Menghijabkan hati....sukar sebenarnya!


ish...kenapa pulak aku nak rasa macam ni? entah. Kerja aku berurusan dengan orang ramai. Lelaki mahupun wanita. Kadang2 kami bergurau. Aku risau..

Apakah suaraku terlalu lembut sehinggakan menimbulkan perasaan pada mereka yang hatinya berpenyakit? atau terlalu keras sebagai seorang muslimah?

Apakah kelakuanku sangat melampaui batas dan Allah murka padaku?

Apakah baju yang ku pakai ini tidak benar2 menutupi auratku? sehingga lelaki bebas memandang walau dari bahagian mana yang mereka sukai?

Apakah hati aku ini sudah bebas dari penyakit2 yang selalu berjangkit. Mengumpat, mengeji, hasad dengki...

Kadang-kadang aku terlupa dan terus lupa bila aku asyik sangat ketawa.

Tapi tersedar semula bila rasanya asyik sesal melata selepas setiap satu-satu bicara.

Aku perempuan. Diriku sendiri itu auratku. bagaimana ini??

Tidak ada manusia yang sesempurna yang Maha Esa.

Memang, memakai hijab itu senang. Namun menghijabkan hati, akhlak dan tutur kata itu sukar..hanya keimanan itu penyelamat.. mintalah pertolongan dari Allah yang maha membolak-balikkan hati manusia..minta dikekalkan pada jalan yang lurus..bukan jalan kesesatan..

Peringatan pada diriku..dan sesiapa sahaja yang sudi membacanya..

... Juwita Maya ~~ .. aku menulis bukan kerna nama...

syabas anakku sayang

maisara : mama, kenapa kita kena pakai tudung?
mama : sebab kita orang islam. Kita kena pakai tudung sebab kita kena tutup rambut, tutup badan kita dengan baik untuk mengelakkan orang berbuat sesuatu yang tak baik pada kita. lagipun tuhan suruh kita jaga diri kita dengan tutup kepala dan badan kita.
maisara : mama, kakak nak pakai tudunglah. sebab kakak orang islam. kakak tak nak orang buat tak baik dekat kakak ke, dekat mama ke, (kemudian terus baca doa ibubapa yang diajar di sekolah).




Alhamdulillah...sekarang anakku dah bertudung. kemana sahaja pergi mesti nak bertudung..ke sekolah kata cikgunya dia tak nak bukak tudung tu. bila aku nak bagi dia pakai gaun, mesti dia nak pakai seluar di dalamnya dan cakap pada aku, "kakak tak naklah baju tu seksi".. Ya Allah, semoga usaha dan doaku ini kekal dengan pertolonganMU Ya Allah bantulah aku dalam mendidik anakku mentaatiMU ... Terima kasih Allah.. Terima Kasih ALLAH... Terima Kasih Allah atas segala kurniaan MU :)



Nilai sesuap nasi



Maaf, aku menulis tentang ini bukan kerana aku menghakimi mereka ini tetapi sekadar mengenang semula erti kehidupan ini. Setelah aku berada di jabatan ini, jabatan yang menjaga kebajikan pelajar2 dan pekerja2 universiti ini dari segi makanan, perkhidmatan dan juga kelancaran dalam hal2 kepenggunaan untuk semua. Apa yang aku ingin coretkan ialah berkenaan erti syukur dan kesusahan yang sangat berkait rapat.

Semenjak dua menjak ini, banyak sangat komplen yang datang ke office berkenaan dengan makanan. Makanan mahal salah, makanan tak sedap salah, tender yang sama pun salah, minta diadakan kedai makan berjenama kerana sudah tidak lalu dengan menu yang sama malahan,  jemu dengan makanan pun hendak diadukan kepada kami. Aku tak berada di unit pemakanan tapi aku memerhati.. 

Pelajar university sekarang sangat lantang dalam memberi pendapat. Tak keterlaluan aku katakan bahawa komuniti di sini sangat manja. Aku tak tahu bagaimana nak describe kan di sini apa kah erti manja itu tetapi aku nak kupaskan  erti syukur yang aku rasakan dipandang sepi di sini.

Sewaktu Abah meninggal, aku hanya berusia 4 tahun (bongsu ) dan emak tak pernah berkahwin lagi dengan bilangan anak 9 orang yang masih kecil. Kami hidup susah. Kakak2 dan abang banyak yang berdikari sendiri. Tapi yang paling mengharukan, walaupun kami ramai dan susah tapi kami tak pernah tak cukup makan. Semasa aku remaja, kakak2 ramai yang dah berhijrah ke Kuala Lumpur dan apabila sesekali diorang balik, itulah masanya mak masak sedap2 sikit dan pada hari itulah aku dapat makan AYAM. Walaupun kami susah tapi mak sentiasa masakkan yang sedap2 untuk kami walaupun hanya ikan kering di masak lemak atau masak asam. Kadang2 kami makan nasik panas dengan minyak ikan dalam kuali dan dicampur sedikit garam. Itulah makanan yang paling sedap aku rasakan.

