Engkau memang cantik :)


Hari ini aku nak mencuba dalam membuat rumusan tentang buku-buku yang aku baca. Ini baru percubaan. Dah lama aku teringin nak buat tapi asyik tak jadi jer.. kekangan masa dan juga ayat-ayat yang ingin aku karang. 






Kadang-kadang aku ada idea nak tulis tapi tak tahu macamana nak jadikan ianya satu ayat. Lagipun aku tak pandai nak menggunakan bahasa-bahasa ilmiah dan bahasa melayu tinggi Cuma aku mampu mengupas sebuah buku mengikut cara aku nan tersendiri.. cita-cita aku yang sebenar ialah menjadi seorang Editor. Diulangi, Editor” hehehheehhe…nak tergelak ekk kan?  Aku ingin menjadi seorang editor Majalah yang membincangkan isu wanita dan islamik juga memiliki kolum aku sendiri untuk berkarya he he he… (tinggi bebenor cecita ) Cuma aku ni malas skit. Novel tak siap-siap, cuba tulis skrip tak pernahnya abis-abis. Last-last asyik merapu kat blog ungu nih hehheh..

Hari ini aku nak mengupas dan menyelami tentang sebuah buku yang bertajuk “Engkau Memang Cantik : Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu” (aku tak beli buku ni kerana aku perasan aku cantik  :P )

Aku akui, semua wanita sukakan sesuatu yang cantik. Golongan2 peniaga dan pengeluar semestinya mensasar kan golongan pembeli yang terdiri daripada wanita. Dan ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan melariskan barang dagangan mereka dengan menggunakan wanita.

Dari dalam buku ini juga aku dapat temukan satu panduan yang sebenarnya untuk wanita berpakaian. Menutupi aurat bukan sekadar meletakkan sekeping kain di atas kepala. Tetapi menutupi dengan mengikut syariat.
Last but not least, aku nak tuliskan satu pernyataan yang paling aku suka :

“ Ketaatan kepada syariat bukan sebagai alasan untuk meminggirkan perhatian terhadap penampilan diri. Islam muncul bukan berlagak sebagai pembelenggu kecantikan, namun hanya mengatur saatnya bila harus ditampilkan dan bila harus disembunyikan segala kecantikan yang dimiliki.”

Aku adalah ahli sebuah kumpulan usrah yang bernama “We are beautiful Allah loves us”..kumpulan ini menekankan bahawa bila kita berhijab, kita ada kuasa  untuk memilih. Kita memilih untuk menjaga diri kita, rambut kita dari pandangan orang yang tidak berhak memandangnya. We cover our head, not our mind.
So, buku ini memang sangat best dan aku menyukainya.

2 comments:

  1. Salam Juwita,
    Saya sangat suka dengan pernyataan berikut ..

    kumpulan ini menekankan bahawa bila kita berhijab, kita ada kuasa untuk memilih. Kita memilih untuk menjaga diri kita, rambut kita dari pandangan orang yang tidak berhak memandangnya. We cover our head, not our mind.

    Sya sedang menulis sebuah buku mengenai Hak Asasi Wanita dalam Islam.. bahagian2 penulisan tu saya muatkan dalam blog sbg. artikel.

    Ada sebuah artikel yg sedang saya tulis yg sya ingin menggunakan quote di atas di dalam penulisan tersebut utk artikel (yg InsyaAllah akan dimuatkan ke dalam sebuah buku nanti) yg akan saya publish dlm waktu terdekat ni.

    Harap dpt keizinan utk menggunakannya dan merujuk blog Juwita sbg sumber di mana quote itu diambil. Kenyataan yg sangat menarik dan mmperkasakan. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, terima kasih kerana menyukai tulisan saya :) pernyataan berikut juga menjadi pegangan saya apabila ada segelintir pihak yang suka menunding pada "tudung labuh". kalau kita perhatikan, ada sahaja yang berkata "ah, tudung saja labuh tapi perangai macam...." saya marah sangat. saya pun bercita-cita untuk menulis sesuatu yang seperti ini. saya ingin membela wanita yang bertudung tapi tetap dilabelkan sedemikian rupa.

      berkenaaan buku saudara itu, saya tak kisah jikalau saudara ingin menggunakan apa2 daripada blog saya ini malah saya sangat berbesar hati :).. nanti kalau buku saudara dah publish, saya ingin sangat membeli buku saudara dengan tandatangan.. :) thank u so much!

      Delete

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"