Ku mahu hidupmu .. (Kisah Dua Wanita)






Seorang wanita ini, dia hanya seorang pekerja bawahan biasa. Hidupnya sederhana. Dia bekerja demi kelangsungan hidup dan anak-anak yang tercinta kerana pendapatan suaminya tidak menentu..seringkali dia menangis kerana tekanan hidup ini namun cintanya pada keluarga nya begitu mendalam. Dia rela berkorban apa saja..dia redha..
setiap pagi, sebelum ke pejabat, wanita ini sering melihat pada rumah jirannya yang sangat cantik dan kelihatan hebat. Jirannya itu cantik menawan, Suami jirannya ahli perniagaan berjaya, anaknya seorang sahaja. Kereta menjalar memenuhi laman. Jirannya tidak bekerja dan punyai ramai pembantu rumah.Masa luang mereka dihabiskan dengan bercuti di seantero dunia. Hatinya sering terdetik,
"Oh, sungguh indahnya hidup wanita itu, mudahnya hidup dia, dia tidak perlu bekerja, boleh dapat apa saja yang diingini..mudahnya hidup ini untuknya" Dia tersenyum..

Jirannya itu,tanpa disedarinya, sering mengintai pada rutin kehidupannya.Hati jirannya itu sering terdetik,
"alangkah indahnya hidup seperti dia, dia bekerja dan dia sungguh bahagia. Suaminya penyayang,sering ada di rumah untuknya. Penuh kasih dan sayang.dia bekerja dan punyai kawan2 untuk sama-sama berkongsi rasa. Apalah dengan nasibku, rumahku besar namun dalamnya kontang dengan kasih sayang. Anakku ada tapi itu bukan anak kandungku kerana aku tidak bisa hamil..dan semasa di paris barulah aku mendapat tahu suamiku bercinta dengan pelakon baru yg genit itu..alangkah baiknya jikalau aku menjadi dia..hidupnya sederhana tapi sempurna.." dan airmata nya menitis lagi untuk yg entah berapa kalinya.

Inilah kisah hidup 2 wanita..ya, memang kisah ini hanya nukilanku, namun ini sering terjadi pada kita yang bernama manusia. kita sering benar mengimpikan kehidupan yang bukan kehidupan kita sebenarnya. Kita mahukan kehidupan org lain tanpa mengetahui apakah di sebalik kehidupan itu.

Sudah tertulis siapakah kita di dunia ini, setakat manakah rezeki kita, ajal maut jodoh pertemuan, semua itu termaktub di luh mahfuz..

kenapa? kenapa kita sering mengimpikan kehidupan berbeza? kerana kita manusia...tidak pernah puas dengan apa yang ada. Tekanan, masalah dan kesakitan sentiasa ada selagi nyawa masih ada di dalam jasad.

Selalu terdapat perbandingan hidup kita dengan hidup orang lain..

Syukurilah dengan apa yang telah ditakdirkan menjadi milik kita.. sesungguhnya syukur itu lebih tinggi darjatnya daripada sabar :)

sesungguhnya AKHIRAT itulah yang kekal ABADI..

.. Juwita Maya 02/10/2012..
.. aku menulis bukan kerana nama ..

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"