Rindu....

Perasaan Rindu adalah perasaan yang normal dan acapkali dirasai manusia normal dalam situasi-situasi yang meletakkan mereka dalam merindui sesuatu atau seseorang. Definisi rindu sangat subjektif dan kadangkala seseorang itu tidak dapat mentafsirkannya dengan ayat tetapi hanya yang merasai akan tahu bahawa di dalam satu-satu keadaan, di dalam satu-satu perasaan, ada satu keinginan yang tidak bisa dilepaskan kerana ianya dihalang dengan sesuatu yang kita tidak punya kuasa mengubah rasa yang bergumpal di dalam dada.

Rindu membawa kepada kenangan, desakan, dan ruang kosong yang seolah tidak dapat diisi dengan apapun selain yang dirindu itu. Rindu itu anugerah dan kita yang mempunyai hati nurani pasti akan merindu.

Aku juga rindu. Aku rindukan usrah, majlis ilmu, Tazkirah, kuliah dhuha dan nasihat-nasihat yang berguna yang satu masa dulu menjadi rutin hidupku. Aku menjaga tingkah dan auratku. Lisanku dikunci rapat dari berkata yang tidak bermanfaat. Aku berganding bahu dengan insan hebat berilmu dan agamanya padu.Beza sungguh aku yang kini dan dulu. Apa patutkah aku menyalahkan keadaan? Tidak. Aku perlu salahkan diri aku yang tidak istiqamah dengan kelakuanku.

Aku kini menggantikan semua itu dengan kerlipan dunia yang tidak pernah menjanjikan apa-apa. Aku leka dan alpa dengan dunia. Tetapi demi Allah, separuh hati sahaja aku gembira kerana separuh lagi entah di mana. Apa yang aku cari? Bahagia? Entah lah aku pun tak tahu bahagia tu macamana kah yang betulnya sempurna.

Aku rindu sahabat-sahabat dulu yang sering mengingatkan aku pada akhirat. Sering menjadikan akhirat adalah matlamat. Silaturrahim indah dan ikatan persaudaraan sering aku rasai, Di mana mereka? Oh, mereka ada tetapi aku yang tidak ada.

Aku bertanya diri...diri aku sendiri...kenapa aku menjauhkan diri?

dan jawapannya ada pada diri aku sendiri..




*#akujugarindukamu



Lelaki


Pada malam tahun baru yang lalu, tepat jam 12.15minit  malam, aku menerima mesej dari kawan aku. Bunyi mesej yang sepertinya dia sangat buntu dan tertekan. Aku dah jangka pun sebab dah beberapa bulan aku menjadi penasihat kisah cinta dia tanpa sengaja. Ibaratnya "ternasihat tanpa sengaja" he he he.. Ceritanya, dia dapat tangkap si lelaki ni ada perempuan lain, dia dah tak ada rasa cinta tapi masih perlukan lelaki untuk beberapa urusan dan merasa lembut hati dengan rayuan si lelaki yg telah "terkantoi tanpa sengaja". Hai..bagaimana aku mahu nasihat lagi? Aku tak pernah ada kisah cinta tragis sebegitu. Mula jadi wanita sejati pun masa umur 14 tahun ha ha.




Dia berulangkali tanya pada aku apa yg harus dilakukan. Aku pun susah nak faham. Kisah cinta aku tak serumit ini dulu. Jawapan aku senang, belah je la he he he..
Dia pula berkata "tapi....tapi..."  ahhh aku menyampah pulak dengan alasan "tapi...tapi.." dia tu. Macam drama melayu. Banyak "tapi" yang ditulis dlm skrip. Hurm..

Termenung aku seketika. Dia seorang kawan yang baik. Arwah suaminya dulu sangat baik, rupanya elok, tutur bahasa lembut, tapi itulah, selalunya yang baik Allah ambil dahulu. Dia kehilangan suami dlm usia yg sangat muda.

Bukan apa, dlm tahap kehidupan aku sekarang ini, aku dah tak berapa gemar nak layan kisah cinta lovey dovey, cinta bertepuk sebelah tangan, cinta itu cinta ini, bagi tips bagaimana nak cover makan burger depan pakwe, kat mana tempat sesuai untuk berdating. Aku sekarang lebih pada tanggungjawab,  pengurusan kehidupan, membina emosi yang lebih sempurna, sihat dan mencari jalan mengukuhkan masa hadapan. Aku juga dah tak layan drama cinta sebab sekarang aku lebih layan cerita hantu, cerita aksi dan rancangan masak-masak. Sekarang aku menonton cerita "The Blacklist"(ah..poyonya aku ini....bunyi berlagak pun ada kan)

Tetapi, rata-ratanya kawan-kawan aku ramai yg bujang. Dan mintak pendapat aku pasal kisah cinta mereka.err..apa muka aku ada iras2 Dr Fadilah Kamsah ke? Heeeee
Walaupun kadang2 aku sengal tapi aku gagahkan juga mengulas beberapa ulasan skema aku walaupun aku x arif.

