Bersihkan hatimu terlebih dahulu..





Ini hanya kisah pendek yang aku ingin tuliskan. Kisah masyarakat yang ingin aku kongsikan di ruangan aku ini. Aku tak pasti samada aku wajar menulis kisah ini. Takpe,kalau aku rasa ntahapahapa posting ni, aku akan delete.  Aku kadangkala berasa sangat kelakar dengan ragam manusia. Aku pelik dengan segelintir manusia yang suka berkata-kata tanpa berfikir sebelum mengeluarkan sebarang bentuk pernyataan. Sebenarnya, aku benci membaca kisah-kisah politik.  Sebagai manusia, aku juga bencikan kezaliman, penindasan, dan segala bentuk penyalahgunaan kuasa. Aku juga turut terbeban dengan keadaan  ekonomi dunia dan peningkatan taraf hidup dewasa ini. Tetapi, tindakan bodoh dan sia-sia seperti yang berlangsung baru-baru ini aku rasakan sangat -_-. Berpekik dan berlolongan di jalanan entah berapa musim telah terjadi. 

Di sini aku ingin kongsikan perbualan aku dengan seorang insan. Dia seorang rakyat Malaysia. Sihat. Dan sudah cukup umur untuk mengundi. 

Aku dan beliau sedang melihat gambar tersebut di dalam sebuah akhbar. Beliau yang aku maksudkan itu berkata pada aku bahawa akhbar itu pilih kasih dan sebenarnya bilangan mereka adalah sangat ramai sehingga penuh satu Malaysia. 

Wow…aku pun kata pada dia aku kagum.

Beliau : Huh, takut la tu nak siarkan berapa orang yang sebenarnya. Ramai tau. Sampai penuh sangat KL.

Aku : Oh ye ke? Hebatnya

Beliau : Si ** mmg pengecut masa tengah macam ni pergi oversea la konon. ^&^790079e3r79_)*%$%#$%%%$^%

(Maaf, aku tak sanggup nak taip apa yang dia cakap. Huhuhu)
Suasana diam seketika dan aku teruskan kerja. Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.

Aku : **, kau mengundi kat mana?

Beliau : (Diam)

Aku : Weh, ngundi mana? Aku nak tanya camana nak tukar pusat mengundi.

Beliau : Entahlah, aku tak pernah mengundi pun.

Aku : What? Kau sikit punya semangat cerita pada aku tapi kau tak pernah mengundi? What the…

Beliau :  Apa bezanya Ta? Undi ke tak undi ke tetap sama keputusannya. Pilihanraya kita tidak bersih dan berat sebelah. Walau bagaimanapun tetap sama. Negara kita tetap diperintah oleh **

Aku : Kenapa kau tidak mengundi? Bukan ke itu peluang yang baik untuk kau memilih? Kau dah diberi kuasa.  Mungkin dengan satu undi kau tu pemerintah yang kau undi tu menang?

Beliau : Takdenya. Tetap sama. Kau tak tahu yang kerajaan kita ni kotor dan berat sebelah. Kita ni akhir zaman diperintah oleh orang yang bodoh dan jahil. Rasuah atas bawah.

Aku : Kau tak cuba lagi kau dah kata macam tu? Sapa yang bodoh? Aku sebenarnya nak tanya satu benda dari dulu lagi, kenapa B***** tu banyak yang mata sepet-sepet tu?  Ko rasa depa nak vote sapa? Mahathir? Muhyiddin yassin? Dah tentu depa vote cina weh…cainis support cainis. We never know who is bangang bin bahalol yang sebenar. Dan kau jangan sure sangat diorang pun tak amalkan rasuah ni. Abis tu kalau diorang yang memerintah so barang-barang murah ke caner. (Aku cakap nada perlahan je. Tak macam nak gaduh pun)

Beliau : Kau jangan sembarangan cakap la Ta. Kau tak tahu politik. Berapa banyak dah yang kita rakyat ni kena tipu. Rakyat bukan bodoh sekarang ni. Sekarang ni kau ni rasis la plak nak kata cainis bagai. Ni duit yang berbillion yang si ** dah makan tu apa cerita? Mana hak kita? GST lagi.Bla..bla..(sebenarnya ada bnayak lagi bebel dia tapi takpelah, aku malas nak taip)

Dia macam dah nak marah aku. Maaf la aku memang akan suka bertanya benda yang aku tak tahu. Ye la kan, macam yang dia cakap aku ni tak tahu apa-apa pasal politik. Asyik merapu ja tau kan…hurm…

Suasana kembali diam.

Aku : Weh, Kalau kau kata penyokong B**** * tu penuh satu KL, dicampur dengan yang luar KL lagi,so aku rasa kalau mengundi  memang menang la korang kan. Hurm… Tapi tu la kau, kau sendiri tak pergi mengundi kau nak salahkan orang yang pergi pangkah. Kalau menang kau suka la kan kalau kalah kau kutuk plak orang yang pangkah ** tu. Kau ni di sebalik tabir  je ke. hihihi (Sumpah aku mmg nak bergurau ngan dia sebab aku tahu dia suka bergurau)

Beliau : *Senyum sinis sambil matanya masih pada suratkhabar. Menyampah dengan aku barangkali*

Aku : Kau pergi ke B**** tu? So sesak la jalan?

Beliau : Tak aku tak pergi pun dengar member cerita je. Balik kampung orang rumah aku,. Support dari jauh je.

Aku : What the… (Dalam hati je la. Malas nak jadi Joyah.)

Dia terus bangun tanpa ucap selamat tinggal kepada aku. Maaflah kalau aku salah. Aku pun tak tahu menahu isu politik ni kan. Pasal shawl, makeup, kasut aku tahu la..ZZzzzzzz

Kalau ditanya pada aku, aku masih lagi bersyukur menjadi seorang muslim di Malaysia berbanding Negara Asia yang lain.

Baiklah, aku tak nak menulis melalut lagi pasal ni. Banyak tulis banyak pula salahnya nanti. Hanya secebis kisah masyarakat di petang selasa ni. Kata cerita pendek tapi panjang kan? Heh.  Sekarang aku dah tahu dah bagaimana nak tukar pusat mengundi.  

Bye!

Bukan penyokong mana-mana parti  politik
Cuma rakyat Malaysia Biasa
Peace!

Juwita Maya


Di satu tengah malam di bilik belakang yang berhabuk.


**Bunyi sok sek dari hidung adalah menahan aku dari terbersin.
Aku telah menulis satu posting yang agak panjang di sini tapi aku malas nak post kan dan hanya ingin bernyanyi. Besok Isnin..dan aku hanya melayan hati sendiri...

Juwita Maya

Aku sedar suara aku tidak merdu..
Selamat malam dunia.....

Selamat beradu kepada semua insan yang ada di dalam ingatanku...
Terukir di bintang dan tak mungkin hilang..... : - )

Gemuk




Gemuk!

