#25 Weeks..

Di keadaan macam ni aku terasa sangat nak menulis… sekarang dah 25 minggu ..emosi aku pulak macam tak berapa nak stabil. Kesian anak aku..

Macam-macam yang aku fikir dan lalui..aku cuba untuk hilangkan perasaan yang macam ni. Aku tak nak emosi yang aku sendiri tak pasti ni mempengaruhi baby.

Aku cuba hilangkan perasaan itu dengan membaca al quran tapi bila baca quran aku menangis. Why?. Emosi aku tak menentu. Sekejap aku rasa ok sekejap aku rasa sedih sorang-sorang. Maybe ini hanya emosi yang biasa dirasai oleh orang pregnant. Mungkin la kan…

Entahlah aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa sehingga aku mahu tuliskan di sini. Aku tak tahu nak luahkan pada sapa dan sendiri tak tahu apa yang aku lalui. Rasa nak cuti terus malas nak menghadap kerja. Malas nak cakap dengan sape2. Aku nak sepikan diri je.


Ya Allah, apa sebenarnya ini.. apa yang aku rasa ini. Aku tak selesa dengan perasaan ini. Tolong jauhkan perasaan ini dari aku.  

Ya Allah…aku sangat penat memikirkan dan menjauhinya. Jauhkan aku dari perasaan ini.

#21 Weeks...

uuhhh....lama tak tulis blog. Ianya disebabkan faktor tak larat, busy dan juga malas..
Alhamdulillah..perut makin lama makin maju ke depan haha
Alhamdulillah...pergerakan dapat dah dapat rasa walaupun sikit-sikit aje.. Inshaallah...semuanya baik dan aku jalani dengan baik sekali..
Mual2 dah tak ada, selera macam biasa. Mengidam setakat ni tak ada yang pelik-pelik cuma hari tu nak sangat makan mentarang. So member hubby pun belikan kat Kuala Selangor. Alhamdulillah...syukur..Allah itu maha Pemurah..

Ini kandungan ketiga tapi aku tetap excited. Ya Allah, sempurnakanlah anakku, peliharalah dia selama dia berada di dalam perutku...

Sekarang ni dah 5 bulan so aku dah kurang aktif sikit. Maybe sebab aku dah makin berat so bila aku buat pergerakan banyak sikit macam ada tekanan dekat rahim...letih mengalahkan apa haha

baiklah, oleh kerana aku taip ni sambil baring, so maknanya aku malas nak taip dah...

Esok ada appointment doctor..nak scan sekali...dug dug..dug dug..berdebar plak nak tahu anak dara ke anak teruna dalam ni hehehe...

Ok...petang ni nak cari rambutan... :) ( tetiba...) hahahaha


15 weeks...

Alhamdulillah...lama x update sini. Rindunya nak menulis..tapi rindu lagi untuk menumis..lama x masak untuk anak2..sorry sayang..

Sekarang ni mabuk kurang skit cuma loya pagi2 masih ada. Sakit kepala.  Mengandung kali ini mmg sangat menguji emosi dan mental. Aku tidak bertenaga. Aku rasa lemah sangat. Makan x berapa selera. Aku banyak berbaring. Bukan aku malas tapi aku rasa x ada tenaga. Lepas balik kerja aku berbaring dulu di sofa. Nasib baik suami aku sangat memahami.

Mengandung kali ini perut sangat cepat kelihatan baby bumpnye.  So baju2 banyak dah x muat. Aku kena pakai uniform.

Selera makan aku lebih pada ikan masin, ikan goreng, kerang bakar,buah jambu batu. Ulam2. Kira masakan kampung2.
Ayam langsung aku tak dapat terima walau masak apapun. Aku dengar perkataan AYAM pun dah kembang tekak. Erkkk...daging boleh lagi terima sikit2. Tapi aku lebih sukakan ikan.

Tak sabar nak tunggu baby tendang2 perut..x dapat rasa lagi...walaupun kali ketiga tapi aku tetap rasa teruja setiap kali scan. Mama dapat tengok kamu,sayang. Tak sabar nak bertentang mata. . . Kakak berdua pun x sabar..nyamanlah di dalam diri mama.. i ♥ u baby :-)

Bertabahlah...

Entah kenapa..kali ini aku bagai kurang ketabahan...untuk menempuh fasa pertama ini..tuhan..berikan aku ketabahan untuk menghadapinya..

Morning Sickness..

Alhamdulillah...rasanya mabuk kali ni tak seteruk mabuk masa mengandung yang dulu-dulu. Mabuk kali ni aku masih boleh makan lagi. Aku tak boleh lapar. Kalau lapar aku akan muntah sampai lembik. Dalam handbag sentiasa ada makanan walaupun biskut kering...

