Rindu....

Perasaan Rindu adalah perasaan yang normal dan acapkali dirasai manusia normal dalam situasi-situasi yang meletakkan mereka dalam merindui sesuatu atau seseorang. Definisi rindu sangat subjektif dan kadangkala seseorang itu tidak dapat mentafsirkannya dengan ayat tetapi hanya yang merasai akan tahu bahawa di dalam satu-satu keadaan, di dalam satu-satu perasaan, ada satu keinginan yang tidak bisa dilepaskan kerana ianya dihalang dengan sesuatu yang kita tidak punya kuasa mengubah rasa yang bergumpal di dalam dada.

Rindu membawa kepada kenangan, desakan, dan ruang kosong yang seolah tidak dapat diisi dengan apapun selain yang dirindu itu. Rindu itu anugerah dan kita yang mempunyai hati nurani pasti akan merindu.

Aku juga rindu. Aku rindukan usrah, majlis ilmu, Tazkirah, kuliah dhuha dan nasihat-nasihat yang berguna yang satu masa dulu menjadi rutin hidupku. Aku menjaga tingkah dan auratku. Lisanku dikunci rapat dari berkata yang tidak bermanfaat. Aku berganding bahu dengan insan hebat berilmu dan agamanya padu.Beza sungguh aku yang kini dan dulu. Apa patutkah aku menyalahkan keadaan? Tidak. Aku perlu salahkan diri aku yang tidak istiqamah dengan kelakuanku.

Aku kini menggantikan semua itu dengan kerlipan dunia yang tidak pernah menjanjikan apa-apa. Aku leka dan alpa dengan dunia. Tetapi demi Allah, separuh hati sahaja aku gembira kerana separuh lagi entah di mana. Apa yang aku cari? Bahagia? Entah lah aku pun tak tahu bahagia tu macamana kah yang betulnya sempurna.

Aku rindu sahabat-sahabat dulu yang sering mengingatkan aku pada akhirat. Sering menjadikan akhirat adalah matlamat. Silaturrahim indah dan ikatan persaudaraan sering aku rasai, Di mana mereka? Oh, mereka ada tetapi aku yang tidak ada.

Aku bertanya diri...diri aku sendiri...kenapa aku menjauhkan diri?

dan jawapannya ada pada diri aku sendiri..




*#akujugarindukamu



No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"