Teman Bicara


Apakah yang sesuai ku gambarkan situasi ini? perasaan apakah yang sebetulnya untukku luahkan? Perlukah aku untuk menyatakannya? Aduhai... komunikasi antara kami sudah lama mati. Aku tidak tahu apa yang ada di dalam hatinya dan mungkin juga dia sudah lama kontang dengan apa yang ada di dalam hatiku. Aku perlukan teman untuk berbicara. Aku sepi walaupun berada di dalam riuh rendah dunia. Seolahnya aku hanya berbicara dengan komputer bisu yang tiada ertinya. Malahan, aku seolah sedang terjerit ketika menuliskan ini. Namun, tanpa suara .. ..

Aku rindu, ketika aku menatap tulisan insan itu jiwaku berbunga tenang. Aku seperti sedang berbicara dengan dia. Sepertinya apa yang ditulis itu sedang berbicara dengan diriku. Tika dia menyepi, aku sayu.. lalu ku lewati hasil nukilannya berkali kali .. Di mana hatiku boleh berbicara lagi? Segala apa yang ditulisnya, sarat dengan jawapan pada persoalan manusia, aku keliru dengan perasaanku..kenapa aneh benar? . Mungkin juga aku tertarik dengan kuatnya jiwa dia di dalam menyampaikan sesuatu?. Lantas aku cuba hapus apa yang ada di sebalik kekagumanku. Aku hanya tidak mahu terus membaca.
Aku keliru.
Entah kenapa, jariku masih ke situ jua..Apakah yang bermain di dalam hatiku? Apakah aku terlalu sunyi lantas hanya boleh melepaskannya dengan hanya membaca tulisan bisunya itu?. Atau aku hanya mampu memendam keresahan dan kesunyian ini sendiri-sendiri tanpa mengungkapkannya dengan bicaraku?
Hatiku, kamu sangat sukar diramal.Kamu sangat gentar meluah kebenaran akan lukamu yang telah lama berdarah. Kenapa kamu beri ruang utk kesepian?...

Insan itu, setiap nukilanmu menerbitkan rasa luar biasa di hatiku. Maafkan aku, mungkin aku cuma mengagumimu .. Insan itu, aku cuma tidak tahu.. Maafkan aku  ..

Ku mahu hidupmu .. (Kisah Dua Wanita)






Seorang wanita ini, dia hanya seorang pekerja bawahan biasa. Hidupnya sederhana. Dia bekerja demi kelangsungan hidup dan anak-anak yang tercinta kerana pendapatan suaminya tidak menentu..seringkali dia menangis kerana tekanan hidup ini namun cintanya pada keluarga nya begitu mendalam. Dia rela berkorban apa saja..dia redha..
setiap pagi, sebelum ke pejabat, wanita ini sering melihat pada rumah jirannya yang sangat cantik dan kelihatan hebat. Jirannya itu cantik menawan, Suami jirannya ahli perniagaan berjaya, anaknya seorang sahaja. Kereta menjalar memenuhi laman. Jirannya tidak bekerja dan punyai ramai pembantu rumah.Masa luang mereka dihabiskan dengan bercuti di seantero dunia. Hatinya sering terdetik,
"Oh, sungguh indahnya hidup wanita itu, mudahnya hidup dia, dia tidak perlu bekerja, boleh dapat apa saja yang diingini..mudahnya hidup ini untuknya" Dia tersenyum..

Jirannya itu,tanpa disedarinya, sering mengintai pada rutin kehidupannya.Hati jirannya itu sering terdetik,
"alangkah indahnya hidup seperti dia, dia bekerja dan dia sungguh bahagia. Suaminya penyayang,sering ada di rumah untuknya. Penuh kasih dan sayang.dia bekerja dan punyai kawan2 untuk sama-sama berkongsi rasa. Apalah dengan nasibku, rumahku besar namun dalamnya kontang dengan kasih sayang. Anakku ada tapi itu bukan anak kandungku kerana aku tidak bisa hamil..dan semasa di paris barulah aku mendapat tahu suamiku bercinta dengan pelakon baru yg genit itu..alangkah baiknya jikalau aku menjadi dia..hidupnya sederhana tapi sempurna.." dan airmata nya menitis lagi untuk yg entah berapa kalinya.