Tak banyak beza sangat rasa loya tu biasa la...

Tapi...aku terasa sangat nak makan masakan mak....aku rindu sangat-sangat dekat mak..sampai aku menangis...aku rindu mak...sangat-sangat.......

Aku cepat penat dan asyik mengantuk. Masuk petang aku asyik mengantuk...lepas makan aku mengantuk..

Aku cepat marah lepas tu sedih .. menangis,...haiishhh...


Alhamdulillah...semua kerja rumah termasuk jaga makan pakai anak2 yang lain telah diambil alih oleh suami sepenuhnya kerana aku mmg tak berdaya dah..nak layan makan minum sendiri pun x larat..terima kasih sayang..i love u!

Semoga semuanya selamat..Semoga segalanya dilindungi Allah yang Maha Pemurah...

Amin.....




Syukur .....

Alhamdulillah...
Aku panjatkan kesyukuran yang teramat sangat di atas kurniaan Illahi yang sangat indah dan tiada ternilaikan dengan apa2 pun di dunia ini.
Lama sudah aku menantikan....
Tanpa jemu aku mengharap..
Terima kasih Allah di atas kurniaan ini..
Berkat doa mak di depan baitullah semasa mengerjakan umrah,
Aku telah diberi peluang oleh Allah swt yang Maha Pemurah untuk melaluinya sekali lagi
"Maka yang manakah antara nikmat2 tuhan yang ingin kamu dustakan? Ar Rahmaan : 55"
Tiada apa yang lebih menggembirakan selain dari melihat perubahan pada ini .. setelah simptom2 nya kurasakan..
Simptomnya ialah:-
Aku cepat marah, ari tu pemadam aku hilang dekat meja opis lalu aku terasa nak melempang je muke suspek tu sedangkan ia hanya lah seketul pemadam yg sudah tinggal separuh.
aku dpt puasa penuh sebulan :-), 
aku sensitif pada tahap yg tak munasabah iaitu aku mengalirkan airmata apabila terdengar lagu warisan nyanyian sudirman. Sedangkan aku bukan la patriotik tegar pon hahahhahaha... 

Haishh banyak lagi la simptomnya yg mana badan aku rasa kurang selesa ..

dan...seperti biasa...musuh ketat aku sekarang ialah
tandas, dapur dan petrol station

bff aku buat masa sekarang..yg aku tak dapat hidup tanpanya ialah... Ini....



dan ini .... :-)



Alhamdulillah...alhamdulillah...erkkk..and my mabuks world begin... ohh org yg penah mabuk je tahu mabuk tu rasa camana ... owh...

Maaf

Maafkan aku.

Kawan-kawan,

Kebelakangan ini aku banyak berdiam dari semua benda. Aku membisu dari memberi perkhabaran pada kawan-kawan dan sesiapa yang selalunya aku khabarkan tentang diri aku.

Aku berdiam bukan kerana aku sombong. Bukan kerana aku membenci. Aku sebenarnya agak penat dengan diri aku sendiri. Apabila dalam berbicara dan pergaulan mengawal emosi dan perasaan agak penat. Bila mana kita perlu pura-pura gembira dan suka tapi sebenarnya kita ada sedikit rasa kecewa yang sangat penat untuk disembunyikan dari riak wajah dan kata-kata. Memang kita gembira untuk mereka tapi kita juga rasa terkilan untuk diri sendiri.

Dek kerana penat itulah membawa aku untuk berdiam. Lagipun diam itu adalah sesuatu yang baik jikalau tidak ada sesuatu yang baik untuk diperkatakan.

Kadangkala aku merasakan aku ingin berhenti dari menulis yang sedih-sedih. Tak nak terlalu banyak berfikir. Nikmati hidup ini seadanya. Tapi  apabila fikiran sedang runsing dengan cara menulis di sini dapat meredakan sedikit kerunsingan. Aku tidak suka berkongsi kisah dan keluh kesah dengan manusia. Aku tak suka manusia tahu apa yang aku rasa di dalam hati aku yang sebenarnya.

Bolehkah beri aku berehat sebentar?. Jangan terasa dengan kelakuan aku. Aku runsing dan penat. Aku  letih berpura dan mengawal riak muka agar jangan dibaca. Aku perlukan kamu semua dalam hidup aku tapi bukan sekarang kerana aku ingin bersendiri.  Tapi juga jangan lupa aku sentiasa ingatkan kamu semua.
Beri aku sedikit masa untuk aku kumpul kembali segala kekuatan. Aku manusia biasa. Aku ada semua perasaan yang selayaknya manusia ada. Jadi ada masanya juga aku juga perlukan ruang untuk menyendiri. 

