Sihat sebelum sakit..

Di office ini ada seorang kakak yang baru transfer masuk ke dept aku.Kakinya cedera kerana jatuh ketika memanjat gunung. Sekarang ni dia berjalan dengan memakai tongkat..apa yang ingin aku utarakan di sini ialah tentang sesuatu yang aku belajar ketika melihat dia berjalan menggunakan tongkatnya. Allah kurniakan kita dua kaki untuk kita berjalan di atas muka bumi ini. Apabila kaki kita cedera, nikmat itu telah Allah tarik sedikit untuk memberi ujian kita sebagai hambaNYA. Aku sebak apabila melihat kakak itu bersolat. Dia masih bersolat secara berdiri. Tapi dia bersolat dengan pergerakan yang sangat lambat.

Aku tengok ramai yang kakinya sihat tapi culas sangat nak bersolat. Tubuh badan sihat sempurna namun tidak mengambil pelajaran apabila melihat orang yang tidak bernasib baik bersolat. Orang yang kurang upaya bersolat dengan cara duduk, dan percayalah, mereka-mereka yang terlantar sakit itu sebenarnya kepingin sekali untuk bersolat. Namun.....

Masa.. Kita telah lama diberikan masa dan usia untuk bersujud kepadaNYA.
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..
Sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
lapang sebelum sempit
kaya sebelum miskin dan..
Hidup sebelum mati... :)

Ya Allah, aku tahu banyak dosaku..hanya ingat KAMU dalam dukaku... Ampunkan aku..

antara aku dan dia

Entah mengapa sejak akhir2 ini tangan ini malas sekali mengetuk keyboard..sedangkan terlalu sarat benda yang ingin aku luahkan di sini...

Hati masih lagi sedih dengan berita tentang adik DIRANG atau nama sebenarnya Nurul Nadhirah Abdullah yang dibunuh kejam..aku sebenarnya tak tahu apa lagi yang patut aku labelkan kepada pelaku yang memperlakukan adik ini sedemikian rupa...apa yang pasti, si kecil ini akan terus ke syurga...tempatnya pasti..

Semenjak dua menjak ini aku bagai berbolak balik dan sarat dengan kemahuan yang tidak pasti..aku perlukan teman untuk berbicara namun tiada siapa yang aku kira dapat memahami kemahuanku..tidak ada seorang pun yang akan dapat kuceritakan perasaan aku yang berpusng-pusing bagaikan puting beliung namun pusingnya hanya di dalam hatiku..

Semalam aku cuba untuk bercakap walaupun perbualan dan nada bual kami dah tak sama macam dulu. aku x mahu salahkan masa tapi entah lah mungkin kami sama2 ada salah. Aku selalu konon2 cerita sebenarnya sedangkan aku ceritakan apa yang aku mahukan..

Demi rasa cinta yang pernah semarak satu ketika dulu aku telan apa jua..kerana aku bersalah terhadap dia..aku patut doakan dia dan muliakan dia.

Walau ikhlas macam senang tapi susah untuk dilaksanakan .. .. -_-

Aku tak nak merungut kerana Allah tak berikan apa yang aku mahukan, tetapi memberikan apa yang aku perlukan.. tak patut aku bermasam muka pada amanah. Tapi aku pun kadang-kadang rasa meluat. Rasa macam ***7^&%^&^^^&&*^*&^ !!! ..

Hidup ini terlalu bersimpang siur dan beralun-alun.

Aku cuma mengharapkan dan berdoa semoga semuanya ok.. ~~

Alhamdulillah...hadiah sudah sampai... :)


Yea! hadiah GA Edast dah sampai ...best dapat hadiah!!
Thank u Edast... :)

Dealova, berhenti mengingati aku! (Tentang SeSeorang)



Posting ini untuk seseorang..
**maafkan aku insan, aku tidak boleh menahan diri dari menulis sesuatu tentang kamu..**

Dealova, itu perit. Perit sekali untuk menerima segala hakikat yang pernah terjadi antara kita. Aku tersesat menuju hatimu..aku lelah dengan perasaan yang menjerut leherku lalu aku pergi tinggalkan cinta lara itu..

Dealova, rindu itu pedih..aku hanya ingin berhenti dari mengingatimu. Aku tidak betah lagi mencari arah cinta itu..

Dealova, berhentilah dari mengingati aku dan mengingati kisah lalu..Itu palsu. Kita tidak mungkin....

Solat Dhuha... and me :)

Assalammualaikum..

Firstly aku nak bagitahu bahawa ini bukanlah artikel aku yg sebenar kerana aku ambil daripada blog org lain **kredit to gadishanim.blogspot :)

Tapi aku ingin berkongsi pada semua tentang solat dhuha ini..bagaimana aku mendapat ketenangan dengan solat ini...ketika hati aku bercelaru..Ya Allah, terima kasih di atas segala rahmatMU..


** ** ^_-

Rasulullah SAW bersabda,

" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat."

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Riwayat Al-Tabrani)

** -_^

Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan?

Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila?

Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.

Rasulullah SAW menjelaskan:

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

^_- **

Bagaimana cara melaksanakannya?

Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha.
Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah
surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut
diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Saya biasanya baca Surah Dhuha pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Itu apa yang mama ajarkan pada saya.

