There's something .. ..

Lately aku sangat rajin menulis blog...

hatta walau sedang menggoreng ikan sekalipun aku terfikir2 nak tulis ..

ataupun ketika sedang bermesyuarat ..

oh ye, aku terfikir sesuatu

aku seperti sedang kehilangan sesuatu ..

aku lupe dah lama aku tak beli buku ..

buku2 yg ada dah banyak kali dibaca..ada sesetengah aku dah hafal pun jalan ceritanya ..

tak bole jadi... aku nak beli and baca buku baru yea!


p/s : Asalkan bukan novel cinta .. -___^

Wanita Sakti Bernama Ibu






Di satu petang yang mendamaikan, aku berbual-bual bersama ibu. Tamparan angin lembut menenangkan suasana. Tiba-tiba sahaja, aku berasa ingin bertanyakan sesuatu pada ibu. Soalan yang sebenarnya sungguh subjektif dan jawapannya ada pelbagai. Dari dahulu aku ingin bertanya namun keberanian seringkali tiada. Dalam keresahan aku membuka bicara.

"Ibu, bagaimana orang dahulu sangat bahagia dalam perkahwinan mereka? Ada yang sehidup dan mati bersama. Masih mesra walaupun di usia senja"

Lalu, ibu memandang aku dengan pandangan lembut penuh bermakna. Sangat manis senyuman ibu. Selepas menghirup teh panas, ibu menghela nafas panjang.

"Orang pada zaman dahulu selalunya bercinta selepas bernikah"

Jawapan ibu pendek sahaja. Beliau masih memandang aku.

"Orang dahulu, selepas bernikahlah baru berkenalan dengan suami. berbual tapi masih malu-malu, berkongsi rasa, lebih manis dan indah rasanya sebab itu dapat dilakukan tanpa rasa ragu kerana perhubungan itu halal. Semasa itulah adanya debaran pandangan mata, rindu-rinduan yang mengasyikkan, sayang menyayang penuh getaran.Orang sekarang ni, belum diijabkabul lagi sudah semua nak dikongsikan, sayang menyayang tanpa segan-segan, apatah lagi berpegang-pegang. Ijab dan Qabul hanya sekadar menghalalkan saja perbuatan sebelum ini. Rindu-rinduan mungkin sudah tidak ada kerana masa bercinta sudah puas dan jelak merindu. Nak berbual-bual pun begitu juga, tak ada apa nak dibualkan lagi kerana sudah bertahun-tahun berbual. Itu bukan tidak bahagia, sayang. Itu tandanya manisnya sudah kering kontang.Tambah parah jikalau sudah ditambah dengan masalah hidup yang lain. Perkahwinan adalah ibarat kita duduk di dalam bahtera. Kita perlu kemudikan bersama-sama." ujar ibu panjang lebar.

Kali ini aku pula yang menghela nafas panjang. Jawapan ibu mmg seperti yang pernah kubaca di majalah dan aku mendengar dari org lain, tapi bila mendengar dari ibu 'feeling' nya lain macam sikit.
Kemudian, ibu menyambung lagi sebelum bangun untuk berwuduk dan solat Asar,

"Kadang-kadang jangan cuba menyatakan masalah itu puncanya dari org lain mahupun kita adalah mangsa keadaan yang terseksa. Cuba renung kembali masa2 lalu, apakah masalah itu puncanya dari kita sendiri?"

Kata-kata terakhir itu membuatkan aku termanggu sendiri. Jangan sesekali menyalahkan keadaan sekiranya kita dihantui berbagai kesukaran di dalam kehidupan. Ibu sangat hebat. Aku akui, aku sangat sukar berkongsi rasa dengan ibuku sendiri. Aku suka berdiam memendam perasaan sendiri. Namun, ibu sangat handal dalam 'serkap jarang' nya terhadap aku. Selalunya dia tahu apa-apa yang tidak aku zahirkan.

Walaupun ada masa-masanya aku sangat perlukan ibu, namun aku sekeras hatinya tidak mahu menunjukkannya. Aku berlagak biasa. seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Wanita Sakti Bernama IBU

Namun, ibu adalah wanita sakti yang Allah kurniakan kepada kita. Pandangannya mendamaikan, sentuhannya menenangkan. Suaranya ibarat syair indah yang menyembuhkan.