Maafkan aku. 


Yang Benar,


Kawanmu


Rasa sedih yang banyak ..

Kebelakangan ini aku terlihat rasa sedih yang banyak..

Aku ambil sedikit rasa sedih itu.

Bukan sebab aku seorang yang suka bersedih

tetapi, aku cuba memahami rasanya...
mengambil sedikit pengajaran darinya...
menilai kembali apa yang aku telah lakukan untuk bekalan...
berapa banyak dosa yang telah kuhimpun.

Aku seringkali bertindak tapi tidak mahu menilai akan tindakan

Entah sesalkah aku bila ajal menjemputku namun dosa itu terpalit merata di tubuhku

Rasa sedih itu membuat aku terfikir betapa lemahnya kita sebagai manusia
bila-bila masa kita akan dijemput
kita hanya musafir yang didatangkan hanya sementara.

Wahai hati-hati yang diuji dengan rasa sedih yang banyak itu,
aku jua turut bersedih apabila melihat tangisanmu di kaca tv
yang memandang berat matanya...
tapi bahu mu yang memikul lagi rapuh dan luruh dek beratnya dugaan

Wahai jiwa yang derita dengan rasa sedih yang banyak itu,
Yakinlah dengan janji tuhan...
Redhalah dengan dugaan Tuhan, yang ingin mengangkat darjatmu dengan kesabaranmu..
Wahai airmata yang mewakili rasa sedih yang banyak,
Dunia ini memang tidak adil,
Dunia sudah kacau bilau sehingga merenggut wajah kesayanganmu dengan kejam sekali.

Namun inilah dunia kita. Dunia yang akan kita diami sehingga akhirnya. Sabarlah...Redhalah...
Kun Fa Ya Kun firman Allah, Maka 'Jadilah!

Oleh itu, rasa sedih yang banyak akan berkurang dengan redhanya kita ...
Sabarlah...tabahlah......yakinlah.....
Kita masih punya Allah

Yang akan kekal selamanya..






Aku

Tuhan...
Kuatkan hatiku
Tuhan...
Jauhkan aku dari perasaan yang mengundang murka dariMu
Tuhan...
Aku tidak sepatutnya membandingkan nasib diriku dan tuah orang lain
Tuhan....
Aku lemah...aku selemah lemah dan lemahnya disisimu
Tuhan...
Aku benci dengan perasaan ini yang ada di dalam hatiku
Ya Allah...tuhan yang maha pengasih,
Penat sudah aku mengejar dunia ini...
Aku ingin berehat...
Menyendiri denganMu..
Terimalah aku Ya Allah..

Izinkan aku menangis
Aku lelah
Aku benci
Aku _____

Allah....Allah...aku perlu kekuatan itu!

Juwita maya
16 Ramadhan

Saat getir aku berbicara dengan hati yang tidak seiring dengan rasaku... Allah...aku seru namaMu...
Aku mencariMu....

Alahai..sembang2 orang puasa

Diam tak diam dah seminggu kite berpuasa.
Alhamdulillah...tak seperti tahun2 sebelum ini aku selalu sakit kepala waktu awal2 puasa. Tahun ni mak jemah sangat bertenaga walaupun tulang 4 kerat rasanya dah berkerat2 sebab penat berkejaran pulang ke rumah untuk masak. Maaf. Aku bukan kata makanan di bazaar ramadhan itu tidak bagus tapi kalau bulan puasa aku cukup tidak mahu sebolehnya dan mengelak untuk ke bazaar. Menempuh lautan manusia yang entah la dari mana... dan aku ada satu kelemahan iaitu aku mmg tak reti nak pilih makanan kalau makanan ada banyak sangat. Sebab tu aku tak suke buffet ramadhan.

Sepanjang puasa aku masak walaupun balik lambat 6.30 baru sampai rumah walau bagaimana aku mesti masak. Barang2 perlu disediakan waktu malam (ibu2 bekerjaya jgn kata x bole masak sebab x de masa kerana kitalah yang perlu mengatur masa itewww...maleh ngan rajen jewww) amboii pandai ko nasihat orang ye mak jemah.  Simple2 dan sikit2 je sebab rumah ni mmg makanan tidak akan habis kalau banyak. Kuih mmg tak ada sebab aku mmg jenis jarang makan kuih petang2. Kuih lebih nyaman dimakan waktu pagi. Bagi aku la...org lain x tahu la kan...

