Kisah Kawen

Assalammualaikum.

Jikalau berbicara soal kahwin, aku sangat tidak arif. Di dalam kehidupan seharian mahupun dengan sesiapa, aku sangat jarang bercakap mengenai perkahwinan.Berkahwin adalah satu pelayaran hidup menuju akhirat yang kisah dan rencah kerenahnya tidak sama. Berkahwin / bernikah di dalam islam adalah satu-satunya cara menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan. Telah banyak kisah perkahwinan yang aku dengar dalam hidup aku.

Sejujurnya, aku tidak gemar menonton drama melayu sekarang ini. Kebanyakan drama sekarang berkisahkan kahwin paksa, kahwin terkejut, kahwin kerana harta, kahwin kerana kontrak-kontrak mengarut, kahwin kerana harta berjuta-juta mahupun atas sebab wasiat dan kehendak orang yang dah mati. Aku tidak pernah ada hati nak menonton drama bercorak begini. Institusi perkahwinan yang sepatutnya suci, indah dan tenteram jadi kucar-kacir dan haru-biru. Lebih parah, pasti adanya kisah mengandung di luar nikah. Aku jadi sengal. Hoi! kalau tak melibatkan hal-hal yang dalam kain tu tak sah ke?. Selalunya drama begini diadaptasi dari novel. Apa pengarah sekarang dah tak kreatif nak cipta cerita sendiri ke?. Aku dapati penulis selalunya menggunakan tittle suami/isteri lesen untuk 'menghalalkan' hubungan di dalam novel tu berbanding pakwe makwe seperti novel dulu-dulu. Masa petengahan tahun 90- an dulu aku selalu curi-curi baca novel kakak kedua aku yang disimpan kemas di dalam almari bajunya (owh..i still can remember bau kertas novel itu, Sorry, aku sangat pelik kerana sangat suka dengan bau kertas buku. Tambah-tambah yang baru beli. Sebelum baca aku akan hidu dulu baunya. Hehehheh). Novelnya adalah seperti novel sekarang yang ayat-ayat dalam kelambunya agak extreme untuk pakwe dan makwe. Jadi, ianya kelihatan lebih jijik dari novel sekarang yang menggunakan watak suami/isteri yang awww...so sweet...erkkkk. Sedangkan sama je aku rasa.

Maaf, aku mahu memuji satu drama bersiri Filipina yang pernah aku tonton sepanjang tempoh berpantang yang bertajuk 'Be Careful With My Heart'. Aku rasa tenang dan terhibur dengan drama ini. Ianya berkisahkan sebuah keluarga yang bahagia. Suami isteri yang saling mencintai, konflik antara keluarga yang mana mengajar erti pentingnya perpaduan sesebuah keluarga. Selain itu, aku jugak enjoy menonton drama 'Keluarga Iskandar' yang agak lebih kurang sama juga macam drama Filipina tu cuma dia agak berunsur komedi.Pendek kata, drama-drama seperti ini lebih membina dari drama 'Kawen paksa tak sudah-sudah' tu. Yang asyik-asyik memuji kecantikan, kehenseman, Perempuan baik nak mampus jadi isteri teraniaya. Perempuan pakai skirt ketat lipstik merah menyala jadi perampas/pengacau rumahtangga. Adoiii....(sambil tepuk-tepuk dahi jendul).




 Berbalik pada dunia realiti, segala kisah novel mahupun drama itu, akhirnya terjadi juga di dalam dunia realiti. Di mana terjadi pada yang dekat dengan aku. Ianya lebih rumit dari drama lakonan semata. Bagaimana mahu dirungkai? Apa yang perlu dilakukan? Siapa yang harus lebih bertindak dalam hal ini?. Cubit peha kanan peha kiri pasti terasa. Walau bukan aku yang mengalaminya tetapi 'sakit' itu ada juga terasa. Poligami bukanlah satu perkataan yang disenangi oleh wanita. Tapi kami juga tidak patut membencinya secara membabi buta. Perkongsian kasih sayang agak kompleks dan perlulah ada hujah-hujah, sebab-sebab dan alasan yang logik.. Yang pentingnya, mampu berlaku adil.Memang sakit untuk memikirnya sahaja sekalipun. Tetapi, bukankah kita akan menjadi tenang dengan mengingati Allah?. Penyerahan sepenuhnya pada Allah adalah sangat indah. Kerana kita yakini bahawa Allah akan merawat segalanya. Allah akan menentukan segalanya. Untung nasib kita sudah lama ditentukan dan tercatat di luh mahfuz.