Aku tersentak mendengar teriakan dari sekumpulan kanak-kanak lelaki kearah seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di tepi tembok. Duduknya sembunyi sedikit dari tiang. Aku hanya nampak separuh. Dia lengkap berbaju sukan .Aku memandang dia. Baju dan tudungnya sedikit comot dengan bekas-bekas tumpahan sos dan barangkali juga coklat. Aku menjegil mata pada sekumpulan budak lelaki yang berteriak tadi.

"Gemuk! gemuk macam badak! "

Kanak-kanak lelaki itu memekik lagi seperti sedang mengiramakan ejekan tersebut.

Aku pergi ke arah mereka dan mereka sedikit terkejut.

Lalu mereka berundur apabila aku mara sedikit demi sedikit dengan wajah yang sengaja aku kerutkan.

Setelah mereka berlalu, aku mendekati kanak-kanak perempuan itu. Aku menyuruhnya bangun dan duduk di tepi aku di atas kerusi yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

“Nama?”

"Nur Farah Irdina"

Jawabnya sepatah. Aku merenung tag nama yang dijahit Farah Irdina sahaja. ‘Nur’ nya sudah hilang. Rasa menyesal juga sedikit kerana aku juga memberi nama yang agak panjang pada anak-anak aku sedangkan appear di name tag tu pendek saja. Oh, mak mak macam aku selalu sangat over nak nama anak macam nama watak dalam novel khayalan.

Dia seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang berbadan gempal tapi comel. Wajahnya putih gebu.
Aku berbual dengannya sambil memerhatikan samada anak-anak aku sudah keluar ataupun belum.

“Diorang selalu panggil saya badak sebab saya gemuk, auntie” ujarnya lalu tersenyum menampakkan giginya yang sedikit kekuningan. Aku berasa kasihan. Kalaulah ini anak aku, aku jua akan turut merasakan sakitnya hati. Begitu juga agaknya ibu Nur Farah Irdina. 

“Nak dengar satu cerita?”

Dia mengangguk. Masih malu-malu dengan aku.

“Badak sebenarnya kuat. Badak sumbu ada tanduk yang sangat keras. Ianya ada lah berupa keratin macam kuku kita. Badak air pula sangat hebat sebab boleh duduk dalam air berjam-jam. Buaya pun takut nak makan badak air sebab dia kuat dan gigitannya boleh membunuh buaya”

Pehh..tak sia-sia Damia anak kedua aku bertanya pada aku dulu tanduk badak sumbu diperbuat dari apa dan kenapa badak sumbu boleh lepak dalam air lama-lama semasa kami melawat ke Zoo Negara sedikit masa dahulu. Aku terus study soalan dia. Betullah kata orang dulu-dulu, menjadi seorang ibu atau bapa adakalanya banyak mengajar kita benda baru. Sebab dulu aku tak tau pun dan tak amik pot pun akan semua itu hehehehe. Yang aku tahu badak is badak lah, Lol. Siap aku tahu lagi spesis badak sebenanya banyak iaitu antaranya Dicerorhinus, Ceratotherium, dan Diceros bila aku baca kat wiki. Aku ingat dulu badak Sumbu Rhinoceros dan badak air hippopotamus je namanya. Kah kah kah… lagipun badak-badak sekalian kurang cute. Kbye!
-_-

Bapak seram muka awok Encik Badak. Cer senyum skit orang tangkap gambo awok tuuuu...

Dia seperti berminat dengan cerita aku.

“Kadang-kadang diorang panggil saya gajah jugak”

Aku tersenyum.

“Gajah laaagiii kuat. Sekali dia pijak mati tau”

Dia ketawa kecil.

Loceng berbunyi nyaring dan aku mendengar keriuhan keterujaan kanak-kanak yang mahu pulang dari kejauhan. 

“ Diorang panggil awak semua yang kuat-kuat kan? Kalau panggil rama-rama ke, lebah ke, tak kuat sangat kan? Tapi semua haiwan yang Allah ciptakan tu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Allah ciptakan Farah ngan Auntie pun macam tu juga”

Ewah, aku dah macam ustazah pilihan la plak kan…

Dia mengerut dahi. Entah faham ataupun tidak aku cakap apa.

Keadaan semakin hingar bingar dengan murid yang berpusuan mahu keluar dari pagar sekolah dan aku terpaksa meninggikan sedikit lontaran vokal aku mengatasi riuh rendah budak-budak itu. 

Perbualan kami berakhir apabila rakannya melaung namanya dari dalam van sekolah.
Perkenalan singkat aku dengan Nur Farah Irdina telah memberi kesan mendalam pada aku secara peribadi.  Entah kenapa aku sangat benci pada orang yang mengejek pada orang lain yang mempunyai lebihan daging dan lemak. Seolah gemuk itu satu dosa dan tidak layak berada di kalangan masyarakat. Dari sekecil-kecil anak hingga ke setua-tua manusia sering mengejek pada orang yang gemuk. Gemuk dan gempal sepertinya satu objek yang lawak dan orang halal berkelakar padanya. Lihat sahaja Maharaja Lawak yang menggunakan fizikal Abam Bocey untuk bahan lawak mereka. Nampak Abam Bocey tu macam rela. Mungkin juga itu punca rezeki dia tapi tidak sepatutnya menjadikannya sangat keterlaluan. Memberi ruang pada orang lain memperkotak katikkan dia. Diri kita sangat berharga. Gemuk is awesome katanya... Oh Please..

Aku juga teringat kisah kawan yang aku kenali di mana suaminya tidak suka dia menjadi gemuk. Lepas bersalin, dia bermatian menjaga bentuk badan. Dia bercerita pada aku yang suaminya tidak mahu dia menjadi gemuk. Satu malam, aku dan suami menyertai dia dan suaminya bermain bowling dan setelah tamat permainan kami singgah makan di kedai makan la kan, takkan kedai basikal. (Gelak skit eh jangan serius sangat muka tu..hurm..).  Setelah memesan makanan, aku lihat suaminya makan punya la banyak seolah 8 hari tidak menjamah makanan. Dia hanya terkebil-kebil hanya minum air dan menguis-nguis makanan. Aku pandang suaminya. Ishhh bencinya aku. Bencinya aku. Bencinya aku!.  Aku sengaja bertanya kenapa dia tidak makan. Tapi suaminya yang menyampuk mengatakan dia nak jaga badan. Kecik sungguh suaminya aku lihat ketika itu. Kalau bukan kerana suami aku pun ada di sana nak aje aku bagi ayat sarkastik kat suami dia ketika itu. Tetapi, hati suami aku kena jaga kang tak pasal-pasal aku makan kaki plak kat kedai makan tu kan. Heh. (Tetiba emo dah kenapa gile?)

