S.e.e.k.e.r.s





Salam 1 Malaysia! wwuuhuu..
Ok, aku bagai digaru2 hati untuk menulis tentang ini..diharap
kan isu ini tidak dibesarkan smpai naik turun mahkamah saman menyaman (konon...)
kerana aku hanya menyampaikan buah fikiran aku...hmph...ok...
Malam tadi sesambil melepak tgk TV ngan maisara tetiba tertengok channel NTV7 yang menyiarkan rancangan SEEKERS. Oleh kerana dah x de cerita yang menarik jadi aku pun tengoklah cerita ni. Pas tu maisara tanya "mama, ma
na hantu? kakak x nampak pun". Citer ni rasanya satu Ma
laysia dah tahu konsepnya. Pergi tempat terbiar, rumah usang, pasang kamera dan letak seorang volunteer di tempat yang 'keras'itu. Macam-macam lah yang volunteer tu dengar la, n
ampak la, sampai terjerit2 dan juga ada yang mcm kene rasuk.
Mereka berhubungan melalui walkie talkie. Okeh, aku x mo cakap besar di sini. Aku pun penakut juga. Tambahan kal
au dengar cerita misteri lagi lah aku takut dan aku harap aku x jumpa benda2 yang sedemikian huu.... tapi, kalau aku tonton cerita ni, sori to say la...kadang2
aku nk tergelak.

First, sebab terdengar cerita2 saksi. maybe betul kot diorang nampak benda2 tu tapi biasa la.....syaitan tu kan ada....ALLAH SWT kan ciptakan syaita
n..dan syaitan sendiri bersumpah nak sesatkan kita anak-anak Adam utk sama-sama ke neraka jahanam...so, tak mustahil apa yang mereka nampak itu adalah 'itu' dan menampakkan diri mereka adalah sebahagian misi mereka untuk menyesatkan kita....beria-ia dok cerita sampai berkerut-kerut muka tu...
second, masa diorang setup kan lokasi tu. Siap cakap macam2 kat volunteer tu tentang tempat tersebut. Kira cam brainwash lah..(terus terang cakap, kalau org cakap kat aku camtu, gelap2 plak tu, mmg benda takde pon aku rasa ada)..

Pas tu, dalam pada berinteraksi diorang akan bagitahu ada nampak benda lah, rasa sesuatu lah...bla bla bla... (yang aku rasa itu sume mainan minda)..

perhatikan betul2 ayat Al-Quran ini :

Iblis & Syaitan musuh yang nyata
Hai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa (Adam dan Hawa) kamu da
ri syurga, ia menanggalkan keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kedua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa mel
ihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al Araf, Ayat
27)

“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.”
(Surah Yasin, 36:60)


** Jadi, kesimpulannya, syaitan itu adalah musuh kita yan
g paling nyata sekali...kalau kita x suka cari musuh dalam selimut, mengapa kita mencari musuh yang 'nyata'?

Entahlah, aku rasakan rancangan ini tidak ada motif..lebih baik menonton Teletubbies bersama Maisara...Wallahhualam...

Agama Islam ini sangat indah..jangan dicemari dengan ke
percayaan dan perbuatan khurafat...kelak rugi di
akhirat sana..wassalam...


**


** Pelik..dah ada pendedahan mcm ni pon NTV7 masih nak siarkan juga...hmph.....***


No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"