Tapi sekarang ni aku nk berbalik pada kisah kawan aku dan lelaki itu. Ah kau lelaki... kenapa la kau ni. Aku pelik kot. Kawan aku tu baik. Tak pernah nak sakitkan hati kau. Kau layan dia macam sampah. Aku kalau tak ingatkan benda lain nak aje aku pegi azan kat muka kau supaya kau insaf dan cepat2 duduk tahiyat akhir dengan perangai kau yang ntahapa2 tu.

*Oh my...tak malunya engkau dengan usia mcm ni masih tulis perihal seorang lelaki...shame on u!
*No! Ini bukan kisah aku tapi kisah kawan aku.

Haish...sebenarnya di usia kami sudah tidak betah lagi berdepan persoalan cinta yang kurang sihat. Tapi, sudah nasib dia. Masih terperangkap dengan soal cinta. Kesian. Aku simpati pada dia. Tapi itulah, dia kata nk berdepan dengan lelaki itu tanpa melibatkan soal perasaan. Come on la...ko ingat boleh ke? Dah perasaan tu ada mana maunya. Kang dirayu2 kang.lembut plak hati...arghhh aku benci. Aku kalo dah benci tengok bayang ko pun x mo tau! Kalau aku la....x tau la org.lain he he...aku ni berlagak je konon2 haha.

Tapi, jauh di sudut hati aku, aku mendoakan agar dia bertemu bahagia demi utk anaknya. Dia dah banyak menderita. Dia ada segalanya. tapi...dia masih belum temui bahagia. Aku berdoa demi dia. Demi utk tengok dia bahagia.

Nasihat aku pada dia, kawan dia yang selalu sepertinya mengajo anak ketam berjalan ni, ialah putuskan apa saja yang membuatkan hati engkau sakit. Rezeki Allah ni luas. Tak semestinya kau perlu bergantung pada dia. People come and people go in our life. Belajar dari kesilapan. Kau fikir masak-masak. Kita dah matang. Bukan belasan tahun lagi. Dah pandai bezakan yang baik dan yang buruk. Kalau betul sayangkan dia, doakan dia dari jauh agar kehidupan dia lebih baik selepas ini. Aku pun ada beberapa orang yang pernah buat aku sakit hati cuma aku mampu berdoa mereka dibukakan pintu hati untuk sesuatu yang lebih baik menuju ke akhirat yang gemilang.

Baiklah, aku nak menyanyi lagu yuna ni.

Lelaki...
Lelaki....
Tak guna! tak guna! tak guna......ohhh....

*eh, lelaki lain janganlah sentap. Ini pasal lelaki yg disebutkan di atas, bukan anda. 
  Anda lelaki budiman. Syabas. Anda lah lelaki hensem paling hensem di alam semesta kalau anda   
  menghormati wanita. Hormatilah wanita sepertimana kamu mahu ibu,adik perempuan, anak perempuan dan saudara perempuan kamu dihormati. Ececeh..jangan kembang nanti seluar koyak tanpa sengaja.
  Kbai! Jom tengok video yuna ni.



My favourite love quotes~~

"When i saw you I fell in love, and you smiled because you knew" 
 - William Shakespeare-




Juwita Maya




2.0.1.6

Assalammualaikum...sedar tak sedar, 2015 sudah melabuhkan tirainya dan kini sudah berada di tahun 2016.Mashaallah...terlalu banyak yang terjadi dan yang pasti kupanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus jalani kehidupan di dunia ini. Alhamdulilah... terlalu banyak yang boleh disyukuri daripada kita mengeluh dan menyalahkan satu sama lain di atas nasib yang menimpa diri. Kesihatan, ketenangan dan kasih sayang itu juga adalah rezeki. Bukan hanya harta dan wang ringgit semata. Harapan aku semoga aku akan menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ini. Yang pentingnya hamba yang bersyukur di atas segala pemberian dan nikmat yang tidak ternilai harganya. Keluarga yang baik, anak2 yang menyenangkan, suami yang penyayang, kawan2 yang membahagiakan, harta yang sederhana tetapi sempurna bagi aku. Alhamdulillah ya Allah..
Syukur.... 





" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"