Kasih sayang ibu adalah kasih sayang yang tiada tolok bandingannya. Tiada kasih sayang tulus sehebat kasih ibu.

Selepas mencintai Allah dan Rasul, ibulah insan yang patutnya kita cintai selepas itu.

Tidak pernah berkongsi rahsia

Kadangkala aku dihimpit rasa sesal yang terbit di relung hatiku. Aku jarang bercakap dengan ibu semasa remajaku. Aku kasar dan suka berdiam. Aku selalu menunjukkan perasaan dengan tingkah lakuku dan tiada suara yang aku lontarkan. Apakah kecil hatimu pada tingkah lakuku ibu?

Apa-apa yang terjadi , kehidupan aku, perasaan aku, aku tidak langsung ceritakan pada ibu. Namun ibu selalu menelefon aku tapi aku kadang2 tidak tahu apa yang nak dibualkan dengan ibu. Sedihkah ibu dengan aku?



Selesai solat, ibu kembali ke tempat duduknya semula. Lembut suara dia bertanya apakah maksud di sebalik pertanyaan ku.

Aku menyatakan bahawa aku hanya ingin tahu. Tiada apa-apa maksud di sebalik itu. Namun ibu menyatakan sesuatu. Sesuatu yang aku ingati dan ingin abadikannya di sini :

" Jangan harapkan insan sempurna sebab tidak semua manusia sempurna. Jangan salahkan Allah dengan jodoh yang telah Dia berikan . Allah itu sempurna. Dia tidak pernah membuat kesilapan memberikan jodoh yang salah kepada kita. Jodoh yang Allah berikan itu dah terbaik. Cuma kitalah yang harus belajar sesuaikan diri dengan menutupi kekurangan dan saling melengkapi. Jangan pernah ingat perkahwinan satu kesilapan. Kita sendiri yang tersilap sebenarnya"

Aku mengangguk lembut namun masih keras hatiku untuk menumpahkan airmata dari mata yang sudah pun berkaca.

Suara ibu itu penyembuh. Dialah wanita sakti yang sering menyembuhkan batinku dengan suaranya yang lembut. Semoga ibuku sentiasa dirahmati Allah dan dalam keadaan sihat hendaknya.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani aku sewaktu aku masih kecil. Ameen...

Alhamdulillah..
Thank You Allah for my Mother

Jiw@ng Mode

 Dekat office aku asyik humming lagu ni sampai member-member di sekitar berasa pelik dan bertanya

"Mengapa kau asyik humming lagu ini? sampaikan kami ikut ter humming sekali"

Aku jawab , "Entah. aku suka intro lagu ni kot "

Jadi aku pun dengar lah lagu ni berulang kali .... -____^

 Serta merta angin sentimental dan tergedik manja itu ada...ha ha mungkin kesan sampingan lagu ini :P


Too Tired ....

Waktu sekarang ni sangat mengujiku ..

Hari tu ulang alik bawak mak pergi check darah

and now maisara pulak dah check 2 kali dan esok kene refer hospital

.. my ungu, aku bukan nak merungut atau tak ikhlas tapi, aku just nak memberitahumu bahawa sesungguhnya aku penat sekali ...huuuu....

tak cukup tidur, pening kepala, period pain...aduh...

tapi...

setelah beberapa lama berkampung di klinik, dan memperhatikan wajah2 yang penuh emosi membuatkan aku terfikir sendiri, sekurang-kurangnya aku masih sihat. tak sakit macam mereka-mereka itu. Menjinjit ubat berbakul-bakul. Dahi berkerut2 menunggu giliran mungkin juga dalam kelaparan... rasanya, mereka lagi letih dari aku...mereka lebih celaru emosinya dari aku .. aku mungkin berkunjung ke sana jarang sekali tapi mereka ke sana seminggu sekali..bayangkanlah wahai hatiku ...

Fikirkanlah wahai diriku .. rezeki kesihatan itu buat sekarang ini masih berpihak kepadamu ..

