Maaf

Maafkan aku.

Kawan-kawan,

Kebelakangan ini aku banyak berdiam dari semua benda. Aku membisu dari memberi perkhabaran pada kawan-kawan dan sesiapa yang selalunya aku khabarkan tentang diri aku.

Aku berdiam bukan kerana aku sombong. Bukan kerana aku membenci. Aku sebenarnya agak penat dengan diri aku sendiri. Apabila dalam berbicara dan pergaulan mengawal emosi dan perasaan agak penat. Bila mana kita perlu pura-pura gembira dan suka tapi sebenarnya kita ada sedikit rasa kecewa yang sangat penat untuk disembunyikan dari riak wajah dan kata-kata. Memang kita gembira untuk mereka tapi kita juga rasa terkilan untuk diri sendiri.

Dek kerana penat itulah membawa aku untuk berdiam. Lagipun diam itu adalah sesuatu yang baik jikalau tidak ada sesuatu yang baik untuk diperkatakan.

Kadangkala aku merasakan aku ingin berhenti dari menulis yang sedih-sedih. Tak nak terlalu banyak berfikir. Nikmati hidup ini seadanya. Tapi  apabila fikiran sedang runsing dengan cara menulis di sini dapat meredakan sedikit kerunsingan. Aku tidak suka berkongsi kisah dan keluh kesah dengan manusia. Aku tak suka manusia tahu apa yang aku rasa di dalam hati aku yang sebenarnya.

Bolehkah beri aku berehat sebentar?. Jangan terasa dengan kelakuan aku. Aku runsing dan penat. Aku  letih berpura dan mengawal riak muka agar jangan dibaca. Aku perlukan kamu semua dalam hidup aku tapi bukan sekarang kerana aku ingin bersendiri.  Tapi juga jangan lupa aku sentiasa ingatkan kamu semua.
Beri aku sedikit masa untuk aku kumpul kembali segala kekuatan. Aku manusia biasa. Aku ada semua perasaan yang selayaknya manusia ada. Jadi ada masanya juga aku juga perlukan ruang untuk menyendiri. 

Maafkan aku. 


Yang Benar,


Kawanmu


No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"