Nilai sesuap nasi



Maaf, aku menulis tentang ini bukan kerana aku menghakimi mereka ini tetapi sekadar mengenang semula erti kehidupan ini. Setelah aku berada di jabatan ini, jabatan yang menjaga kebajikan pelajar2 dan pekerja2 universiti ini dari segi makanan, perkhidmatan dan juga kelancaran dalam hal2 kepenggunaan untuk semua. Apa yang aku ingin coretkan ialah berkenaan erti syukur dan kesusahan yang sangat berkait rapat.

Semenjak dua menjak ini, banyak sangat komplen yang datang ke office berkenaan dengan makanan. Makanan mahal salah, makanan tak sedap salah, tender yang sama pun salah, minta diadakan kedai makan berjenama kerana sudah tidak lalu dengan menu yang sama malahan,  jemu dengan makanan pun hendak diadukan kepada kami. Aku tak berada di unit pemakanan tapi aku memerhati.. 

Pelajar university sekarang sangat lantang dalam memberi pendapat. Tak keterlaluan aku katakan bahawa komuniti di sini sangat manja. Aku tak tahu bagaimana nak describe kan di sini apa kah erti manja itu tetapi aku nak kupaskan  erti syukur yang aku rasakan dipandang sepi di sini.

Sewaktu Abah meninggal, aku hanya berusia 4 tahun (bongsu ) dan emak tak pernah berkahwin lagi dengan bilangan anak 9 orang yang masih kecil. Kami hidup susah. Kakak2 dan abang banyak yang berdikari sendiri. Tapi yang paling mengharukan, walaupun kami ramai dan susah tapi kami tak pernah tak cukup makan. Semasa aku remaja, kakak2 ramai yang dah berhijrah ke Kuala Lumpur dan apabila sesekali diorang balik, itulah masanya mak masak sedap2 sikit dan pada hari itulah aku dapat makan AYAM. Walaupun kami susah tapi mak sentiasa masakkan yang sedap2 untuk kami walaupun hanya ikan kering di masak lemak atau masak asam. Kadang2 kami makan nasik panas dengan minyak ikan dalam kuali dan dicampur sedikit garam. Itulah makanan yang paling sedap aku rasakan.

Jadi, setelah aku dewasa dan bekerja, barulah aku banyak mengenal makanan. Apa itu chicken chop, apa itu nasik kerabu, nasik dagang dan tak keterlaluan aku katakan aku sangat jakun!. Tak pernah jumpa!

Tapi, aku sedih. Air mata aku menitis apabila pelajar-pelajar di university ini merungut pasal makanan! Syukurlah kita masih diberi olehNYA nikmat untuk makan. DIA tak tarik lagi kelebihan untuk merasai makanan.

Hancur hati aku dengan sikap segelintir pelajar di sini yang mengkritik makanan seolah-olah makanan itu sampah!. Hati aku hancur kerana mengenangkan bagaimana emak membanting tulang untuk mencari sesuap nasik

Mungkin mereka-mereka ini adalah insan yang beruntung dan tak pernah hidup susah seperti orang lain. Tapi tolonglah, jangan kerana ada masalah peribadi dengan operator makanan maka minta jabatan kami tutup perniagaannya. 

Aku berharap supaya semua mereka akan diberi kesedaran dan ingatlah, jangan sesekali kita kufur nikmat dari yang maha esa…

2 comments:

  1. Juwita,
    Ini masalahnya dgn budak2 muda sekarang. Diorang x pernah tahu apa erti syukur. Sedangkan rezeki dihadapan diorang tu, seumpama hidangan dari kayangan bagi manusia2 di negara2 yg kebuluran.

    Diorang ni jika menjadi pemimpin masa depan, mrk2 nilah yang akan jadi pemimpin yg merosakkan.

    Sebab tu jugalah skang kita tgk makin byk demo ntah apa-apa menuntut segala macam hak. Makin ramai golongan yg tak reti bersyukur, makin bermasalah masa depan umat dan negara ni.

    Tersentuh hati baca cerita Juwita. Tapi bukankah kehidupan semalamlah yang membentuk kita sebagaimana diri kita pada hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam saudara,
      bukanlah maksud saya menceritakan kepayahan hidup masa lalu saya. tetapi saya kesal dengan mereka yang tidak menghargai nikmat yang maha esa. maaflah saya memang seorang yang emosional. hati saya cepat tersentuh.

      sekarang saya cuba menerapkan nilai itu pada puteri2 saya yang tersayang. saya ajar bagaimana mereka perlu menghargai makanan dengan tidak membazir dan membuang2nya di atas meja makan.

      Terima kasih sekali lagi kerana membaca artikel saya yang tak seberapanya ini . wassalam.. :)

      Delete

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"