Aku menyampah. Isteri kau tu kau lanyak suruh beranak setiap tahun, anak dah 3 pun tapi kau bersikap tidak adil dengan dia. Kau ingat senang nak menurunkan berat badan babyfat selepas bersalin? Kau ingat senang nak kuruskan badan disamping anak kau menyusu badan? Kau makan banyak, kau suruh dia masak selalu apa yang kau nak makan tapi kau dera perasaan dia dengan mengatakan kau tidak mahu dia jadi gemuk. Kau mahu isteri atau kau mahu American’s Next Top Model?. Kau ada otak tak? Kau berfikir melalui otak kiri kanan tak? Isteri kau pun ada nafsu makan la gile. Dia pun teringin nak makan macam kau. Ah, aku tulis dengan emosional sekali. Tapi, bila aku fikir dari segi yang lain, (Ye, otak aku bersegi-segi, Aku sangat complicated.), eloklah juga suaminya berterus terang dari suami yang diam-diam tapi pasang makwe lain yang lebih slim kan… Tetapi, memang isterinya kurus dan cantik sampai sekarang. Jeles tau aku tengok perut dia flat aje sebab perut aku buncit. Alhamdulillah…aku harap dia menjadi isteri kesayangan suami, makan nasi setiap hari dan bahagia kekal ke syurga. Amin…

Sesiapa yang pernah melalui apa rasanya menjadi gemuk, pasti tidak akan mahu melukai mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Apa rasanya apabila terpaksa shopping baju di Plus Size section.  Apa rasanya mempunyai berat badan 83kg dengan tinggi yang hanya 163cm. Mungkin berasa rendah diri dan asyik merasakan diri menjadi mangsa tohmahan masyarakat. Pedih, hancur dan punah rasa perasaan apabila tak dapat muat baju satupun yang kita suka. Hati seperti dihiris-hiris dengan pisau dan seperti tak nak makan untuk selamanya. Jikalau ada apa-apa jamuan makan, makanan dan mereka sering dijadikan bahan untuk bergelak ketawa. Pasti akan rasa down. Akan rasa tak cantik. Benci diri sendiri. (Ye, aku memang bercerita tentang diri sendiri.). Stop.



Entah kenapa manusia sering mengejek-ejek akan kelebihan daging dan lemak yang terdapat pada orang lain. Di sebalik lemak dan daging, ada berbagai persepsi dan prasangka. Ada pelbagai cerita dan idea. Ada pelbagai ketawa dan kata-kata penuh bisa. Kenapa orang gemuk selalu disamakan dengan makan yang banyak? Makanan? Kenapa?.

Tidak semua orang gemuk makan banyak. Ada yang gemuk kerana keturunan. Gemuk kerana penambahan berat badan selepas bersalin dan macam-macam lagi factor lain.
Memang. Kegemukan adalah punca pada beberapa penyakit dan kerajaan juga menyeru supaya kita makan secara sihat. Itu adalah cerita lain. Itu cerita orang yang tidak menjaga makan. Yang aku mahu cakap adalah cara pemikiran manusia yang selalu mendiskriminasikan orang gemuk, yang bencikan orang gemuk. Yang menyangka gemuk membuatkan kasih sayang hilang kerana tidak cantik. Yang mengaitkan gemuk dengan sesuatu yang buruk buruk dan buruk belaka. Orang gemuk juga ada perasaan.

Gemuk bukan satu dosa sehingga perlu diejek-ejek dan dibuat kelakar. Itu bukan satu kekurangan. Manusia Allah ciptakan dengan pelbagai saiz. Ada yang besar skit, tinggi sikit, rendah sikit.Kadangkala disebabkan faktor genetik, dan banyak la haiii kalau nak dirungkaikan satu persatu.
Namun, jikalau merasakan dengan menjadi kurus ideal membuatkan kita berkeyakinan, usahalah ke arah itu kerana tidak rugi pun mengubah diri untuk menjadi lebih baik. Cuma kekalkan rasa rendah diri biar bagaimana pun bentuk tubuh yang telah dikurniakan Allah pada kita.

Tak salah berusaha jikalau kita inginkan sesuatu dan ianya adalah baik juga bermanfaat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tidak kiralah kita gemuk ke, kurus ke, cantik ataupun tidak, Di mata Allah SWT kita tetap sama iaitu ...

HAMBA. 

~Juwita Maya~~
**Because being fat is depressing and it just bring me down....**





Bersabarlah sayang ... ..




Kesabaran adalah satu perasaan yang sangat pahit tetapi indah di pengakhirannya kelak. Sudah tentu sahaja sabar juga digalakkan dan juga disebut di dalam Al Quran bahawa ganjarannya sangat baik dan disukai ALLAH Azzawajalla.

Namun, sabar juga sangat sukar dijagai, dibajai dalam hati kerana ada hadnya. Apabila rasa sabar itu sudah mula melebihi hadnya, maka akan terjadinya bermacam peristiwa yang disebabkan rasa sabar yang hilang…

Aku selalu mendengar perkataan SABAR. Malah kadang-kadang seseorang yang namanya Sabariah pun mengingatkan aku pada kesabaran.  Aku tahu, rasa sabar perlu disendikan dengan keimanan yang kuat sekuat karang di lautan. Iman manusia turun dan naik. Sekali sekala aku rasa sayu sendiri, kenangi dosa, berfikiran positif dengan perkara yang menguji kesabaran itu. 

Kadangkala aku marah, fikiranku jahat, mulutku seperti ringan sedangkan otak aku sebenarnya tidaklah mahu bercakap sebegitu. Otak dan mulut aku tidak seiring  dan aku rasakan wajahku panas menahan marah. Mungkin orang boleh lihat wajahku yang merah. (macamlah aku putih sangat kan…eleh…)

Lama-lama marah aku hilang. Aku sejuk sendiri apabila aku duduk diam-diam. Damn! Kenapa marahku tidak selalunya lama?. Adakah ini kelemahan aku yang sering buat orang memijak kepala aku. Ataupun aku sebenarnya penyabar?

Hurm…

Hidup ini memang tidak lepas dari diuji oleh orang sekeliling kita. Jiran, rakan sekerja, anak-anak, adik beradik, majikan, orang gila, orang bodoh, dan ramai lagi. Mereka sumber pahala dan juga dosa kita. Alahai…

Aku sangat salute dengan orang yang  sangat sabar dengan bertenang. Kerana cara aku menahan sabar adalah dengan cara yang merepek-repek selagi tidak menyalahi syariat. Hehehe..

Sebenarnya aku tulis mengenai kesabaran ini adalah kerana pak cik di sebelah rumah aku. Pak cik itu benar-benar menguji kesabaran aku sebagai manusia hina yang tidak punya apa. Aku menghormati pak cik seperti selayaknya orang tua untuk dihormati dan disayangi. Aku tidak pernah dibesarkan untuk bersikap biadap pada orang yang lebih tua. Aku bukanlah orang yang tidak berpelajaran dan tidak menggunakan otak menyerang tanpa usul periksa ataupun membuat perkara yang sangat mengarut dan tidak membina minda masyarakat. Tetapi, kebelakangan ini aku dapati aku semakin kurang sabar. Namun aku cuba cekalkan hati kerana aku beranggapan bayangkan jikalau ada orang buat orang tua kita sebegitu sudah pasti kita akan merasa marah juga kan? Demi Allah, sangatlah susah menahan sabar dengan keadaan iman yang goyah ini. Seperti aku sedang menahan batu berat dari jatuh. Aku perlu sabar dan pada masa yang sama aku menjaga hati orang lain.

