Cara Juwita Maya mengurangkan stress beliau.


Salam satu Malaysia. Syukur Malaysia masih aman dan sesuai untuk didiami dan membesarkan anak-anak. Syukur aku jadi seorang muslim di Malaysia berbanding dengan muslim di negara-negara yang bergolak. Ditindas dan diperlakukan dengan kejam. Al-Fatihah untuk yang gugur syahid dan moga diberi ketabahan untuk mereka yang masih bertahan. #Hughs

Tidak  kira siapapun anda, dan walau dimana atau apapun yang anda lakukan, kita tidak pernah terlepas menghadapi tekanan. Di sini aku tuliskan bagaimana caranya aku menghadapi tekanan tanpa memberi kesan pada orang sekeliling dan insan-insan yang aku sayangi. Ini hanyalah cara aku. Suka hatilah anda nak teruskan membaca ataupun tidak kerana yang membaca adalah mata anda, bukan mata saya. Yang sebenarnya cara menghadapi tekanan adalah dengan memohon menadah tangan pada Allah yang maha esa supaya diberikan kekuatan dan ketenangan.  

 Let’s read !

Mengalihkan fikiran kearah lain
Sudah aku katakan, tahap imaginasi aku selalunya berada di paras bahaya. Aku suka berkhayal dan berfikir yang karut-karut. Jadinya, skill ini aku gunakan sekiranya aku menghadapi tekanan di dalam kehidupan seharian aku. Jikalau aku berada di dalam keadaan yang tertekan, berdepan dengan orang yang membuatkan aku tertekan, aku selalu alihkan fikiran aku pada benda lain seperti berfikir alangkah bestnya aku dapat melancong ke Korea dan berkira-kira nak google tempat-tempat yang best di sana. Aku juga berangan nak bercakap dalam cuaca sejuk dan mulut akan keluar asap. Kadang-kadang aku berfikir mengenai blouse yang cantik di Zalora dan baju anak-anak aku. Jangan tak tahu aku pernah kena bebel teruk tapi aku seolah tak dengar bebelan si mangkuk tu sebab aku sibuk berfikir nak beli katil baby kat IKEA. Siap detail nak cadar corak apa. Tapi aku terfikir, masa dia bebel aku tu, macamana la muka aku dia tengok kan? Mesti dia annoying ngan aku. Nasib la...sape suh ko meroyan.



Melakukan kerja rumah
Ini adalah aktiviti kegemaran aku.  Membuat kerja rumah lalu berpeluh. Selepas berpeluh, mandi dan tidur. Kepuasan yang aku tak dapat gambarkan. Menguruskan rumahtangga banyak mengajar aku untuk menjadi lebih multi tasking. Aku boleh memasak sambil tu menyidai kain di belakang rumah, menggendong anak dan mengemas bilik dalam masa yang sama. Kadang-kadang aku rasa aku adalah sotong jelmaan manusia. Walaupun rumah aku kecik je dan tak banyak barang yang mewah-mewah tapi aku gembira. Tiada apa yang lebih menenangkan jikalau rumahtangga anda terurus, anak-anak dan suami sudah kenyang dan rumah anda harum, bersih dan berkilat lip lap lip lap walaupun yang terindah hanya sementara sebab esok pagi bila anak bangun confirm sepah balik tapi aku tetap puas hati. Jadilah seorang ibu/isteri yang aktif dan gembira. Jangan malas dan hanya tahu merungut dan tag FB suami anda dengan madah pujangga, hadis dan berkata "Abang, Rasulullah SAW pun tolong isteri buat kerja rumah tau!" Sambil makan potato chips dan tengok cerita bersiri Filipina. Memanglah yang oii...Rasulullah contoh teladan terbaik sepanjang zaman. Cuba bayangkan, suami anda itu semasa bujang satu benda kerja rumah pun tak pandai dah kahwin anda paksa buat kerja rumah yang kononnya kerja perempuan jaga anak dan layan suami jer..menyenangkan hati suami jerr..memang culture shock la weh..slow2 la jangan terpengaruh dengan kata-kata sebegitu. Cari sumber yang betul2 benar. Kalau anda dapat suami yang menolong, Alhamdulillah...rezeki anda. Kalau dapat yang sebaliknya, bertabahlah dan anggaplah anda dalam proses menyenangkan hati suami. Itukan tanggungjawab isteri. Mungkin juga itu menyenangkan hati suami anda? (Eleh,...nasihat orang konon...) Barulah rumahtangga anda akan ceria. Positiflah selalu. Trust me. Lepas uruskan rumah tangga, aku dapat tidur lena sambil peluk suami (Haippppp jangan cerita kat sini kisah suami isteri. Dosa :P).


