My 'I'm Sorry' List...






Hari ini adalah sehari sebelum hari raya aidiladha 2015. Aku bekerja hari ni namun yang melayu hanyalah aku dan despatch yang lain semua bangsa yang bukan melayu.  Lalu aku buat kerja seperti seorang melayu yang ayu. Namun disebalik keayuan yang tak berapa nak ayu perasan aje yang lebih, aku teringat mengenai kisah lalu. Oleh kerana aku sayu esok nak raya korban dan aku masih di pejabat, aku teringat beberapa kisah kesalahan aku samada yang sengaja dan tidak aku sengajakan. Entah mengapa jiwa sentimental aku terusik plak di saat-saat  nak raya ni. Tambahan pulak aku kena cover banyak orang punye kerja ni..hai…apalah nasib…inilah yang dinamakan kehidupan… Nak puasa hari ni tapi tak boleh la pulak kan...

Dalam kehidupan yang serba mencabar dan kadangkala serabut ini, setiap dari kita tidak pernah lepas melakukan kesilapan. Namanya pun kita manusia kan janet kan…

Baiklah, di bawah ini aku senaraikan ‘I’m sorry list” seperti yang aku gembar-gemburkan di dalam tajuk aku.  Walaupun aku tahu orang-orang berikut takkan membacanya, biarlah aku abadikan di sini…

Mr. F
I’m Sorry sebab sakitkan hati awak. Awak baik masa dulu tu tapi saya yang tak pandai nak appreciate awak masa tu. Selepas kejadian itu, saya rasa guilty sangat tapi apa nak buat..dah takdir tertulis begitu.  Hope awak find somebody yang baik and lived happily ever after ye.

Pemilik pokok rambutan kg sungai parit.
I’m sorry to pemilik pokok rambutan tepi jalan yang berjuntaian. Merah-merah dan aku sangat geram melihatnya. Sambil naik basikal aku selalu main rembat je. Maafkan aku. I was 8 years old. Belum akil baligh pun masa tu.  I am soooo sorry. Patutlah perut aku buncit sampai sekarang. Maafkan aku. Nak pergi minta maaf pun aku tak tahu siapa. Harap-harap pemilik pokok rambutan tersebut dilimpahi Allah dengan rezeki yang tidak pernah putus. Amin…

Abang Man kedai runcit
Aku selalu ambil air barli tapi aku bayar separuh harga dengan mengatakan akan bayar kemudian kerana duit tertinggal sedangkan aku takde duit masa tu. Sorry abang man. Kedai tu pun dah takde. Abang man pun dah pindah rumah dah kosong. Sorry abang man…

Power Rangers
Aku kenal seseorang yang aku gelarkan power rangers kerana dia pernah tolong selamatkan ijah dari lemas. Ijah pun satu, ayor bukan dalam pun. Dia suka kat aku tapi aku tak suka dia sebab aku kurang suka pada lelaki yang sangat beria sukakan aku sampai nak bagi intan permata emas berlian kat aku (Bajettttt). He he..masa tu aku lebih suka pada sorang budak form 6 sekolah aku yang tinggi dan hensem. Dia main basketball. Aku kadang-kadang sengaja buat-buat lalu kat gelanggang bola keranjang sedangkan kelas aku jauh. Konon nak ke surau la kan. Tapi budak budak tu pandang aku pun tak hahaha. Frust gile.Cinta monyet…..

Cikgu Jaafar
Merupakan guru kelas dan guru bahasa melayu aku masa dulu. Sewaktu kelas sedang berjalan, aku selalu pergi kantin beli air anggur sebab cikgu tu bosan.  Cikgu tu bujang dan umur dia masa tu 40 an. Cikgu Jaafar selalu nampak aku keluar ikut belakang tapi dia macam diam aje. Baik kan cikgu tu. Tapi selepas satu peristiwa, aku dah tak keluar dari kelas dia lagi. Aku selamba tanya dia bila dia nak kahwin dan dia pun selamba jugak kata dia tunggu aku. Aku jadi takut gila dan tak berani nak tuang kelas dia. Yelah, buatnya aku fail pas tu tak dapat sambung belajar pas tu dia masuk meminang dan mak aku terima? Mampus la aku kena kahwin dengan orang tua. Maafkan aku cikgu kerana baru sekarang aku sedar yang soalan aku tu mungkin melukakan hati cikgu. Tak dapat contact cikgu. Agaknya dah kahwin ke cikgu tu?

Ini hanya segelintir sahaja. Aku sebenarnya banyak berbuat kesalahan dengan orang-orang di sekeliling aku. Sepanjang kehidupan. Asam garam kehidupan… Memaafkan adalah satu ketenangan. Kita berani kerana kita memaafkan. Dan pohonlah maaf pada sesiapa sahaja yang kita rasa kita ada buat salah. Jadi, kepada sesiapa sahaja yang terluka dengan aku, tidak suka dengan kelakuan aku, muka aku ke, meluat sebab aku gedik sangat ke, berlagak ke, eksyen nak mampus ke, MAAFKAN AKU. Aku memohon maaf di atas segala kesilapan aku.

Selamat Menyambut Aidiladha 1436H.

Sekarang aku mahu pulang nak masak rendang, nasi impit, kuah kacang, bakar kek gula hangus, iron baju kurung pink, dan nak susun kuih dalam balang. Jemput datang ke rumah. Rumah saya pagar warna hitam he he he…


Juwita Maya nak raya weh….

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"