This boots are made for walking..serious ke?

Huhuhu...ungu...kenapa banyak sangat sawang nih?? Mana tuan kau nih?? Bizi sangat ke dia??
Baiklah...selamat bersua kembali ungu..miss u so much! Ada banyaknya benda nk ditulis di sini tapi ada satu benda ni yang aku nak tuuuullliiiisssss ...kerana ...aku....uwaaaa...aku sakit kaki!!
Hari tu, ada la rezeki lebih sikit aku telah membeli ini...kasut ini..yg aku idam idamkan benor  ... evendoh aku x penah pakai pon.
Aku beli dan aku pakai pergi office..seriously...aku x faham bagaimana wanita2 bergaya di luar sana boleh memakai boot dengan konfiden sekali.
Well...mula pakai aku dh rasa urgh..so aku pun sedapkan hati sendiri maybe kasut baru kan...huhhhuhu
Then...semakin sakit bile kene berdiri dalam tren yg ramai gile manusia..oh my..terbayang flat shoes aku di rumah..oii nape le ko x spare kasut tu bawak ofis..hati kecilku berkata2..
Apakah aku silap beli? Apakah aku terlalu berat? Apakah boot ini terlalu tinggi utk aku yg tinggi ni? Itu semua soalan dengan satu jawapan i cannot wear this boots la weh..
I am very very very disappointed..kenapa aku lebih sukakan rupanya yg comel dari keselesaan kakiku yg comel????
Lalu wajahku yg comel langsung x comel bile mood pun ikut x nak comel ari tu kerana kaki yg sakit..ouch!
So, apa nak buat dengannya?? Maybe simpan untuk photoshoot aje (bajet artis) 
Flat shoes rege 15 hengget juga yang sedap dipakai ke mana2 :-P

* tertanya-tanya apakah wanita yang lain buat2 vogue memakainya sedangkan kaki dan batin terseksa ? .hurm..wanita mmg pandai berpura utk kelihatan bergaya :p

Posting yang mak-mak sangat... -___^

posting kali ini agak berlainan..aku memikirkannya berhari2..dengan penuh kerinduan..dengan penuh pengharapan..

Aku rindukannya...aku mengharapkannya dengan penuh rasa yang berbunga-bunga...penuh dengan kenangan yang indah ..bagai dilamun cinta semalam..oh indahnya..

aku...aku kepingin...teringin...ingin sangat...

Untuk mengandung lagi ..uhuk uhuk uhuk (batuk)

aku rasa bagi sesiapa yang bergelar ibu mestinya akan merasai apa yg aku rasai..

sebagai seorang wanita yg normal, mengandung dan melahirkan adalah sesuatu yg sangat indah utk dikenang.. biar mabuk sampai pengsan, biar berubah saiz pinggang dan paha, biar sakit kaki dan saraf dan biar sakit ibarat putus nyawa tika melahirkan, namun, itu juga yg dirindu2..apabila mengetahui diri hamil, perasaan keibuan sudah berbunga mekar.. walau sedar akan keperihan..

itulah keindahan..kasih sayang sebagai seorg yg bergelar ibu

Ya ALLAH, terima kasih kerana mengizinkan aku menjadi seorg ibu, menganugerahkan aku kasih sayang seorg ibu dan mengurniakan aku akan cinta seorang ibu kepada anaknya..kurniakan pada ku anak2 yg soleh, lindungi akhlak anak2 ku jgn sehingga mereka mewarisi segala sikap burukku..lindungi mereka ya allah, jagakan mereka untukku..amin..

Senyum.

Di situ kamu tersenyum..
senyummu terlukis di hatiku..
aku pun tersenyum,
bilamana senyummu memekar di wajahmu..
kamu..tidak bisa melihat senyumku..
namun percayalah senyumku masih ada di situ.
kamu..
aku tahu..
kamu tidak bisa melihatku
namun kamu bisa tersenyum indah padaku..
senyumlah..
supaya aku boleh sentiasa rindu padamu..

juwita maya~
Guminavo Oku Dika..

mengapa tiada bimbang?

Rasa sedikit getaran..
Getaran itu tidak hebat..
Kerana itulah bimbang datang
Adakala rasanya ngeri
Adakalanya nyaman sekali..
oh hati..
jangan bunuh rasa bimbang itu..
Juwita Maya~
21 ogos 2013

Nak membebel skit tengah2 malam ni..bole?

