Love is in the air... ... . .



Assalammualaikum. Hari ini hari Khamis yang hujan renyai dan sejuk. Syukur pada Allah SWT pada semua nikmat yang tidak terhingga. Hari ini aku bangun lagi untuk ke tempat kerja seperti selalunya. Hari ini hari yang tenang.Aku datang ke ofis awal dan tidak terkejar seperti selalu. Cuma cemas pagi tadi je. Cemas kecil-kecilan je. Hari ini suami hantar dan tertinggal touch n go di dalam kereta. Terpaksa beli token. Nasib tak lambat. Seperti kebiasaannya, datang ke ofis aku akan termenung dulu. Sungguh, aku perlu termenung dulu sebelum memulakan kerja. Jangan gelakkan aku kerana kita masing-masing punya cara tersendiri.

Hari ini setakat ini nampaknya berjalan seperti biasa. Tenang dan dari pagi tadi aku terlebih rajin mengemas meja kerja dan membuang apa-apa yang tak patut termasuk dokumen dari zaman dinasti Tang yang tidak dilupuskan.  Semalam aku melawat anak susuan aku iaitu  Baby Naufal. Alhamdulillah semuanya selamat dan dia pun nampak dah berisi sikit dari dulu. Yea! Nanti dah besar Baby Adra tak boleh tackle Baby Naufal tau. Sebab adik beradik sesusu. Kalau awak ngorat jugak sebab dia hensem, mama babab bontot awak tahu?.





Tidak terlalu busy dan tidak terlalu free. Semuanya ok. Oleh kerana hari ini aku tak sibuk, pakai baju bunga-bunga dan tudung  kaler pink, boleh tak aku nak menulis pasal CINTA? Eheheheh..(*Blushing*) ala…bole la ekk…bagi la can ekkk..sikittt jer…

Baiklah, Semua orang pun tahu apa itu ertinya CINTA. Cinta ada banyak pengertian. Cinta tak semestinya kepada lelaki dan perempuan. Pengertian cinta itu sangat meluas. Aku pun memiliki rasa cinta itu. Aku juga bercinta, mencintai, dicintai, amboiii…banyak benor cinta ko ye. Serabut kot aku baca kisah cinta ko ni.

Aku pun suka jugak dengar lagu cinta. Tapi aku lain. Kalau dengar lagu cinta aku suka imagine apakah kisah di sebalik cerita cinta di dalam lagu itu. Siap berangan si polan dan si polan punye mimik muka ketika mereka melalui saat-saat sukar bercinta. Sweet tak i? kan… ataupun, apakah tahap imaginasi aku sudah sampai ke tahap yang membimbangkan? oh maafkan aku..aku sangat suka berimaginasi yang tidak-tidak.Kalau aku berada di Melaka, tahap imaginasi aku sudah melepasi sempadan Afrika Selatan ibaratnya.  Kuang kuang kuang…..

Aku dikelilingi dengan segala rasa cinta yang wujud di dunia fana ini.
Aku dan si dia adalah dua insan yang berbeza. Tapi aku sangat cintakan dia. Dia yang sentiasa bersama aku walaupun dia tak banyak cakap. Dia yang akan menolong aku walaupun dia kadang-kadang macam tak ada perasaan. He he..tapi aku tahu dia sayang aku. Dia ambil berat tapi dia malas nak tunjuk. Kami sangat berbeza. Aku suka pedas, dia tak suka pedas. Aku suka muzik jiwang-jiwang karat dia suka muzik yang rock-rock. Dia Nampak serius tapi sebenarnya tidak sangat. Dia Nampak macam tak tahu sebenarnya aku tahu dia tahu tapi tak mahu aku tahu. Aku agak details dalam sesuatu tapi dia kurang details. DIa selalu buka laci atau almari tapi tak tutup semula. Malah kadang-kadang susunan nama penuh anak pun dia tanya aku balik. Hahaha. Dialah suami aku. Dunia dan insya Allah di akhirat sana. Kekurangan dan kelebihan kami membuatkan kami rasa saling melengkapi. 

CInta harus dipupuk setiap detik biarpun kadang-kadang kami berselisihan faham sehinggakan aku rasa aku nak lempang dia. (Dilarang lempang suami anda ok. Rasa nak lempang takpe). Dia tak romantik. Masa mula-mula dulu aku keliru samada dia sayangkan aku ataupun tidak he he he. 
Lama-lama bila dah ada anak-anak dan aku lihat cara dia melayani anak-anak dan melayani kerenah aku semasa aku mengandung seperti malam-malam buta nak makan tosei garing. Mengidam tosei garing pada pukul 1.45 pagi ko tahu dak? Melampau kan aku? Pas tu siap warning

 “I nak yg garing, tak garing tak mo”

Aku tahu dia adalah lelaki yang bertanggungjawab dan baik.  I sayang u hubby!