Niat Solat Dhuha:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Doa:

Description: http://nursyirah.files.wordpress.com/2008/04/solat-dhuha-lates.jpg?w=400&h=247

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Sumber : tayibah.com dan nursyirah

**Cubalah..INSYAALLAH... :)


Bingkisan buat suami

(** nota ini aku ambil dari blog dr.harlina siraj..my idol..:) sesuai untuk semua.. )

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 1 - Pertahankan niat ikhlasmu menikahiku dulu semata-mata kerana Allah SWT, tidak untuk yang lain. Obor keikhlasan itu menjadi sinar penerang semasa bahtera kita belayar dalam kegelapan malam. Perbaharui tekad dan azam, bersihkan niat dari sebarang pencemaran - sesungguhnya nilaianku disisimu hari ini banyak bergantung pada kayu ukur yg diguna semasa mahu menyuntingku dulu. Ketika itu - antara kecantikan, pangkat, harta dan agama - yg mana satukah pilihan hatimu?

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 2 - Istiqamahlah di atas jalan Allah. Contohi Rasulullah SAW dalam menerajui bahtera rumahtangga ini. Itulah jalan yg kami idam-idamkan, lorong cahaya yg akan membawa kita semua kpd redha Allah. Janganlah terleka, lalai dan cuai memegang amanah berat ini. Doa kami - isteri dan anak-anakmu - moga dikau diberi kekuatan utk terus memimpin kami semua ke Jannah. Amin

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 3 - Ayohlah bersama kita pertingkatkan bekalan iman, taqwa dan ilmu pengetahuan untuk menerajui bahtera yang sarat dengan amanah ini. Marilah bersedia menghadapi ribut taufan yg bakal melanda dengan ikatan ukhuwwah yg mantap dan jitu. Jgn tinggalkan kami di belakang ataupun membiarkan kami mara di hadapan tanpamu bersama. Kepimpinan kolektif, dipandu dgn syura yg meluas, akan membawa ke destinasi abadi, InsyaAllah.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 4 - Belajarlah menyayangi isterimu ini sedaya mampu. Letakkan diriku di satu sudut khas dalam ruang hatimu. Sesekali tunjukkan kasihmu kepadaku di hadapan anak-anak, agar mereka merasa aman, tenang dan terjamin selamat. Sekiranya cinta makin pudar dan hambar, mohon jangan dihina dan dicerca, apatah lagi dipersia dan dianiaya. Cukuplah aku dihormati sebagai seorang ibu kepada anak-anakmu.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 5 - Ketahuilah betapa menggunung tinggi harapanku saban hari mahu memburu gelaran solehah, sebaik-baik kenikmatan dan perhiasan dunia ini buatmu! Namun, tanpa didikan, dorongan, sokongan dan bantuanmu, ianya hanya cita-cita kosong yg mustahil mahu digapai. Duhai suamiku yg budiman, permudahkanlah perjalananku menuju redha Allah. Mohon jgn dipersulit dan dihalang dgn seribu satu rintangan, cetusan dendam kesumat iblis & syaitan.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 6 - Betapa indahnya ketentuan Ilahi, setiap makhluk-Nya diciptakan berpasang2an. Ketentuan-Nyalah saja yg mempertemukan kita berdua dlm sebuah ikatan yg suci ini, di celah2 berbillion manusia. Pastinya penyatuan ini ada hikmah agung disebaliknya - ayoh kita beriringan berbekal aqidah yg sama, hasrat yg satu menuju redhaNya. Sinergi kita harus mampu melonjak potensi dan kudrat - mudah2an akhirnya, kita sama2 jadi insan LUAR BIASA! Amin!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 7 - Mudahnya kita terlupa, ada amanah hebat yg terpikul di bahu masing2. Melalui kebersamaan kita dlm rumahtangga, kita perlu mewujudkan sebuah taman asuhan sebagai medan latihan anak2 menjadi manusia berguna, sebuah kubu tempat mereka berlindung dari kemelut gelora dunia dan sebuah bahtera yg melayari kehidupan dunia menuju ke akhirat. Jgn terus terleka! Ayoh saling ingat-mengingati, agar jangan nanti ada kesal di hati!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 8 - Mohon santuni jiwa dan perasaan halus isterimu ini. Tunjukkanlah layanan yg molek di hadapan teman dan tetamu. Panggillah daku dengan lembut dan kasih sayang, bukan nada tegas, garang dan keras. Kewibawaanmu tetap menyerlah, sekiranya engkau mampu meraih hormat/thiqah isteri & anak2 tanpa perlu meninggi suara & perilaku kasar yg mengguris rasa.

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 9 - Yakinlah, akan daku pastikan anak2 kita hanya mendengar yang terbaik dari mulutku mengenai dirimu. Agar mereka sentiasa sedar, betapa bertuahnya mereka mempunyai ayah sepertimu. Namun, perelokkanlah akhlak dan layananmu terhadap diriku - kerana sesungguhnya anak-anak sedang memerhati!

BINGKISAN BUAT SUAMI : Nota 10 – Bertahanlah untuk terus menjadi pohon tegap tempat kami berteduh. Sesekali ditimpa hujan lebat, ada waktu ditiup putting beliung – namun pohon yang akar tunjang aqidahnya mencengkam bumi tidak akan mudah rebah menyembah tanah. Panjatkanlah doa qudusmu di waktu dikau bangun berqiyam di kegelitaan malam, moga Allah SWT menghantar bantuan-Nya untukmu istiqamah membimbing daku dan anak-anak kita menempuh jalan ke syurga!
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"