awan nano..


Huhu~~ dapat tulis balik weee...
semenjak dua menjak nih aku dah mula berjoging semula..aku tak sangka dengan berjogging, sepanjang perjalanan aku banyak draft posting blog..ada banyak benda yang bermain di fikiran dan hati nurani sama sanubari aku..kadang-kadang ada yang sedih,ada yang berkaitan kerja..entahla, ada banyak benda kot..semalam aku balik jogging dan aku pandang ke langit..lama sangat rasanya aku tak memandang awan..ye, nampak sangat aku dah lama tak beriadah, tak berada di luar rumah, asyik dalam bangunan jer..dah lama tak bercuti, asyik pikirkan benda lain iaitu kerja, balik kerja, kerja rumah, anak, bla..bla..sehinggakan aku langsung tak de masa untuk melihat alam sekitar..dunia yang luas terbentang...hmph...

aku melihat awan yang biru nan luas..aku lihat betapa indahnya ciptaan ALLAH yang maha Esa...aku sebak, kerana dek kerana kesibukan dunia, aku lalai untuk bertasbih pada NYA. Aku lupa untuk berselawat kepada kekasih-NYA. KekasihNYA yang telah banyak berbudi kepada umatnya kini..

Aku insaf sendiri, terlalu luas bumi Illahi, terlalu besarnya nikmat kesihatan yang diberikan, dan betapa nyamannya tiupan angin yang bertiup menampar pipi..

Aku pasti, nun di awan yang biru di atas sana, ada kasih sayang yang menanti setiap hambaNYA yang soleh..dan aku ingin sekali menjadi salah seorang dari golongan itu...amin...

No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"