Damailah Hati


Di malam yang sunyi macam ni aku terganggu dengan banyak benda yang aku fikirkan. Aku terlalu runsing. Aku terlalu kusut dengan permasalahan yang ada di sekeliling aku. Terlalu banyak benda yang aku mahukan ianya menjadi sempurna. Terlalu banyak berharap, terlalu banyak melihat pada dunia. Aku runsing dengan cara aku melihat sesuatu itu. Aku dambakan banyak benda yang aku tidak perlukan dalam hidup aku. Aku buntu dengan kemahuan aku yang sangat gila itu.

Aku...Aku terlalu rapuh pada sesuatu.
Duhai hatiku...aku pujuk kamu supaya kamu lebih bertenang dengan sesuatu
Bukankah sudah selalu aku pesan jangan mengharap sesuatu yang engkau sendiri tidak dapat menanganinya dengan mudah?

"Wahai Insan yang bernama aku...
Bukankah sudah hatimu khabarkan, bertenang-tenang itu datangnya dari ALLAH."

"Betul wahai hatiku...aku sering cuba memahamimu.Kenapa kamu sering berkelakuan begini? Seringkali...
Aku ingin ingatkan bahawa aku cumalah insan biasa yang hanya bergantung pada kuatnya kamu."

"Aku memang sebegini dicipta. Aku boleh dibolak balikkan dengan izin penciptaku. Kamu mintalah pada DIA yang maha esa untuk tetapkan aku"

"Aku sudah minta wahai hatiku.."

"Minta dengan keikhlasan yang boleh diisi di dalam aku. Aku mengawalmu namun perlu kekuatan dari kamu jua. Istiqamah selalu dalam kelakuanmu setiap hari. Aku perhatikan kamu sudah lalai dengan indahnya dunia. Kenapa? Kamu tidak belajar dari pengajaran lalu? Tidak malukah kamu? Rahmat Allah kamu inginkan namun kamu tidak mahu mencintainya setulus hati kamu. Kamu tidak setia. Kamu leka pada dunia.Ada baiknya kamu kembali. Tinggalkan illusi gila yang kamu ciptakan. Yang kamu angankan. Kamu sangat gila dalam memikirkan sesuatu lalu kamu menyesakkan aku sehingga aku terlalu sibuk dengan perasaan kamu.Jadilah diri kamu yang selalu bersunyi sendiri dan hanya menjadi seseorang yang seadanya kamu. Aku rindukan kamu yang dulu dimana dalam aku kau isi dengan dirimu yang selalu tenang dan tertunduk malu. Kamu lebih rela bercakap dengan penamu dari lidahmu. Kenapa kamu berubah? Mana istiqamahmu?"

"Maafkan aku hatiku... berlebihkan aku dalam kelakuanku? Aku terlalu mendesakmu?"

"Ye, kau mendesak aku memahami kelakuanmu dan fikirmu yang menakutkan aku dengan apa jadimya kamu. Kamu wanita yang dididik dengan keimanan bukan? Bukan harta dan pujian yang membinasakan! Seharusnya kamu lebih tahu simpang dan jalan kehidupan ini kerana hidup yang sukar. Kamu kuat. Kamu tidak pernah lemah dan mengalah. Kamu sangat jitu dalam diamnya kamu. Aku mahu kamu yang itu. Aku tidak mahu kamu yang sekarang ini berlebihan dalam kelakuanmu dan pemikiran kamu. Cukuplah kamu..cukuplah dengan itu. Berehatlah dari sesuatu seperti itu yang tidak akan ada kesudahannya kau menghirup manisnya dunia. Kamu sudah letih kan? Duduklah bertenang. Bersujudlah. Serulah yang mencipta aku dan kamu."

"Aku akan cuba hatiku...maafkan aku...aku cuba semampuku. Bantu aku dengan kuatkan kamu di dalam aku. Berikan aku kekuatan itu."

"Yakinlah kamu dengan Allah yang sering menguji kamu melalui aku. Yakin dengan aku bahawa kamu kembali mencari sesuatu yang hampir hilang manisnya di dalam aku. Iaitu iman yang jitu!"

