Aku dan Ba Alip Ba Ya :-P

Kontroversi kan tajuk dia? Silap-silap boleh diviralkan dan masuk dalam Harian Metro. Di sini aku nak explain dahulu bahawa aku tidak ada apa-apa hubungan dengan babi seperti tajuk di atas apatah lagi kami bertentang mata dan duduk melepak bersama. 

Berbalas whatsapp dan sms pun tak pernah tau. Itu najis berat. Najis Mughalazah tahu. Apapun, binatang itu pun Allah yang ciptakan juga.

Hari tu masa pergi pasar beli barang dapur aku terdengar ada seorang budak lelaki menangis tak dibelikan mainan. Mak dia tarik tangan dia tapi dia menjerit “Babi! Babi!” . Berderau darah aku. Hai budak kecik cenonet ni yang kau sebut babi-babi tu mak kau tahu tak? Kalau la boleh nak aje aku cili mulut budak tu. Babi jugak yang kau sebut ye?.cuba la sambil menangis tu kau sebut katak!katak! sedap la jugak di telinga walaupun sebut katak pun tak boleh kat mak kau ye! Ishh.. aku cubit jugak budak ni kang!

Kawan aku berbangsa cina, Mei Mei (Bukan nama sebenar) mengajak aku ke satu tempat makan di suatu hari. Aku menolak secara baik kerana aku meragui kehalalan toyyiban tempat itu.

“Eh, di situ they don’t serve pork you know?”

Ujarnya untuk memujuk aku.

“Haish…u ni, halal bukan hanya takde pork tau, tapi kalau I meragui dagingnya, ayamnya samada disembelih dengan sempurna atau tidak?. Ambil dari supplier mana? Tukang masaknya orang islam ke? Adakah i pasti yang segala makanannya tidak dicampur liquor? I tak Nampak certificate halal pun.”

Jelas aku sambil berkira-kira nak tapau nasik tomato akak eye shadow tingkat 2.

Dia berkerut.

“Oh, I ingat u all tak boleh makan pork saja”

Erkkkk…hadoiiii.

Ada sekali dalam 2 tahun lepas kot aku ke sebuah pasaraya. Di section Non Halal, Aku berdiri melihat daging haiwan itu yang sudah ditinkan.  Tapi aku tak pegang. Aku cuma nak tahu apa yang diorang jual. Apa yang diorang buat dengan daging itu? Daging tu bagi diorang sedap masak apa? :P Hanya untuk mengetahuinya bukan nak try test pun. Tiba-tiba ada seorang kakak di belakang aku yang sedang menyorong troli membulatkan mata memandang aku ke atas dan ke bawah.  Dia berkata dengan pandangan dan suara yang annoying.

“Itu tak halal lah”

Yes kak, I can read. Thanks for your concern. Sayang akak kat saya kan? Supaya tidak tersesat jalan. Memang pelik la kan dah lah pakai tudung pas tu tercegat je kat section tu. Ko ingat? Semua orang pun pelik ok.

Bersangka baik ok. Husnuzon…maybe dia ingat aku baru datang dari gua kot he he he..tak pun dia ingat aku tak reti membaca ke hape.

Apa-apa yang negative mesti orang nak sebut perkataan babi tu.

“Babi betullah si polan tu”

“Perangai si dia itu macam babi!”

Kesian babi….

Maisara anakku yang pertama sangat suka bertanya macam-macam hal termasuk hal yang aku pun tak terfikir. Damia pula sedikit pendiam seperti ayahnya. Antara soalan cepu emasnya ialah Maisara mengatakan yang dia suspek adiknya Damia adalah seorang lelaki sebenarnya kerana dia dapati Damia sedikit bermisai.

Maisara sangat rapat dengan aku. Sikit-sikit nak melepek ngan mama. Dia cakap kalau dia besar macam aku nanti dia nak aku jadi bestfriend dia. Ha ha ha. I will always be by your side sayangku. No matter what :-)