Mewarna ,Word Search dan Sudoku
Satu hari aku pernah mewarna colouring Book anak kedua aku dan aku dapati aktiviti itu sangat menyeronokkan dan aku terfikir apakah ada buku aktiviti mewarna untuk dewasa seperti aku? Ada rupanya! Aku survey di Kinokuniya dan MPH. Harganya mahal sikit so aku print je design nya lalu kaler. It’s a good therapy. Trust me. Buat juga Sudoku dan Word Search yang akan membuatkan fikiran anda tidak kusut dan tenang.


Tunjukkan kegembiraan
Tidak kira di mana. Di media sosial atau pergaulan hanya tunjukkan anda OK. Jangan maki hamun like a king di status Facebook anda sebab nanti orang baca pun akan turut tertekan lalu mati sape nak bertanggungjawab?. Tunjukkan anda tidak tertekan. Rahsiakan sebaik mungkin tekanan anda. Kongsikan yang indah-indah dan yang kelakar-kelakar. Pulang ke rumah, lemparkan senyuman manis nan menenangkan untuk keluarga. Tinggalkan tekanan itu di pintu pejabat atau di mana saja tekanan itu berlaku. Jika tekanan berlaku di rumah juga, tinggalkan tekanan itu di pintu rumah ketika anda keluar bekerja. Ingatlah dan tanamkan di fikiran hanya keluarga sahaja yang dapat memberi anda ketenangan. Kalau anda kusut dengan permasalahan, peluklah pasangan anda dan anak-anak anda. Kalau anda bujang, tolong jangan peluk girlfren atau boyfren anda. Berdosa besar kerana menghampiri zina. Carilah kawan baik dan buatlah sesuatu aktiviti bersama seperti karaoke atau melepak di kedai kopi. (tapi jangan sampai tinggal solat ye). Penuhi dada dengan perasaan rasional, bukan emosional. Tangani dan uruskan perasaan anda seperti orang dewasa yang matang. Kalaupun anda sememangnya susah untuk berpura dan berlagak gembira, carilah ruang untuk diri anda sendiri untuk bertenang. Hanya bertenang dan tulis sesuatu sekiranya itu dapat melegakan perasaan anda. Cheer Up Girls! Tunjukkan wajah gembira walau apapun yang anda rasakan.


Menulis
Bagi yang suka menulis ataupun merepek  seperti aku, aku akan sentiasa membawa buku nota kecil di dalam beg tangan aku. Setiap hari aku pasti tuliskan sesuatu, . Apa yang aku nampak, apa yang aku rasa. Mungkin kamu rasa aku sangat old fashion kerana sekarang orang tulis dalam tablet/smartphone/laptop tapi entah kenapa aku kurang gemar. Aku gemar menulis menggunakan pen di atas kertas. Itulah kepuasan diri aku.
Korang nak tahu, masa tu aku bengang pada satu benda yang remeh, aku duduk termenung di sebuah kerusi di pusat membeli belah berdekatan tempat tinggal aku sebelum pulang ke rumah.(Amaran : Tolong jangan bersiar-siar di pusat membeli belah ketika sedang tertekan. Dikhuatiri anda akan membeli belah tanpa niat ).
Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang budak dengan ibunya yang duduk di sebelah aku sambil makan corn in cup. Aku senyum dan tanya namanya. Aku lihat dahinya benjol sedikit. Dia kata nama dia Athirah dan dahi dia benjol sebab kata maknya dia terhantuk. Dan tak lama kemudian aku dapat menulis cerpen pendek . (nanti aku letak di sini). Aku tulis di situ jugak setelah Athirah beredar bersama emaknya. Maaf, Athirah yang aku jumpe bukanlah punya kisah hidup seperti cerpen aku. Ini cuma rekaan aku. Athirah yang aku jumpa sangat comel dan dijaga baik.  Ibunya juga baik dan cantik. Cuma mungkin aku kasihan tengok dahinya yang benjol dan menggunakan benjolnya untuk mendapatkan ilham. He he. Sorry Athirah. Auntie teringin nak jumpa awak lagi. Awak sangat comel dengan benjol tu.



Membaca
Dengan Membaca, kita akan seolah-olah berada di dalam dunia kita sendiri. Seolah di satu pesta keramaian. Di dalam dunia anda sendiri. Jadi membacalah untuk melupakan sebentar rasa gundah gulana anda itu. Moga-moga selepas membaca kita tenang dan boleh berfikir secara mendalam permasalahan itu dan menjumpai penyelesaian.