Alhamdulillah...berkat sel2 otak yang berhubung tiap kali nak masak so far makanan belum pernah menghuni tong sampah. Seorang isteri atau suri rumah harus pandai bajet dan imagine macam aku. (Okey, berbau riak di situ) Aku akan imagine dan akan cuba bajet jumlah pot nasi yg nak dimasak sekali dengan sahur. (Suami makan nasik waktu sahur) dan lauk pun aku imagine akan ada potion sikit je. Macam sekali makan je utk disimpan. Perlu diingatkan bahawa lauk tidak boleh dimasak banyak. Sebab org puasa ni selalunya lapor mata. Xdenya lalu makan banyak2. Masak sikit2 je. Bahagian yg kite bazirkan x abes tu bagus kalau masak besoknya. x payah tamak masak banyak  kalau lapar lagi malam2 karang banyak lagi benda bole makan.(Korang paham ke apa yg aku cuba nak explain ni?)

Tapi sejak semalam ada kelainan skit iaitu aku buat sambal ikan bilis rangup. Sedap oii (angkat bakul sendiri)
Dan aku buat utk kegunaan seminggu.disimpan dalam bekas kedap udara. Lauk yg paling membuka selera waktu sahur.

Jadi kesimpulannya aku telah berjaya mengelak pembaziran. Berbeza dgn tahun2 lalu aku selalu masak banyak. Walaupun dah transfer sikit untuk jiran2 tetapi makanan tetap x abes. Makanan yang tak abes buat aku jadi emo ye. Aku mmg sensitif dengan makanan terbuang. Pernah ada makan2 di office dan ada banyak makanan terbuang. Jadi aku yang asyik emo mak jemah ni tebal muka dan kutip kumpul sume makanan dan balik tu aku panggil semua kucing liar yang ada di sekeliling rumah untuk mereka semua menjamu selera. Ada kucing yang pregnant. Ada kucing yang terjengkit2 kaki patah. Owh....

Elakkan pembaziran. Bulan puasa bulan utk ibadah. Bukan pesta makanan. Tak payah nak ckp panjang lebar sebab semua orang dah tahu ertinya ramadhan.

Selamat berpuasa. Sekian sembang orang puasa . Heh!

Di bawah : Butterprawn yang aku masak tadi. Resepi google je. Menjadi dan rasanya...yummeh! (Angkat bakul sendiri lagi....)




Sejuta Penipuan





Ini adalah hanya satu tulisan umum. Yang ada di mana-mana sahaja. Kisah yang sering ada di depan mata, dilakonkan kita mahupun dibenci kita.
Ku kira kadang2 kita tidak pernah jujur dengan diri. Kita lakonkan sesuatu yang kita ingin sedangkan  hidup kita bukan begitu. Hidup kita punah dan musnah dengan rasa kecewa yang memakan diri. Nampak gemilang dengan rasa cinta yang banyak, mewah dengan gelora rasa girang namun disebalik itu ada berjuta rasa kecewa dan sunyi nan sendirian. Termenung dan asyik termenung kerana hampir-hampir kita tidak kenali siapa diri kita yang sebenar. Keliru dengan keinginan dan watak-watak yang dilakonkan sendiri.
Kadangkalanya kita tidak mahu jadi diri. Kita mahu jadi satu watak yang kita cipta dengan rapi. Tapi di dalam hati kita asyik sekali menangis. Menangis itu sangat penuh emosi. Mujurlah kita adalah pelakon hebat yang tidak pernah menang anugerah apapun.
Di setiap malam nan sunyi, roh sebenar sudah masuk kembali ke dalam diri. Tika itu memang sunyi amat. Kita menangis. Kita sesal kerana sepanjang hari ini kita asyik berlakon dan terus berlakon untuk mengaburi. Ketika inilah sesal mengetuk pintu rasa. Apakan daya, sutradara sudah terlayar di skrin kehidupan. Segala coretan sudah terlajak jauh diperhatikan. Segala senyuman palsu dan anganan gila sudah lama dihadam jauh ke lubuk hati mereka yang melihatnya tadi.
Pada waktu sesal itu, seakan ditarik jiwa untuk berhenti menjadi pelakon dan baliklah berdepan realiti yang kabut dan suram. Sesetengah manusia memang tidak pernah puas dan syukur dengan apa yang ada.
Topeng indah telah ditanggal. Dan kini lihatlah manusia di sekelilingku. lihatlah wajah hodoh ini. Reality yang perit ada berlegar di wajah itu. aku pelakon!. Aku pelakon wahai semua. Pelakon di pentas dunia yang fana. Aku gembira menjadi watak yang aku mahukan. Tetapi setelah babak selesai, aku menung melihat kembali diri aku sebenarnya. 
Ku sentuh wajah hodoh yang bercalar-balar. Inilah dirimu, sayang. Dirimu yang sebenarnya. Jangan jadi manusia lain kerana kau adalah manusia yang berdiri tegak ini. Engkau perlu jadi diri sendiri. Jangan berlakon lagi. Jangan undang murka tuhanmu.
Tuhan, ku kira hanya Engkau yang mengetahui. Fikirku dan suaraku sering tersekat tidak pernah keluar. Jemariku laju jika rasa sakitku semakin pilu. Aku lemah.
Aku tidak sekuat watak itu. Itu bukan aku
Juwita Maya
17.06.2014
12.05 pm