Dia pernah bertanya pada aku kenapa orang islam tidak dibenarkan makan babi. Aku pun terangkan bahawa babi adalah sejenis haiwan yang kotor. Sifatnya buruk dan suka makan dan berada di tempat-tempat yang kotor. Dagingnya didapati ada sejenis cacing pita yang tidak akan mati walaupun dimasak macamana pun. Orang islam wajib mencari makanan dari sumber-sumber yang halal kerana makanan akan jadi darah daging. Kita nak solat, beribadat. Aku bagi penerangan yang simple aje untuk budak-budak seperti dia. 
Lepas tu dia bertanya kenapa Allah ciptakan babi kalau tak boleh makan, pegang dan semua tu?. Jeng jeng jeng….  Aku kata Allah SWT ciptakan babi untuk menguji kita umat manusia. Siapakah di antara kita yang degil dan melawan apa yang Allah sudah larang dari kita dekatinya. Dia mengangguk faham dan bertanya lagi, babi hutan banyak dekat hutan mana? Akhirnya aku kata pada dia, Sayang, kejap lagi kita bincang dan sama-sama cari information pasal ni ye. Sekarang tiba-tiba otak mama jammed sikit. Maybe memory full. Hahah.  Korang tahu ke nak jawab babi banyak melepak kat hutan mana? Banyak research nak kena buat tahu? Aku masak pun belum lagi masa tu. Nanti asben aku nak makan hape? Kang dia tanya plak spesis2 babi yang ada tak pasal-pasal aku kena google national geographic plak.

Dulu heboh dengan cerita gempar sebuah produk coklat jenama XXX yang ‘tak sengaja’ tercampurkan bahan yang berunsurkan dna babi ke dalam coklatnya sampaikan semua orang naik hantu marah dan mahu mencuci darah. Ingat senang ke proses nak cuci darah tu Kak Leha? Study dulu tau. Kita tak tahu tak apalah..apa nak buat? Babi sudah menjadi darah. Bertaubat dan berhentilah membeli produk itu yang kita ragui. Baiklah beli coklat buatan muslim. Banyak ada jual kak, nak ngan tak nak cari jer… “Tapi kan dik, coklat buatan melayu islam ni tak berapa sedap..” Kata kak Leha.

“Nak sedap buat sendirilah kak. Google je resepi.Kbai!”

Memang la saya pun marah kak sebab saya rasa dikhianati. Berbakul-bakul saya makan kak.Sedih jugak saya kak sampai menangis bucu katil (Tipu).  Dan tertanya kenapa musuh-musuh islam kapior2 ni suka sangat menggunakan binatang itu untuk meracuni tubuh dan rohani kita? Sebab mereka tahu kita sangat sensitive dan anti dengan binatang babi tu.  Mereka tahu bagaimana untuk meracuni kita. Kita pula, jangan la diam diri saja. Carilah informasi mengenai menatang ini supaya tidak kan tertipu lagi. Kalau kena lagi jangan pulak ko jerit-jerit “Tipah tertipu! Tipah tertipu!”

Maaflah, aku bukannya bagus dalam hal ehwal agama. Apatah lagi nak berceramah di sini. Aku cuma menulis apa yang aku rasakan. Eh, dah kenapa aku tulis pasal babi ni? Sebab ada orang hantar kat aku benda ni.






Ee…jangan la melabel-labelkan orang babi. Tak baik tau tak. Kalau tetiba suami anda berkahwin dengan orang yang kamu babikan itu, means suami kamu kahwin dengan babi tau. Kesian la suami kamu peluk babi malam-malam. Kamu juga adalah madu kepada babi. Nanti orang tanya, madu kau sape? Oh, madu aku babi. he he he ...

Babi tak bersalah dalam hal ni. Babi tak pernah tunggu korang kat simpang lepas tu sondol korang tanpa usul periksa kan? Babi tak pernah terjun dalam makanan korang kan? Semuanya salah manusia tau. Korang ingat babi tak terasa ke? Korang suka tak kalau mak babi marahkan anaknya dengan berkata :-

“Kenapa perangai kau jahat macam manusia ni,boboy a.k.a piglet ?”

ko marah tak?

(Apa yang kau merepek ni shaitonnnn????)

Oklah, itu sahaja catatan aku mengenai babi.


Hai Babe, Comelnya awak...


Kalau korang terer, dalam ini cerita, berapa kali aku tulis perkataan babi?

Jawab dan hantarkan SMS ke ON BABI di nombor 34567.
Setiap SMS dicaj RM0.50sen tidak termasuk 6% GST
Kanak-kanak sila dapatkan kebenaran ibubapa terlebih dahulu.
Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sekian, Terima Kasih.


Apapun…Semua Makhluk yang ALLAH ciptakan bertasbih memuji ALLAH termasuk babi. Sebagai manusia, sudahkah kita memuji ALLAH hari ini?

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi ALLAH, dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNYA, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun” Surah Al-Israa’ : Ayat 44



No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"