Juwita Maya
30 Ogos 2015
02.29am












Ko tulis hape nih? Ko kan sakit perut?



Assalammualaikum…
Tak jawab dosa..kalau jawab ,sayang..he he he :P

Entah kenapa aku rasa aku sangat-sangat sangat nya nak menulis semula. Walau sesibuk mana aku terlalu ingin sangatnya nak menulis di sini walaupun sedikit. (Bunyi macam penulis hebat je kan haha).

Hidup ini sangat penuh dengan kejutan dan setiap hari jua ada saja perkara-perkara yang mengundang kemarahan kita yang sihat akal dan fikiran yang Allah SWT kurniakan. . Setiap hari juga adalah hari yang penuh kejutan.  Hari-hari aku mesti terkejut. Orang masuk simpang tak bagi signal pun beri terkejut, dan marah.  Nak tidur tiba-tiba teringat baju belum iron pun satu kejutan ok. Semuanya adalah kejutan!

Bila orang dari belakang tiba-tiba sergah aku

“Hoi Ita! Kenapa baju kau tak matching dengan tudung hari ni?”

Pun buat aku terkejut tapi tak marah Cuma  takde mood satu hari je…he he he…

Hati aku adalah hati yang aku sendiri kadang-kadang tidak dapat duga.  Kadang-kadang hati aku tenang kadangkala aku tidak tenang dan gundah gulana sendiri. Mengada sungguh orang yang bernama aku ini. Dengan Hati sendiri pun nak gaduh. Pftttt…poyo….

Bercakap tentang bergaduh, aku sebenarnya kurang gemar bergaduh. Kalau nak gaduh pun mari kita bertumbuk, barulah rock haha. Kalau aku marah aku Cuma gemar berdiam diri sambil menahan gelora dada nak meletup. Kalau pun ada perselisihan faham dengan pasangan hidup, cara terbaik adalah berdiam. Lidah adalah senjata yang sangat tajam menghiris hati. Berjaga-jagalah dengan lidah anda.

Lidah tidak bertulang,
Ucapan cinta menghiris kalbu…..
Dah termenyanyi la plak kan..awak ni mengada tau!

Kepada adik-adik yang baru nak melayari rumahtangga, jikalau ada perselisihan faham dengan pasangan hidup anda, jangan melawan cakap suami. Sesekali jangan tinggikan suara anda walaupun anda rasa yang anda betul. Kan kite Mrs. Always Right hahah. Ingatlah bahawa syurga itu adalah pada redha suami anda ye. Diam tenangkan diri dan ingat Allah selalu. Ingat bahawa ini perselisihan faham, Bukannya dunia dah terbalik esok dah tak boleh nak makan mee kari lagi.

Jadinya, kalau aku marah aku akan basuh tandas sampai berkilat. So, bila orang masuk bilik air maka hati dia pun sejuk sebab tandas bersih macam tandas hotel. Dan tak jadi nak marah lama-lama. Ngeh ngeh ngeh…

Apabila kita sibukkan dengan kerja-kerja rumah apabila marah, secara automatik tubuh kita akan merembeskan endorphine ke dalam sistem tubuh anda. Ianya berfungsi sebagai hormon yang boleh bertindak memberikan ketenangan, ceria dan perasaan selesa pada mental dan fizikal. Kita juga akan berpeluh. Bila berpeluh dan bersenam, kita akan dapat bentuk badan yang menarik. Gembira bukan? Apa kamu tidak mahu memakai baju saiz S dan jeans saiz 29? Ok itu mengarut jangan ikut yang tu. Pakailah pakaian yang menutup aurat ye adik2. Biarpun anda kurus atau gemuk gedempol macam akak ni.  Jalankan perintah agama…hehe

Kalaupun anda sangat malas mengikut nasihat akak, (Macam la dah berpuluh tahun kahwin. Belah la!) Apa kata anda duduk diam-diam sahaja. Jangan nak menggelupur tak tentu pasal. Berdiam mampu menghidari banyak masalah ye.  Enjoy the silence. Ingatlah suami kamu itu manusia biasa. Bukan malaikat ye. Dia pun kadangkala ada masanya tak berapa nak tenang jiwanya walau dia hensem macamanapun. Tambahan ekonomi negara sekarang ini makin tenat, Hilang hensem diorang habaq hang! (Ada kena mengena ke? Heh!)

