Engkau memang cantik :)


Hari ini aku nak mencuba dalam membuat rumusan tentang buku-buku yang aku baca. Ini baru percubaan. Dah lama aku teringin nak buat tapi asyik tak jadi jer.. kekangan masa dan juga ayat-ayat yang ingin aku karang. 






Kadang-kadang aku ada idea nak tulis tapi tak tahu macamana nak jadikan ianya satu ayat. Lagipun aku tak pandai nak menggunakan bahasa-bahasa ilmiah dan bahasa melayu tinggi Cuma aku mampu mengupas sebuah buku mengikut cara aku nan tersendiri.. cita-cita aku yang sebenar ialah menjadi seorang Editor. Diulangi, Editor” hehehheehhe…nak tergelak ekk kan?  Aku ingin menjadi seorang editor Majalah yang membincangkan isu wanita dan islamik juga memiliki kolum aku sendiri untuk berkarya he he he… (tinggi bebenor cecita ) Cuma aku ni malas skit. Novel tak siap-siap, cuba tulis skrip tak pernahnya abis-abis. Last-last asyik merapu kat blog ungu nih hehheh..

Hari ini aku nak mengupas dan menyelami tentang sebuah buku yang bertajuk “Engkau Memang Cantik : Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu” (aku tak beli buku ni kerana aku perasan aku cantik  :P )

Aku akui, semua wanita sukakan sesuatu yang cantik. Golongan2 peniaga dan pengeluar semestinya mensasar kan golongan pembeli yang terdiri daripada wanita. Dan ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan melariskan barang dagangan mereka dengan menggunakan wanita.

Dari dalam buku ini juga aku dapat temukan satu panduan yang sebenarnya untuk wanita berpakaian. Menutupi aurat bukan sekadar meletakkan sekeping kain di atas kepala. Tetapi menutupi dengan mengikut syariat.
Last but not least, aku nak tuliskan satu pernyataan yang paling aku suka :

“ Ketaatan kepada syariat bukan sebagai alasan untuk meminggirkan perhatian terhadap penampilan diri. Islam muncul bukan berlagak sebagai pembelenggu kecantikan, namun hanya mengatur saatnya bila harus ditampilkan dan bila harus disembunyikan segala kecantikan yang dimiliki.”

Aku adalah ahli sebuah kumpulan usrah yang bernama “We are beautiful Allah loves us”..kumpulan ini menekankan bahawa bila kita berhijab, kita ada kuasa  untuk memilih. Kita memilih untuk menjaga diri kita, rambut kita dari pandangan orang yang tidak berhak memandangnya. We cover our head, not our mind.
So, buku ini memang sangat best dan aku menyukainya.

aku ingin hindari...titik hitam dan apa jua yang mengingatkan aku pada titik hitam..


Sejak dari malam tadi aku terfikir..kenapa aku mesti mendekati titik hitam yang telah lamanya ia menciptakan kekalutan di hati dan jiwa nuraniku.. dan tika aku menatapnya, aku terasa ingin menulis semula..bagaikan aku ingin menulis di dinding-dinding dan kaki lima,di ungu dan di mana saja tentang rasa ini..aku bagaikan disiat2 dengan selumbar kayu apabila aku mendengar suaranya itu..aku bagaikan disiram seribu duri ketika menatap wajah itu..
memang..memang aku penuh emosi namun aku rasional kerana aku meninggalkan titik hitam itu..

Di sekeliling titik hitam pula ada warna warni kehidupan dulu yang sangat menyenangkanku..lalu perlu kah aku jauhi warna itu hanya kerana aku bencikan titik hitam itu??

Tuhan, aku mohon kepadamu akan kekuatan hatiku menolak perasaan yang ada itu..sehabis dayaku agar aku tidak lagi tersesat di hutan nafsuku..

....berapa kali harus aku bicarakan pada ungu bisu aku cuba untuk melawan menolak saki baki rindu yang masih lagi bertamu.. aku harap....aku tidak lagi keliru...

~~ juwita maya ~~ 14 April 2012

Ungu saja belum cukup.. ..

baiklah, memang aku berkongsi segalanya dengan ungu..aku luahkan segalanya pada Ungu..lepas aku luahkan aku rasa puas..hati aku tenang..namun, sampai bila...

Aku harus mengakui bahawa aku tidak telus..maaf, bukan aku tidak jujur meluahkan di sini cuma di sini aku tidak bercerita secara mendalam..sehabis-habisnya meluahkan..kerana ..aku tahu di sini akan ada yang membaca dan aku malu..

jadi, aku ambil keputusan untuk menulis buku perasaan aku sendiri seperti dulu-dulu..ianya seperti diari cuma ianya lebih mendalam untuk aku meluahkan..kadang2 aku rasa lemas apabila jemariku menulis di ungu kerana adakalanya jemari ku tidak dapat menaip benda yang sepatutnya.. aku masih lagi seorang yang suka memendam rasa dari meluahkan segala..

biarlah ungu ini hanya medan aku bercerita tentang apa yang berlaku di sekelilingku namun bukan perasaan ku..

Ungu juga banyak memperkenalkan ku kepada rakan2 blogger yang baru.. terima kasih ungu..kau masih temanku..

Ungu, sejak akhir2 ini aku asyik memikirkan tentang buku perasaan..
maaf... aku tidak bagus dalam menyembunyikan perasaan seperti orang lain..aku tidak bijak dalam menyimpan riak wajah..kerana itulah dari dahulu aku lebih suka menulis...menulis dan menulis tentang apa sahaja yang aku rasa, dengan siapa aku menjeruk rasa, dan apa yang aku inginkan..rasanya sangat lega apabila dapat menulis ...

memang aku sensitif..dan aku tak nafikan itu kerana aku akan menulis apa sahaja apa yang aku rasa cuma rasanya biarlah aku ada batas dengan ungu kerana sesetengahnya aku cuma ingin aku dan DIA sahaja yang tahu ..xoxo..
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"