Merenung awan ( Tentang dia )

Awan berarak lembut petang ini. Aku mendongak ke langit. Mata ku kecilkan sedikit menahan panahan cahaya. Oh lama sudah aku tidak merenung awan seperti dulu-dulu. Berbaring di rumput hijau di tepi padang berbantalkan beg berisi buku. Merenung awan terbentang luas bersama bau rumput menusuk hidungku. Lalu aku kepingin sekali untuk berbuat begitu di petang ini. Sayangnya hamparan rumput menghijau itu ada tapi tidak sesuai lagi untukku rebahkan diri. Aku sedari perubahan hidup ini. Jangan mimpi lagi untuk begitu. Kata hatiku.

"Engkau ada masalah ye."

Pernah seseorang berkata begitu pada aku suatu ketika dulu.

"Kenapa?" Aku bertanya kembali.

"Sebab aku nampak kau berbaring di tepi padang tadi"

Aku hanya membisu. Bukan jenis aku mahu terus mengaku.

"Kenapa pulak? Aku tak ada masalah"

Dia mencebik bibir. Sinis. Sakit pula hatiku.

"Engkau takkan berbuat macam tu kalau kau ok. Kau hanya bersendiri bila kau marah,buntu dan sedih.kan? Dia serkap jarang.

Allah...aku terasa aku bagaikan sebuah buku yang terbuka bila berhadapan dengan dia. Senang sangatkah aku dibaca? Malu rasa aku. Demi tuhan aku malu. Sebolehnya di dalam hati aku sudah berkira-kira tak mahu lagi bersua muka dengan dia. Aku merengus perlahan.

"Jangan marah aku ok. Aku cuma nak bagitahu rumput tu tak bersih. Lagipun situ sunyi. Kau boleh berada dalam bahaya. Jangan cari penyakit kalau takde penyakit"

Dia berkata sambil tersengih-sengih.

Aku pula mencebik bibir. Meremang pulak rasanya. Selama ni aku tak fikir pun. Apa-apa sajalah dia ni.

"Kau pelik. Kau nampak macam orang yang happy tapi aku kadang-kadang tak rasa kau happy pun. Tapi aku pelik la kenapa kau suka tengok awan tu. Aku ingat kau tidur tapi rupenya kau hanya perhati awan tu."

Mahu saja aku cekik orang di depan aku ni. Lancang sangat mulut. Aku tak suka ok. Aku tak suka.

"Aku ok la. Cuma hari ni cuaca baik-baik aje jadi aku rasa aku nak tenangkan sikit fikiran di situ. Lagipun aku bawak buku bukannya termenung saja" aku mempertahankan sambil menunjukkan buku di tangan aku.

"Betul ke?"

"Betul la. Dah kau nak sibuk ni kenapa pulak?"

Maafkan aku. Aku tak tahu kenapa aku bernada begitu. Mungkin sebab aku malu pada kamu dan aku tidak dapat menahan perasaanku.

Akhirnya aku berlalu tinggalkan dia. Dan aku tidak lagi merenung awan di hujung padang di atas rumput. Entah kenapa ada rasa malu, ada rasa marah dan ada rasa tidak puas hati yang aku tak pasti perasaan apakah itu. Aku tidak pernah lagi bercakap dengan dia selepas itu. Bila terserempak dengan dia aku akan membuat wajah mencuka. Tapi dia senyum. Aku malu. Aku rasa malu kerana dia selama ini perhatikan aku. Dia tahu mengenai kegiatan merenung awan.

Akhirnya dia tak lagi aku temui. Aku tak kisah.

Aku di sini. Kalaulah dia tahu aku datang ke sini lagi pasti dia akan ketawakan aku. Kalaulah dia masih ingatkan aku.

Aku tidak kemana-mana sahabatku. Aku tidak sehebat kamu. Aku nampak kamu. Kamu menjadi manusia hebat. Aku masih ingat pada mata itu. Mata kamu seolah tersenyum biarpun bibirmu tidak begitu.

Dan bila nampak kamu aku rindu dengan tempat aku merenung awan dulu. Dari mana kamu perhatikan aku? Tergelak sendiri aku.

Sahabatku, maaf aku tidak dapat hadir. Kerana selain rasa rendah diri pada kamu, aku juga malu dengan aktiviti pelik aku dulu. Untuk pengetahuan kamu, hingga kini aku gemar memerhatikan awan ketika aku buntu. Dan aku akan berasa lebih gembira jika ada pelangi di situ.



"Life is not a problem to be solved, 
but a reality to be experienced"



Juwita Maya

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"