Serius..aku langsung tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun...(ayat x agak2)
ke kiri tak kena, ke kanan lagilah tak kena, walhal baca buku yg dirasakan ubat tidur selama ini pun tidak berkesan. Nak kata minum nescafe tak pulak tadi aku minum horlick ais . hmph...so, what's wrong with me huh?? last aku on komputer dan cuba2 baca gossip artis u...wah...banyak juga perihal artis yg aku dh ketinggalan .. Fasha Sandha dan bersalin, kontroversi sana, kontroversi sini...dah la cerita pasal pilihanraya kadang2 macam &%^%&* wekk... nak muntah .. plastik semua itu.. i hate it!. Badan aku rasa penatttt sangat dari pagi sampe ke malam menggunakan tulang empat kerat ini menguruskan rumahtangga (walaupun x kurus2 :P ) namun, aku jadi tidak keruan malam ini dan tidak dapat tidur .. nkmatnya kalau dapat tidur sekarang ni...owh.....



ish..ish..ish..comeiinyaa..anak sapa la ni

rasa nak start biz balik selepas kain2 dan telekung dari Vietnam dah sold out sume tak sempat masuk FB huhu~~ tapi entah masa takde. Ari tu dah pergi survey di Kenanga Wholesale tapi survey je lah tak beli apa2 lagi sebab lepas survey aku nak fikir dulu ha ha

Baru-baru ini aku ada bertemu dengan kawan lama. Lama kami berbual. Tiba-tiba dia bertanya

 "Weh, kau ada Whatssap tak?"

Merahlah muka aku dan berkata pada dia

"Takde. telefon aku tak canggih. Aku tak boleh Whatssap" aku menjawab sambil menggaru hidung kerana aku selalu menggaru hidung apabila berkata sesuatu yang janggal, malu dan kurang benar ha ha.

"Oh, ye ke ok" Muka dia macam simpati pada aku.

Apakah aku sangat menyedihkan? waaa ..

Memang aku langsung buta pada arus kecanggihan dunia moden ini. Di saat orang berlumba-lumba menggunakan gadjet yang canggih manggih gilos, err..aku masih menggunakan telefon Nokia C3.
Orang sekarang gile instagram, Keek, WeChat and so ever tapi aku xde semua itu. oh, aku mmg menyedihkan..tapi, aku ada satu lagi cerita, pasal seseorang yg gile gadjet canggih sampaikan setiap kali keluar yang baru mesti nak beli. Sanggup berhabis malah berhutang pun xpe asalkan yang dihajatkan jadi kenyataan. Oh no, aku takkan berhabisan ribuan ringgit yang aku cari dengan susah payah hanya kerana sebuah mesin yang akan susut nilainya setelah dibeli. Setiap ringgit sangat berharga. Nokia pun ok pe, bole gak aku Online fesbuk ha ha.

Satu-satunya alat perhubungan aku dengan kawan2 di laman sesawang adalah facebook dan ehemmm..blog ini tapi tak ramai yang tahu.. ok la tu, kalau dalam whatsapp pun, depa-depa tu la jugak no...tak dak beza apa pun..sama ja... so, pakai satu dah lah ha ha .. aku tak pernah rasa ketinggalan walaupun aku tak pasang Astro sekalipun dan akan menganga tak tahu ketika kawan-kawan bercerita perihal MasterChef Selebriti, Astro Beyond, Bla...Bla...Bla...

Sedih kan...entah la.. kadang2 jiwa muda aku tersentap la gak kan tengok kawan2 semua menghadap Note masing2 berwhatsapp sambil gelak2 aku duk sorang2 terkebil-kebil..

Niat hati kenkadang macam nak tapi bila fikir balik, tak payahla. Ada yang lebih penting dari itu. Tapi tak dinafikan, semua tu kadang-kadang ada kebaikan iaitu dari segi kecepatan masa dalam menyampaikan satu maklumat. Nanti la kot, kalau biz dah ok dan aku ada banyak duit tahap tak tahu nak buat apa dengan duit, aku beli la satu Samsung note tu ha ha ha ..