Di@ry Ramadhan

 Assalammualaikum…
Sewaktu tulisan ini, ada kira-kira 13 hari lagi akan menjelangnya Ramadhan..
Bagi semua umat islam di dunia ini, memang bulan bonus inilah yang ditunggu-tunggu. Bulan ini yang rata-ratanya mendidik hati dan jiwa supaya menjadi lebih baik di bulan-bulan mendatang. Bukan sekadarnya menahan lapar dan dahaga….
Ramadhan juga bulan yang aku tunggu-tunggu..bulan ini memberi ketenangan padaku…
Aku terasa ingin mengenang kembali sesuatu…yang terjadi padaku di bulan ramadhan. Walaupun mak selalu cakap barang yang lepas jangan dikenang. he he he... :-P sorry mak!
Pada 1 Ramadhan 2005, aku telah melakukan perubahan yang sangat drastik pada diriku iaitu aku telah mula memakai hijab. Semua orang di dalam pejabatku terkejut. Mereka memandangku berkali-kali untuk memastikan  adakah itu aku. Secara normalnya, apabila seseorang itu mula mahu memakai hijab/tudung, dia akan memakai sedikit demi sedikit dahulu. Dan mungkin orang sekeliling akan dapat mengagaknya. Mungkin pakai selendang dahulu tetapi aku, semalamnya, rambutku yang panjang dan berwarna perang masih terbuai-buai ditiup angin dan hari ini? … semua terkejut. Sampaikan aku naik takut.
Dan yang paling menakutkan, semua orang pada hari itu tak berani bercakap dengan aku.  Hai..kelakar pun ada bila aku ingatkan semula.
Aku tahu kenapa…kerana hari itu aku datang dengan berhijab dan mataku bengkak. Bukan bengkak kerana dipukul atau digigit tetapi mataku bengkak kerana aku menangis sepanjang malam. Aku menangis di sayup-sayup kedengarannya orang sedang menunaikan terawih di masjid. Aku menangis kerana ada sesuatu yang sangat-sangat mengguris dan meremukkan hati sehingga aku terasa malu pada penciptaku. Malam itu aku menyelongkar almari dan laci mencari sesuatu. Aku mencari tudung. Aku takde tudung. Ada satu tudung yang sengaja aku simpan jikalau ada masa-masa tertentu seperti kematian tetapi tudung tu lenyap aku tak dapat mengingati di mana ku letak. Mungkin aku tertinggalnya di mana-mana.  Akhirnya aku teringat… ada satu tudung yang diberi oleh boss aku semasa dia pulang dari umrah. Tudung itu masih berbalut plastik!. Aku pergi ke depan cermin. Aku meletakkan sekeping kain berwarna hitam dan putih itu di atas kepalaku. Perasaannya lain benar. Sangat lain. Masa itu aku memandang tepat ke cermin. Aku tidak dapat berfikir apapun. Yang aku tahu aku perlu menutup rambutku.
Aku ke pejabat dengan penuh debaran. Baju panjang aku sarungkan. Tiada lagi baju lengan pendek dan skirt pendek yang selalu aku kenakan di office.
Tudung aku senget2. Aku asyik ke tandas untuk membetulkannya. Memang aku tidak selesa kerana aku belum biasa. Ditambah pula bulan Ramadhan selalunya panas.
Seminggu yang berlalu lama-lama mereka pun ok dengan penampilan baru aku. ada yang ucap tahniah dan bersyukur.Aku sangat terharu sehinggakan ada yang sanggup menghadiahkan tudung pada aku.  Yang aku perhatikan, lelaki2 di office yang selalu mengusik aku seolah2 dah jadi bisu. Mereka takut2 dengan aku seolah-olah aku ni hantu. Hodoh sangat ke aku agaknya?  hahaha
Itulah pengalaman aku di bulan ramadhan. Sebenarnya perasaan kali pertama memakai hijab sangat indah untuk dikenang. Untuk adik-adik yang masih lagi takut-takut memakai hijab kononnya diri dan amalan belum sempurna, percayalah, semua manusia di bumi ini tidak sempurna selain yang Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Melihat.
Jikalau kita mahu mengajar anak berpuasa, ajarlah anak bersolat dulu dan secara automatiknya, anak akan berpuasa. Begitu juga kalau berhijab, secara automatiknya hati akan jadi lembut menerima kebaikan dan orang di sekeliling akan menghormati. Jangan risau tidak menonjol kerana memakai hijab kerana jikalau seseorang itu memang tertulis untukmu, walau di mana kau berada dia akan melihatmu. Akan nampak siapa kamu.
Jangan peduli kata sekeliling. Dunia sekarang sangat menakutkan. Fitnah dan sumpah macamkan makanan harian. Jagalah diri dan kehormatan untuk selamat.
Maaf, aku tidaklah juga sempurna.
Aku bukan sempurna dan selembut bidadari syurga. Aku hanya wanita akhir zaman yang cuba hidup dengan keadaan yang mencabar. Fizikal dan mental. Terkadang rasa zuhud pada dunia dan terkadangnya aku leka dengan indah nya kerlipan dunia fana.
IMAN. Imalah  penyelamat. Doalah supaya ditetapkan iman di hati kita yang berbolak balik sifatnya. Cintakan diri. Takutlah pada Allah yang senantiasa memerhatikan kita.
Marhaban Ya Ramadhan! Aku merinduimu ….
 

