Ceritera tengah malam ini (Power pumping, Milo, Popcorn dan Youtube)



Rutinnya aku sangat suka berjaga sampai pagi. Dari zaman bujang sampailah sekarang. Dulu masa belum kahwin aktiviti tengah malam aku adalah tengok tv sampai lebam, baca komik shin chan, tolong housemate kaler rambut sekali sekala ataupun kami keluar merambu ke uptown beli getah rambut semata dalam satu jam round.

Semenjak berkahwin seterusnya jadik mak, rutin masih begitu walaupun aktiviti dah berbeza. Selepas anak-anak dan bapak anak tidur, Aktiviti aku adalah lipat kain, basuh kain, mop, basuh dapur, berangan, senyum sorang-sorang dan bersenam nak kempiskan perut tapi, tak istiqomah. Beza yang sangat ketara hanyalah….masa bujang siang aku boleh tido tapi sekarang tidak. Setakat pergi kerja kepala high tu dah biasa dah he he he..

Mak ada datang sini. Aku tidak boleh berjaga kerana mak tidur-tidur ayam dan seolah boleh mendengar pergerakan aku walaupun aku dah cover line sebaiknya. Beliau akan bingkas bangun dan menegur aku

“Ita, kamu tak tidur lagi ke? Dah tengah malam. kamu buat apa tu?”

Oleh kerana aku tidak mahu mengganggu mak lalu aku hanya duduk dalam bilik dan main internet. Nak wat camana aku memang begini peelnya ye.

Tengah malam semua orang tidur sangatlah best. Sunyi dan aku boleh buat macam2. Seperti malam ini aku buat power pumping, minum milo, tengok youtube dan makan popcorn sebab tak boleh nak buat kerja rumah di luar sebab mak ada. Nanti mak marah sebab aku tak reti nak tido. Takut mak berbincang secara sulit dengan asben aku supaya aku dihantar ke mana-mana untuk mendapat rawatan.





Tengah-tengah malam macam ni aku suka dengar lagu rock 80-90an. Layan weh.. lagu lama-lama zaman aku belum pandai merangkak pun hado.

Tegah-tengah malam juga waktu yang sesuai untuk berkata-kata dengan Allah yang maha penyayang. Yang tidak pernah jemu mendengar rintihan kita. 24 jam sehari sentiasa ada untuk kita. Tidak memerlukan temujanji. Tidak perlu bayaran, tidak perlu mengikut masa nan tergesa seperti resamnya kita bertemujanji dengan manusia. Rasa seperti Allah milik kita seorang malam ini sebab hamba-hamba yang lain dah tidur. So segala apa doa dan aduan kita dilayan first class! Subhanallah..

Aku sukakan suasana sunyi tengah malam. Walaupun kadang-kadang aku goyang gak skit lagi-lagi kalau lepas tengok cerita hantu. Alamatnya pergi bilik air pun nak berteman sampai asben aku merasa tertekan dengan aku yang penakut bermusim ni. 

Tengah malam juga syok nak menulis blog, merapu, melayan  jiwa kacau dan masak maggi kari letak cili padi...






 esoknya.....bangun pergi kerja seperti biasa heh!






 Bagaimana untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata? 

:-P


Baiklah, tiba-tiba aku mengantuk pula kerana menaip di tepi katil di dalam air-cond sepoi-sepoi bahasa.

Selamat malam ye. Apalah nak jadi dengan aku kan, berjaga malam pun nak tulis di blog. Nasib la….

ZZzzzz…Zzz….zzzz.ZZZ…

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"