..owh, gear ku tertinggal di atas jalan ..

okay, sejak dua tiga hari ni aku asyik teringat kisah nih..kisah zaman kanak2 aku .. banyak yg nak diceritakan tapi ada satu insiden nih yg sangat2 aku ingat.

Dulu duduk di kampung aku ada 2 orang kawan adik beradik namanya Sofiah dan Khadijah. Kitorang sangat close dan sangat suke merempit mengukur jalan kampung . dan comel ( sila muntah) . Rasanya nak je letak gamba2 kitorang di sini but masa tu awal2 remaja, we not covered ourselves properly :). Pengalaman yang aku nak cerita ni adalah berkenaan kisah aku dan Khadijah. Satu pagi yang hening, kalau x silap masa tu bulan Ramadhan, our mother pergi ke masjid di Manjung. Masa tu kalau x silap mak2 kami pergi kesana sebab ada bantuan dari YB mana ntah..

Nak dijadikan cerita, kami tanpa pengetahuan mak2 kami telah pergi ke masjid tu konon2 nak surprisekan diorang dan saja2 la mengada.  Kami pergi naik motor. no helmet dan motor itu adalah motor yang sangat 'usang'. Sesampai di masjid, aku dan Ijah pun jumpa lah mak kami dan oleh kerana org tua terkejut beruk, kami underage, bawak motor x de helmet dan berpakaian macam x cukup kain ke masjid maka kami dimarahi dan dihalau supaya balik. kami dengan jiwa hampa pun balik lah...

Dalam perjalanan balik, kami lalu di depan ITM ( Dulu ITM now, UiTM), ada sekumpulan student lelaki betul2 di pagar dan beberapa student perempuan. Biasa la, aku bonceng kat belakang so ada la peluang sambil2 usyar kot2 ada yg hensem ( gatal). Tetiba je, motorsikal cam tersengguk2, dan terus mati. aku tanya ijah

Aku : weh, nape ni?

Ijah : Aku rasa ada benda cam jatuh la

Aku : mana?

Pas tu kami sama2 pusing belakang. Oh my... kelihatan pemijak gear ( aku x sure org panggil apa but i know u know what i mean : ) ) terjatuh betul2 di hadapan kumpulan pelajar tersebut. dan ... mereka sedang memandang pada gear itu! Aku dan Ijah berpandangan. Malunya toksah ceritalah.


Aku : macamana ni? pergilah ambil.


Ijah : Aku tak kira aku nak kau pergi ambil.

Aku : %%*&&*^ ??

Dan, dengan muka menunduk sesambil cover rambut, aku pergi kutip gear itu. Aku rasa masa tu tanah macam lembik jer. Melayang2 badan aku...uhuk uhuk aku tahan nak nangis dan aku terdengar perbualan pelajar2 tersebut :

Si A : "Eh, budak tu kutip apa tu?"

Si B : Entah nampak cam gear motor tadi.

dan ketawa mereka berderai...

Sepanjang perjalanan balik kami ketawa macam setengah giler... malunya ....giler ahhh.

Agak lama juga la aku trauma that time dan x  lalu depan ITM hahahhaha




3 comments:

  1. haha.. tak pernah dlm sejarah mat rempit gear boleh tanggal.. consider ok dr kes maggi bungkus jatuh depan awek tgh dok ngorat dn jatuh longkang depan bas stand asrama siswi.. hahha.. budak2 biasa la buat silap.. cuma jd masalah bila terus buat silap dan tak betulkan kesilapan..

    kali ni baru la nampak posting ceria.. jgn sedih2 selalu.. bila ceria, wajah pun beri kedamaian pada org sekeliling.. wajah yg ceria bawa seri ke dalam rumahtangga dan keluarga..

    ReplyDelete
  2. he he he .. banyak kenangan dan entah kenapa saya paling banyak kenangan dalam bulan puasa..rindu ngan dua org nih. masing2 dah bizi ngan family kadang2 chatting dalam fb mmg selalu terkenang kisah2 dulu..

    mmg sengaja saya tuliskan posting yg ceria2..tengah dalam healing process. ada pepatah mengatakan "Lebih baik menyalakan lilin dari terus menyumpah pada kegelapan". Sedang memperbaiki diri dan menjawab 'calling' dari Allah. Usaha sertai usrah semula dan dalam proses memakmurkan kembali 'masjid'. Kadang2 kita lost mcm tu kerana asyik terleka dengan dunia..

    anyway, thank u for reading this entry. :)

    Semoga Allah merahmatimu and do not stop making me impressed with your writing. :)

    ReplyDelete
  3. Juwita,
    "Lebih baik menyalakan lilin dari terus menyumpah pada kegelapan". Suka saya dgn quote tu. Ini kena pada btg hidung semua org termasuk saya. Sya share di fb. Jemput juga ke fb sya klu x keberatan kerana disitu ada byk penulisan yg sya x publish dlm blog. Ada yg pjg, tp kebanyakannya pendek dan ringkas..

    Semoga process healing juwita akan cepat sembuh dgn menjawab 'calling' dr Allah. Semua manusia melalui proses itu, yg membezakan mereka ialah cara mereka menjawab 'calling' tersebut.

    ReplyDelete

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"