raya, di sekolah juga ada sumbangan dari beberapa pihak. Sumbangan berupa baju kurung,kain pasang,  duit raya, kuih raya dan bekas air. (macam-macam ada aku dah lupa).  Sakinah selalu tengok dan kata betapa seronoknya aku dapat semua tu. Aku Tanya samada preparation raya dia dah siap ke belum dia kata belum lagi tunggu mak dia dapat gaji. (Aku tak tahu mak dia kerja apa). 

Lalu aku terfikir, Sakinah juga orang susah. Kenapa tidak ada sumbangan untuk Sakinah? Semua orang tak tahu ke yang Sakinah juga tidak punya Ayah. Aku dapati bahawa murid seperti aku iaitu anak yatim dan yang benar-benar miskin (ada ibubapa) saja yang dapat. Tapi Sakinah tak dapat semua tu walaupun bapanya totally seolah dah melupakan mereka. Apatah lagi membelikan baju baru buat mereka kerana menurut sakinah dia perlu menunggu gaji ibunya untuk preparation hari raya. Kalau dia dapat semua tu pasti dia juga gembira seperti aku.

Setelah tamat darjah 6, aku terus berpisah  dengan Sakinah . Aku tak tahu dia di mana sebab rumah tu takde sesiapa duduk kalau aku lalu di situ.  Di saat2 menjelang hari raya aidilfitri, aku selalu teringatkan ini. Betapa luhurnya hati manusia yang penuh kasih sayang menghulurkan bantuan untuk kami sekeluarga menyambut hari raya. Sekarang aku cuba untuk membuat perkara yang sama. Mungkin yang aku bantu itu saudara kepada orang yang pernah membantu aku dulu.  Aku cuba mendidik anak-anak aku supaya bukan sahaja perlu memuliakan anak yatim, tetapi juga orang susah dan anak-anak yang mengalami konflik keluarga seperti Sakinah. Rasanya Sakinah lagi perit menahan sedih dari aku. Aku sudah tentu tahu Abah dah meninggalkan dunia ini dengan kasih sayang pada aku sedangkan dia, bapanya ada tapi dia tidak pasti samada kasih sayang itu masih ada lagi pada bapanya atau tidak.

Harapan aku, semoga Sakinah hidup bahagia walau dimana dia berada. Harapan aku yang terbesar juga semoga ayahnya dan ibunya bersatu semula dahulu. Aku cuba search FB kot-kot ada nama dia tapi tak jumpa. Aku lupa nama dia Bt ape daaa…

Sebenarnya juga aku agak serabut dengan perangai Limah yang semakin lama semakin melampau. Dia dah tak hormatkan sesiapa semenjak dia bergaduh dengan Milah. Erm...agaknya berbaloikah aku bercerita pasal dia? Aku tak nak. Aku tak nak bercampur dengan negative people. Sebab tu aku suka nau buat hal sendiri. Orang selalu kata aku sombong tapi aku bukan sombong. Aku cuma berada dalam situasi ' menghindarkan diri dari sebarang aura negatif' (merepeknya...) sebab aku paling bencikan gossip, umpat, buruk sangka dan tuduhan melulu. Sangat benci.

Sekian saja kot catatan serabut aku. Sekarang aku mahu minum coffee dan teruskan menulis.... Bestnya minum coffee sambil dengar lagu ini...

Cinta...bukan hanya  harapan...
Cinta....erti kepastian...
Cinta....Bukan menyakiti hati...

Di saat luka kau tak ada..
Di saat duka kau tak setia..
Cinta seharusnya...tak begitu...

~Lagu Cinta - Asmara Band-


~Semoga hari-hari yang kita lalui disinari dengan rasa cinta dan kasih sayang yang berpanjangan...hanya dengan cinta, kasih sayang dan rasa saling menghormati yang tertanam dalam hati menguasai emosi dan seterusnya akan menzahirkan keperibadian yang murni... - Juwita Maya-~




Juwita Maya
The Loaf, Avenue K
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"