Pak cik sebelah pindah di sebelah rumah aku semasa aku mengandungkan Adra 8 bulan. Pak cik ada seorang isteri yang lumpuh dan berkerusi roda. Dan beberapa anak lelaki bujang yang langsung tidak pernah senyum nampak aku. Muka mereka sangat ketat. ( Mungkin mereka menjaga pandangan dari melihat isteri orang kot…bersangka baik…). 

Selepas aku bersalin, means aku ada banyak masa di rumah kerana berpantang. Lalu kadangkala aku ke belakang menjemur kain lampin apabila aku melihat mak sudah penat menjaga aku. Tak payah nak feeling2 princess sangat ye. 

Aku dapati longkang di belakang rumah aku selalu ada nasi, sayur, dan berbagai makanan ruji orang asia yang lain. Setahu aku, memang aku atau mak takkan buang sisa makanan di dalam longkang hidup di bandaraya Kuala Lumpur ni. Kat kampung yelah, tabur je atas tanah nanti ayam datang makan. Kat bandar susah nak nampak ayam. Ayam lain adalah. Urm..

Lalu aku bersangka baik, sabar, dan menyiram menatang tu semua jauh-jauh supaya tidaklah berbau busuk seperti bau mayat reput.

Akhirnya, hari ke hari pun benda sama terjadi. Kadang-kadang siap ada t*** tau tak.
Aku dan suami hanya berdiam kerana kami tidak mahu melukakan sesiapa pun. Tambahan lagi orang tua yang sebaya ibu bapa kami. Tak baik tau….Jadi kami cuma diam dan sentiasa mengukir senyum pada pak cik itu.

Aku dapati, anak-anak bujang pak cik sangatlah suka pada kucing. Mula-mula ada seekor jadi aku tidaklah ambil kisah sangat. Lama-kelamaan, kucing nya semakin banyak dan beranak-pinak. Dah tu kucing tersebut rajin nau lepak depan rumah aku. Lepak aje takpe..tapi yang tak sukenya berak merata depan rumah ..Hari tu habis semua kasut aku, kasut sekolah dan baju sekolah diorang kat ampai kena kencing kucing. Kucing-kucing tersebut pun suka bergaduh di depan rumah aku. Aku manusia biasa. Aku tidak sempurna. Aku pun tahu penat dan kecewa. Apa yang korang rasa bila balik keje penat-penat tapi disambut dengan taik kucing di depan pintu rumah. Agak-agak korang boleh senyum tak tengok taik tu sambil berkata "Alahai..cutenya taik kucing...mesti datang dari kucing yang cute jugak ni..."

Ye, memang kucing itu sangat cute dan binatang kesayangan nabi. Tapi masalahnya sekarang ini itu bukan kucing aku tauuuu….. Aku selalu jegil mata kat kucing-kucing tu. Slow talk ngan depa supaya pergilah pulang dan berak kencinglah di tempat yang bersesuaian. Apa rumah aku kelihatan seperti jamban? Namun hampa kerana kucing2 itu tidak menjawab sepatah pun. Hurm…

Aku adukan segalanya pada mak. Aku memang suka mengadu kat mak walau hal sinki tersumbat sekalipun. Lalu mak berkata….

Aku perlu teguhkan iman dan sabar dengan solat  yang berkualiti. Awal waktu, lebih khusyuk dan ikhlas. Setiap kali solat, cuba rasakan yang kita ada perasaan tenang. Setiap kali nasihat dari mak, perkara pertama yang sering mak cakap ialah solat. Perkara pertama yang mak ingatkan mesti ialah solat lepas tu barulah yang lain-lain.

Lepas tu mak juga nasihatkan supaya aku dilarang sama sekali mengeluarkan kata-kata yang menyakiti pak cik itu. Sekalipun aku sedang marahkan kucing tersebut. Mak kata tolong jaga air muka suami mu ye nak, kang pak cik tu cop suami kamu punya isteri yang cantik tapi biadap! (eh eh cantik tu aku tambah sendiri..wekkk)

Di satu hari, aku berada di luar rumah, pak cik tersebut balik dari pasar dengan senyum simpul menolak wheelchair isterinya. Aku menegur dan kami berbual-bual. Aku lihat pak cik itu dengan wajah tenang dan sentiasa ukir senyuman (sumpah! Pakcik tu memang suka tersenyum) mengangkat isterinya yang tercinta masuk ke dalam rumah. Dengan penuh kasih sayang juga setiap pagi aku dengar pak cik menyanyi ketika memandikan isterinya di belakang rumah. Aku juga sering dengar dia bergurau senda dengan isterinya yang lumpuh itu walaupun isterinya tidak lagi boleh bercakap. 

Aku terfikir. Kenapa aku asyik nak cari salah pak cik tu pasal kucing dia, sampah dia, sedangkan aku tak nampak SABAR yang paling indah di depan mata aku ialah KESABARAN pak cik yang menjaga isteri yang lumpuh. Pak cik tidak pernah nampak stress bila keluar dari rumah di depan aku malahan pak cik sentiasa menguntum senyum walaupun ketika itu aku dengar isterinya menangis di dalam. Pak cik tenang dan sabar apabila menolak kerusi roda membawa isteri bersiar-siar waktu petang di padang taman sebelah. Aku sendiri tak pasti akan ada kesabaran sebegitu. Ya Allah, indahnya cinta itu. Itulah cinta till jannah yang sebenarnya di dalam dunia reality.

Kesabaran aku diuji hanyalah benda remeh seperti taik kucing pakcik, perempuan gila, jalan jem, train asyik delay, dan anak-anak yang degil kadang-kadang sedangkan kulihat kesabaran pakcik itu diuji dengan isterinya yang tidak mampu mengurus diri sendiri apatah lagi rumahtangga. Subhanallah…

Mungkin kucing-kucing itu menjadi terapi untuk mereka berdua setelah anak-anak keluar bekerja. Lagipun anak2 pak cik tu aku dapati tidak lekat di rumah. Awal pagi baru balik.

Mungkin kucing Cuma tumpang berteduh aje kot.. aku nampak ada je pasir ngan bekas taik diorang kat depan rumah pak cik. Tapi biasa la kan binatang..mana ada akai. Manusia pun ada je yang berak merata-rata kan..

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus bersabar dan menerima semua ini dengan redha dan tabah. Aku maafkan segalanya kerana manusia tidak sempurna. ALLAH pun ampunkan hambanya inikan pula aku hamba ALLAH?

Aku berdoa yang baik-baik, cuba menjadi lebih baik dan semoga yang baik-baik juga akan berlaku di pengakhirannya...

Amin...



Secebis Catatan Serabut





Oh rindunya aku..

Terlalu rindu…terlalu rindu…jujur aku terlalu rindu, tiada lain selain rindu..


