emosional di PPUKM

Baby Imaz.. moga Allah lindungimu selalu... :)

Semua orang ada perasaan emosional..di sesetengah keadaan di mana kita seharusnya emosional..bukannya emosi tak bertempat. Hanya cara orang menanganinya saja yang berbeza. Ada yang terlebih-lebih, ada juga yang control supaya orang tak perasan riak wajah emosinya.

Tapi cerita emosi yang ingin aku kongsikan di sini ialah tentang jiwa yang suci, yang kontang dengan kasih sayang dan hanya menumpang pada yang sudi hulurkan secebis kasih murni..tersentuh naluri keibuanku melihat seraut wajah suci yang aku lewati di PPUKM.

Anak yang tidak punya ibu dan bapa, yang sakit dan ditempatkan di sini. Tiada sesiapapun menemani, sesiapapun tidak dibenarkan memegangnya. Adakala dia menangis sendiri, kadangkala tertidur dan menyusu sendiri. Menitis airmataku melihat tubuh kecil yang meminta belaian pada sesiapa saja yang lalu di hadapannya. Ingin sahaja aku belai, aku usap pipi kecil itu dan mendakapnya dalam pelukan hangatku..aduhai..tiada apa yang mampu aku lakukan ..kerana sesiapapun tidak dibenarkan menghampiri, apatah lagi mengangkatnya.. sebelum aku pulang petang itu, aku berdoa kepada Yang Esa supaya anak itu sentiasa dilindungi dan hidupnya akan baik selepas ini,…Amin…

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"