Airmata Syawal? Again?

Aku tak tahu bagaimana nak berfikir positif lagi. Aku dah rasa lelah nak bersangka baik lagi. aku dah rasa fed up nak berasa redha lagi..kejam tak apa yang aku rasa ni? nampak macam aku jahat giler kan? Kan?

Tapi...inilah hakikat...inilah hakikat setiap kali nak beraya dekat rumah aku. Hai lah ungu..kalo la kau berupa seorang manusia yang x de kerja lain anak laki cuma mendengar aku mengadu domba pasti aku nak menangis di bahu kau. Aku letih nak menguruskan segala rasa tension bengang marah sakit jiwa gila aku bila tibanya nak balik kampung sendiri.

Aku juga ada kampung sendiri..aku pun masih ada mak...aku pun ada keluarga adik beradik yang perlu aku jaga hati mereka...aku pun ada perasaan rindu dengan kampung sendiri..aku pun macam orang lain nak balik satu family jumpa kawan-kawan walaupun hakikatnya raya banyak lepak kat rumah aje makan lemang dan kawan pun xde nak datang sangat, Apa di fikirannya aku ni takde perasaan ke? aku tak nak ungkit apa-apa pun tapi cuba kalau dia fikir apa perasaan dia kalau aku buat macam tu pada keluarga dia? sakit tak hati? sakit kan......

So, sekarang ni aku kena redha lagi walaupun statement aku di atas adalah aku dah fed up nak redha sana redha sini tapi dia sikit pun tak appriciate.

Untuk hilangkan rasa sesuatu yang aku benci itu adalah aku tak mahu terlalu memikirkannya. Jadi jangan pikir nak raya sangat ye mak jemah, tapi kejarlah malam lailatulqadar...(klise kan..nak sedapkan hati sendiri)..korang pun redha je la baca naaa....

Baiklah. Selamat berbuka puasa.


Yang Tension tahap kekejangan medula oblongata,

Aku yang cantik.
(Jangan muntah nanti batal puasa)





Gambar Sekadar Hiasan.


No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"