Ingatlah, setinggi mana pelajaran dan walau anda memiliki tali pinggang hitam taekwando pun, jangan lawan suami ye, apatah lagi karate suami anda sampai masuk hospital. . …kalau nakkan redha Allah…dan syurga Allah..Insya Allah… Jadilah isteri yang baik, yang menyenangkan mata suami dan menyenangkan hatinya.

Ingat ye, kehidupan sering memberikan kita kejutan. Selagi kita bernyawa kita akan diduga dengan apa jua jenis cabaran dalam kehidupan. Iman kita juga akan diuji.  Itulah suratan dalam kehidupan. Sabar kunci kebahagiaan…
( Cewwwaahhh)

Jadi, jangan marah-marah di dalam kehidupan kita. Bengang sikit boleh tapi marah gile jangan ye, nanti mempercepatkan kesan-kesan penuaan.

Kalau ke restoran, makanan lambat sampai,jangan terus menunjukkan kemarahan, sebaliknya tanya lah adakah mereka mengalami apa-apa masalah di dapur? Seperti kuali berlubang, sudip hilang dilarikan pencuri ataupun tukang masak tiba-tiba diserang sakit jantung barangkali? Kerana itu  makanan sampai lambat. (Ha ha nasihat mengarut sangat).

Jangan cepat melatah dalam kehidupan. Kita tidak tahu apa masalah orang di sekeliling kita.
Jadinya, setiap hari ada pasang surut dalam perhubungan kita sehari-hari dengan  manusia lainnya. Kadang-kadang orang terpijak kaki kita dalam lrt pun kita boleh marah kan? Dah la kasut baru beli semalam, kasut deme plak berlumpur-lumpur. Hampeh kannnn. Sabo je la…

Kita tidak gembira setiap masa dan kita tidak berduka setiap masa. Hidup ini penuh kejutan.

Aku sebenarnya sakit perut sejak pagi tadi. Aku sangat bengang dengan perut aku kerana sangat sensitif kalau tersalah makan sedikit. Paling takut kalau pergi kenduri. Kalau lauk pelik-pelik sikit aku pun cuba avoid. Kalau bulan puasa lagilah asyik cerry berry. Sebab tu aku jarang makan makanan yang dimasak semalam.Perut aku sangat demand ok.  Kadang-kadang aku slow talk pun tak jalan jugak.
Dengan perut pun ko nak gaduh jugak? Kronik le ko nih.

Itulah catatan aku yang bengang dengan perut yang sakit…. Ingat ye bersyukurlah ada perut jangan marah tak tentu pasal.

Jadi, kesimpulannya, jangan cepat marah.

Hai, awak yang sedang membaca, muka awak nampak berkedut la…
Eh eh jangan marah, kang kena jual. Kbai!

Terima kasih kerana meluangkan masa anda 1 minit 55 saat membaca entry ini.
(untuk manusia normal. Kalau anda mengeja atau rabun, mungkin mengambil masa 25 minit 12 saat. Kalau anda buta huruf, anda hanya lihat unta di padang pasir hahaha)

Mi día confuso

Hari ini hari yang kurang baik. Aku demam batuk dan selsema. Sakit kepala. Baby selsema dan meragam, Damia demam. Kerja melambak-lambak, Susu plak tak banyak. Dari pagi aku menahan sejuk dan hidung yang berhingus-hingus dalam air cond.

Dari pagi aku perah susu tapi dapatnya sikit. Selera makan langsung takde.
Aku lebih banyak berdiam dari bercakap. Aku tak ada mood untuk apapun. Aku bingung dengan keadaan yang kurang sihat ni. Aku kurang selesa.

Aku confuse kan sesuatu. Tapi aku tak tahu apa yang aku confusekan.
Aku bingung tentang sesuatu tapi tak berbaloi untuk aku terus memikirkannya..



الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram". [ar Ra’d/13 : 28].



اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

 (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)


Hati yang panas di petang jumaat yang mulia




Salam Jumaat penghulu segala hari.
Hari ini sepatutnya kita keep calm kan. Hari yang mulia. hari yang sepatutnya kita ceria tapi hari ini merupakan hari yang sakit bagiku..sakitnya ku di sini di dalam hatiku..la la la...

Sesambil menghirup kopi hitam maneh meleting yang disediakan akak pantry.

Aku berpesan kat akak tu, "Kak, pagi tadi punya kopi tak berapa maneh so hat petang ni kasi maneh skit bole?"

Siap Rose!

(Dialah satu2nya orang yang panggil aku dengan nama Rose. Mula2 aku geli lama2 rasa cam Kate Winslet plak. Ngeeee)

Hamboi kak tipu eh....tak siap pun lagi...

Bila dia letak aku rasa bapak la maneh kak. Ni tahap maneh nak potong kaki.

Sekarang aku suka minum kopi o semenjak berpantang hari tu. Dulu aku addicted to nescafe. Sekarang stop sekejap sebab aku breastfeed

Eh, kesah plak aku kau nak minum apa pun?

Eh, ni blog aku, aku punya suka la nak tulis apa!

Jangan gaduh!

Aku gaduh ngan sape ni?

Oh aku gaduh dengan bayang-bayang sendiri...

Berbalik pada kehangatan hati aku....haishhhh susah nak cerita. Nak nanges bole? Ungu, can i borrow your shoulder to cry? What? No shoulder? Uhuk uhuk...sedeh la ko ungu...bahu pon x de..

Ok lah, nak balik jumpa my Bam bam ucuk Sara Zara n Adra

Thanks for reading this entry! I love u!


Hari ini hari rajin saya

Assalammualaikum…

Alhamdulillah…rasanya hari ni adalah hari rajin mengupdate blog aku ..Blurzzz sesangat hari ni. 


Insha Allah.. maybe catatan ini merupakan catatan yang paling menjengkelkan bagi sesetengah orang dengan berkata "Macamlah sakit sangat beranak" seperti mamat yang kat FB sume orang dok viralkan screenshot dia tu he he he... Senang je, doa je bagi dia merasa bersalin sekali alamatnya tobat la tu hahaha. Biaq dia tau sakit lagu mana beranak naa....Tak pun senang kot dia beranak cam sembelit je. hai..macam2 la... 

Segala kisah yang ingin aku catatkan di sini adalah agar aku tak lupa. Pengalaman yang sangat berharga. Menyedarkan aku pada penyerahan sepenuhnya kepada Allah yang Maha Esa. Tiada siapa dapat membantu hanyalah Allah swt sahaja.


Bersalin

Dah seminggu aku cuti. Tapi belum ada tanda2 yang aku akan bersalin. Penantian satu penyiksaan. Malahan pula menunggu dengan perut yang semakin besar dan berat, panas, aku diserang gastrik dan pedih ulu hati yang Subhanallah…bukan calang2 sakitnya. Bangun 3 pagi dan muntah kuning yang menyakitkan. Aku langsung tak boleh tidur nyenyak waktu malam. Setiap hari aku solat hajat agar dipermudahkan dan ‘dipercepatkan’ aku bersalin kerana aku seakan tidak sanggup lagi dengan perut aku yang semakin meregang.


