Ombak Rindu ..... -_______^

Selamat petang Ungu ..

Di petang-petang mendung macam ni terasa pulak nak menulis.

Di kala ketegangan keadaan di sini aku terasa rindu pulak pada bunyi deruan ombak dan bau air laut yang sangatlah sebati dengan kehidupan aku sebagai anak kampung ..(eh, macam tajuk lagu lah pulak kan...memang aku ini anak orang kampung, tiada apa-apa yang dapat ku berikan ..la la la la... :P )




Aku dibesarkan dengan laut di sekelilingku. Hampir 90% dari aktivitiku dihabiskan di laut. Bermain di gigi air  dan menunggu ombak datang menyentuh ke kaki ...owh....

Aku pun minat memancing. Seronok gila memancing walaupun panas terik. Satu malam aku ikut abang sepupu memancing di jambatan menuju ke segari. Sepupu perempuan aku yang ikut sekali tak abis-abis merungut mengantuk dan banyak nyamuk.Dia bertanya mengapa aku boleh bersabar dengan memancing sedangkan dia dah bosan tahap suria perkasa hitam. ha ha kesian kat dia. Last-last dia tidur kat dalam kereta. -____- . 

Entahla memang aku minat kot. Kalau dapat ikan aku rasa macam dapat emas. Puas hatinya sangatlah kan...walaupun ikan kecik. kadangkala terdengar ayat-ayat sarkastik dari emak, "Ini je yang kau dapat memancing dari pagi? mak nak masak sambal pun tak dapat ni" 

Kulit jangan cakap lah...hitam lah sangat dan berkilat2..sebab tu takde sapa pun mengorat aku masa kat kampung dulu sebab dah la hitam, rambut kerinting plak tu heheheheh 




SEKADAR GAMBAR HIASAN :P

Kalau tengah memancing aku suka berangankan macam-macam sampaikan ada sekali tu aku berangan mata kail aku terkena pada seorang lelaki kacak yang pengsan kerana jatuh ke dalam laut. Rupa-rupanya dia adalah seorang yang kaya-raya lalu jatuh cinta pada aku yang jelita ini :P

Namun angan-angan tinggal angan2 je la ye ..kerana hidup ini tidaklah semudah berangan-angan ye tuan-tuan dan puan-puan.



Gambar hiasan lagi la...
Tapi sekarang aku dah lama tak memegang joran. Last sekali aku memancing di kolam berbayar.Aku tak suka sebab takde feel langsung. Sekarang ni aku main game pancing je dalam PC heeheheh...

Hai....tenang sungguh jikalau duduk di tepian pantai mendengar ombak yang memukul-mukul pantai...hmph...dulu kalau aku bengang dengan sesiapa, amik kunci motor, start motor dan menuju ke pantai sambil menangis teresak-esak. he he tapi kalau motor takde aku ada satu habit kalau aku bengang dengan sape2, mak marah ke, kakak tak bagi ikut gi town ke, aku akan meratah serbuk Milo dengan teresak-esak juga sampaikan serbuk milo masuk dalam hidung dan keluarlah hingus berperisa coklat. 




Pernah bersama dengan Ijah dan Sofiah berbasikal menuju ke Teluk Rubiah. Masa tu Teluk Rubiah masih hutan lagi, tak seperti sekarang dah jadi tanah persendirian dan tempat orang-orang kaya main golf. Gigih sungguh kami naik bukit dengan basikal emak sampaikan lutut berdarah dan seluar track koyak sebab jatuh basikal. Walaupun panas terik tapi kami redah jugak sebab nak piknik dan mandi laut ngeeeee...

Sekarang ni sedih. Teluk Rubiah dan tak boleh masuk sesuka hati (Kedekut wekkk) .Kalau dulu Lumut sangatlah best kami masih boleh lepak atas rumput di tepi laut lepas balik sekolah. Baru2 ni balik kampung semuanya batu. Kadangkala pembangunan sangat pun tak bagus juga...









Nak lepak sini petang ni...plzzz...



Entahlah, sana batu, sini batu, mana rumput??? mana... tapi di Pangkor masih ok lagi cuma kalau nak pergi sana kena naik ferry..leceh ler plak kan....





Paling best dapat melihat matahari terbenam ... Subhanallah...indah sungguh kejadian siang dan malam yang Allah ciptakan... 





Sekian sahaja cerita Ombak Rindu saya petang-petang hari menaip sambil makan jemput pisang dan keyboard dah berminyak.

Jap nak dengar lagu ombak rindu .. malam....kau bawalah rinduku ... .heheheh







Aku rindukanmu, Abah



Bismillahhirrahmannirrohim..

