Mencari kerajinan dalam diri..

semenjak dua menjak ni aku sangatttt malass..malas basuh baju, malas kemas rumah, malas kerja, tapi masalahnya makan x pulak malas..rajin jer..ngee...

aku selalu berlagak rajin dan malas nak pikir aku malas dan buat muka serius seolah-olah rajin sangat dan tak kenal erti malas. aku cuba mencari rajin di sebalik malas itu hahahah..sepertinya aku yang rajin beli kasut ini tapi malas nak memakainya dan lebih suka pakai selipar jepun hahahah ...
aku sendiri tak tahu apakah motif sebenar aku beli kasut yang nampak agak 'mengada' ini..hahahha...layankan jer...ntah bile la nk pakai..huhu~~

emosional di PPUKM

Baby Imaz.. moga Allah lindungimu selalu... :)

Semua orang ada perasaan emosional..di sesetengah keadaan di mana kita seharusnya emosional..bukannya emosi tak bertempat. Hanya cara orang menanganinya saja yang berbeza. Ada yang terlebih-lebih, ada juga yang control supaya orang tak perasan riak wajah emosinya.

Tapi cerita emosi yang ingin aku kongsikan di sini ialah tentang jiwa yang suci, yang kontang dengan kasih sayang dan hanya menumpang pada yang sudi hulurkan secebis kasih murni..tersentuh naluri keibuanku melihat seraut wajah suci yang aku lewati di PPUKM.

Anak yang tidak punya ibu dan bapa, yang sakit dan ditempatkan di sini. Tiada sesiapapun menemani, sesiapapun tidak dibenarkan memegangnya. Adakala dia menangis sendiri, kadangkala tertidur dan menyusu sendiri. Menitis airmataku melihat tubuh kecil yang meminta belaian pada sesiapa saja yang lalu di hadapannya. Ingin sahaja aku belai, aku usap pipi kecil itu dan mendakapnya dalam pelukan hangatku..aduhai..tiada apa yang mampu aku lakukan ..kerana sesiapapun tidak dibenarkan menghampiri, apatah lagi mengangkatnya.. sebelum aku pulang petang itu, aku berdoa kepada Yang Esa supaya anak itu sentiasa dilindungi dan hidupnya akan baik selepas ini,…Amin…

Giveaway by Butik EDAST! :) - Pertama kali beli barang Online huhu~~



Dulu aku tak reti beli barang2 on9..semenjak adanya teknologi nan canggih manggih ini, aku pun try lah usyar cara2 nak beli on9..satu ari kawan aku yg bernama faiza bagi link kat aku berkenaan dengan butik edast..first aku memang x minat sebab selain takut ditipu, aku jugak kurang konfiden dengan kualitinya....tapi, aku minat sangat dengan satu beg ini dan aku beli la jugak....dug dug...dug dug....ish...betul ke ekk dia antar...hmph..pasrah je la...

setelah 3 hari, aku pun dapat beg itu dan aku masih gunakan hingga sekarang! sejak tu aku banyak beli barang pada cik edast ini... up to date semua fesyennya..

Aku masuk Giveaway ni pun sebab aku terkenangkan bagaimana aku mengenali shopping online ini dan ketagih hingga kini huhu~~
p/s : ada banyak tudung yg dibeli tapi x cukup masa nak snap satu2..just gambar beg ini..aku beli pada 2008 dan masih bole gunakan hingga kini :)

Barangannya sangat cantik dan bukan hanya cantik dalam gambar ...peace!

anda boleh lawati websitenya di sini :http://www.edastboutique.com/

kalau nk join macam saya meh la..... : http://edast-contest.blogspot.com

:)

Pasrahkan aje.. .. ..

ye! aku letak status kat facebook aku "pasrahkan aje..." ramai yg tanya dan buat spekulasi aku pasrah pasal apa..well, aku x berapa suke bercerita melalui facebook. aku lebih suke bercerita pada Cik Ungu yang cantik jelita ini..ngeee.....

aku pasrah...(bukan mcm pasrah citer dato usup aslam tu) tapi, aku pasrah dengan keadaan..dengan politik di sini..dengan diskriminasi yang berlaku di depan mata aku ini.. Aku dah penat kot dengan kuasa, penindasan, kasta, gossip...hai..bilalah pulak aku nak kerja sendiri.

Cik Ungu sangat memahami, itulah sebabnya aku suke cerita dengan Cik Ungu..orang kat sini selalu kata naper aku nampak mcm tak ada masalah. Aku tak banyak komen dan komplen. sebabnya, aku suka bercerita dengan Cik Ungu..Sebab tulah aku nmpk cam takde apa2..hehehhehe.... mcm apa yang terjadi seolah2 tidak memberikan kesan sedikit pun pada aku..

tapi dalam hati.............................................. aku frust sangatttt ...sesangat2 nye...dengan apa yang aku lalui ..apa sahaja yang ada di depan aku..bias, pengorbanan, jangan salahkan aku sekiranya ada kalanya aku tension..aku juga manusia so aku pun boleh TENSION!!

apa? diorang je yang boleh tension, marah, geram sedangkan bila aku jadi mcm tu tak bole plak??? oh my hati...i am very2 the sakit with this situation! nak senyum pun x reti caner dah...tapi apa2 pun,

"Life is not fair, get used to it " :P



Gambar hiasan..x ada kene mengene dengan tajuk..
(nak tunjuk gelang baru) wekkk :P

sakit.. .. ..


sakit dan sengal sana-sini... kontroversi tak tajuk di atas?

Aku tak tahu adakah aku nak bergembira atau bersedih atas berita yang aku dengari itu...(walaupun dengarnya cam rumours) tapi, aku perlu bersedia dengan kemungkinan yang mendatang. Aku dah malas nak fikir banyak2 benda. .. aku dah penat.phewww....

awan nano..


Huhu~~ dapat tulis balik weee...
semenjak dua menjak nih aku dah mula berjoging semula..aku tak sangka dengan berjogging, sepanjang perjalanan aku banyak draft posting blog..ada banyak benda yang bermain di fikiran dan hati nurani sama sanubari aku..kadang-kadang ada yang sedih,ada yang berkaitan kerja..entahla, ada banyak benda kot..semalam aku balik jogging dan aku pandang ke langit..lama sangat rasanya aku tak memandang awan..ye, nampak sangat aku dah lama tak beriadah, tak berada di luar rumah, asyik dalam bangunan jer..dah lama tak bercuti, asyik pikirkan benda lain iaitu kerja, balik kerja, kerja rumah, anak, bla..bla..sehinggakan aku langsung tak de masa untuk melihat alam sekitar..dunia yang luas terbentang...hmph...

aku melihat awan yang biru nan luas..aku lihat betapa indahnya ciptaan ALLAH yang maha Esa...aku sebak, kerana dek kerana kesibukan dunia, aku lalai untuk bertasbih pada NYA. Aku lupa untuk berselawat kepada kekasih-NYA. KekasihNYA yang telah banyak berbudi kepada umatnya kini..

Aku insaf sendiri, terlalu luas bumi Illahi, terlalu besarnya nikmat kesihatan yang diberikan, dan betapa nyamannya tiupan angin yang bertiup menampar pipi..

Aku pasti, nun di awan yang biru di atas sana, ada kasih sayang yang menanti setiap hambaNYA yang soleh..dan aku ingin sekali menjadi salah seorang dari golongan itu...amin...
" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"