Oh bulan mana bintang mana dia kekasih sorang bantulah aku..aku dah buntu…

Ececeh…lagu gedik budak-budak baru nak up ni jugak yang aku  duk humming ni pehal la kan…

hurm.. aku tak layak dah nak layan dah lagu-lagu macam ni..dah t** he he he...

Aku rindu nak tulis kat sini sebenarnya he he he…Hari-hari berlalu aku asyik pikir nak jumpa Ungu. Aku rasa macam lamaaaaa sangat tak jumpa bestfriend aku. Heh.

Sampai termimpi-mimpi aku malam tadi. Mimpi campur-campur. Aku mimpi jumpa Batman, Limah dan Milah berbaik dan bergurau senda, Jam aku yang hilang, jumpa hantu dalam bilik air dan beberapa lagi gambaran mimpi yang merepek-repek sampai aku  tak leh nak ingat dah. Berpeluh-peluh tau aku mimpi.

Selalunya kalau aku mimpi merepek meraban gitu maksudnya aku dah lama tak meluahkan perasaan pada Ungu. Maknanya internal hard disk kepala aku dah overload heheh.(Ntahapa2 punye reason la..)

Bulan puasa dan seterusnya raya aku sangat-sangat sibuk. Lepas tu, handphone aku pulak rosak. Tak dapat bukak blog dekat fon kena ada PC atau laptop. Nak ngadap laptop hurm..bercinta la plak kan erkk. Kesian tak kat aku? Kesian kan… meh la belanja Iphone satu hehehhehehe

Hari ini hari jumaat dan aku cabut awal dari office lalu menuju ke The Loaf yang menjadi kegemaran aku kalau aku melepak sorang-sorang. Kalau ke sini aku memang tak suka ajak sesiapa sebab akan semakkan kepala otak aku yang sering berserabutan ini. Aku sukakan coffee dan potato soup yang ada kat sini. Best gile. Aku bukan ke sini kerana aku acah-acah hipster makan kat tempat mahal ok. Aku ke sini sebab aku mahukan suasana sunyi dan tenang sambil makan potato soup. Actually, tak la sunyi mana cuma aku suka je lepak sini. Eh suka kau la nak lepak mana pun.

Oleh kerana aku bawak laptop maka aku sempat menulis ini sambil makan sup kegemaran aku dan berbackgroundkan nyanyian penyanyi jalanan a.k.a buskers di lobby sebelah LRT Station. Tapi depan aku ni ada kapel yang tengah hangat bercinta la plak.. bercinta sambil makan donut. Alahai sweetnya korang…. Korang sesuai la ngan lagu yang akak nyanyi tadi tu tau. Moga till jannah perhubungan korang. Ujar aku dalam hati.

Cerita bulan puasa dan raya aku biasa-biasa aje. Anak dara berdua tu  je yang beraya sakan sampai kulit jadi tanned ikut cousins berjalan raya rumah orang. Anak dara kecik duk melekat kat aku tak mo ngan orang. Baju diorang aje yang aku beli berpasang-pasang cantik-cantik belaka. Aku ngan bapak eh takde beli baju pun. Aku pakai baju kurung kerja je pi raya buleh.. haha. Takpe la orang kampung tak tengok lagi aku pakai baju tu ngeh ngeh ngeh..

Sebenarnya masa bulan puasa tu aku ada la menulis skit2 selepas sahur sambil tengok berita pagi. Di bulan puasa seperti ini aku sering melihat di kaca tv anak-anak yatim yang diraikan oleh pihak-pihak yang prihatin. Aku teringatkan aku dulu-dulu. Setiap kali raya semasa aku kecik aku akan dapat macam-macam. Aku rasa terharu dengan pihak yang sangat prihatin pada nasib anak yatim seperti aku dan adik beradik yang lain. Setiap kali mahu masuk sekolah, akan ada beg baru, basikal baru, dan juga baju sekolah hasil dari sumbangan orang ramai. Menjelang raya pula, aku dan adik beradik yang lain akan dapat baju raya, kuih raya dan banyak cash hasil sumbangan orang ramai juga. Aku tidak terasa dipinggirkan. Seolah ada tangan-tangan manusia yang menyokong aku supaya aku tidak jatuh menyembah bumi.

Aku memohon kepada Allah SWT, jikalau insan-insan yang menyumbang tidak kiralah wang ringgit atau harta benda semasa aku kecil dahulu, sudah tiada di dunia ini, aku panjatkan doa supaya ALLAH SWT memberi rahmat, pengampunan dan dilapangkan kuburnya. Jikalau masih ada, aku berharap dan berdoa supaya mereka hidup aman tenteram, penuh kasih sayang ALLAH SWT dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Amin…

Tetapi… 



Di sini aku ingin menulis tentang nilai kasih sayang yang sangat diperlukan pada jiwa yang masih mentah. Demi Allah, aku bersyukur kerana hidup aku penuh dengan kasih sayang.Aku bersyukur dengan nikmat ini walaupun aku malu pada Penciptaku kerana sering terleka untuk mensyukurinya. Walaupun aku kehilangan Abah, tapi aku tidak pernah berkurang kasih sayang sedikit pun. Mungkin juga kerana aku anak bongsu maka aku dilebihkan sedikit dari beberapa segi. Rasanya lebih dari mencukupi. Kami tidak punya banyak wang dan harta tapi hanya kasih sayang dan saling menjaga antara satu sama lain. 

Aku punya ibu dan keluarga yang sangat menjaga aku. Namun, bercerai mati dan bercerai hidup sangat banyak perbezaannya. Aku masih ingat dulu ramai yang mengusap ubun-ubun aku dan memberikan aku wang dan permainan. Aku bahagia dan lupakan kesedihan kehilangan orang yang dicintai. Berbeza dengan kawan aku yang aku gelarkan ‘Sakinah’. Aku tahu dia juga tidak punya ayah. Ibunya sendiri tak tahu ayahnya berada di mana. Aku tak dapat ingat tapi dia pernah bagitahu aku ayahnya duduk mana. Kami selalu makan nasi lemak bersama. Masa tu darjah 6. Aku termasuk di dalam kalangan murid yang akan mendapat makanan percuma yang dinamakan RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Setiap hari menu berbeza. Gembiranya aku dulu, setiap kali waktu rehat aku akan teruja melihat makanan yang dah siap tersusun atas meja khas untuk kami. Surprise sangat nak tahu hari ni kami akan makan apa. Selalunya aku akan berkongsi buah potong yang selalunya diletakkan bersama makanan  yg aku dapat secara percuma tersebut dengan Sakinah. Aku masih teringat Sakinah selalu akan Tanya aku “Agaknya kau makan apa la kan hari ni. Mesti sedap”.

Sakinah dan adik lelakinya duduk bersama opah dan ibunya di rumah depan sekolah. Dalam kelas Sakinah rajin tapi dia sedikit pendiam berbanding aku yang suka bertanya dia macam-macam. Sakinah paling tinggi dalam kelas (kurus tinggi). Sakinah ok tapi kadang-kadang aku dapati sakinah seorang yang ‘unpredictable’. Kadang-kadang dia ok tapi kadang-kadang dia macam ada rasa marah yang dia tak lepaskan. Dia pandai matematik dan selalu mengajar aku kerana aku benak air selalu lupa formula matematik sampailah sekarang. 

