Hari ini hari rajin saya

Assalammualaikum…

Alhamdulillah…rasanya hari ni adalah hari rajin mengupdate blog aku ..Blurzzz sesangat hari ni. 


Insha Allah.. maybe catatan ini merupakan catatan yang paling menjengkelkan bagi sesetengah orang dengan berkata "Macamlah sakit sangat beranak" seperti mamat yang kat FB sume orang dok viralkan screenshot dia tu he he he... Senang je, doa je bagi dia merasa bersalin sekali alamatnya tobat la tu hahaha. Biaq dia tau sakit lagu mana beranak naa....Tak pun senang kot dia beranak cam sembelit je. hai..macam2 la... 

Segala kisah yang ingin aku catatkan di sini adalah agar aku tak lupa. Pengalaman yang sangat berharga. Menyedarkan aku pada penyerahan sepenuhnya kepada Allah yang Maha Esa. Tiada siapa dapat membantu hanyalah Allah swt sahaja.


Bersalin

Dah seminggu aku cuti. Tapi belum ada tanda2 yang aku akan bersalin. Penantian satu penyiksaan. Malahan pula menunggu dengan perut yang semakin besar dan berat, panas, aku diserang gastrik dan pedih ulu hati yang Subhanallah…bukan calang2 sakitnya. Bangun 3 pagi dan muntah kuning yang menyakitkan. Aku langsung tak boleh tidur nyenyak waktu malam. Setiap hari aku solat hajat agar dipermudahkan dan ‘dipercepatkan’ aku bersalin kerana aku seakan tidak sanggup lagi dengan perut aku yang semakin meregang.


Pada pagi 19 April 2015, (Ahad) selepas menunaikan solat subuh, aku tertidur semula. Pukul 9 pagi, aku bangun untuk ke tandas tiba-tiba aku terasa basah. Aku check tetapi ianya bukan darah tapi semacam gel jernih yang tidak berbau. Aku confuse. Cakap kat asben dia kata tunggu la kejap dah confirm sakit baru la gi spital. Aku terus mandi, makan roti cecah nescafe dan sebiji kurma lalu duduk sekejap di sofa. Jeng jeng jeng……duk diam2 macam tu baru aku rasa mild contraction. Aku jeling jam.  Contraction konsisten 15 minit sekali. Siap2 dan segera ke hospital. Sepanjang perjalanan sakit dah terasa 10 minit sekali..urghh…nervous gile mak jemah that time. Berpeluh2 dalam air cond dan terdetik, “This is the time” huhu..sambil mulut tak henti berzikir  “Lailahailah anta subhanaka inni kuntuminazzholimin..” sesampai di hospital, bukaan dah 3cm. Aku perlu dimasukkan ke ward. Sementara tunggu aku menahan sakit. Sampai aku genggam lengan asben aku menahan kesakitan. Roti dan air mineral dah siap dibelikan oleh en asben tapi aku tak lalu makan. Cuma minum air sahaja. Akhirnya aku masuk semula ke dalam dan bagitahu pada nurse yang aku rasa sakit. Dan dapat rasakan panas (Darah yang mula keluar). Doktor pun check semula dan rupanya dah 4cm. Aku tak boleh tunggu ward lagi tapi perlu ke labour room.  Apa? Labour room? GULP! Oh my Gucci…no turning back. Face it! Hahahahha

Tapi aku tak terus ke labour room sebaliknya di tempat menunggu sebelah labour room.  Baju dah ditukar dan aku terbaring menahan sakit yang makin kerap. Ya Allah…sakitnya Allah yang tahu. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Aku tidak berhenti berzikir. Berdoa dan berharap semuanya selamat. Doctor datang dan check semula bila aku katakan yang aku rasa nak meneran. Bukaan dah 6cm dan doctor pun memecahkan air ketuban bila bukaan dah 7cm. lepas sahaja ketuban pecah…Allah…sakitnya….. Ya Allah…sakitnya..Ampunkan lah dosa2ku Ya Allah…
Terus aku disorong masuk ke labour room tidak lama kemudian, lebih kurang pukul 6.15 petang. Ditemani suami dari awal hingga akhir. Terima kasih sayang.. i love u okay!

Dalam proses meneran, aku menyerah segalanya pada Allah. Tak putus-putus aku berharap semoga semuanya selamat. Suami di sebelah memegang dan menggosok-gosok di belakang. Aku menahan sakit yang seluruh dunia pun tahu nak keluarkan baby sakit camana kan? kan? he he.. Teran-teran tak keluar jugak. Kenapa susah sangat ni? doktor memberitahu, bahawa aku perlu keluarkan baby as soon as possible sebab jantung baby reading dah tak berapa cantik. Allah..tiba-tiba aku dapat kekuatan yang entah dari mana walaupun aku sebenarnya dah letih sebab aku sakit dari pagi. Oh my baby...no...

Akhirnya setelah berhempas pulas akhirnya aku pun selamat bersalin pada pukul 7.06 ptg. Baby seberat 4.38kg. Ya Allah…Subhanallah… aku dan suami berpandangan sebab baby tu chubby gile haha.Aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh keluarkan baby sebesar itu.  Tak banyak jahit, normal tanpa menggunakan sebarang alat bantuan, gap 6 tahun  dan hanya beberapa kali teran aje. Masa diletakkan baby di atas dada..Subhanallah..betapa bersyukurnya aku segalanya sempurna. Nikmat tuhan yang manakah yang ingin aku dustakan? Alhamdulillah….

