Milah dan Limah


Dah lama Milah dan Limah bergaduh. Aku jadi yang tengah-tengah aje. Aku ok dengan Limah mahupun Milah. Aku takde masalah dengan kedua mereka. Mula-mula aku buat tak tahu aje. Malas nak layan kerenah dan ego masing-masing tak mahu beralah. Tapi lama-kelamaan, aku dapati sikap mereka tu menyusahkan urusan aku. Susah aku nak buat kerja. Yang Milah perli Limah,yang Limah perli Milah. Kadang-kadang Milah mengadu kat aku. Limah plak mengadu domba perihal Milah. Aku macam biasa la. Control ayu. Diam aje. Mengiyakan tidak, membidas pun tidak. Aku cuba nasihatkan Milah yang sedikit lembut dari Limah agar berbaik semula. Milah kata, "aku dah cakap elok-elok ngan dia tapi dia tak nak cakap dengan aku"

Aku dapati punca mereka bermasam muka adalah sangat remeh. Mengenai salah faham perihal telefon aje pun. Bukan masalah besar seperti masalah perdana menteri. Panjangnya cerita mereka meleret-leret nak dekat sebulan. Buruk. Aku tak kisah kalau lelaki bergaduh bertumbuk-tumbuk *dush! * dush! Lepas tu diorang ok balik
 "bro, sorry la bro. Tadi gua hangin skit. Sori ye bro"
"Eh, takpe2 gua takde hal. Settle sini je"
(Sambil kesat darah kat kening). Senang kan. Rileks je.
Perempuan bergaduh? Hurm..aku rimas. Aku serabut dengan sentap-sentap tak berkesudahan tu.

Hari tu Limah dan Milah pakai baju warna sama. Lalu aku pun buat lawak dengan mengatakan bahawa adakah mereka ada persembahan nasyid selepas ini dan lepas tu ..*krik krik *krik krik (bunyi cengkerik). Depa dua buat tak tau ja.. adeh..malu chekk...Aku malu sendiri. Rasa nak letak muka dalam mangkuk maggi.

Aku buntu. Sampai bila Milah dan Limah nak berantakan?. Lemas sebab kerja-kerja mereka memerlukan mereka berkomunikasi. Pernah aku berimaginasi untuk hantukkan kepala mereka berdua sambil menjerit
"Jangan bergaduh lagi la syaitonnn..."
Tapi imaginasi hanya tinggal imaginasi. Hurm...

Aku risau kalau mereka sampai bertarik rambut plak. Perempuan resamnya suka bergaduh tarik rambut dan menjerit. Nak tengok shampoo sape paling power yang tak tersekat di skala 6. He he he..tapi aku bukan dalam kategori itu. Aku tumbuk muka terus. Lagi best kalau gigi patah. Barulah rock. Bior deme tak boleh selfie nampak gigi lagi he he
Aku berdoa agar dilembutkan hati mereka yang keras macam batu tu. Tak baik dua saudara memutuskan silaturrahim. Aku semput duk di tengah2 orang yg tidak bercakap. Sentap menyentap macam ni tak patut ada apabila kita telah bersedia menghadapi dunia penuh pancaroba ini. Manusia sifatnya pelupa dan tidak sempurna. Maaf dan memaafkan adalah satu perasaan yang indah. Lihat saja di hari raya yang mana kita saling bermaafan dan tersenyum. Indah kan?
Bagai ada satu batu besar menghempap dada yang sudah dialihkan selepas kita meminta maaf dan memaafkan.

Lapangnya dada hanya Allah sahaja yang tahu. Rendahkan diri dan hati. Tiada guna ego, bermegah dan sering merasa betul di dalam kehidupan kita. Aku tidak pasti bagaimanakah Milah dan Limah boleh lena tidur di waktu malam. Besok2 pagi nak kena bangun pergi kerja dan menghadap org yang kita marah tu. Mana pergi kemanisan dalam hidup?.

Beberapa tahun yg lalu, di tempat kerja lama aku, ada seorang kakak yang 9 tahun lebih tua dari aku marahkan aku. Ye la masa tu aku muda belia lagi. Mulut aku pun macam joyah kan. Main sound tak pandang kiri kanan. Kakak tu tak nak bercakap dengan aku. Dia dingin sangat. Aku balik ke rumah aku tak tenang. Aku tak dapat tidur malam dan asyik teringatkan kesalahan aku tu. Aku kejap2 bangun duduk kejap2 aku baring. Akhirnya aku sms kakak tu pukul 12.45 pagi panjang lebar mintak maaf. Rupanya dia tak tidur lagi. Dia balas sms aku. Dia kata dia dah lama maafkan aku. Dia tak simpan dalam hati pun. Dia tengah bakar kek nak makan dengan aku pagi esok. Beliau juga pesan supaya aku tak beli breakfast. Ko hengat? Sentap jugak aku malam tu. Keluar la jugak airmata jantan aku walaupun dah control macho. Sejak dari itu, aku benar2 pelajari sesuatu. Maaf dan memaafkan. Sampai sekarang aku masih lagi berhubung dengan kakak tu. Aku lebih rasa hormat pada dia . Lepas itu, subhanallah...lapangnya dada haku mak jemah. Esok semangat nak pi keroje hehehehhe
Aku teringin nak cakap macam ni pada Limah tapi Limah agak keras dan wajahnya agak bengis. Aku takut dia jerkah aku. Dia ok cuma kadang-kadang dia agak cold dan tak paham ayat sarkastik. Means, dia selalu x paham inside joke. Whatever...

Aku dah tak tahu macamana nak buat mereka berbaik-baik macam dulu. Aku pun tak suka nak jadi joyah sangat. Walaupun kadang-kadang aku terasa ngan mulut Limah yang agak celupar sikit, tapi aku tak simpan dalam hati. Aku biarkannya menghilang di angin lalu... aku cuma anggap kalau dia tak celupar macam tu mungkin dia akan sawan ataupun gila. So, biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya. Hurm..

Macam-macam kan hal kehidupan. Aku dah tak kuasa dengan perangai depa yang macam budak-budak tu. Aku cuma berharap mereka akan berbaik as soon as possible sebab aku dah malas nak layan.

Kepada Milah dan Limah, please grow up!
Life is short. So, cheer up!

Yang Benar,
Joyah.


No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"