Aku cuba-cuba masuk ke dalam 'kasut' mereka.. apakah boleh aku jadi setabah mereka menghadapi penyakit?

 Lalu sambil2 menunggu keputusan ujian darah, aku sempat menulis ini ....



Lautan Emosi Di Rumah Sakit
Di sini
Di rumah sakit ini
Hanya wajah resah terpamer
Tiada kuntum senyum atau manis kata terzahir
Aku terlemas dalam lautan emosi
Di sini
Musibah bersarang di dalam diri usaha dirawati
Ada yang redha dengan takdir menguji
Ada yang meragui kasih sayang illahi
Segalanya di sini
Terkadang kuntum senyum muncul
Terkadang senyum tak kunjung timbul
Masih di sini
Harapan mendatang semakin meninggi
Celahan awan mendung, mentari dicari
Masih adakah esok lagi?
Dan rumah sakit masih belum sunyi
Berisi dengan sejuta emosi



~~Juwita Maya~~
23 January 2013




Sweet Memories (~~First Time Mum~~)


aku nak ceritakan bagaimanakah perasaannya apabila bergelar seorang ibu .. well, setelah sebulan mendirikan rumahtangga, balik dari sarawak aku rasa mual2. Mula2 aku x jangkakan apa2..aku rasa maybe aku ada makan benda yg x betul nih. so, nak dijadikan cerita aku ke pasaraya GIANT utk membeli barang. Semasa lalu di tempat ikan, isi perut aku dh mcm membuak2. x tahan sangat dengan bau ikan dan bila aku tgk ikan aku rasa cam nak muntah sesangat-sangatnya..rasa cam nak muntah je kat kaunter ikan tu tapi aku takut plak tgk parang org yang tengah potong ikan tu. sat gi dilibasnya kepala aku kalu aku muntah di situ ha ha .. Jadi, hatiku terdetik sesuatu * aku pregnant ke?

Lepas tu aku ke farmasi utk membeli pregnancy test.. konon rasa nak test esok pagi sebab orang cakap kena test awal2 pagi barulah clear  haha .. esok paginya aku bangun awal dari biasa and gi test.. ada double line .. huuu syukur pada Allah.. rasa mcm x percaya pon ada gak ..

kemudian, bermulalah episod *mabuk x hengat di dalam hidup aku.. Ya Allah, tuhan aje yang tahu lemahnya rasa everything (sape yang pernah mabuk je tahu mabuk pregnant tu rasa camana). Berat badan turun mendadak2,tak selera makan, sakit kepala, mual, sensitif dengan bau,.. aku lalui fasa mabuk yg teruk ini 3 bulan lamanya. Yg paling worse sekali aku pengsan dekat 7 Eleven.

Tapi, masuk bulan keempat, itulah fasa yang indah ,masa aku dah boleh makan. Indahnya rasa bila boleh makan tanpa rasa bersalah. Indahnya semasa mengandung. Indahnya bila rasa ada 'somebody' yang bergerak-gerak di dalam perut kita .. first pregnancy mmg aku lalui dgn indah sekali. wajah aku berseri-seri dan aku selalu tersenyum :) ..terima kasih Ya Allah ..

and, pada tarikh 17 April 2007, pukul 5 pagi, aku rasa sakit perut sangat. Aku ingatkan sakit perut biasa2 tapi makin lama makin kerap. Aku asyik ke tandas utk buang air. Lalu aku pun kejutkan encik suami dan mengadu aku sakit perut dah setiap 5 minit . sangat lah kelakar kerana aku x tahu itu adalah contraction. huhu~~ ..tiba di hospital, bukaan dah pun 5 cm.. jeng jeng jeng .. aku punya nervous sampai termuntah-muntah .. tell me, siapa yang x takut bila nak beranak? hehhhehehe

and, semasa proses nak bersalin tu, sakit bersalin itu, hanya yg pernah bersalin sahaja tahu sakitnya .. aku insaf, agaknya inilah sakit yang mak lalui ketika melahirkan aku dahulu. Entah berapa banyak tenaga yang hilang kerana aku langsung x reti nak meneran. Sehinggalah dr memutuskan utk mengambil vacuum kerana risau baby lemas kerana dia dah engaged lama sangat di pintu. oh my...aku serta-merta menjadi ketakutan teramat bila mendengarkan perkataan vacuum. Serta-merta terngiang2 kata-kata kakak kat office :-

"Vacuum sakit ko..kena jahit banyak"

"Nanti kepala anak ko jadik panjang"

he he..kata org, kalau terdesak semuanya boleh jadik. Akhirnya, aku meneran sekuat2nya apabila ada contraction and tara.....aku dapat juga lahirkan "Maisara Safiyyah" tanpa menatang vacuum tu .. yea!

