Sweet Memories (~~First Time Mum~~)


aku nak ceritakan bagaimanakah perasaannya apabila bergelar seorang ibu .. well, setelah sebulan mendirikan rumahtangga, balik dari sarawak aku rasa mual2. Mula2 aku x jangkakan apa2..aku rasa maybe aku ada makan benda yg x betul nih. so, nak dijadikan cerita aku ke pasaraya GIANT utk membeli barang. Semasa lalu di tempat ikan, isi perut aku dh mcm membuak2. x tahan sangat dengan bau ikan dan bila aku tgk ikan aku rasa cam nak muntah sesangat-sangatnya..rasa cam nak muntah je kat kaunter ikan tu tapi aku takut plak tgk parang org yang tengah potong ikan tu. sat gi dilibasnya kepala aku kalu aku muntah di situ ha ha .. Jadi, hatiku terdetik sesuatu * aku pregnant ke?

Lepas tu aku ke farmasi utk membeli pregnancy test.. konon rasa nak test esok pagi sebab orang cakap kena test awal2 pagi barulah clear  haha .. esok paginya aku bangun awal dari biasa and gi test.. ada double line .. huuu syukur pada Allah.. rasa mcm x percaya pon ada gak ..

kemudian, bermulalah episod *mabuk x hengat di dalam hidup aku.. Ya Allah, tuhan aje yang tahu lemahnya rasa everything (sape yang pernah mabuk je tahu mabuk pregnant tu rasa camana). Berat badan turun mendadak2,tak selera makan, sakit kepala, mual, sensitif dengan bau,.. aku lalui fasa mabuk yg teruk ini 3 bulan lamanya. Yg paling worse sekali aku pengsan dekat 7 Eleven.

Tapi, masuk bulan keempat, itulah fasa yang indah ,masa aku dah boleh makan. Indahnya rasa bila boleh makan tanpa rasa bersalah. Indahnya semasa mengandung. Indahnya bila rasa ada 'somebody' yang bergerak-gerak di dalam perut kita .. first pregnancy mmg aku lalui dgn indah sekali. wajah aku berseri-seri dan aku selalu tersenyum :) ..terima kasih Ya Allah ..

and, pada tarikh 17 April 2007, pukul 5 pagi, aku rasa sakit perut sangat. Aku ingatkan sakit perut biasa2 tapi makin lama makin kerap. Aku asyik ke tandas utk buang air. Lalu aku pun kejutkan encik suami dan mengadu aku sakit perut dah setiap 5 minit . sangat lah kelakar kerana aku x tahu itu adalah contraction. huhu~~ ..tiba di hospital, bukaan dah pun 5 cm.. jeng jeng jeng .. aku punya nervous sampai termuntah-muntah .. tell me, siapa yang x takut bila nak beranak? hehhhehehe

and, semasa proses nak bersalin tu, sakit bersalin itu, hanya yg pernah bersalin sahaja tahu sakitnya .. aku insaf, agaknya inilah sakit yang mak lalui ketika melahirkan aku dahulu. Entah berapa banyak tenaga yang hilang kerana aku langsung x reti nak meneran. Sehinggalah dr memutuskan utk mengambil vacuum kerana risau baby lemas kerana dia dah engaged lama sangat di pintu. oh my...aku serta-merta menjadi ketakutan teramat bila mendengarkan perkataan vacuum. Serta-merta terngiang2 kata-kata kakak kat office :-

"Vacuum sakit ko..kena jahit banyak"

"Nanti kepala anak ko jadik panjang"

he he..kata org, kalau terdesak semuanya boleh jadik. Akhirnya, aku meneran sekuat2nya apabila ada contraction and tara.....aku dapat juga lahirkan "Maisara Safiyyah" tanpa menatang vacuum tu .. yea!

Tepat2 pukul 10 pagi. Hilanglah sudah sakit yang aku rasakan macam nak putus nyawa itu ..

Dan baby aku sangat comel :) Thanks ALLAH kerana mengurniakan zuriat amanahMU ini kepada ku ..



2 comments:

  1. Lelaki x mampu utk lalui semua tu. Sebab tu Allah berikan kelebihan melahirkan dan mengandungkan kepada wanita kerana Dia tahu hanya wanita dpt melalui jerih perit payah proses kelahiran ini. Satu pengorbanan kepada kemanusiaan dan keluarga. Satu budi yg tak terbalas mana2 suami dan anak..

    ReplyDelete
  2. Ye lah dulu saya pelik sangat kenapa orang boleh beranak ramai-ramai kalau bersalin tu dah sakit sangat .. now i know why .. :)

    ReplyDelete

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"