Bila hati telah hitam...

Kisah ni telah lama terjadi...sehingga sekarang aku masih mengingati buat muhasabah diri aku sendiri. Aku manusia biasa yang tidak akan pernah lepas melakukan dosa sepanjang kehidupan ini. Aku teringin pula nak menulis kan di sini agar aku tidak akan pernah mengulanginya lagi...

Kisah ini terjadi dalam tahun lepas. Semasa tu aku dalam keadaan morning sickness yang teruk. Apa saja bau yang pelik aku akan alert.

Di satu pagi, aku seperti biasa naik LRT untuk ke office. Masa tu aku tak terurus, pucat dan tidak bermaya langsung. Apabila tren sampai je, aku naik dan duduk. Aku duduk di sebelah perempuan afrika atau dari mana aku pun tak pasti. yang pastinya mereka berkulit hitam, berjubah hitam seakan-akan telekung. Mereka berkumpulan kira-kira dalam 3 orang. 2 orang lagi berdiri di hadapan aku.

Tak lama kemudian, aku terbau sesuatu yang pelik. Aku rasa mual. bau macam bau minyak dari foreigner yang selalu aku terbau ketika kerja di UIA.

Aku pening. Bau tu datang sekejap-sekejap. Aku mula mengesyaki bau itu datang dari kumpulan yang ada di depan aku. Aku jadi sakit hati. Aku rimas dan perjalanan yang hanya 20 minit terasa lama giler.

Hati aku macam disiat-siat bila tengok diorang gelak-gelak dan bau tu sesekali datang. Akhirnya aku sampai juga ke destinasi dituju.... sampai di office aku duduk termenung dulu melayan mual. Tiba-tiba bau tu ada balik..haishhh....melekat plak ke bau tu kat baju? aku hidu baju kurung yang ku pakai. Bau masih ada  lagi.Kurang asam betul la diorang tu...sampai ke sini plak baunya? Aku marah dalam hati...

Tak lama kemudian.....

Rupa-rupanya.....bau tu datang dari anak tudung yang aku pakai...macamana aku boleh tak perasan...

Aku ke tandas dan bukak semua tudung. memang ye....bau tu dari anak tudung.. tapi, aku mana ada beli sabun bau cenggini?

" I beli softener baru jenama XXX. Kelmarin kan i basuh baju" kedengaran suara di corong telefon.

Oh suamiku.... awat tak habaq....x pasai2 cheq buat dosa... kalau aku jumpa balik sekumpulan wanita afrika tu aku akan mintak ampun banyak-banyak....busuknya hati aku...paranoidnya aku....

Bau tu datang dari diri aku sendiri....

Memang manusia resam begitu...sering mencari-cari salah orang lain sedangkan kadang-kadang salah itu datang dari diri sendiri..Hati dah lama terdidik untuk menghina, melabel manusia lain dengan sesuka hati...owh..aku insaf....(#nangesss...)

Ampunkan aku Ya Allah...

P/S : Bau tu memang horror...balik keje terus buang softener tu.Lain kali cium la baunya dulu cik abang oii...jangan main beli...





Airmata Syawal? Again?

Aku tak tahu bagaimana nak berfikir positif lagi. Aku dah rasa lelah nak bersangka baik lagi. aku dah rasa fed up nak berasa redha lagi..kejam tak apa yang aku rasa ni? nampak macam aku jahat giler kan? Kan?

Tapi...inilah hakikat...inilah hakikat setiap kali nak beraya dekat rumah aku. Hai lah ungu..kalo la kau berupa seorang manusia yang x de kerja lain anak laki cuma mendengar aku mengadu domba pasti aku nak menangis di bahu kau. Aku letih nak menguruskan segala rasa tension bengang marah sakit jiwa gila aku bila tibanya nak balik kampung sendiri.

Aku juga ada kampung sendiri..aku pun masih ada mak...aku pun ada keluarga adik beradik yang perlu aku jaga hati mereka...aku pun ada perasaan rindu dengan kampung sendiri..aku pun macam orang lain nak balik satu family jumpa kawan-kawan walaupun hakikatnya raya banyak lepak kat rumah aje makan lemang dan kawan pun xde nak datang sangat, Apa di fikirannya aku ni takde perasaan ke? aku tak nak ungkit apa-apa pun tapi cuba kalau dia fikir apa perasaan dia kalau aku buat macam tu pada keluarga dia? sakit tak hati? sakit kan......

So, sekarang ni aku kena redha lagi walaupun statement aku di atas adalah aku dah fed up nak redha sana redha sini tapi dia sikit pun tak appriciate.

Untuk hilangkan rasa sesuatu yang aku benci itu adalah aku tak mahu terlalu memikirkannya. Jadi jangan pikir nak raya sangat ye mak jemah, tapi kejarlah malam lailatulqadar...(klise kan..nak sedapkan hati sendiri)..korang pun redha je la baca naaa....

Baiklah. Selamat berbuka puasa.


Yang Tension tahap kekejangan medula oblongata,

Aku yang cantik.
(Jangan muntah nanti batal puasa)





Gambar Sekadar Hiasan.


Penat kuasa 3

Assalammualaikum...
Rindu nak menulis kat Ungu. Sekarang ni dah bertambah sorang lagi so tahap kepenatan dah bertambah huhuhu

Tapi dari asyik sebut Penat,letih, capek dan yang seangkatan denngannya, baiklah aku sebut

Subhanallah ... Alhamdulillah...Lailahailalah..Allahuakbar...

Dah draft satu posting yang agak panjang tapi x boleh post lagi sebab bizi...capek...

haha ..ok nak pergi meeting,...

bye!
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"