Damailah Hati


Di malam yang sunyi macam ni aku terganggu dengan banyak benda yang aku fikirkan. Aku terlalu runsing. Aku terlalu kusut dengan permasalahan yang ada di sekeliling aku. Terlalu banyak benda yang aku mahukan ianya menjadi sempurna. Terlalu banyak berharap, terlalu banyak melihat pada dunia. Aku runsing dengan cara aku melihat sesuatu itu. Aku dambakan banyak benda yang aku tidak perlukan dalam hidup aku. Aku buntu dengan kemahuan aku yang sangat gila itu.

Aku...Aku terlalu rapuh pada sesuatu.
Duhai hatiku...aku pujuk kamu supaya kamu lebih bertenang dengan sesuatu
Bukankah sudah selalu aku pesan jangan mengharap sesuatu yang engkau sendiri tidak dapat menanganinya dengan mudah?

"Wahai Insan yang bernama aku...
Bukankah sudah hatimu khabarkan, bertenang-tenang itu datangnya dari ALLAH."

"Betul wahai hatiku...aku sering cuba memahamimu.Kenapa kamu sering berkelakuan begini? Seringkali...
Aku ingin ingatkan bahawa aku cumalah insan biasa yang hanya bergantung pada kuatnya kamu."

"Aku memang sebegini dicipta. Aku boleh dibolak balikkan dengan izin penciptaku. Kamu mintalah pada DIA yang maha esa untuk tetapkan aku"

"Aku sudah minta wahai hatiku.."

"Minta dengan keikhlasan yang boleh diisi di dalam aku. Aku mengawalmu namun perlu kekuatan dari kamu jua. Istiqamah selalu dalam kelakuanmu setiap hari. Aku perhatikan kamu sudah lalai dengan indahnya dunia. Kenapa? Kamu tidak belajar dari pengajaran lalu? Tidak malukah kamu? Rahmat Allah kamu inginkan namun kamu tidak mahu mencintainya setulus hati kamu. Kamu tidak setia. Kamu leka pada dunia.Ada baiknya kamu kembali. Tinggalkan illusi gila yang kamu ciptakan. Yang kamu angankan. Kamu sangat gila dalam memikirkan sesuatu lalu kamu menyesakkan aku sehingga aku terlalu sibuk dengan perasaan kamu.Jadilah diri kamu yang selalu bersunyi sendiri dan hanya menjadi seseorang yang seadanya kamu. Aku rindukan kamu yang dulu dimana dalam aku kau isi dengan dirimu yang selalu tenang dan tertunduk malu. Kamu lebih rela bercakap dengan penamu dari lidahmu. Kenapa kamu berubah? Mana istiqamahmu?"

"Maafkan aku hatiku... berlebihkan aku dalam kelakuanku? Aku terlalu mendesakmu?"

"Ye, kau mendesak aku memahami kelakuanmu dan fikirmu yang menakutkan aku dengan apa jadimya kamu. Kamu wanita yang dididik dengan keimanan bukan? Bukan harta dan pujian yang membinasakan! Seharusnya kamu lebih tahu simpang dan jalan kehidupan ini kerana hidup yang sukar. Kamu kuat. Kamu tidak pernah lemah dan mengalah. Kamu sangat jitu dalam diamnya kamu. Aku mahu kamu yang itu. Aku tidak mahu kamu yang sekarang ini berlebihan dalam kelakuanmu dan pemikiran kamu. Cukuplah kamu..cukuplah dengan itu. Berehatlah dari sesuatu seperti itu yang tidak akan ada kesudahannya kau menghirup manisnya dunia. Kamu sudah letih kan? Duduklah bertenang. Bersujudlah. Serulah yang mencipta aku dan kamu."

"Aku akan cuba hatiku...maafkan aku...aku cuba semampuku. Bantu aku dengan kuatkan kamu di dalam aku. Berikan aku kekuatan itu."

"Yakinlah kamu dengan Allah yang sering menguji kamu melalui aku. Yakin dengan aku bahawa kamu kembali mencari sesuatu yang hampir hilang manisnya di dalam aku. Iaitu iman yang jitu!"

Juwita Maya
30 Ogos 2015
02.29am












No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"