 
 
 
 
 

Surah Yaasin yang hilang ..

Malam tadi.
Aku bermimpi ke pusara Abah dan Atuk yang disemadikan bersebelahan.
Aku mimpi aku duduk untuk membacakan surah Yaasin.
Malang sekali aku tidak jumpa surah itu.
Aku mencari-cari dengan cemas.
Ada banyak ayat tapi aku tidak jumpa yang surahnya bermula dengan "Yaasin..."
Allah.... emak di sebelah turut menyelak2 mencari surah itu untukku walaupun sudah bertukar buku yang lain.
Allah....
Aku terjaga. Sebgai seorang insan yang normal aku menangis.
Memang agak lama aku tidak membacakan surah yaasin pada Abah. Lelaki yang sangat kucinta. Yang kurindukan.
Maafkan aku Abah.
Aku akan kembali menghadiahkan pahala2 untukmu. Bersemadi dengan tenang, Abah. Aku akan sentiasa menjaga Ibu untukmu.

Subhanallah aku mencintainya..subhanallah aku menyayanginya..

Semalam sebelum masuk tidur dan aku masih sibuk di dapur maisara datang menghampiri.. dan bertanya

"Mama, kenapa kakak selalu nampak mama menangis bila lepas solat?"

Aku terdiam. Mencari jawapan seperti selalu.

"Mama menangis sebab mama berdoa pada Allah. Supaya ayah,adik dan kakak selamat selalu. Mintak Allah jagakan. Untuk atuk nenek dan opah dan atuk sekali. Nanti kakak pimpin diorang semua masuk dalam syurga."

" tapi mama? Mama x masuk syurga ke? Mama tak minta allah masuk kan mama ke syurga ke?"

"Takpe mama doakan semua orang dulu baru mama doakan diri mama"

"Oo kalau macam tu biar kakak ajelah yang doa kat allah bagi mama pun masuk syurga. Mama kan baik. Dah mama jangan menangis biar aje kakak yang mintakkan"

:-)

Kun Fayakun







Segala puji-pujian hanya bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. 

Apa yang ingin aku tuliskan di sini sangat menakutkan diri aku sendiri. Kerana aku tidaklah seberani mana untuk mengalami keadaan ini. Cerita bagaimana aku mengalami gangguan dari makhlus halus yakni syaitan yang direjam. Aku redha. Kerana ini semua ujian Allah untuk aku. Semuanya terjadi dengan izin Allah SWT.  Untuk aku lebih dekat dengan Dia. Aku terlalu lalai. Sehingga Allah timpakan ujian ini. pada aku. Maha Suci Allah.

Cerita bermula ketika aku demam. Demam itu sangat pelik. Aku sangat kesejukan dan menggigil.  Di tangan dan kaki aku gatal-gatal. Gatal bukan di bahagian luar tapi di bahagian dalam. Aku sangkakan mungkin demam biasa sehingga aku lemah. Nak angkat tangan sendiri pun aku seolah tidak berdaya.

