Bicara di sunyi-sunyi ..




Ku sentiasa narikan jemari di papan kekunci. Setiap kali kusutnya fikirku…
aku buntu mencari erti atau benarnya laku yang ada di depanku, mahupun akulah pelaku itu.. ..sesiapapun belum tentu faham diri mahupun diri orang lain. Kadangkala disalahtafsir dengan begitu kejam sekali ..mana perginya hati nurani itu? 

Labuh tudung atau sempurnanya solat tidak perlu menjadi ungkitan semata untuk memuaskan  hati sendiri.kadangkala ketawa bukan bermakna hati gembira..

Lurus perbuatan zahir itu tidak bermakna jernihnya silam..Setiap manusia ada kekurangan. Dan jangan ukur nilai kesedaran itu murah harganya sehingga sering disebut bagaikan ia satu dosa . Untuk mendapatkan tenangnya nilai kesedaran itu sehingga aku rasanya ingin berkorban agar aku tidak perlu lagi berpura..

Jangan jadikan ianya satu pengukur perbuatan. Aku juga lemah dengan tuduhan yang menyakitkan. Lukanya sungguh sakit walau tidak Nampak darahnya. ..

… Juwita maya..
… Aku menulis bukan kerana nama..

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"