Pada pagi 19 April 2015, (Ahad) selepas menunaikan solat subuh, aku tertidur semula. Pukul 9 pagi, aku bangun untuk ke tandas tiba-tiba aku terasa basah. Aku check tetapi ianya bukan darah tapi semacam gel jernih yang tidak berbau. Aku confuse. Cakap kat asben dia kata tunggu la kejap dah confirm sakit baru la gi spital. Aku terus mandi, makan roti cecah nescafe dan sebiji kurma lalu duduk sekejap di sofa. Jeng jeng jeng……duk diam2 macam tu baru aku rasa mild contraction. Aku jeling jam.  Contraction konsisten 15 minit sekali. Siap2 dan segera ke hospital. Sepanjang perjalanan sakit dah terasa 10 minit sekali..urghh…nervous gile mak jemah that time. Berpeluh2 dalam air cond dan terdetik, “This is the time” huhu..sambil mulut tak henti berzikir  “Lailahailah anta subhanaka inni kuntuminazzholimin..” sesampai di hospital, bukaan dah 3cm. Aku perlu dimasukkan ke ward. Sementara tunggu aku menahan sakit. Sampai aku genggam lengan asben aku menahan kesakitan. Roti dan air mineral dah siap dibelikan oleh en asben tapi aku tak lalu makan. Cuma minum air sahaja. Akhirnya aku masuk semula ke dalam dan bagitahu pada nurse yang aku rasa sakit. Dan dapat rasakan panas (Darah yang mula keluar). Doktor pun check semula dan rupanya dah 4cm. Aku tak boleh tunggu ward lagi tapi perlu ke labour room.  Apa? Labour room? GULP! Oh my Gucci…no turning back. Face it! Hahahahha

Tapi aku tak terus ke labour room sebaliknya di tempat menunggu sebelah labour room.  Baju dah ditukar dan aku terbaring menahan sakit yang makin kerap. Ya Allah…sakitnya Allah yang tahu. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Aku tidak berhenti berzikir. Berdoa dan berharap semuanya selamat. Doctor datang dan check semula bila aku katakan yang aku rasa nak meneran. Bukaan dah 6cm dan doctor pun memecahkan air ketuban bila bukaan dah 7cm. lepas sahaja ketuban pecah…Allah…sakitnya….. Ya Allah…sakitnya..Ampunkan lah dosa2ku Ya Allah…
Terus aku disorong masuk ke labour room tidak lama kemudian, lebih kurang pukul 6.15 petang. Ditemani suami dari awal hingga akhir. Terima kasih sayang.. i love u okay!

Dalam proses meneran, aku menyerah segalanya pada Allah. Tak putus-putus aku berharap semoga semuanya selamat. Suami di sebelah memegang dan menggosok-gosok di belakang. Aku menahan sakit yang seluruh dunia pun tahu nak keluarkan baby sakit camana kan? kan? he he.. Teran-teran tak keluar jugak. Kenapa susah sangat ni? doktor memberitahu, bahawa aku perlu keluarkan baby as soon as possible sebab jantung baby reading dah tak berapa cantik. Allah..tiba-tiba aku dapat kekuatan yang entah dari mana walaupun aku sebenarnya dah letih sebab aku sakit dari pagi. Oh my baby...no...

Akhirnya setelah berhempas pulas akhirnya aku pun selamat bersalin pada pukul 7.06 ptg. Baby seberat 4.38kg. Ya Allah…Subhanallah… aku dan suami berpandangan sebab baby tu chubby gile haha.Aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh keluarkan baby sebesar itu.  Tak banyak jahit, normal tanpa menggunakan sebarang alat bantuan, gap 6 tahun  dan hanya beberapa kali teran aje. Masa diletakkan baby di atas dada..Subhanallah..betapa bersyukurnya aku segalanya sempurna. Nikmat tuhan yang manakah yang ingin aku dustakan? Alhamdulillah….

Aku bersyukur walaupun baby besar haha. Aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh keluarkan baby sebesar itu secara normal. Allah saja yang melindungi…Allah sahaja yang memelihara aku dan baby. Terima Kasih Ya Allah.. Hilang segala sakit dari pagi apabila aku tengok sahaja baby.

(Now bila orang tanya, how u do that ita? aku hanya menjawab...Allah yang bantu. Allah yang izinkan...)

Oleh kerana baby besar, jadinya baby dan aku perlu menjalani ujian darah untuk test kalau2 ada kencing manis. Alhamdulillah…semuanya baik sahaja. Syukur.. Keesokannya aku dan baby dah boleh discaj…

Tetapi, sebelum balik doktor memberitahu aku bahawa ada satu lubang yang belum tertutup di jantung baby dan aku perlu datang semula nanti. What? Aku dah mula risau semula. Setiap bayi yang baru lahir, akan ada 3 lubang kecil di jantung yang belum tertutup. bagi baby Adra, 2 lubang dah tertutup tapi satu lubang belum lagi sampai la nak discaj.Walaupun doktor kata jangan risau maybe sebab dia besar tapi as a mother, aku tetap rasa takut if something happened to my baby.