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah. Dengan rahmatNYA kita semua masih terus menikmati kehidupan yang berwarna warni seiring dengan rezeki yang Allah turunkan. Allah itu sangat dekat. Lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Sebenarnya sudah lama aku ingin menuliskan sesuatu tentang Abah namun, aku tidak pernah ada kekuatan. Di hari jumaat yang penuh berkat ini, aku cekalkan hati. Semuanya kerana mimpi malam tadi.

Dahulu, aku selalu berdoa, mengharapkan supaya satu hari nanti aku dapat melihat arwah Abah. Walaupun di dalam mimpiku. Bertahun-tahun aku mengharap. Dapat melihat wajah abah walaupun hanya sekilas aku dapat memandangnya.

Abah pergi meninggalkan dunia ini sewaktu aku masih berusia 4 tahun. Aku tidak kenal siapa itu abah. Kata mak, apabila lahirnya aku, aku adalah anak yang sangat disayangi abah walaupun hanya sempat mengecapinya selama 4 tahun. Aku sering dimanjakan oleh abah. Aku rasa bahagia, walaupun aku kurang sekali mengingatinya…..

Semasa abah sakit di hospital, kata mak dan adik beradik lain, aku diseludup masuk ke icu sedangkan kanak-kanak dilarang masuk ke sana. Kerana, Abah nak sangat2 jumpa aku buat kali terakhir. Selepas berjumpa aku, Abah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir…

Kerana Allah kita disini, Kepada Allah lah kita kan kembali

Tapi, ada sesuatu yg aku ingat. Dan aku tidak tahu kenapa aku masih ingat sedangkan usia aku ketika itu hanyalah 4 tahun?. Aku ingat di satu subuh, kakak kejutkan aku. Aku duduk di satu sudut memerhatikan sekujur tubuh yang kaku. Aku tak faham. Tapi aku tahu itu Abah. Kenapa dan bagaimana abah boleh jadi begitu aku memang tidak langsung dapat memahami sedikit pun. Salah seorang kakak aku pimpin aku dan aku mencium pipi abah yang sejuk. Ya Allah, sejuknya memang aku ingat sampai ke hari ini. Hanya itu. Semasa hari kematian abah, hanya peristiwa ini yang aku ingat. Selebihnya aku tak ingat langsung.

Masa tu hanyalah 2 minggu sebelum raya. Mak dan adik beradik bercerita, hanya aku seorang sahaja yang gembira berhari raya. Aku kutip duit raya dengan banyak sekali dan berkata pada mereka di rumah yang sedang bersedih : 
“seronoknya dapat banyak duit raya. Semua orang kata Ita anak yatim”

Ya Allah … itu sangat menyedihkan …

Akhirnya sehingga ke hari ini, aku lalui tanpa adanya Abah di sisi. Hanya kenangan, cerita-cerita dari kakak2 dan abang2,  yang mewarnai ingatan aku terhadap Abah. Aku terasa rindu sangat2 pada abah…namun aku pendamkan…

Malam tadi, aku bermimpi abah. Dia senyum. Tidak bercakap apa2. Abah sangat tenang. Memakai kemeja dan memakai lebai. Dia memeluk dan mencium aku. Aku sedang mendukung anak tapi aku tak pasti siapa yang aku dukung. Lokasinya pun kurang jelas. Semacam di tepi sungai. Wajah abah tidak lah berapa jelas namun aku tahu itu adalah Abah. Mimpi itu bagaikan bercampur2. Namun di akhir mimpi, seolah abah naikkan aku bas. Tapi Abah tak naik bas tersebut.

Ya Allah, sebaknya aku. Apakah itu Abah?

Abah, I miss you so much.

Ya Allah, jikalau mimpi itu adalah kurniaan dariMU, aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah, kerana aku rasa bahagia sangat Abah memeluk dan menciumku walaupun di dalam mimpiku
Dan jikalau mimpi itu hanyalah mainan tidurku, ianya tetap berharga dan terkesan di hati ini…




Al-Fatihah Abah .. 

Aku merindukanmu…semoga engkau tenang di sana.. 

Ya Allah, ampunkanlah segala dosanya, cucurilah rahmat ke atas rohnya, lapangkanlah kuburnya dan tempatkanlah dia bersama-sama orang-orang yang beriman.

Abah, moga kita berjumpa di akhirat sana…terima kasih kerana menjadi bapa yang sangat penyayang..

Alhamdulillah....Alhamdulillah...



mimpi oh mimpi....

malam tadi aku mimpi sesuatu yg pelik sekali

aku mimpikan orang, tempat, keadaan dan situasi yang tidak sepatutnya

mimpi itu pelik

aku tak suka

diulangi

aku tak suke pon!



nota kaki ** : mimpi je pon... x yah nak emo sangat #ok
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"