Ramadhan ini...

Alhamdulillah..masih diberikan peluang untuk aku bernafas di bumi ini..terima kasih ya Allah, aku bersyukur walaupun aku diuji di hari2 awal ramadhan namun aku redha dan sabar dengan ujianMU ya Allah..

Hari ketiga puasa aku diuji dengan sakit kepala yang x tertahankan. tak pernah aku alami sakit kepala yang semacam itu. pening, loya, aku hampir-hampir jatuh tangga semasa nak naik ke ofis. kepala aku macam nak pecah! aku menangis. sakitnya ya Allah...dan aku sedang berpuasa..ya allah, aku merintih bersujud supaya aku dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna.

3 hari aku diuji dengan sakit itu. panadol langsung x berkesan sehinggalah aku ke health centre iium dan meminta ubat tahan sakit yang paling KUAT sekali. Kerana aku perlu sihat sebab aku perlu bekerja sehingga malam. Alhamdulillah..walaupun sakit namun puasa aku x mahu tinggalkan.  Alhamdulillah, setelah berbuka aku makan ubat tahan sakit itu sehingga 2 sekali. esoknya bangun baru lah sakit kepala aku hilang...terima kasih Allah..

Sakit itu penghapus dosa walaupun hanya tertusuk duri di jari.. :)

Bicara di sunyi-sunyi ..




Ku sentiasa narikan jemari di papan kekunci. Setiap kali kusutnya fikirku…
aku buntu mencari erti atau benarnya laku yang ada di depanku, mahupun akulah pelaku itu.. ..sesiapapun belum tentu faham diri mahupun diri orang lain. Kadangkala disalahtafsir dengan begitu kejam sekali ..mana perginya hati nurani itu? 

Labuh tudung atau sempurnanya solat tidak perlu menjadi ungkitan semata untuk memuaskan  hati sendiri.kadangkala ketawa bukan bermakna hati gembira..

Lurus perbuatan zahir itu tidak bermakna jernihnya silam..Setiap manusia ada kekurangan. Dan jangan ukur nilai kesedaran itu murah harganya sehingga sering disebut bagaikan ia satu dosa . Untuk mendapatkan tenangnya nilai kesedaran itu sehingga aku rasanya ingin berkorban agar aku tidak perlu lagi berpura..

Jangan jadikan ianya satu pengukur perbuatan. Aku juga lemah dengan tuduhan yang menyakitkan. Lukanya sungguh sakit walau tidak Nampak darahnya. ..

… Juwita maya..
… Aku menulis bukan kerana nama..
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"