Sepanjang seminggu aku demam aku bermimpi pelik. Hampir setiap malam. Aku bermimpi masuk ke dalam kubur membongkar mayat. Mimpikan orang yang sudah lama meninggal dunia. Bermimpi ular tedung berwarna merah menyala. 

Aku tak memperdulikan semua itu sebab aku rasa mimpi itu semuanya mainan tidur. Namun, selepas demam dah kebah tapi badan aku terasa semakin lemah. Selera makan langsung tiada. Aku sering mengantuk dan sakit kepala terutama selepas asar. Aku susah hati. Aku tidak berminat langsung dengan kehidupan ini. Semuanya aku buat kerana aku paksa diri aku melakukannya. Aku menangis tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. Aku bencikan orang di sekeliling aku. Aku tidak suka bercakap tapi lebih suka termenung. Namun aku masih juga melawannya dengan berlagak seperti biasa. Sepertinya tiada apa-apa yang berlaku pada aku. Masa aku rasakan seperti terlalu lambat berjalan. Aku tidak suka balik ke rumah. Aku menjadi malas. Rumahtangga aku tidak hiraukan kerana aku lebih suka menyendiri. Aku berasakan yang aku tidak pernah bahagia. Aku tidak suka mendengar suara suami aku sendiri. Aku benci dengan kehidupan. Anak-anak aku abaikan kerana balik sahaja kerja aku hanya akan tertidur. Di masa cuti pun aku hanya mahu tidur tidur tidur!. Mujurlah suami aku tak merungut apa2 kerana dia beranggapan aku masih lagi kurang sihat.

Aku mula merasakan sesuatu tidak kena pada aku. Aku lemah lesu dan tidak bermaya. aku menangis dan asyik menangis. Akhirnya aku pun google. Bimbang kalau2 aku ada penyakit kronik.
Kemudian aku menangis lagi.

 Aku tidak mahu tidur kerana aku tak nak mimpi dan aku takut mati. Pada seorang kawan aku ceritakan apa yang aku rasa. Dia mencadangkan aku berubat secara rawatan islam. Aku terdiam. Aku bukan tidak percaya tapi aku kurang percaya. Aku hanya beranggapan aku ada penyakit. Aku memberitahu suami dan dia pun kurang percaya. 

Malam itu, aku bermimpi dan aku terjaga. Mimpi itu sangat menakutkan seperti biasa. Aku bangun dan duduk termenung di katil. Aku bingung. Tapi malam itu aku seolah-olah berhalusinasi kerana seolahnya aku bangun dan mandi lalu ke ruang tamu sedangkan aku masih di atas katil. Sekali lagi aku terjaga. Ketika mahu tidur semula aku dihimpit oleh sesuatu dan aku meronta dan menjerit untuk melepaskan diri.

 Di waktu pagi aku sangat malas untuk bangun. Seperti ada batu besar yang menghimpit di dada. Aku terasa malas dan berat hati untuk solat mahupun mengaji lalu aku menangis kerana aku sudah mulai bimbang dengan keadaan ini. Menjelang tengahari aku mulai menggigil. Apabila berbual dengan sesiapa aku terdengar seperti mereka bercakap di dalam tong kosong. Bergema. Pandangan aku jadi kabur. Selepas asar, leher aku terasa panas dan kepala aku sakit. Hinggakan aku termuntah di atas sejadah. Pabila malam pula aku hanya termenung dan diam. Lalu terasa mengantuk yang teramat-amatnya. tetapi, tengah2 malam aku mesti akan terjaga. waktunya sama saja iaitu pukul 5 pagi. Entahlah, aku tak tahu bagaimana nak gambarkan bagaimana aku rasakan. Hanya mereka yang pernah alami akan tahu apa yang aku rasai.

Pada Allah aku panjatkan doa. Minta petunjuk apakah yang aku alami. Takkanlah demam boleh sebegini effectnya?

Aku menjadi bingung.Lebih dua minggu keadaan aku begini. Aku diganggu sesuatu yang tak pasti. Aku tiada berkeinginan untuk apapun. Di satu petang, aku rasakan ianya sudah semakin menghimpit dan menyesakkan. Badan aku sangat lemah. Aku marah dengan orang sekeliling aku biarpun mereka hanya lalu di tepi aku. Aku benci melihat kebahagiaan orang lain. Aku cemburu kerana orang lain gembira dan sihat sedangkan aku sebaliknya. Aku tak sanggup hadapi. Seolahnya aku terdorong sahaja untuk menamatkan riwayat aku sendiri. Aku tak sanggup. Petang itu jugalah aku terus ke rumah kak ngah dan menceritakan segalanya...

