Redha

Hari ini luar biasa touching nye.. di komputer berkumandang lagu 'the climb' nyanyian Miley Cyrus..
Aku mengutip bait2 lirik itu..aku tersentuh, sejak mengetahui berita itu tadi, hatiku tidak keruan..entah apa masa depanku..entah apa pula gunung yg perlu kudaki..entah apa pula corak perasaan yang akan terlukis di situ..

Hatiku .. bersabarlah...dan terimalah takdir itu dengan sabar.. bersedia dengan semua itu..bukankah kehidupan ini telah ditentukanNYA? bersangka baiklah dengan DIA yang maha esa..








A153


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar 

A216


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 



Terlukislah sudah satu kisah, palitan duka yang tercipta di pertengahan hari ini..aku cuba untuk redha..aku cuba menjadi kuat dengan setiap keputusan yang tidak ada daya aku melawannya..aku hanya mampu pasrah pada sebuah ketentuan yang sangat mengguris hatiku...

Aku ingin menjadi insan yang dekat dengan penciptanya. mungkin ada sesuatu kebaikan yang ingin DIA berikan  pada aku kerana aku sering kali berdoa agar ALLAH berikan kebaikan...mungkin keputusan yg mengguris inilah kebaikan namun aku tidak dapat melihatnya sekarang ini..

Wahai jiwaku yang bergelora, aku redha...aku redha...





1 comment:

  1. Manusia akan mengalami situasi yg sama dgn apa yg sedang dilalui Juwita..saya juga tak terlepas dgn masalah2 sedemikian rupa.. kepada Allah kita minta jalan keluar dan pujukan.. dan Allah akan memujuk kita dgn cara yg indah yg tidak kita sangka ianya datang begitu segera.. saya pernah menulis tentang konflik dalaman yg saya pernah rasakan sikit masa dulu, kemudian Allah memujuk saya dgn sebuah video indah dalam pautan yg saya muatkan di dalam penulisan berikut:

    http://satuhala.blogspot.com/2012/04/jangan-sesekali-berputus-asa.html

    Jangan sesekali berputus asa Juwita.. Allah memakbulkan doa kita dengan memberikan kepada kita apa yang kita perlu dan bukan apa yg kita mahu..

    Semoga Allah memberikan kebahagian dan perlindungan kepada Juwita, suami dan keluarga tercinta kepada semua muslimin dan muslimat pada setiap saat dan masa.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen..

    ReplyDelete

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"