Perasaan Aneh

Perasaan aneh adalah sesuatu yang difikirkan namun keliru kenapa kita mesti memikirkannya.
Perasaan yang misteri datangnya pada saat atau orang yang dirasakan sangat misteri. Lalu kita sering meneutralkan rasa itu dengan tidak terlalu berfikir akannya.

Semakin kita tidak mahu melayan perasaan aneh itu, semakin aneh kita rasakan. Kita lemas dan rimas pada perasaan itu. Kita marah dengan adanya perasaan itu lalu kita cuba mencari punca dari mana datangnya ia yang selalunya disertai dengan bayangan bodoh dan tidak masuk akal.

Aku bertanya pada seseorang di satu pagi yang hening ketika sedang makan sarapan yang berkhasiat iaitu pisang dan low fat milk manakala orang yang bersama aku sedang makan nasi lemak lauk sotong yang nampak tempting gile tapi aku hanya mampu tengok. Aku takut dengan perkataan 'lemak'. Tapi aku selalu jugak naik lemak ngan suami aku kalau dia mood ok seperti nak beli handbag baru dan aku mintak duit dia. Kasihan beliau. Tapi, dengan sapa lagi aku nak naik lemak kan? dengan dialah. Takkan dengan Najib Razak? ...erkkk

Aku tanya " Kau pernah tak rasa macam kau asyik nak fikirkan sesuatu?"

Aku memandang muka dia dengan serius. Lagak sedang bertanya sesuatu yang melibatkan soal hidup dan mati. Sesekali aku pandang nasi lemak dia jugak. Nak mintak sikit segan la hihi.

"Ada. Aku pikir mana la nak cari jodoh"

Hahah ke situ plak ko ni. rileks la jodoh datang sendiri tapi kena la cari jugak jangan duduk saja. Jangan pulak ko sampai stress ambik MC kalau tak jumpe jodoh. Haishhh..

"Ko pikir apa?" Tanya dia pula sambil menghirup nescafe panas yang berharga RM1.80 dari RM1.70 minggu lepas. Hai cepat sungguh barang naik harga. Gaji tak naik pun.

"Tak ada apalah" ujarku jujur sebab aku pun confuse kenapa aku bertanya soalan tu pada dia sedangkan banyak lagi gossip menarik untuk diperkatakan.

"Eleh, ko tak tanya kalau tak ada apa-apa. Aku kenal ko la" dia tersenyum annoying.

Aku terus menukar topik dengan bercerita pasal isu semasa sebelum kami masuk office.

Aku pula mengambil keputusan untuk tidak memikirkan perasaan yang aneh itu kerana aku pun berasa aneh kenapa aneh benar pikiranku ini?

Okbai!

iNSOMNiA




Assalammualaikum….

Humpph…. Alhamdulillah….

Bila aku berada di dalam ungu, aku bagai berada di dalam diri aku yang paling jujur dan sebenarnya. Aku berasa bebas. Bagai menghela nafas yang paling panjang dan aku berasa sangat gembira di sini..he he he.. aku bebas memberitahu apa sahaja yang aku ingini...aiyokk ..syok sendiri nampak?

Aku menulis di sini bukan bermaksud aku tidak bahagia. Cuma inilah ruang aku bersendirian. Terima kasih juga dengan insomnia yang apabila aku tak boleh tidur lalu aku duk lepak ngan ungu. Kadangkala kalau kita bercerita pada manusia, tak semua manusia suka dengan apa yang kita ceritakan. Ungu, kau suka aku kan? Hehe...

Jadinya, kenapa ko suke merepek di sini hah?

Ada seorang kakak yang friend dengan aku di FB Pm aku dengan mengatakan di usia aku yang tak berapa nak muda ni aku tidak sajak dan manis bermain game vonvon yang kebudak-budakan dan mengarut. Dia menasihati aku  sepatutnya lebih serius dan menjadi matang. Syukurlah kakak tu tak tahu mengenai ko  ungu . Jikalau tidak, habislah aku dan engkau he he he..

Tapi aku tahu kakak yang aku dah kenali lama itu sayangkan aku. Apa yang dia katakan itu membuat aku seperti lepas kena lempang. Kalau kita sayangkan seseorang kita saling menegur, mengingatkan kan..kan… dia menegur aku secara sembunyi dan kata-katanya sangat halus. Alhamdulillah….  Aku pun terfikir kan.  Terima kasih kakak. Nasihat yang baik akan saya ikuti. Saya tidak ego dan saya tidak suka berlagak seperti orang lemah. Saya cool ok heh.

Aku pun terfikir, FB rupanya membuatkan orang menilai aku dengan secara bagaimana aku membawa diri di situ. Hurm…

Tetapi kan, walaupun aku nampak seperti seorang yang tidak serius tidak bererti aku tidak mengambil tahu apa yang telah terjadi di dalam tanahairku.. sensitive dengan sekelilingku. Aku peduli dan mengambil tahu dengan cara aku yang tersendiri.  Aku percaya pada tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak tahu apa-apa pun. Aku suka main game vonvon dan gile dalam FB bukan bermaksud aku tidak pedulikan apapun. Aku peduli dengan cara aku buat bukan bersyarah di FB he he he. Eh eh sudahlah tu, malas plak aku nk bercakap pasal tu ngan ko ungu. Ko bukan paham pon.

Penat kot dengan Negara aku yang tercinta ni. Isu vape, viral sana sini, kelucahan melampau, dera, bunuh, GST, kejatuhan nilai ringgit, urghhh..