Tepat2 pukul 10 pagi. Hilanglah sudah sakit yang aku rasakan macam nak putus nyawa itu ..

Dan baby aku sangat comel :) Thanks ALLAH kerana mengurniakan zuriat amanahMU ini kepada ku ..



..owh, gear ku tertinggal di atas jalan ..

okay, sejak dua tiga hari ni aku asyik teringat kisah nih..kisah zaman kanak2 aku .. banyak yg nak diceritakan tapi ada satu insiden nih yg sangat2 aku ingat.

Dulu duduk di kampung aku ada 2 orang kawan adik beradik namanya Sofiah dan Khadijah. Kitorang sangat close dan sangat suke merempit mengukur jalan kampung . dan comel ( sila muntah) . Rasanya nak je letak gamba2 kitorang di sini but masa tu awal2 remaja, we not covered ourselves properly :). Pengalaman yang aku nak cerita ni adalah berkenaan kisah aku dan Khadijah. Satu pagi yang hening, kalau x silap masa tu bulan Ramadhan, our mother pergi ke masjid di Manjung. Masa tu kalau x silap mak2 kami pergi kesana sebab ada bantuan dari YB mana ntah..

Nak dijadikan cerita, kami tanpa pengetahuan mak2 kami telah pergi ke masjid tu konon2 nak surprisekan diorang dan saja2 la mengada.  Kami pergi naik motor. no helmet dan motor itu adalah motor yang sangat 'usang'. Sesampai di masjid, aku dan Ijah pun jumpa lah mak kami dan oleh kerana org tua terkejut beruk, kami underage, bawak motor x de helmet dan berpakaian macam x cukup kain ke masjid maka kami dimarahi dan dihalau supaya balik. kami dengan jiwa hampa pun balik lah...

Dalam perjalanan balik, kami lalu di depan ITM ( Dulu ITM now, UiTM), ada sekumpulan student lelaki betul2 di pagar dan beberapa student perempuan. Biasa la, aku bonceng kat belakang so ada la peluang sambil2 usyar kot2 ada yg hensem ( gatal). Tetiba je, motorsikal cam tersengguk2, dan terus mati. aku tanya ijah

Aku : weh, nape ni?

Ijah : Aku rasa ada benda cam jatuh la

Aku : mana?

Pas tu kami sama2 pusing belakang. Oh my... kelihatan pemijak gear ( aku x sure org panggil apa but i know u know what i mean : ) ) terjatuh betul2 di hadapan kumpulan pelajar tersebut. dan ... mereka sedang memandang pada gear itu! Aku dan Ijah berpandangan. Malunya toksah ceritalah.


Aku : macamana ni? pergilah ambil.


Ijah : Aku tak kira aku nak kau pergi ambil.

Aku : %%*&&*^ ??

Dan, dengan muka menunduk sesambil cover rambut, aku pergi kutip gear itu. Aku rasa masa tu tanah macam lembik jer. Melayang2 badan aku...uhuk uhuk aku tahan nak nangis dan aku terdengar perbualan pelajar2 tersebut :

Si A : "Eh, budak tu kutip apa tu?"

Si B : Entah nampak cam gear motor tadi.

dan ketawa mereka berderai...

Sepanjang perjalanan balik kami ketawa macam setengah giler... malunya ....giler ahhh.

Agak lama juga la aku trauma that time dan x  lalu depan ITM hahahhaha




malu .. - ___-

Masa ari tu x de rasa apa2 .. now, rasa malu sangat dengan apa yg aku dah lakukan dan tuliskan.. owh, i feel sorry to myself :P




" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"