Setiap kali hampir raya, di sekolah juga ada sumbangan dari beberapa pihak. Sumbangan berupa baju kurung,kain pasang,  duit raya, kuih raya dan bekas air. (macam-macam ada aku dah lupa).  Sakinah selalu tengok dan kata betapa seronoknya aku dapat semua tu. Aku Tanya samada preparation raya dia dah siap ke belum dia kata belum lagi tunggu mak dia dapat gaji. (Aku tak tahu mak dia kerja apa). 

Lalu aku terfikir, Sakinah juga orang susah. Kenapa tidak ada sumbangan untuk Sakinah? Semua orang tak tahu ke yang Sakinah juga tidak punya Ayah. Aku dapati bahawa murid seperti aku iaitu anak yatim dan yang benar-benar miskin (ada ibubapa) saja yang dapat. Tapi Sakinah tak dapat semua tu walaupun bapanya totally seolah dah melupakan mereka. Apatah lagi membelikan baju baru buat mereka kerana menurut sakinah dia perlu menunggu gaji ibunya untuk preparation hari raya. Kalau dia dapat semua tu pasti dia juga gembira seperti aku.

Setelah tamat darjah 6, aku terus berpisah  dengan Sakinah . Aku tak tahu dia di mana sebab rumah tu takde sesiapa duduk kalau aku lalu di situ.  Di saat2 menjelang hari raya aidilfitri, aku selalu teringatkan ini. Betapa luhurnya hati manusia yang penuh kasih sayang menghulurkan bantuan untuk kami sekeluarga menyambut hari raya. Sekarang aku cuba untuk membuat perkara yang sama. Mungkin yang aku bantu itu saudara kepada orang yang pernah membantu aku dulu.  Aku cuba mendidik anak-anak aku supaya bukan sahaja perlu memuliakan anak yatim, tetapi juga orang susah dan anak-anak yang mengalami konflik keluarga seperti Sakinah. Rasanya Sakinah lagi perit menahan sedih dari aku. Aku sudah tentu tahu Abah dah meninggalkan dunia ini dengan kasih sayang pada aku sedangkan dia, bapanya ada tapi dia tidak pasti samada kasih sayang itu masih ada lagi pada bapanya atau tidak.

Harapan aku, semoga Sakinah hidup bahagia walau dimana dia berada. Harapan aku yang terbesar juga semoga ayahnya dan ibunya bersatu semula dahulu. Aku cuba search FB kot-kot ada nama dia tapi tak jumpa. Aku lupa nama dia Bt ape daaa…

Sebenarnya juga aku agak serabut dengan perangai Limah yang semakin lama semakin melampau. Dia dah tak hormatkan sesiapa semenjak dia bergaduh dengan Milah. Erm...agaknya berbaloikah aku bercerita pasal dia? Aku tak nak. Aku tak nak bercampur dengan negative people. Sebab tu aku suka nau buat hal sendiri. Orang selalu kata aku sombong tapi aku bukan sombong. Aku cuma berada dalam situasi ' menghindarkan diri dari sebarang aura negatif' (merepeknya...) sebab aku paling bencikan gossip, umpat, buruk sangka dan tuduhan melulu. Sangat benci.

Sekian saja kot catatan serabut aku. Sekarang aku mahu minum coffee dan teruskan menulis.... Bestnya minum coffee sambil dengar lagu ini...

Cinta...bukan hanya  harapan...
Cinta....erti kepastian...
Cinta....Bukan menyakiti hati...

Di saat luka kau tak ada..
Di saat duka kau tak setia..
Cinta seharusnya...tak begitu...

~Lagu Cinta - Asmara Band-


~Semoga hari-hari yang kita lalui disinari dengan rasa cinta dan kasih sayang yang berpanjangan...hanya dengan cinta, kasih sayang dan rasa saling menghormati yang tertanam dalam hati menguasai emosi dan seterusnya akan menzahirkan keperibadian yang murni... - Juwita Maya-~




Juwita Maya
The Loaf, Avenue K

Hungry Ghost~


Hari ini 16 hb. Aku menjeling kalendar sekali lagi. Aku baru lepas lunch nasi putih, sayur kobis dan asam pedas ikan best gile. Dah 2 hari berturut menu lunch yang sama. Semalam aku breakfast biskut munchys cecah nescafe, ambik nasik lemak member 4 sudu. Petang semalam aku makan karipap dengan kopi o plak. Malam semalam aku masak nasi dan tomyam campur. Makan lagi. 2 kali tambah plak tu sebab tomyam aku sedap (puji diri sendiri pfttt). Lepas tu pukul 12 malam aku lapar lepas gosok baju. Craving nak makan maggi goreng. Aku makan lagi. What the hell??

Sekarang ni, lepas makan nasi tadi, aku rasa nak makan lagi la pulak...aku baru lepas order Auntie's Anne pretzel cinnamon dan sour cream kat kawan aku yg pi KLCC.

Jap jap jap. Ni dah apehal aku makan macam tak cukup -cukup ni?.( Tetiba je ada muzik seram citer P.Ramlee.). Tak nak! Tak nak! Tak nak! *ni dah pehal meroyan sorang2 ni*

Tahu tak aku dah beli blouse saiz M? aku dah alter baju kurung. Aku dah boleh pakai jeans lama. Arghhhhhh....

Tidakkkkk tidaakkkkk tidak.....!! Hoi! Gila ka?

Ko tak ingat betapa tak bestnya pakai saiz XL?

Ok tak best.

-Fin-

Aku yang gemuk. Uwaaaaaa...


Milah dan Limah


Dah lama Milah dan Limah bergaduh. Aku jadi yang tengah-tengah aje. Aku ok dengan Limah mahupun Milah. Aku takde masalah dengan kedua mereka. Mula-mula aku buat tak tahu aje. Malas nak layan kerenah dan ego masing-masing tak mahu beralah. Tapi lama-kelamaan, aku dapati sikap mereka tu menyusahkan urusan aku. Susah aku nak buat kerja. Yang Milah perli Limah,yang Limah perli Milah. Kadang-kadang Milah mengadu kat aku. Limah plak mengadu domba perihal Milah. Aku macam biasa la. Control ayu. Diam aje. Mengiyakan tidak, membidas pun tidak. Aku cuba nasihatkan Milah yang sedikit lembut dari Limah agar berbaik semula. Milah kata, "aku dah cakap elok-elok ngan dia tapi dia tak nak cakap dengan aku"

Aku dapati punca mereka bermasam muka adalah sangat remeh. Mengenai salah faham perihal telefon aje pun. Bukan masalah besar seperti masalah perdana menteri. Panjangnya cerita mereka meleret-leret nak dekat sebulan. Buruk. Aku tak kisah kalau lelaki bergaduh bertumbuk-tumbuk *dush! * dush! Lepas tu diorang ok balik
 "bro, sorry la bro. Tadi gua hangin skit. Sori ye bro"
"Eh, takpe2 gua takde hal. Settle sini je"
(Sambil kesat darah kat kening). Senang kan. Rileks je.
Perempuan bergaduh? Hurm..aku rimas. Aku serabut dengan sentap-sentap tak berkesudahan tu.