NICU

Dua hari selepas balik ke rumah (22/04/15), baby terpaksa masuk Neonatal Intensive Care Unit (NICU) semula sebab demam dan jaundis. Masa tu aku rasa down sangat. Baby di hospital sedangkan aku di rumah. Baby dimasukkan antibiotic kerana suspect ada infection dalam darah.  Balik rumah aku menangis sambil peluk baju baby yang dipakai tadi. Aku rasa rindu sangat. Aku risau sangat. Hari2 aku ke hospital hantarkan susu. Mak yang menenangkan aku setiap tengah malam. 

Masa tu aku akan menangis jikalau bengkak susu sebab teringatkan baby. Pada waktu itu nak aje rasanya aku solat untuk ketenangan kerana itu sahaja satu-satunya cara aku bertenang tapi aku masih di dalam pantang. Aku berserah pada Allah SWT. Hanya hari ketiga baru aku dapat katil so aku dapat tidur di hospital. Bayangkan hospital yang sejuk, masih di dalam pantang dan baby kena diambil darah, dicucuk sana sini. Aku kena jadi sekuat2 manusia. Walaupun aku tahu ada orang lain yang dugaannya lagi hebat daripada aku seperti anak yang sakit kronik. Tapi Allah bagi ujian pada aku ini tidaklah berat. Sesuai dengan kesanggupan aku maka aku harus tabah hadapinya. 

Tengah malam di hospital aku menangis bengkak mata bila doctor cucuk kaki kecilnya untuk di ambil darah. Doctor, awak cucuklah saya di mana saja tapi tolong jangan cucuk anak saya.  Aku berharap.Berserah pada yang Maha Esa semoga semuanya berlalu dengan cepat dan aku tidak sanggup lagi. Alhamdulillah, esoknya baby dah discaj. Syukur pada Allah. Semuanya ok dan darah tidak ada kuman, jantung pun dah buat echo test dan Alhamdulillah lubang dah tertutup sepenuhnya. Maka, nikmat tuhan yang mana yang mahu aku dustakan? Syukur pada Allah...  Ya Allah aku bersyukur…

Inilah pelajaran yang aku dapati iaitu penyerahan yang sepenuhnya pada Allah SWT. Yang berhak ke atas aku dan anak-anak yang aku lahirkan. Aku hanya dipinjamkan untuk dididik sebaik mungkin.
Aku diberi kekuatan untuk mendidik semampuku. Manakan lahirnya bayangan yang lurus dan elok jika datangnya dari kayu yang bengkok. Yang penting sebagai ibu aku perlu belajar, berfikir, dan buang jauh-jauh emosi negatif dalam diri. Apa yang aku pandang, aku tak boleh memandangnya kosong. Aku perlu berfikir apa, kemungkinan, kebaikan, kesempatan. Aku tak boleh berehat dari memikirkan bagaimana aku harus mendidik anak-anak aku.

Dan sudah semestinya Allah ada bersama aku. Dan aku harap Allah memelihara anak-anakku..Bukannya menyanyi semata " Tuhan, kamu tolonglah, hantarkan kepadanya, Malaikat utk menjaganya bila ku tiada ....bla..bla..."  haish...dah sah-sah la ada raqib dan atib dah tolong awasi kita kan...dan Allah juga yang melindungi kita semua hokey...tak yah nak berlagak konon2 sweet nak arah2 tuhan tolong antar extra malaikat untuk jaga girlpren kamu plak ye. heh!. Rosak lagu ni. Meluat kot aku dengan lagu ni kalau dengar kat radio. (Tetibe plak ko pehal? haha)

Selamat petang dan semoga anda semua selamat di dunia dan beruntung di akhirat sana...Amin...

Thank you for reading this entry!


Baby Adra yang chubby ... Anak2 adalah pinjaman Allah..


Blog ini berwarna ungu...





