Surah Yaasin yang hilang ..

Malam tadi.
Aku bermimpi ke pusara Abah dan Atuk yang disemadikan bersebelahan.
Aku mimpi aku duduk untuk membacakan surah Yaasin.
Malang sekali aku tidak jumpa surah itu.
Aku mencari-cari dengan cemas.
Ada banyak ayat tapi aku tidak jumpa yang surahnya bermula dengan "Yaasin..."
Allah.... emak di sebelah turut menyelak2 mencari surah itu untukku walaupun sudah bertukar buku yang lain.
Allah....
Aku terjaga. Sebgai seorang insan yang normal aku menangis.
Memang agak lama aku tidak membacakan surah yaasin pada Abah. Lelaki yang sangat kucinta. Yang kurindukan.
Maafkan aku Abah.
Aku akan kembali menghadiahkan pahala2 untukmu. Bersemadi dengan tenang, Abah. Aku akan sentiasa menjaga Ibu untukmu.

2 comments:

  1. al-Fatihah untuk arwah ayah awak. Saya pun sentap baca ni pasal dah lama tak sedekahkan Yassin untuk arwah Mak :(

    ReplyDelete
  2. Sal Bee Yah,

    salam perkenalan dan alhamdulillah...sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan pahala untuk mereka2 yang kita sayangi. Yang berjasa pada kita semasa hayatnya. Al-Fatihah untuk Ibu Sal Bee Yah :)

    ReplyDelete

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"