Hari tu Limah dan Milah pakai baju warna sama. Lalu aku pun buat lawak dengan mengatakan bahawa adakah mereka ada persembahan nasyid selepas ini dan lepas tu ..*krik krik *krik krik (bunyi cengkerik). Depa dua buat tak tau ja.. adeh..malu chekk...Aku malu sendiri. Rasa nak letak muka dalam mangkuk maggi.

Aku buntu. Sampai bila Milah dan Limah nak berantakan?. Lemas sebab kerja-kerja mereka memerlukan mereka berkomunikasi. Pernah aku berimaginasi untuk hantukkan kepala mereka berdua sambil menjerit
"Jangan bergaduh lagi la syaitonnn..."
Tapi imaginasi hanya tinggal imaginasi. Hurm...

Aku risau kalau mereka sampai bertarik rambut plak. Perempuan resamnya suka bergaduh tarik rambut dan menjerit. Nak tengok shampoo sape paling power yang tak tersekat di skala 6. He he he..tapi aku bukan dalam kategori itu. Aku tumbuk muka terus. Lagi best kalau gigi patah. Barulah rock. Bior deme tak boleh selfie nampak gigi lagi he he
Aku berdoa agar dilembutkan hati mereka yang keras macam batu tu. Tak baik dua saudara memutuskan silaturrahim. Aku semput duk di tengah2 orang yg tidak bercakap. Sentap menyentap macam ni tak patut ada apabila kita telah bersedia menghadapi dunia penuh pancaroba ini. Manusia sifatnya pelupa dan tidak sempurna. Maaf dan memaafkan adalah satu perasaan yang indah. Lihat saja di hari raya yang mana kita saling bermaafan dan tersenyum. Indah kan?
Bagai ada satu batu besar menghempap dada yang sudah dialihkan selepas kita meminta maaf dan memaafkan.

Lapangnya dada hanya Allah sahaja yang tahu. Rendahkan diri dan hati. Tiada guna ego, bermegah dan sering merasa betul di dalam kehidupan kita. Aku tidak pasti bagaimanakah Milah dan Limah boleh lena tidur di waktu malam. Besok2 pagi nak kena bangun pergi kerja dan menghadap org yang kita marah tu. Mana pergi kemanisan dalam hidup?.

Beberapa tahun yg lalu, di tempat kerja lama aku, ada seorang kakak yang 9 tahun lebih tua dari aku marahkan aku. Ye la masa tu aku muda belia lagi. Mulut aku pun macam joyah kan. Main sound tak pandang kiri kanan. Kakak tu tak nak bercakap dengan aku. Dia dingin sangat. Aku balik ke rumah aku tak tenang. Aku tak dapat tidur malam dan asyik teringatkan kesalahan aku tu. Aku kejap2 bangun duduk kejap2 aku baring. Akhirnya aku sms kakak tu pukul 12.45 pagi panjang lebar mintak maaf. Rupanya dia tak tidur lagi. Dia balas sms aku. Dia kata dia dah lama maafkan aku. Dia tak simpan dalam hati pun. Dia tengah bakar kek nak makan dengan aku pagi esok. Beliau juga pesan supaya aku tak beli breakfast. Ko hengat? Sentap jugak aku malam tu. Keluar la jugak airmata jantan aku walaupun dah control macho. Sejak dari itu, aku benar2 pelajari sesuatu. Maaf dan memaafkan. Sampai sekarang aku masih lagi berhubung dengan kakak tu. Aku lebih rasa hormat pada dia . Lepas itu, subhanallah...lapangnya dada haku mak jemah. Esok semangat nak pi keroje hehehehhe
Aku teringin nak cakap macam ni pada Limah tapi Limah agak keras dan wajahnya agak bengis. Aku takut dia jerkah aku. Dia ok cuma kadang-kadang dia agak cold dan tak paham ayat sarkastik. Means, dia selalu x paham inside joke. Whatever...

Aku dah tak tahu macamana nak buat mereka berbaik-baik macam dulu. Aku pun tak suka nak jadi joyah sangat. Walaupun kadang-kadang aku terasa ngan mulut Limah yang agak celupar sikit, tapi aku tak simpan dalam hati. Aku biarkannya menghilang di angin lalu... aku cuma anggap kalau dia tak celupar macam tu mungkin dia akan sawan ataupun gila. So, biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya. Hurm..

Macam-macam kan hal kehidupan. Aku dah tak kuasa dengan perangai depa yang macam budak-budak tu. Aku cuma berharap mereka akan berbaik as soon as possible sebab aku dah malas nak layan.

Kepada Milah dan Limah, please grow up!
Life is short. So, cheer up!

Yang Benar,
Joyah.


Kisah Kawen

Assalammualaikum.

Jikalau berbicara soal kahwin, aku sangat tidak arif. Di dalam kehidupan seharian mahupun dengan sesiapa, aku sangat jarang bercakap mengenai perkahwinan.Berkahwin adalah satu pelayaran hidup menuju akhirat yang kisah dan rencah kerenahnya tidak sama. Berkahwin / bernikah di dalam islam adalah satu-satunya cara menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan. Telah banyak kisah perkahwinan yang aku dengar dalam hidup aku.

Sejujurnya, aku tidak gemar menonton drama melayu sekarang ini. Kebanyakan drama sekarang berkisahkan kahwin paksa, kahwin terkejut, kahwin kerana harta, kahwin kerana kontrak-kontrak mengarut, kahwin kerana harta berjuta-juta mahupun atas sebab wasiat dan kehendak orang yang dah mati. Aku tidak pernah ada hati nak menonton drama bercorak begini. Institusi perkahwinan yang sepatutnya suci, indah dan tenteram jadi kucar-kacir dan haru-biru. Lebih parah, pasti adanya kisah mengandung di luar nikah. Aku jadi sengal. Hoi! kalau tak melibatkan hal-hal yang dalam kain tu tak sah ke?. Selalunya drama begini diadaptasi dari novel. Apa pengarah sekarang dah tak kreatif nak cipta cerita sendiri ke?. Aku dapati penulis selalunya menggunakan tittle suami/isteri lesen untuk 'menghalalkan' hubungan di dalam novel tu berbanding pakwe makwe seperti novel dulu-dulu. Masa petengahan tahun 90- an dulu aku selalu curi-curi baca novel kakak kedua aku yang disimpan kemas di dalam almari bajunya (owh..i still can remember bau kertas novel itu, Sorry, aku sangat pelik kerana sangat suka dengan bau kertas buku. Tambah-tambah yang baru beli. Sebelum baca aku akan hidu dulu baunya. Hehehheh). Novelnya adalah seperti novel sekarang yang ayat-ayat dalam kelambunya agak extreme untuk pakwe dan makwe. Jadi, ianya kelihatan lebih jijik dari novel sekarang yang menggunakan watak suami/isteri yang awww...so sweet...erkkkk. Sedangkan sama je aku rasa.