Untuk tidak kelihatan bodoh-bodoh alang, aku study la jugak apa kebendanya instagram, keek, weChat tu kan....supaya nanti idak le kene tipu ye tak .. ha ha

Tapi, ok la kan berWhatssap bagai dari duk tgk TV Program Bintang Mencari Bintang yang buat lawak ntahapa2 rasa nak sepak muke sendiri bila menontonnya. (Sepak sebab nak bagi sedar diri dari berada di dalam koma lawak bodoh yang berpanjangan).

ok la, itu jelah yang nak bagitahu... apa? tak faham cerita ni? memang la tak faham sebab membebel ..mana ada org yang faham pada orang yang sedang membebel ha hahahha (sumpah x lawak pun)

ok, namun mata masih belum mengantuk. hmph,,,apa nak buat,, nak buat video 'Gwiyomi' plak haa...


tapi.... tolong jangan muntah : P

ok bai gud nite !



Ombak Rindu ..... -_______^

Selamat petang Ungu ..

Di petang-petang mendung macam ni terasa pulak nak menulis.

Di kala ketegangan keadaan di sini aku terasa rindu pulak pada bunyi deruan ombak dan bau air laut yang sangatlah sebati dengan kehidupan aku sebagai anak kampung ..(eh, macam tajuk lagu lah pulak kan...memang aku ini anak orang kampung, tiada apa-apa yang dapat ku berikan ..la la la la... :P )




Aku dibesarkan dengan laut di sekelilingku. Hampir 90% dari aktivitiku dihabiskan di laut. Bermain di gigi air  dan menunggu ombak datang menyentuh ke kaki ...owh....

Aku pun minat memancing. Seronok gila memancing walaupun panas terik. Satu malam aku ikut abang sepupu memancing di jambatan menuju ke segari. Sepupu perempuan aku yang ikut sekali tak abis-abis merungut mengantuk dan banyak nyamuk.Dia bertanya mengapa aku boleh bersabar dengan memancing sedangkan dia dah bosan tahap suria perkasa hitam. ha ha kesian kat dia. Last-last dia tidur kat dalam kereta. -____- . 

Entahla memang aku minat kot. Kalau dapat ikan aku rasa macam dapat emas. Puas hatinya sangatlah kan...walaupun ikan kecik. kadangkala terdengar ayat-ayat sarkastik dari emak, "Ini je yang kau dapat memancing dari pagi? mak nak masak sambal pun tak dapat ni" 

Kulit jangan cakap lah...hitam lah sangat dan berkilat2..sebab tu takde sapa pun mengorat aku masa kat kampung dulu sebab dah la hitam, rambut kerinting plak tu heheheheh 




SEKADAR GAMBAR HIASAN :P

Kalau tengah memancing aku suka berangankan macam-macam sampaikan ada sekali tu aku berangan mata kail aku terkena pada seorang lelaki kacak yang pengsan kerana jatuh ke dalam laut. Rupa-rupanya dia adalah seorang yang kaya-raya lalu jatuh cinta pada aku yang jelita ini :P

Namun angan-angan tinggal angan2 je la ye ..kerana hidup ini tidaklah semudah berangan-angan ye tuan-tuan dan puan-puan.



Gambar hiasan lagi la...
Tapi sekarang aku dah lama tak memegang joran. Last sekali aku memancing di kolam berbayar.Aku tak suka sebab takde feel langsung. Sekarang ni aku main game pancing je dalam PC heeheheh...

Hai....tenang sungguh jikalau duduk di tepian pantai mendengar ombak yang memukul-mukul pantai...hmph...dulu kalau aku bengang dengan sesiapa, amik kunci motor, start motor dan menuju ke pantai sambil menangis teresak-esak. he he tapi kalau motor takde aku ada satu habit kalau aku bengang dengan sape2, mak marah ke, kakak tak bagi ikut gi town ke, aku akan meratah serbuk Milo dengan teresak-esak juga sampaikan serbuk milo masuk dalam hidung dan keluarlah hingus berperisa coklat. 




Pernah bersama dengan Ijah dan Sofiah berbasikal menuju ke Teluk Rubiah. Masa tu Teluk Rubiah masih hutan lagi, tak seperti sekarang dah jadi tanah persendirian dan tempat orang-orang kaya main golf. Gigih sungguh kami naik bukit dengan basikal emak sampaikan lutut berdarah dan seluar track koyak sebab jatuh basikal. Walaupun panas terik tapi kami redah jugak sebab nak piknik dan mandi laut ngeeeee...