Anak-anak adalah anugerah Allah yang tiada bandingan di dunia ini. Allah pinjamkan si kecil. Amanahkan kita untuk menjaganya. Bukan setakat anak sendiri, tapi aku juga sayangkan kanak-kanak. Tidak kira sesiapapun. Kanak-kanak sangat comel dan naïf. Mereka tidak pandai menipu, mereka comel dan apa jua yang mereka fikirkan sangat menakjubkan. Seorang ibu pasti akan cintakan anak-anaknya. Jangan memaki hamun seorang ibu yang mengandungkan anak luar nikah lalu membuang anaknya. Aku tidak menyokong mereka tapi aku tahu mereka tiada pilihan lain. Mereka juga sayangkan bayi yang mereka kandungkan 9 bulan itu tetapi apakah yang dapat mereka lakukan? Mungkin juga mereka mencium bayi itu sepenuh hati berlinangan air mata sebelum membuangnya merata-rata. Mereka juga wanita yang dikurniakan Allah sifat penyayang itu Cuma mereka tidak dapat berfikir secara rasional ketika sakit dan tertekan itu. Kamu tidak akan tahu apa yang mereka lalui selepas itu. Penyesalan sepanjang hidup. Jangan ditambah beban mereka. Berhentilah dari menghukum manusia. 

Cuba kamu berbual dengan kanak-kanak. Aku suka berbual dengan kanak-kanak kerana kadangkala apa yang keluar dari mulut mereka adalah sesuatu yang di luar jangkaan anda. Pemikiran mereka suci dan cerdas. Pertanyaan mereka membuatkan kita sama-sama berfikir jauh. Berbuallah bersama mereka. Jangan gunakan perkataan “Pergi main jauh-jauh!”  tapi gantikan dengan “Hai sayang. Apa khabar? Hari ni awak main apa? Dan mulakan perbualan.

Kita juga dikurniakan dengan perasaan cintakan haiwan. Aku mempunyai seekor kucing yang aku namakan Jlo. Nak tahu kenapa aku namakan Jlo? ( Nak tahu ke tak? Kalau tak nak tahu pun aku nak cerita jugak) Kerana aku  jumpa dia di depan pintu rumah ketika sedang mendengar lagu Dance On The Floor melalui earphone. Aku check dia betina. Kalau jantan mungkin aku namakan Pitbull yang berduet dengan Jlo tu. Aku khabarkan pada suami. Lalu suami bertanya :-
 
“Kalau ayang jumpa kucing ni masa dengar lagu Ramlah Ram?”

“I buat la nama Ramlah Ram!” Aku menjawab pantas tidak memberi ruang dia gelakkan aku dengan soalan yang sengaja nak mengenakan aku.

Aku membela JLo sehingga dia melahirkan 2 ekor kitten yang aku namakan Cici dan Jojo. Mereka sangatlah cantik. Encik asben siap buatkan sangkar kayu di belakang rumah untuk JLo berbulan pantang dan berbengkung berpilis bagai.  Anak-anak aku pun sayangkan mereka. Tidak lama kemudian, JLo mengandung lagi. Aku risau kerana ia tidak mengamalkan family planning. Dia kan baru abes pantang? Hai JLo ..why you so gelojoh? Tak dan baik jahitan tahu tak? Kucing jantan ni pun x menyabor2. Bagilah JLo pantang 100 hari. Tensen aku.

JLo selamat melahirkan 3 ekor kucing jantan dan ketiga-tiga mereka telah dibela oleh keluarga angkat yang merupakan jiran-jiran dan saudara jiran. Aku bersyukur kerana sekurangnya mereka telah berada dalam keadaan yang baik. Itulah cinta aku pada haiwan. Sekarang JLo telah diberikan pada seorang kawan keluarga kami yang berkenan dengan dia. Aku pun relakan kerana kami tak dapat bela ia sangat berbanding isteri kawan yang surirumah sepenuh masa.

Cinta sebenarnya berada di mana sahaja. Cinta memberi ilham pada apa-apa saja. Pada penulis novel, penulis lirik, penggubah lagu. Cinta itu sangat indah apabila disemat di dalam dada. Bila dicintai kita akan rasa selamat. Tenteram. Saling melengkapi, berkongsi suka duka. Aku perempuan dan aku sangat suka dicintai. Dicintai oleh orang yang berhak dan halal untuk mencintai aku. Apabila aku down, hanya rasa cinta yang menenangkan aku. Cinta pada anak-anak, suami. Kalau aku down, apa kesannya pada emosi mereka juga. Aku perlu gembira untuk mereka. Mereka sahaja kekuatan untuk aku terus bertahan. (Eh, habuk masuk mata plak). Gediknya..

Oklah, aku tak nak rasa gedik lama-lama kerana nanti orang sekeliling berasa annoying. Gedik sikit-sikit aje lah untuk hari ini. 

Actually, pengertian cinta ni tersangat-sangatnya meluas sehinggakan aku tak akan punya masa untuk rungkaikan satu-satu. Kalau nak rungkaikan juga mungkin dah boleh buat satu buku setebal 355 mukasurat. Akhirkata, cintailah orang yang mencintai anda. Kita belajar sesuatu setiap hari. Mungkin juga kita belajar mengenai cinta pada hari ini. Namun, Cinta pada ALLAH juga adalah cinta yang suci dan kekal abadi…

Sekian sahaja kisah cinta yang mengarut aku pada hari ini…
Wassalam….

Terima kasih kerana membaca dan menaikkan pageviews iolls
Jangan serik plak. Hu hu hu... jemput datang lagi...nanti i buatkan air.





No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"