Di@ry Ramadhan

 Assalammualaikum…
Sewaktu tulisan ini, ada kira-kira 13 hari lagi akan menjelangnya Ramadhan..
Bagi semua umat islam di dunia ini, memang bulan bonus inilah yang ditunggu-tunggu. Bulan ini yang rata-ratanya mendidik hati dan jiwa supaya menjadi lebih baik di bulan-bulan mendatang. Bukan sekadarnya menahan lapar dan dahaga….
Ramadhan juga bulan yang aku tunggu-tunggu..bulan ini memberi ketenangan padaku…
Aku terasa ingin mengenang kembali sesuatu…yang terjadi padaku di bulan ramadhan. Walaupun mak selalu cakap barang yang lepas jangan dikenang. he he he... :-P sorry mak!
Pada 1 Ramadhan 2005, aku telah melakukan perubahan yang sangat drastik pada diriku iaitu aku telah mula memakai hijab. Semua orang di dalam pejabatku terkejut. Mereka memandangku berkali-kali untuk memastikan  adakah itu aku. Secara normalnya, apabila seseorang itu mula mahu memakai hijab/tudung, dia akan memakai sedikit demi sedikit dahulu. Dan mungkin orang sekeliling akan dapat mengagaknya. Mungkin pakai selendang dahulu tetapi aku, semalamnya, rambutku yang panjang dan berwarna perang masih terbuai-buai ditiup angin dan hari ini? … semua terkejut. Sampaikan aku naik takut.
Dan yang paling menakutkan, semua orang pada hari itu tak berani bercakap dengan aku.  Hai..kelakar pun ada bila aku ingatkan semula.
Aku tahu kenapa…kerana hari itu aku datang dengan berhijab dan mataku bengkak. Bukan bengkak kerana dipukul atau digigit tetapi mataku bengkak kerana aku menangis sepanjang malam. Aku menangis di sayup-sayup kedengarannya orang sedang menunaikan terawih di masjid. Aku menangis kerana ada sesuatu yang sangat-sangat mengguris dan meremukkan hati sehingga aku terasa malu pada penciptaku. Malam itu aku menyelongkar almari dan laci mencari sesuatu. Aku mencari tudung. Aku takde tudung. Ada satu tudung yang sengaja aku simpan jikalau ada masa-masa tertentu seperti kematian tetapi tudung tu lenyap aku tak dapat mengingati di mana ku letak. Mungkin aku tertinggalnya di mana-mana.  Akhirnya aku teringat… ada satu tudung yang diberi oleh boss aku semasa dia pulang dari umrah. Tudung itu masih berbalut plastik!. Aku pergi ke depan cermin. Aku meletakkan sekeping kain berwarna hitam dan putih itu di atas kepalaku. Perasaannya lain benar. Sangat lain. Masa itu aku memandang tepat ke cermin. Aku tidak dapat berfikir apapun. Yang aku tahu aku perlu menutup rambutku.
Aku ke pejabat dengan penuh debaran. Baju panjang aku sarungkan. Tiada lagi baju lengan pendek dan skirt pendek yang selalu aku kenakan di office.
Tudung aku senget2. Aku asyik ke tandas untuk membetulkannya. Memang aku tidak selesa kerana aku belum biasa. Ditambah pula bulan Ramadhan selalunya panas.
Seminggu yang berlalu lama-lama mereka pun ok dengan penampilan baru aku. ada yang ucap tahniah dan bersyukur.Aku sangat terharu sehinggakan ada yang sanggup menghadiahkan tudung pada aku.  Yang aku perhatikan, lelaki2 di office yang selalu mengusik aku seolah2 dah jadi bisu. Mereka takut2 dengan aku seolah-olah aku ni hantu. Hodoh sangat ke aku agaknya?  hahaha
Itulah pengalaman aku di bulan ramadhan. Sebenarnya perasaan kali pertama memakai hijab sangat indah untuk dikenang. Untuk adik-adik yang masih lagi takut-takut memakai hijab kononnya diri dan amalan belum sempurna, percayalah, semua manusia di bumi ini tidak sempurna selain yang Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Melihat.
Jikalau kita mahu mengajar anak berpuasa, ajarlah anak bersolat dulu dan secara automatiknya, anak akan berpuasa. Begitu juga kalau berhijab, secara automatiknya hati akan jadi lembut menerima kebaikan dan orang di sekeliling akan menghormati. Jangan risau tidak menonjol kerana memakai hijab kerana jikalau seseorang itu memang tertulis untukmu, walau di mana kau berada dia akan melihatmu. Akan nampak siapa kamu.
Jangan peduli kata sekeliling. Dunia sekarang sangat menakutkan. Fitnah dan sumpah macamkan makanan harian. Jagalah diri dan kehormatan untuk selamat.
Maaf, aku tidaklah juga sempurna.
Aku bukan sempurna dan selembut bidadari syurga. Aku hanya wanita akhir zaman yang cuba hidup dengan keadaan yang mencabar. Fizikal dan mental. Terkadang rasa zuhud pada dunia dan terkadangnya aku leka dengan indah nya kerlipan dunia fana.
IMAN. Imalah  penyelamat. Doalah supaya ditetapkan iman di hati kita yang berbolak balik sifatnya. Cintakan diri. Takutlah pada Allah yang senantiasa memerhatikan kita.
Marhaban Ya Ramadhan! Aku merinduimu ….
 

 
 
 
 
 

1 comment:

  1. memang orang layan kita differently once kita dah berhijab..kita akan lebih dihormati dan automatik kita pun akan jaga perlakuan kita..

    ReplyDelete

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"