Makan serbuk MILO
Aku tak berapa suka minum air milo tapi aku suka makan serbuk milo. Sejak dari zaman dulu-dulu lagi. Masa kecik dulu aku selalu curi makan serbuk MILO di dapur yang disorok emak.  Mak selalu marah dan mencubit aku kerana mencuri milo. Aku selalu berpura-pura menafikan itu semua kerja aku tapi mak lantas menunjukkan serbuk milo yang bertaburan di baju aku. Mak juga merasa pissed off ngan aku sebab walau dimana mak sorok Milo, aku pasti dapat menemuinya. He he he…(Moral of the story : Kalau makan milo tolong jangan bernafas kencang) he he he.. Kalau MILO dah dibuat air aku tidak suka. Dulu aku boleh makan serbuk milo tu sepeket selama seminggu. Tapi dulu best la masa anak dara aku makan macamana pun badan tak naik-naik pun. Tinggi metabolism waktu zaman anak dara kan. Sekarang ni  nak makan ya ampunnn aku fikir sampai seribu kali hahaha. Tapi memang heaven la kalau dapat serbuk milo tu. Nak-naknya sambil tengok cerita Criminal Minds ke, NCIS, citer P.Ramlee  ke..takpun masa anak tengah tido heh!



Merakam suara sendiri
Jangan gelak ye sebab aku suka record suara aku menyanyi. Kemudian aku dengar semula. Bila aku dengar aku dapati suara aku tak sedap dan aku lebih tertekan mendengar suara sendiri. Kalau masuk Akademi Fantasia mungkin aku telah ditendang awal-awal lagi semasa ujibakat. Bila aku menyanyi lagu Yuna seakan-akan suara aku seperti Yuna semasa beliau berumur 8 tahun. Benar. Aku bercakap suara aku macam orang dewasa tapi bila menyanyi suara aku macam suara budak-budak. Kenapa itu terjadi? Fikirkan..

Dengar Muzik
Aku suka mendengar pelbagai jenis muzik. Sesetengah orang kalau dalam stress akan dengar muzik grunge yang keras like hell. Terjerit sana sini tapi aku kalau stress aku suka dengar piano. Aku pasang CD piano. Ataupun lagu-lagu artis Hollywood kegemaran aku (Nak Hollywood saja kan…) iaitu Lenka, Norah Jones, Taylor Swift dan ramai lagi termasuk Mariah Carey dan Jennifer Lopez. (Jangan tiru aksi aku. Sebaiknya kamu dengar nasyid, Al quran ataupun Asma Ul HUsna)



Melihat gambar-gambar yang indah.
Bagi ibu beranak 3 seperti aku, aku akan melihat gambar anak-anak dan suami untuk menenangkan diri aku. Kalau kamu bujang, lihatlah gambar anak kucing kamu ataupun girlfren/boyfren kamu. Tapi jangan tengok lama-lama kang lain jadinya. Almaklumlah, syaiton memang misinya menyesatkan kita. Kau tengok lama-lama teransang plak nafsu kau kan. Kalau tengok suami/isteri anda takpe. Mereka halal untukmu. Untuk keselamatan iman, akak cadangkan ko tengoklah wajah ibu bapa yang mengandungkan, membesarkan, melahirkan, mendidik, menyayangi. Ok? Mudah-mudahan kamu menjadi anak yang soleh/solehah. Amin..


Comelnya..anak-anak, tolong jangan besar cepat sangat :-P

Keluar bersama kawan
Kalau aku keluar dari office awal sedikit, aku akan keluar sebentar bersama kawan-kawan. Selalunya
kami lepak tepi kolam KLCC je. Sambil makan sushi. Just chill sekejap sebelum balik. Tapi memang sekejap pun sebab aku tak boleh balik lambat  ha ha ha.

Tulis Diary/Blog
Akhir sekali, tulislah diary atau blog macam aku ni he he . Menulis meluahkan perasaan akan dapat mengurangkan tekanan. Kalau blog kamu nak buat dan tulis macamanapun orang tak marah. Korang nak buat blog kaler apa pun tak akan ada siapa yang peduli. Sape nak baca ke tak nak baca ke ko pedulik hape kan? He he he…






Itulah serba sedikit cara aku mengurangkan tekanan perasaan aku. Setiap orang lain caranya. Tapi aku sebenarnya teringin nak buat bungee jumping tapi tahap kepenakutan aku masih di tahap tidak memberansangkan. Terpulang pada anda bagaimana pun anda mahu menghilangkan tekanan tetapi jangan dekati arak, zina dan maksiat seumpamanya. Sebagai seorang ibu, isteri dan wanita cantik itu saja caranya yang aku dapat lakukan kerana aku perempuan. Kang aku merokok ke, Vaping ke, kang kecoh plak satu Malaysia kan.

Jadi, sebenarnya ini hanya cara mengurangkan tekanan. Masalah dan tekanan masih lagi ada di situ. Anda perlu tangani dengan bijak dan tenang. Yakinlah bahawa dengan adanya tekanan bermakna anda masih waras dan hidup lagi di dunia ini. Ingatlah saudara kita yang tertindas di sana. Diperlakukan dengan kejam. Berat lagi tekanan yang mereka hadapi di dalam hidup mereka.

Selamat menangani Tekanan!

Adios!

Tetiba pulop kawe raso kawe nok make serbuk milo… berat weh….banyok gulo.. guano weh?


Juwita Maya






No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"