Malam Jumaat



 (haaa.....tengok tajuk mula la pikir bukan-bukan kan........ish ish ish....)

Assalammualaikum..

Malam ni malam jumaat .. Idea nan mencurah setiapkali malam jumaat he he he
Maybe sebab esok jumaat seterusnya weekend so aku tenang sikit dan bizi membizi kan diri pun dah kurang bizi (Apa benda yg aku tuleh ni?) :-P

Sebenarnya aku runsing pada sesuatu (Ko tak pernah tak runsing kan? ) 

Eh, diamlah! Sukahati lah aku nak runsing berapa kali pun seminggu.

Ok, macam ni. Setiap kali aku pergi kerja, di stesen LRT, aku selalu terpandang papan iklan Neelofa ni dan mengamati Subhanallah...cantiknya ko dik. Ko memang cantik dari kecik ke? He he he.. akak jelez tahu!


Kalau mahu lebih jelas, sila ke stesen LRT yang berdekatan. Kalau anda lelaki, tak payah pegi ok jaga mata anda. Kalau anda nak pergi jugak, lantak la, jangan kata akak tak payung hokey.

Tapi….ada yang aku tak suka dengan poster ni. Ada sesuatu di poster ni yang merunsingkan dan aku plak yang rasa malu-malu alah sendiri sebagai seorang antara wanita yang berhempas pulas cuba menjaga aurat. Kenapa gambar Neelofa yang cantik menawan ini tidak crop sikit di bahagian bawah bajunya? Kenapa mesti ada bahagian bawah tu? Kan minuman tu dah ada di atas kenapa tidak separas pinggang sahaja gambar itu?

Aku malu la aku terasa macam aku pulak yang di dalam gambar tu (Ko bajet ko Neelofa kan?)

Hey, bukan macam tu lah!

Letih untuk aku memikirkan betapa wanita sering dijadikan objek, symbol, bla..bla..bla..

Ok, aku tak nak komen lebih2 kerana aku, kamu, mereka semua tahu atas sebab apa wanita digunakan di dalam sesuatu iklan itu… Kenapa aku nak tulis jugak pasal ni? Kerana aku seorang Wanita! Kenapa aku tulis pasal Neelofa dan papan iklan ini? Kerana aku peduli!

Puan Juwita Maya Karin,eh silap le pulok. Puan Juwita Maya Matahari, eh silap lagi. Awak tu dah sedia letih fikir macam-macam benda tak payah nak runsing sangat itu hal dia. Dia dah besar panjang dah boleh fikir baik buruk, kata pakar psikiatri ku iaitu Cik Ungu.

Kau main2 nama aku ye Ungu. Kau ingat lawak? Penampor nak?

Memanglah tapi dia kan dah bertudung? Jual tudung pulak tu. Aku ada beli 5 helai tau tudung Naelofar dia tu. Aku kesiankan dia. Mengapa? Mengapa aurat wanita hiasan dunia seperti kita ni dibiarkan sewenangnya dieksploitasi dari dulu hingga kini? Dia dah bertudung pun orang boleh letakkan gambar dia begini apatah lagi artis-artis yang belum bertudung? Kerana kita hiasan dunia? Seindah hiasan ialah wanita solehah! 

Emo pula Puan Juwita tu secara tiba-tiba sambil mengembang kempiskan hidung kemeknya.

Kenapa wajah dan badan kita sangat-sangat diperlukan untuk semua benda yang ada kat dalam dunia ni?  Wahai wanita, jangan biarkan diri kita seolah-olah tidak berharga dan bermaruah. Aku merayu pada wanita sekalian di luar sana, tolonglah peliharai diri anda dan jangan dekati apa-apa unsur yang boleh merosakkan kita.

Adik-adikku yang baru mengenal dunia, jagalah kehormatan anda. Jangan bagi lelaki menyentuh anda. Jangan kata “Eh, kitorang pegang tangan je tau kak! Tak lebih dari itu”

Dari tangan dia akan meminta pegang situ, pegang sinun. Lelaki dikurniakan banyak akal. Mereka akan menggunakan akal itu dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan ‘itu’. Memenuhi nafsu mereka yang ada satu tu. Kalau dia seorang lelaki yang baik dan terjaga pandangannya, dia tidak akan berani menyentuh anda. Malah menghormati anda selayaknya anda patut dihormati.