Sekarang ni sedih. Teluk Rubiah dan tak boleh masuk sesuka hati (Kedekut wekkk) .Kalau dulu Lumut sangatlah best kami masih boleh lepak atas rumput di tepi laut lepas balik sekolah. Baru2 ni balik kampung semuanya batu. Kadangkala pembangunan sangat pun tak bagus juga...









Nak lepak sini petang ni...plzzz...



Entahlah, sana batu, sini batu, mana rumput??? mana... tapi di Pangkor masih ok lagi cuma kalau nak pergi sana kena naik ferry..leceh ler plak kan....





Paling best dapat melihat matahari terbenam ... Subhanallah...indah sungguh kejadian siang dan malam yang Allah ciptakan... 





Sekian sahaja cerita Ombak Rindu saya petang-petang hari menaip sambil makan jemput pisang dan keyboard dah berminyak.

Jap nak dengar lagu ombak rindu .. malam....kau bawalah rinduku ... .heheheh







Aku rindukanmu, Abah



Bismillahhirrahmannirrohim..

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah. Dengan rahmatNYA kita semua masih terus menikmati kehidupan yang berwarna warni seiring dengan rezeki yang Allah turunkan. Allah itu sangat dekat. Lebih dekat dari urat leher kita sendiri. Sebenarnya sudah lama aku ingin menuliskan sesuatu tentang Abah namun, aku tidak pernah ada kekuatan. Di hari jumaat yang penuh berkat ini, aku cekalkan hati. Semuanya kerana mimpi malam tadi.

Dahulu, aku selalu berdoa, mengharapkan supaya satu hari nanti aku dapat melihat arwah Abah. Walaupun di dalam mimpiku. Bertahun-tahun aku mengharap. Dapat melihat wajah abah walaupun hanya sekilas aku dapat memandangnya.

Abah pergi meninggalkan dunia ini sewaktu aku masih berusia 4 tahun. Aku tidak kenal siapa itu abah. Kata mak, apabila lahirnya aku, aku adalah anak yang sangat disayangi abah walaupun hanya sempat mengecapinya selama 4 tahun. Aku sering dimanjakan oleh abah. Aku rasa bahagia, walaupun aku kurang sekali mengingatinya…..

Semasa abah sakit di hospital, kata mak dan adik beradik lain, aku diseludup masuk ke icu sedangkan kanak-kanak dilarang masuk ke sana. Kerana, Abah nak sangat2 jumpa aku buat kali terakhir. Selepas berjumpa aku, Abah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir…

Kerana Allah kita disini, Kepada Allah lah kita kan kembali

Tapi, ada sesuatu yg aku ingat. Dan aku tidak tahu kenapa aku masih ingat sedangkan usia aku ketika itu hanyalah 4 tahun?. Aku ingat di satu subuh, kakak kejutkan aku. Aku duduk di satu sudut memerhatikan sekujur tubuh yang kaku. Aku tak faham. Tapi aku tahu itu Abah. Kenapa dan bagaimana abah boleh jadi begitu aku memang tidak langsung dapat memahami sedikit pun. Salah seorang kakak aku pimpin aku dan aku mencium pipi abah yang sejuk. Ya Allah, sejuknya memang aku ingat sampai ke hari ini. Hanya itu. Semasa hari kematian abah, hanya peristiwa ini yang aku ingat. Selebihnya aku tak ingat langsung.

Masa tu hanyalah 2 minggu sebelum raya. Mak dan adik beradik bercerita, hanya aku seorang sahaja yang gembira berhari raya. Aku kutip duit raya dengan banyak sekali dan berkata pada mereka di rumah yang sedang bersedih : 
“seronoknya dapat banyak duit raya. Semua orang kata Ita anak yatim”

Ya Allah … itu sangat menyedihkan …

Akhirnya sehingga ke hari ini, aku lalui tanpa adanya Abah di sisi. Hanya kenangan, cerita-cerita dari kakak2 dan abang2,  yang mewarnai ingatan aku terhadap Abah. Aku terasa rindu sangat2 pada abah…namun aku pendamkan…

Malam tadi, aku bermimpi abah. Dia senyum. Tidak bercakap apa2. Abah sangat tenang. Memakai kemeja dan memakai lebai. Dia memeluk dan mencium aku. Aku sedang mendukung anak tapi aku tak pasti siapa yang aku dukung. Lokasinya pun kurang jelas. Semacam di tepi sungai. Wajah abah tidak lah berapa jelas namun aku tahu itu adalah Abah. Mimpi itu bagaikan bercampur2. Namun di akhir mimpi, seolah abah naikkan aku bas. Tapi Abah tak naik bas tersebut.