Aku cuba 'memakai kasut' kedua-dua belah pihak. Apabila aku memakai kasut yang yang pertama, memang sakit sedikit rasanya. Tapi perlu rasional kerana aku sudah tidak punya kudrat untuk memuaskan hati suami yang bukan malaikat, tetapi manusia biasa. Memang pelbagai persoalan, takut dan bimbang ada bertapak di dalam diri kerana entah apa akan jadi pada masa depan selepas ini. Berserah sahaja pada Allah yang beri ujian ini. Sebab-sebab dan hukum-hukum Allah juga sudah jelas pada isu ini. Malah sudah jelas di dalam Al-Quran. Ye, cakap memang senang. Menulis memang senang. Tetapi, apa lagi daya kita?. Kerana itulah kita perlu sering meminta petunjuk di atas sejadah. Bukan di group media sosial. Contohnya 'Kisah Rumah Tangga' yang mana semua masalah suami isteri nak diceritakan di situ. Paling banyak hal-hal yang macam ni lah. Aku memang tak senang dengan page tu. Menggalakkan suami isteri membuka aib. Walaupun identiti dirahsiakan, mampukah kau rahsiakan identiti kau pada Raqib dan Atib?. Jadinya, kita perlu kenali dulu permasalahan apakah yang menyebabkan semua ini terjadi. Jangan jadi biadab. Walaupun dia telah menduakan kamu, ingatlah, dia tetap masih suami. Kisah dua menduakan ni akan terjadi dengan beribu-ribu sebab. Tak semua sebabnya teruk dan menghancur luluhkan hati. Entahlah. Aku tak menyokong sangat cuma aku berharap berlaku adil dengan seadil-adilnya. Kejujuran sangat perlu diutamakan. Dan kalau rasanya tidak mampu tu, baiklah tak payah. Wanita sarat dengan emosi. Di dalam tubuh wanita itu sendiri penuh konflik dan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan emosi/kerohanian. Kalau harta kamu mampu, pastikan kamu juga mampu mengendalikan emosi wanita dengan bijak. Good Luck!

Aku cuba 'memakai kasut' pihak kedua. Rasanya seperti terpalit dosa yang amat besar. Sakit juga rasanya. Tidak ada apa yang lebih sakit dari dituduh jahat. Serba salah. Antara kehendak dan rasa bersalah yang teramat. Aku juga akan merasa risau dengan kehidupan selepas ini. Bahagiakah aku dengan menyakiti hati wanita lain?

Aku tidak faham mengapa segelintir wanita memandang poligami sangat berdosa? Poligami, islam, hukum Allah, tidak pernah salah. Yang bersalah adalah pelakunya. Manusia.

Seperti kata-kata ini, "Kamu perlu memahami islam, bukan muslim kerana islam perfect, muslim tak perfect".

Tidak ada mana-mana wanita mahupun lelaki yang tidak mahu bahagia dalam perkahwinan. Semuanya menggantung harapan tinggi untuk bahagia ke akhir hayat. Namun perkahwinan adalah kisah hidup yang panjang bagaikan berada di dalam sebuah kapal. Sekali sekala dilambung ombak, sekali sekala tenang, kerap jua ribut melanda. Kerana itulah pentingnya kesabaran. Dalam perkahwinan perlu ada kesabaran tingkat tertinggi untuk menyeimbangkan kapal supaya tidak dimasuki air dan merosakkan kapal.

Sakit pula perut aku tengah-tengah malan ni tulis pasal ni he he (kecut perut actually).
Dalam apa jua masalah, konflik dan tekanan, pentingnya kita bersikap rasional dan yang penting sekali, kembali pada Allah SWT. Amin...semoga segalanya akan menjadi baik selepas ini. Yang baik datang dari Allah yang tidak baik itu adalah dari kita sendiri.





***
 Nota Kaki :


Buku yang dibeli dengan harga 3 buah Rm5 di Pasar Uptown. Kenapa buku ni selfie kat dapur? Sebab aku mmg selit buku ni di dapur. Baca sambil2 goreng ikan dan tunggu kain kat mesin basuh. Nak golek2 atas katil sambil baca? Mimpilah kau! Masa itu emas hehehhehehe.... good book. 






Luahan dari aku yang pelik, gemar bermenung,
suka bercakap dan senyum sorang-sorang, menulis pakai pen kaler pink,
fikir yang aneh-aneh, amat suka memerhatikan awan dan cakap mengarut.Heh!

Juwita Maya ~~
*Deeper Conversation**..

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah..
Izinkanku lepas penatku
Untuk sejenak lelap di bahumu..

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"