Keesokan malamnya aku dibawa berjumpa Ustaz. Sementara menunggu, aku masih ada rasa antara percaya dan tidak percaya. Susah aku nak percaya pada benda2 begini di zaman moden ini.

Ketika aku berdepan dengan ustaz itu, aku terasa seram sejuk. Entahlah. Ketika dia membacakan ayat-ayat ruqyah, aku terasa sangat sejuk. Dia menekan di belakang, kepala dan perut aku dengan kuat sekali sehingga aku megaduh sakit. Sambil menekan dia menyebut 'keluar' . Aku menangis kerana sakit. Dia menekan dengan kuat. seperti sekuat-kuat hatinya. Aku jadi marah. 
Kemudian belakang aku ditepuk kuat. Aku perempuan dia lelaki. Sudah semestinya kudrat kami berbeza. Aku dah tak tahan lagi menahan kesakitan dipukul sebegitu lalu menepis. Akhirnya, oleh kerana aku sudah penat aku hanya berdiam sahaja diperlakukan macam tu sambil ustaz tersebut masih menyebut "keluar! jangan kau duduk di dalam badan manusia" Aku terdiam sendiri. Aku hanya pernah menonton drama sahaja benda-benda semacam ni. Tak sangka aku akan alaminya sendiri...maha suci Allah... Allah juga yg bisa menyembuhkan. 

Selepas itu aku diberi air untuk minum dan mandi. Sebelum balik Ustaz itu berpesan supaya sentiasa berzikir dan membaca 3 Qul setiap kali selepas solat. Dia juga berpesan supaya aku tidak terlalu memikirkan dari mana gangguan itu datang dan siapa yang menghantarnya. Yang penting aku perlu sembuh dengan izin Allah swt.  Aku kepenatan dan badanku sakit.
 
Alhamdulillah...dengan izin Allah, segala perasaan bingung itu hilang keesokan harinya. Aku memanjatkan kesyukuran pada Allah yang maha esa kerana aku sudah kembali sihat seperti biasa.

Tiada lagi mimpi, kelibat orang di dalam rumah, dan suara yang seakan memanggil aku.
Aku perlu kuat melawannya. Aku tak perlu takut pada makhluk itu. Aku hanya takut pada Allah!

tetapi, terkadang bila diingat balik, meremang juga lah aku ..





                               

وَ اتَّبَعُوْا مَا تَتْلُوا الشَّيَاطِيْنُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَ مَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَ لَكِنَّ الشَّيْاطِيْنَ كَفَرُوْا يُعَلِّمُوْنَ النَّاسَ السِّحْرَ وَ مَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوْتَ وَمَارُوْتَ وَ مَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُوْلاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُوْنَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُوْنَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَ زَوْجِهِ وَ مَا هُم بِضَآرِّيْنَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللهِ وَ يَتَعَلَّمُوْنَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنْفَعُهُمْ وَ لَقَدْ عَلِمُوْا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَ لَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوْا يَعْلَمُوْن
(102) Dan mereka ikut apa yang diceritakan oleh syaitan-syaita tentang Kerajaan. Sulaiman , padahal tidaklah kafir Sulaiman,akan tetapi syaitan-syaitan itu­lah yang kafir. Mereka ajarkan kepada manusia sihir, dan apa yang diturunkan kepada kedua Malak di Babil , Harut dan Marut. Padahal mereka berdua tidak engajarkan seseorang melainkan sesudah keduanya berkata: Kami tidak lain hanyalah suatu percobaan , maka janganlah kamu kafir ! .Tetapi mereka pelajari dari keduanya apa yang men­ceraikan di antara seseorang dengan isterinya. Dan tidaklah mereka dapat membahayakan seseorang dengan dia , melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang memberi mudharat kepada mereka dan tidak mernberi manfaat kepada mereka. Dan sesungguhnya merekapun telah tahu bahwa orang yang membelinya tidaklah ada untuk mereka bagian di akhirat.Dan amatlah buruknya suatu harga yang dengan itu mereka menjual diri mereka, jikalau mereka tahu.



 "Ertinya : Katakanlah, Aku berlindung kepada Rabb Yang menguasai Subuh, dari kejahatan mahluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus buhul-buhul dan dari kejahatan orang-orang yang dengki apabila ia dengki". [Al-Falaq: 1-5]


" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"