Ya Allah, sebaknya aku. Apakah itu Abah?

Abah, I miss you so much.

Ya Allah, jikalau mimpi itu adalah kurniaan dariMU, aku bersyukur ke hadratMu Ya Allah, kerana aku rasa bahagia sangat Abah memeluk dan menciumku walaupun di dalam mimpiku
Dan jikalau mimpi itu hanyalah mainan tidurku, ianya tetap berharga dan terkesan di hati ini…




Al-Fatihah Abah .. 

Aku merindukanmu…semoga engkau tenang di sana.. 

Ya Allah, ampunkanlah segala dosanya, cucurilah rahmat ke atas rohnya, lapangkanlah kuburnya dan tempatkanlah dia bersama-sama orang-orang yang beriman.

Abah, moga kita berjumpa di akhirat sana…terima kasih kerana menjadi bapa yang sangat penyayang..

Alhamdulillah....Alhamdulillah...



mimpi oh mimpi....

malam tadi aku mimpi sesuatu yg pelik sekali

aku mimpikan orang, tempat, keadaan dan situasi yang tidak sepatutnya

mimpi itu pelik

aku tak suka

diulangi

aku tak suke pon!



nota kaki ** : mimpi je pon... x yah nak emo sangat #ok

mama, ikan ni buat apa sebelum dia kena tangkap dan kita makan dia?

Mari menyiang ikan sambil berfikir ...

Hari minggu, aku berkira-kira untuk masak ikan hari ini. Ikan aku keluarkan letak di singki. tengah siang ikan tu, maisara datang,

"mama, ikan ni tengah buat apa sebelum kena tangkap?"

Satu pertanyaan keluar dari mulutnya sambil memicit-micit ikan kembung yg aku siang. Aku tersentak namun cuba menjawab pertanyaannya

" Ikan ni berenang-renang la sayang, main-main kat dalam laut"

"Ikan ni takde mama ngan ayah ke?macamana kalau mama dia cari dia nanti?"

Aku terdiam. Sebenarnya diam menyusun jawapan.

"Ikan ni sebenarnya baik sangat. Allah dah ciptakan dia untuk kita manusia makan ikan ni. Dalam ikan ni ada protein. Bila kita makan ikan ni, kita sihat, lepas tu nak solat dan mengaji pun rasa selesa sebab dah kenyang makan ikan. Ikan ni sebenarnya gembira sangat kita makan dia sebab dia dapat tolong kita. Mama dan ayah dia pun sama"

Maisara buat muka confuse. Sumpah aku tak tahu apakah itu yg patut aku beritahu dia. Lepas tu, dia senyum. Lepas tu dia tanya apakah ibubapa ikan itu juga sudah dimakan. Aku cakap ye dan mengatakan Allah menjadikan ikan ini sebagai sumber makanan manusia. Kita hanya perlu berusaha mendapatkannya.


habis sesi soal jawab dia bertanya lagi

"Hmph...kita kene cakap terima kasih dekat ikan ni ke?"

Aku mengangguk

"Ok terima kasih ikan sebab bagi kakak dengan mama makan awak"

selepas itu dia ke ruang tamu bermain dengan adiknya.

Sejurus maisara ke depan, aku termenung pula memandang ikan. Aku sendiri berkhayal pulak apa yang ikan ini lalui di laut yang terbentang luas sana, membesar, mencari makan dan akhirnya tertulis rezeki kami sekeluarga hari ini. Mungkin saja ikan ni berada di samudera yang dalam namun akhirnya ke darat juga kerana telah tertulis ianya rezeki kami. Bagaimana dengan berjuta-juta ikan di laut yang masing2 telah tertulis rezeki siapa?...Allah Maha Besar ...

Oops..jauh plak aku berkhayal hanya kerana pertanyaan kanak-kanak berusia 5 tahun ha ha

Lalu aku pun menggoreng ikan dengan gembiranya ..heh! cam poyo jer

sekadar gambar hiasan ... kite x leh makan ikan ni tapi ikan ni bole makan kite he he



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Bismillahirrahmannirrahim...