Aku tahu, setiap orang bergelut dengan permasalahan masing-masing.  Ada yang bergelut dengan masalah kerja, kewangan, kasih sayang, persahabatan. Seperti aku yang bergelut dengan diri hari ini supaya aku menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Bergelut dengan PMS, berat badan dan jerawat setiap bulan. Heh poyo.

Sepanjang minggu lepas, aku telah makan sizzling yee mee dan chocolate larva cake seminggu berturut. Tanpa makan makanan lain. Aku tahu aku berkelakuan begitu jikalau PMS. Dulu aku pernah makan asam laksa hampir setiap tengahari  sampaikan kawan-kawan dah tak nak ikut aku lunch sebab aku asyik makan benda yang sama. Aku akan makan sampai aku rasa aku tak nak makan dah. Huh. Oleh kerana aku segan nak ajak orang aku pergi je sorang-sorang makan he he he.. sambil makan aku pun draft nak tulis kat sini. Sepanjang minggu ini juga adalah minggu yang hectic dan aku kadangkala bertukar menjadi seorang yang cranky. Aku tahu ‘bestfriend’ aku yang setiap bulan tu suka datang hari isnin. Suka benor nak cukupkan pakej ari isnin yang best gile.

Minggu ni aku banyak berjalan bersendirian dan gila nak kunyah m&m’s. Ish..aku pelik dengan diri aku ni. Maybe jugak perempuan memang macam ni atau aku saja perempuan itu? 


Ada musimnya aku gila nak tengok cerita seram. Ada musim aku suka tengok cerita Hindustan yang sedih-sedih cinta dihalang keluarga dan hero yang hebat-hebat belaka. Mak aku selalu berpesan

“Ko jangan nak berlagak macam hero Hindustan sangat” kalau aku nak melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Ataupun cuba memandai-mandai pada sesuatu. Aku pelik dan bertanya balik pada mak.

“ Ye la hero Hindustan semuanya pandai, Bawak helicopter pandai, truck, kete kebal. Takdenya yang tak pandai. Semua bolehlah. Terjun bangunan pun masih hidup lagi. Siap boleh bertumbuk-tumbuk. Tak ada masalah langsung” ujar mak dengan selamba.

Aku termenung. Heh! Betoi gak mak aku cakap tu hero Hindustan tengah kalut2 takde plak deme buat cerita tetiba dia tak reti nak bawak bas ke, tak tau macamana nak masuk gear ke, semua boleh jer…haha mak ni kadang2 kelakor tau. Comel je cakap macam tu haha.

Tapi aku suka dengan nasihat mak aku. Mak kata, sepanjang hari kita berjalan tegak di atas muka bumi ni kadang-kadang ada sedikit sifat sombong, bongkak dan apa-apa perasaan yang negative terbit di hati tanpa kita sedari. Lalu, bersujudlah. Bersujud di atas tanah memohon dijauhkan segala perasaan sebegitu. Hamparkan badan kita yang lemah takde apa2 ni di atas tanah. Badan kita lemah aje. Sekali kena tikam pisau, alami pendarahan dah kiok dah. Mati di tempat kejadian. Bukan macam citer Hindustan, siap boleh bercakap banyak-banyak dan siap flashback lagi. He he Hindustan lagi….hahahha  kita yang fragile ini perlulah sentiasa ingat pada sujud yang lima waktu itu. Solatlah. Solatlah walau hati kamu keras sekalipun. Moga ianya akan lembut dengan sujud yang terpaksa itu. amin…

Terima kasih mak. Maklah ibu terbaik untukku. Aku nak jadi ibu seperti mak walaupun aku tak baik dan lembut macam mak. Rupa je rupe mak dan kulit gelap macam arwah abah. Tapi perangai suka berangan di siang hari aku tak pasti ikut siapa. Ikut shaitonn kot huhuhu…

 Hai Ita ! sudah-sudah ko berangan sekarang bukan zaman bermenung dan berkhayal. Seperti lagu seroja, sekarang bukan bermenung, zaman bermenung…. Ini zaman kita perlu bertindak dan jikalau kita lambat kita akan dipintas! Ye ! Malaysia boleh! Malaysia Cergas! Zzzzzz…zzzz alamak tertido pulak hahahaha sorry my dear Ungu..... :-p

Aku berdoa setiap hari semoga diberikan taufik dan hidayah pada sesiapa yang berhak untuk diberikan hidayah demi tanahair nan tercinta. Jangan doa yang tak baik pada pemimpin kita. Dosa tau. Dah la amal tak banyak tambah dosa pulak di laman social. Ish…. Tak baik tau uolls..pi amik wuduk sembahyang sunat taubat 2 rakaat sekarang!

Kita ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Seperti orang OKU yang aku selalu jumpa di Uptown, Faris namanya. OKU penglihatan. Dia membuat urutan refleksologi. Aku selalu berbual dengan dia. Walaupun dia kekurangan tapi dia baik. Hatinya bersih dan selalu tersenyum walau dia sendiri tak pernah Nampak senyuman dia macamana dari aku yang asyik nak merengus dan mengeluh tak tentu hala sedangkan aku ada segalanya.  Dengan keadaan diri yang terhad mereka gigih cari rezeki.  Tidak hanya duduk dan meminta-minta.

Baiklah, aku akhiri tulisan aku ini dengan lirik lagu berikut.. suka pulak aku dengan lagu ni..mendalam sungguh liriknya…dan..heppp ko kata tak nak berangan tadi kan? serius..serius matang skit!  :-P



Potret –Akim


Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi



Juwita Maya yang payah bebenor nak tido

3.15am




" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"