Semasa aku mula menulis blog, aku berniat bahawa aku hanya nak meluahkan sedikit sebanyak perasaan diri sendiri. Ye lah, dulu-dulu orang tulis diary tapi zaman ni orang akan berblog. Bezanya diari orang tak boleh baca (walaupun kadang2 aku curi baca diari kakak aku. Jahat gile aku. Takpe raya ari tu dah mintak maaf he he) dan blog orang boleh baca.

Semasa zaman berblog ni baru2 naik, aku rajin baca blog orang. Aku duk senyap-senyap sambil membaca dan kagum dari kejauhan betapa hebatnya mereka menulis. Macam-macam ragam orang berblog. Ada blogger yang dikenali dan tak dikenali. Honestly, aku tak mahu menjadi seseorang yang dikenali. (tu sebabnya aku jadi penulis blog biasa2 je, kalau aku nak jadi glamer aku dah jadi pelakon, heh perasan). Tapi kan, sejak kebelakangan ni aku asyik baca post aku yang lama-lama. Kelakarnya. Aku menulis seperti seorang yang tidak matang dan mengikut perasaan. he he. Tapi ada jugak yang sedih kan...sob...sob...sedeh...(Tolong sedih sekali)

Tapi apa yang aku harapkan, agar aku dapat menulis sesuatu yang menyentuh hati aku sendiri. Bila aku lihat semula posting-posting yang kebudak-budakan aku dapat merasakan bahawa tidak matangnya aku dan aku cuba perbaiki diri. Kehidupan ini sendiri adalah sebuah pembelajaran. Kadang-kadang aku juga menulis throwback/flashback kalau aku rindu akan sesuatu. Dalam banyak-banyak zaman aku paling suka zaman kanak-kanak yang mana aku sangat aktif dan gembira bersama BFF Sofiah dan Khadijah. Tak ada nak fikir banyak-banyak masalah termasuk masalah jerawat dan haid tidak teratur he he he.

Zaman yang paling aku tak nak flashback ialah zaman masa mula-mula kahwin di mana aku tak pandai masak. Aktiviti memasak yang paling digeruni ialah menggoreng ikan atau ayam. Masih ada lagi parut minyak terpercik di tangan ketika menggoreng ikan. Banyak plak tu parut. Aku masih simpan sudip yang dah di modified oleh aku sendiri supaya menjadi lebih panjang dengan menambah/mengikat kayu di hujungnya. Lepas digunakan, simpan dalam almari sebab segan Ye, perangai aku memang aneh. Rasanya kuali tu kot yang bermasalah (Kononnya la kan sedangkan memang rajin sangat ke dapur) ha ha.

Aku suka membaca blog yang menulis tentang bermacam-macam informasi. Sebab nak harapkan aku cari sendiri info mmg tak la kan...so aku akan cari info dari blog-blog. Tapi....tak semua blog sumbernya boleh dipercayai. Carilah blog yang berkualiti dan datang dari sumber-sumber yang dipercayai.

Seperti blog aku ni tak payah la baca..selain warnanya ungu gile, isinya pun ntahapahapa hhihihihi
..

Semasa aku nak buat blog ni, aku tak tahu nak namakan apa. Rasa macam nak bubuh nama hat jiwang-jiwang sikit tapi bila baca sendiri geli plak he he he. Nyampah pulak bila aku konon-konon nak letak 'Catatan emosi' , 'Nukilan sepi' wekkk (Muntah hijo). Bile dah x dak idea aku pun bagilah nama macam ni sebab aku suka warna purple. Rasa nak letak 'Blog Ini Berwarna Purple' ish...tak sedap bunyinya lagipun ada percampuran bahasa di situ. Martabatkan bahasa kebangsaan kita ye adik-adik. 

Jadi, berblog bukanlah medan terbaik untuk menghilangkan tekanan tetapi Pada Allah lah yang sebaik-baik tempat mengadu seperti mananya aku mengadu pada Allah supaya dikurniakan walau seorang sahaja lagi anak penyeri hidup kami suami isteri..Allah itu maha pemurah...Mak juga mendoakan ketika ke tanah suci..Subhanallah...Usaha sahaja supaya anak-anak ini aset aku dan suami untuk ke syurga...InsyaAllah...






" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"