Aku masih terus menulis di sini. Hibernisasi bagaikan tiada erti kerana aku sangat ingin bertemu Ungu.
Kadang2 aku seolahnya tidak jujur dengan diri sendiri. Di satu lapangan yang lain aku tersenyum,gembira, dan seperti insan yang lain. Tapi di ungu aku adalah insan yang sering menulis dengan perasaan yang pelbagai. Dengan kekalutan rasa yang aku lalui dengan kehidupan sehari-hari. Aku terlalu jujur dengan ungu. Sehinggakan menerbitkan sedikit kebimbangan dengan selautan kisah di sini.

semalam2 yang berlalu aku sering mencari jawapan pada setiap yang aku lalui. Apa sahaja yang melanda diri, aku akui, ini semuanya berpunca dari diriku sendiri. Aku tidak sekali-kali menyalahkan takdir mahupun orang lain. Allah sangat menyayangiku kerana sering 'menegur' aku. Sehingga aku risau jikalau satu masa nanti Allah tidak lagi memperdulikan aku.

di satu detik, seusai solat aku buntu dengan sikapku sendiri. Seminit aku tenang, seminit lagi aku menjadi seseorang yang penuh amarah.Semalam aku tabah, hari ini aku resah...

Aku mencapai tafsir Al-quran. Aku buka dengan sedikit getaran. Aku resah dan bila aku resah aku akan selalu mengalunkan Ayat-ayat al-quran dan membaca tafsirnya sepintas lalu. sekadar memahami apa yang aku baca sebenarnya.

Entah mengapa keresahan semalam membawa aku untuk membuka tafsir pula. Mataku tertancap pada satu ayat yang sangat mengusik dadaku. Ayatnya berulang-ulang. Aku pun membacanya dan aku menangis.





"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? ?"

Ya Allah, seolahnya ayat itu bertanyaku berulang2 kali kepada Aku! ye, bertanya aku. Aku rasa semacam aje..

Kenapa aku rasa begini?

ianya dari Surah Ar-Rahman, Surah ke 55 dalam Al-Quran.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. 
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; 
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. 
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, 
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; 
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. 
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: 
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; 
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; 
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, 
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; 
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. 
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; 
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; 
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; 
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: 
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: 
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? 
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! 
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; 
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ". 
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! 
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, - 
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; - 
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; - 
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. 
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). 
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. 
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? 
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); 
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; 
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: 
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, 
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; 
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; 
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; 
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.




Ya Allah,

Apakah ini 'teguran'? aku sebak..berhari-hari aku teringatkannya. Ampunkan aku Ya Allah, pada hari2 yg lalu itu aku marah, aku sedih, aku menyalahkan keadaan dengan apa yang terjadi di depan mata aku.. 

Di dalam surah ini ada ancaman dan ada kesenangan yang Allah sudah janjikan..
dengan segala bentuk nikmat dunia, kasih sayang yang ada di sekeliling, anak2 dan harta benda..dan allah bertanya padaku : 

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 

Oh malunya aku...kerana sering tewas pada dugaan yang tertimpa di benakku. 
apa lagi yang belum cukup?apa lagi yang belum cukup? apa lagi yang belum cukup?


lalu aku pun menjadi rindu .. 


Pendamba Salsabil

Ku dambakan segar salsabil
Dalam mengusung kantung amalanku
Dalam menempuh maya mendatang
Jerih menjauh bisikan dari api

Ku dambakan sejuknya air kafur
Tegukku dari piala-piala Kristal
Datangnya  bejana perak indah sekali
Buat penghilang dahaga sesudah panasku
Di padang pengadilan bersama degup nasibku

Aku rindu rindu sayu pada tenangnya
Bersenang di dipan-dipan di tepian sungai mengalir nyaman
Hujungnya  naungan pepohon rimbun
Oh, indah di sini tiada yang sia-sia

Namun hatiku bersarang bimbang
Apakah cukup sujud dan zuhudku
Sudah cukup kuatkah aku menangkis bisikan api
Untuk ku temukan salsabilku ..

Dalam meraih kasih sayang tuhanku,
Aku bersujud lagi bersama getar takutnya aku pada neraka yang berapi-api.


~~ Juwita Maya ~

** Lebih baik aku rasa begini dari langsung tidak rasa begini ..**

** Menangislah kamu sekiranya kamu tidak bisa lagi menangis menangisi dosa-dosa lalu **

Lebih baik aku rasa begini dari langsung tidak rasa begini ..

dan Allah itu maha Pengasih .. Segala Puji-pujian hanyalah bagi Allah :)
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"