Berjaga-jagalah. Jadilah muslimah yang tegas dan bijaksana. Jangan turutkan nafsu anda. Jangan terpengaruh dengan pujian mereka yang mengatakan kamu cantik, menarik, lawo bak Miss Pageant Amerika, lalu kamu pun menggeletis suka bebenor dan serah segala yang ada. Bak kata orang kampong akak, 

“Udah le kome jangan nak joren benor. Jongket kome ni. Getik aku!” 

Haha lama tak loghat perak. Jangan begitu sayangku… Kamu sangat berharga. Kamu tidak terpengaruh dengan puji-pujian sebegitu kerana puji-pujian hanya bagi ALLAH SWT.  Kalaupun kamu sukakan seseorang kerana resamnya hati muda kita akan rasa ingin bercinta, kamu doalah pada Allah supaya apa yang kamu rasa akan berubah kepada kebaikan yang ALLAH redhai..seperti perkahwinan. Perhubungan lelaki dan perempuan yang dihalalkan dalam islam hanyalah Perkahwinan. Yes, perkahwinan ye sayangku yang comel2. Yang kita pakai cantik-cantik lepas tu duk berdua atas pelamin jeling menjeling tersenyum-senyum  tersimpul malu ( ngehhh akak ni kan.. teringat ler teww masa dia kawen dolu-dolu) …. Mestila teringat sebab kitew boleh kahwin sekali jer..lainla lelaki boleh naik pelamin lagi 3 kali haha tettttt. Jamil…Jamil…haha

Maka, kesimpulannya adik-adikku yang manis dan yang aku sayangi sekalian, di dalam setiap langkah hidupmu, jangan biarkan mereka mengambil kesempatan di atas kelembutan kamu. Menggunakan tubuh dan wajahmu untuk kepentingan mereka sendiri. Tegas lah kamu dan kuatkan peribadi kamu dengan ilmu. Seperti Neelofa ini, aku berdoa supaya dia akan lebih menjadi muslimah yang sejati. Yang diredhai dan punya suami yang beriman membimbing dirinya ke Syurga. Amin…
Aku tidak patut menghakimi dirinya kerana segalanya hanya pada Yang Maha Esa. Kita semua milik ALLAH. Dunia ini pinjaman semata. Kecantikan kita, lesung pipit, tahi lalat manis, Pinggang  bak kerengga, dada bidang, leher jinjang, kulit putih kuning langsat, hidung mancung bak seludang, semuanya milik Allah SWT. Lindungi, sayangi, dan peliharai kerana ALLAH. Bukan digunakan untuk memenuhi nafsu kita semata. Nafsu inginkan sanjungan dan kasih sayang manusia. Itu semua dunia fana.

Dunia indah kita, kasih sayang untuk ditunjukkan, kecantikan untuk dipamerkan, senyum manis kita, mengada-ngadanya kita, gedik menggeletis macam nak meroyan hanyalah di dalam rumahtangga kita sahaja. Bersama seseorang yang halal iaitu suami kita. Mengadalah kamu sampai suami kamu tension. Barulah kita akan aman dan tenteram. Di luar rumah jadilah seorang muslimah yang lembut tetapi tegas! Semoga kita akan menjadi keluarga yang diberkati Allah. Hidup dalam keredhaan Allah dan terus ke syurga. Insha Allah….

Jadinya, aku tutupi lembaran malam Jumaat ini dengan sama-sama kita membaca Surah Al-Fatihah.
Sudah baca dan fahami surah Al-Kahfi malam ini?


Sekian, terima kasih pada yang sudi membaca entry ini.
Yang tak sudi membaca, terima kasih kerana sudi melihat.
Yang tak sudi melihat, okbai! (Sentap ah!)

 Juwita Maya yang menulis sambil minum Horlicks.





No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"