Maaf, aku mahu memuji satu drama bersiri Filipina yang pernah aku tonton sepanjang tempoh berpantang yang bertajuk 'Be Careful With My Heart'. Aku rasa tenang dan terhibur dengan drama ini. Ianya berkisahkan sebuah keluarga yang bahagia. Suami isteri yang saling mencintai, konflik antara keluarga yang mana mengajar erti pentingnya perpaduan sesebuah keluarga. Selain itu, aku jugak enjoy menonton drama 'Keluarga Iskandar' yang agak lebih kurang sama juga macam drama Filipina tu cuma dia agak berunsur komedi.Pendek kata, drama-drama seperti ini lebih membina dari drama 'Kawen paksa tak sudah-sudah' tu. Yang asyik-asyik memuji kecantikan, kehenseman, Perempuan baik nak mampus jadi isteri teraniaya. Perempuan pakai skirt ketat lipstik merah menyala jadi perampas/pengacau rumahtangga. Adoiii....(sambil tepuk-tepuk dahi jendul).




 Berbalik pada dunia realiti, segala kisah novel mahupun drama itu, akhirnya terjadi juga di dalam dunia realiti. Di mana terjadi pada yang dekat dengan aku. Ianya lebih rumit dari drama lakonan semata. Bagaimana mahu dirungkai? Apa yang perlu dilakukan? Siapa yang harus lebih bertindak dalam hal ini?. Cubit peha kanan peha kiri pasti terasa. Walau bukan aku yang mengalaminya tetapi 'sakit' itu ada juga terasa. Poligami bukanlah satu perkataan yang disenangi oleh wanita. Tapi kami juga tidak patut membencinya secara membabi buta. Perkongsian kasih sayang agak kompleks dan perlulah ada hujah-hujah, sebab-sebab dan alasan yang logik.. Yang pentingnya, mampu berlaku adil.Memang sakit untuk memikirnya sahaja sekalipun. Tetapi, bukankah kita akan menjadi tenang dengan mengingati Allah?. Penyerahan sepenuhnya pada Allah adalah sangat indah. Kerana kita yakini bahawa Allah akan merawat segalanya. Allah akan menentukan segalanya. Untung nasib kita sudah lama ditentukan dan tercatat di luh mahfuz.

Aku cuba 'memakai kasut' kedua-dua belah pihak. Apabila aku memakai kasut yang yang pertama, memang sakit sedikit rasanya. Tapi perlu rasional kerana aku sudah tidak punya kudrat untuk memuaskan hati suami yang bukan malaikat, tetapi manusia biasa. Memang pelbagai persoalan, takut dan bimbang ada bertapak di dalam diri kerana entah apa akan jadi pada masa depan selepas ini. Berserah sahaja pada Allah yang beri ujian ini. Sebab-sebab dan hukum-hukum Allah juga sudah jelas pada isu ini. Malah sudah jelas di dalam Al-Quran. Ye, cakap memang senang. Menulis memang senang. Tetapi, apa lagi daya kita?. Kerana itulah kita perlu sering meminta petunjuk di atas sejadah. Bukan di group media sosial. Contohnya 'Kisah Rumah Tangga' yang mana semua masalah suami isteri nak diceritakan di situ. Paling banyak hal-hal yang macam ni lah. Aku memang tak senang dengan page tu. Menggalakkan suami isteri membuka aib. Walaupun identiti dirahsiakan, mampukah kau rahsiakan identiti kau pada Raqib dan Atib?. Jadinya, kita perlu kenali dulu permasalahan apakah yang menyebabkan semua ini terjadi. Jangan jadi biadab. Walaupun dia telah menduakan kamu, ingatlah, dia tetap masih suami. Kisah dua menduakan ni akan terjadi dengan beribu-ribu sebab. Tak semua sebabnya teruk dan menghancur luluhkan hati. Entahlah. Aku tak menyokong sangat cuma aku berharap berlaku adil dengan seadil-adilnya. Kejujuran sangat perlu diutamakan. Dan kalau rasanya tidak mampu tu, baiklah tak payah. Wanita sarat dengan emosi. Di dalam tubuh wanita itu sendiri penuh konflik dan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan emosi/kerohanian. Kalau harta kamu mampu, pastikan kamu juga mampu mengendalikan emosi wanita dengan bijak. Good Luck!

Aku cuba 'memakai kasut' pihak kedua. Rasanya seperti terpalit dosa yang amat besar. Sakit juga rasanya. Tidak ada apa yang lebih sakit dari dituduh jahat. Serba salah. Antara kehendak dan rasa bersalah yang teramat. Aku juga akan merasa risau dengan kehidupan selepas ini. Bahagiakah aku dengan menyakiti hati wanita lain?

Aku tidak faham mengapa segelintir wanita memandang poligami sangat berdosa? Poligami, islam, hukum Allah, tidak pernah salah. Yang bersalah adalah pelakunya. Manusia.

Seperti kata-kata ini, "Kamu perlu memahami islam, bukan muslim kerana islam perfect, muslim tak perfect".

Tidak ada mana-mana wanita mahupun lelaki yang tidak mahu bahagia dalam perkahwinan. Semuanya menggantung harapan tinggi untuk bahagia ke akhir hayat. Namun perkahwinan adalah kisah hidup yang panjang bagaikan berada di dalam sebuah kapal. Sekali sekala dilambung ombak, sekali sekala tenang, kerap jua ribut melanda. Kerana itulah pentingnya kesabaran. Dalam perkahwinan perlu ada kesabaran tingkat tertinggi untuk menyeimbangkan kapal supaya tidak dimasuki air dan merosakkan kapal.

Sakit pula perut aku tengah-tengah malan ni tulis pasal ni he he (kecut perut actually).
Dalam apa jua masalah, konflik dan tekanan, pentingnya kita bersikap rasional dan yang penting sekali, kembali pada Allah SWT. Amin...semoga segalanya akan menjadi baik selepas ini. Yang baik datang dari Allah yang tidak baik itu adalah dari kita sendiri.





***
 Nota Kaki :


Buku yang dibeli dengan harga 3 buah Rm5 di Pasar Uptown. Kenapa buku ni selfie kat dapur? Sebab aku mmg selit buku ni di dapur. Baca sambil2 goreng ikan dan tunggu kain kat mesin basuh. Nak golek2 atas katil sambil baca? Mimpilah kau! Masa itu emas hehehhehehe.... good book. 






Luahan dari aku yang pelik, gemar bermenung,
suka bercakap dan senyum sorang-sorang, menulis pakai pen kaler pink,
fikir yang aneh-aneh, amat suka memerhatikan awan dan cakap mengarut.Heh!

Juwita Maya ~~
*Deeper Conversation**..

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah..
Izinkanku lepas penatku
Untuk sejenak lelap di bahumu..

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"