Ungu saja belum cukup.. ..

baiklah, memang aku berkongsi segalanya dengan ungu..aku luahkan segalanya pada Ungu..lepas aku luahkan aku rasa puas..hati aku tenang..namun, sampai bila...

Aku harus mengakui bahawa aku tidak telus..maaf, bukan aku tidak jujur meluahkan di sini cuma di sini aku tidak bercerita secara mendalam..sehabis-habisnya meluahkan..kerana ..aku tahu di sini akan ada yang membaca dan aku malu..

jadi, aku ambil keputusan untuk menulis buku perasaan aku sendiri seperti dulu-dulu..ianya seperti diari cuma ianya lebih mendalam untuk aku meluahkan..kadang2 aku rasa lemas apabila jemariku menulis di ungu kerana adakalanya jemari ku tidak dapat menaip benda yang sepatutnya.. aku masih lagi seorang yang suka memendam rasa dari meluahkan segala..

biarlah ungu ini hanya medan aku bercerita tentang apa yang berlaku di sekelilingku namun bukan perasaan ku..

Ungu juga banyak memperkenalkan ku kepada rakan2 blogger yang baru.. terima kasih ungu..kau masih temanku..

Ungu, sejak akhir2 ini aku asyik memikirkan tentang buku perasaan..
maaf... aku tidak bagus dalam menyembunyikan perasaan seperti orang lain..aku tidak bijak dalam menyimpan riak wajah..kerana itulah dari dahulu aku lebih suka menulis...menulis dan menulis tentang apa sahaja yang aku rasa, dengan siapa aku menjeruk rasa, dan apa yang aku inginkan..rasanya sangat lega apabila dapat menulis ...

memang aku sensitif..dan aku tak nafikan itu kerana aku akan menulis apa sahaja apa yang aku rasa cuma rasanya biarlah aku ada batas dengan ungu kerana sesetengahnya aku cuma ingin aku dan DIA sahaja yang tahu ..xoxo..

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"