Jadi, setelah aku dewasa dan bekerja, barulah aku banyak mengenal makanan. Apa itu chicken chop, apa itu nasik kerabu, nasik dagang dan tak keterlaluan aku katakan aku sangat jakun!. Tak pernah jumpa!

Tapi, aku sedih. Air mata aku menitis apabila pelajar-pelajar di university ini merungut pasal makanan! Syukurlah kita masih diberi olehNYA nikmat untuk makan. DIA tak tarik lagi kelebihan untuk merasai makanan.

Hancur hati aku dengan sikap segelintir pelajar di sini yang mengkritik makanan seolah-olah makanan itu sampah!. Hati aku hancur kerana mengenangkan bagaimana emak membanting tulang untuk mencari sesuap nasik

Mungkin mereka-mereka ini adalah insan yang beruntung dan tak pernah hidup susah seperti orang lain. Tapi tolonglah, jangan kerana ada masalah peribadi dengan operator makanan maka minta jabatan kami tutup perniagaannya. 

Aku berharap supaya semua mereka akan diberi kesedaran dan ingatlah, jangan sesekali kita kufur nikmat dari yang maha esa…

Bimbang


Ada Satu jiwa ini..bimbang….
Kerna hatinya sudah bergoncang lain..
Dulu dia lembut, hatinya lembut..cahaya meresap dan memberi makna
Dulu dia setia bermunajat kepada penciptanya, merintih dalam kedinginan pagi..
Dulu matanya basah, kolam matanya kaca, menangisi wayang silam.
Dulu bibirnya senyap, hanya irama damai meniti ulasnya..
Dulu auratnya kemas..kejap dan teguh..
Dulu akhlaknya tertib, sejuk dan lurus.. wajib penuh sunat pun terpelihara..
Dulu dia rasa dekat sekali dengan penciptanya..tenang dan damai..

Hari ini dia bimbang, bimbang sekali

Kerna dia sekali ini sukar sekali menangis..

Dia menangis bimbang tidak mampu menangis lagi..

Hari ini dia sedar hanya yang sia-sia terbit dari bibirnya
Hari ini dia tersentak, lalai benar dia menjaga aurat dan akhlaknya
Hari ini dia kesal, lenanya terus ke pagi
Hari ini dia rasakan penciptanya kini jauh sekali .. gusar dan gundah jiwanya itu..

Semalam sangat menyesalkan..kerana dulunya sangat tenang dan jitu..
Semakin dia bimbang dan semakin kesal hatinya..

Wahai jiwa itu,masih belum terlambat engkau kembali.. ~

Penciptamu itu  maha PENGAMPUN ..

~~Juwita Maya – 11 May 2012-04.12pm .. aku menulis bukan kerna nama~~



Observe your Aurah!

Kempen Menutup Aurat

Assalammualaikum

Sebenarnya kempen ni dah lama diadakan di university ini Cuma aku baru je nak posting di sini. Aku rasa ini usaha yang sangat bagus sebab university ini semakin lama semakin hilang nilai islamnya. Kalau dulu sesiapa yang masuk perlu menutup aurat, sekarang ni orang islam sendiri masuk tak pakai tudung selamba ajer..yang cina pulak berselendang bagai…hmpph..apa nak jadi..dunia sekarang ini..

Sejak ada rector baru, Puan rector cuba menerapkan nilai islam itu semula dengan mengadakan doa sebelum memulakan kerja. Doa boleh didengari dari masjid untuk semua komuniti di sini. Puan rektor juga berusaha dan menyeru untuk kesemua komuniti bersolat berjemaah waktu zohor dan asar.

Dan aku harap usaha ini akan berterusan untuk selamanya… 


Aku sempat ambil beberapa gambar sepanjang kempen berlangsung.. 




Good one!



 yang ni memang patut sebab kadang2 student pun selamba jer pakai macam ni pergi kelas.. aku rasa islam tak pernah menghalang kita berfesyen asalkan ianya menutupi aurat dengan sempurna..x salah kalau baju itu dilabuhkan sedikit..



*Semoga aku akan terus beristiqomah dalam menjaga auratku..amin...Ya Rabbal Alamin..aku perlu bimbingan MU ya Illahi...

I Love Islam! Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslim :) Thank You ALLAH !


- Juwita Maya-

Aku Wanita Biasa




 
Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"