Aku bersyukur walaupun baby besar haha. Aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh keluarkan baby sebesar itu secara normal. Allah saja yang melindungi…Allah sahaja yang memelihara aku dan baby. Terima Kasih Ya Allah.. Hilang segala sakit dari pagi apabila aku tengok sahaja baby.

(Now bila orang tanya, how u do that ita? aku hanya menjawab...Allah yang bantu. Allah yang izinkan...)

Oleh kerana baby besar, jadinya baby dan aku perlu menjalani ujian darah untuk test kalau2 ada kencing manis. Alhamdulillah…semuanya baik sahaja. Syukur.. Keesokannya aku dan baby dah boleh discaj…

Tetapi, sebelum balik doktor memberitahu aku bahawa ada satu lubang yang belum tertutup di jantung baby dan aku perlu datang semula nanti. What? Aku dah mula risau semula. Setiap bayi yang baru lahir, akan ada 3 lubang kecil di jantung yang belum tertutup. bagi baby Adra, 2 lubang dah tertutup tapi satu lubang belum lagi sampai la nak discaj.Walaupun doktor kata jangan risau maybe sebab dia besar tapi as a mother, aku tetap rasa takut if something happened to my baby.


NICU

Dua hari selepas balik ke rumah (22/04/15), baby terpaksa masuk Neonatal Intensive Care Unit (NICU) semula sebab demam dan jaundis. Masa tu aku rasa down sangat. Baby di hospital sedangkan aku di rumah. Baby dimasukkan antibiotic kerana suspect ada infection dalam darah.  Balik rumah aku menangis sambil peluk baju baby yang dipakai tadi. Aku rasa rindu sangat. Aku risau sangat. Hari2 aku ke hospital hantarkan susu. Mak yang menenangkan aku setiap tengah malam. 

Masa tu aku akan menangis jikalau bengkak susu sebab teringatkan baby. Pada waktu itu nak aje rasanya aku solat untuk ketenangan kerana itu sahaja satu-satunya cara aku bertenang tapi aku masih di dalam pantang. Aku berserah pada Allah SWT. Hanya hari ketiga baru aku dapat katil so aku dapat tidur di hospital. Bayangkan hospital yang sejuk, masih di dalam pantang dan baby kena diambil darah, dicucuk sana sini. Aku kena jadi sekuat2 manusia. Walaupun aku tahu ada orang lain yang dugaannya lagi hebat daripada aku seperti anak yang sakit kronik. Tapi Allah bagi ujian pada aku ini tidaklah berat. Sesuai dengan kesanggupan aku maka aku harus tabah hadapinya. 

Tengah malam di hospital aku menangis bengkak mata bila doctor cucuk kaki kecilnya untuk di ambil darah. Doctor, awak cucuklah saya di mana saja tapi tolong jangan cucuk anak saya.  Aku berharap.Berserah pada yang Maha Esa semoga semuanya berlalu dengan cepat dan aku tidak sanggup lagi. Alhamdulillah, esoknya baby dah discaj. Syukur pada Allah. Semuanya ok dan darah tidak ada kuman, jantung pun dah buat echo test dan Alhamdulillah lubang dah tertutup sepenuhnya. Maka, nikmat tuhan yang mana yang mahu aku dustakan? Syukur pada Allah...  Ya Allah aku bersyukur…

Inilah pelajaran yang aku dapati iaitu penyerahan yang sepenuhnya pada Allah SWT. Yang berhak ke atas aku dan anak-anak yang aku lahirkan. Aku hanya dipinjamkan untuk dididik sebaik mungkin.
Aku diberi kekuatan untuk mendidik semampuku. Manakan lahirnya bayangan yang lurus dan elok jika datangnya dari kayu yang bengkok. Yang penting sebagai ibu aku perlu belajar, berfikir, dan buang jauh-jauh emosi negatif dalam diri. Apa yang aku pandang, aku tak boleh memandangnya kosong. Aku perlu berfikir apa, kemungkinan, kebaikan, kesempatan. Aku tak boleh berehat dari memikirkan bagaimana aku harus mendidik anak-anak aku.

Dan sudah semestinya Allah ada bersama aku. Dan aku harap Allah memelihara anak-anakku..Bukannya menyanyi semata " Tuhan, kamu tolonglah, hantarkan kepadanya, Malaikat utk menjaganya bila ku tiada ....bla..bla..."  haish...dah sah-sah la ada raqib dan atib dah tolong awasi kita kan...dan Allah juga yang melindungi kita semua hokey...tak yah nak berlagak konon2 sweet nak arah2 tuhan tolong antar extra malaikat untuk jaga girlpren kamu plak ye. heh!. Rosak lagu ni. Meluat kot aku dengan lagu ni kalau dengar kat radio. (Tetibe plak ko pehal? haha)

Selamat petang dan semoga anda semua selamat di dunia dan beruntung di akhirat sana...Amin...

Thank you for reading this entry!


Baby Adra yang chubby ... Anak2 adalah pinjaman Allah..


No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"