Inilah kisah hidup 2 wanita..ya, memang kisah ini hanya nukilanku, namun ini sering terjadi pada kita yang bernama manusia. kita sering benar mengimpikan kehidupan yang bukan kehidupan kita sebenarnya. Kita mahukan kehidupan org lain tanpa mengetahui apakah di sebalik kehidupan itu.

Sudah tertulis siapakah kita di dunia ini, setakat manakah rezeki kita, ajal maut jodoh pertemuan, semua itu termaktub di luh mahfuz..

kenapa? kenapa kita sering mengimpikan kehidupan berbeza? kerana kita manusia...tidak pernah puas dengan apa yang ada. Tekanan, masalah dan kesakitan sentiasa ada selagi nyawa masih ada di dalam jasad.

Selalu terdapat perbandingan hidup kita dengan hidup orang lain..

Syukurilah dengan apa yang telah ditakdirkan menjadi milik kita.. sesungguhnya syukur itu lebih tinggi darjatnya daripada sabar :)

sesungguhnya AKHIRAT itulah yang kekal ABADI..

.. Juwita Maya 02/10/2012..
.. aku menulis bukan kerana nama ..

Apabila Kita redha..

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan, dan yang ematikan..Aku bersyukur, walaupun aku kehilangan di dunia ini namun, aku tidak pernah kehilangan kasih sayang ALLAH yang maha ESA..

Agak sukar juga kita untuk menerima sesuatu yang meruntun jiwa, redha amat senang diucapkan namun amat payah mengusirnya dari dalam hati nurani.. kenyataan memang pedih..ye, aku teringat kata-kata seorang penulis terkenal,

 "kemarahan dan kepiluan, jangan ditunjukkan pada wajahmu, ayuh, luahkannya di pena, coretkannya di kertas, kamu akan terasa lega biarpun kamu tahu tiada sesiapapun yang akan membacanya."


It's The Climb!!



I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith,

Redha

Hari ini luar biasa touching nye.. di komputer berkumandang lagu 'the climb' nyanyian Miley Cyrus..
Aku mengutip bait2 lirik itu..aku tersentuh, sejak mengetahui berita itu tadi, hatiku tidak keruan..entah apa masa depanku..entah apa pula gunung yg perlu kudaki..entah apa pula corak perasaan yang akan terlukis di situ..

Hatiku .. bersabarlah...dan terimalah takdir itu dengan sabar.. bersedia dengan semua itu..bukankah kehidupan ini telah ditentukanNYA? bersangka baiklah dengan DIA yang maha esa..








A153


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar 

A216


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 



Terlukislah sudah satu kisah, palitan duka yang tercipta di pertengahan hari ini..aku cuba untuk redha..aku cuba menjadi kuat dengan setiap keputusan yang tidak ada daya aku melawannya..aku hanya mampu pasrah pada sebuah ketentuan yang sangat mengguris hatiku...

Aku ingin menjadi insan yang dekat dengan penciptanya. mungkin ada sesuatu kebaikan yang ingin DIA berikan  pada aku kerana aku sering kali berdoa agar ALLAH berikan kebaikan...mungkin keputusan yg mengguris inilah kebaikan namun aku tidak dapat melihatnya sekarang ini..

Wahai jiwaku yang bergelora, aku redha...aku redha...





Rindu padamu Ungu!! salam aidilfitri..

Aduh...rindunya nak menulis di sini..tak tertanggung lagi rasanya..al maklumlah cerita raya ni x abes2.. baru sekarang dapat menarikan jemari di atas papan kekunci ini.. Salam syawal..rasanya belum terlambat kan...

cerita syawal yang berwarna warni dari balik sarawak, demam cikenpox di hari raya sampailah naik kerja balik semuanya...RAYA......open house sana sini..maka penimbang pon dicari ..alamak... huhuuuu....

Kalau dapat dilukis rasanya warna warni cerita syawalku ini..dan yang pastinya..Aku berterima kasih pada yang maha esa, kerana memberikan aku kesempatan mengecapi nikmat ramadhann dan aidilfitri sekali lagi..

"Ya Allah, terima kasih di atas segala rahmatMU..dan semoga aku dipertemukan lagi dengan ramadhan akan datang dengan izinMU..dan sekiranya ini ramadhan terakhirku, aku mohon kau terimalah segala amalanku Amin..."


Ramadhan ini...

Alhamdulillah..masih diberikan peluang untuk aku bernafas di bumi ini..terima kasih ya Allah, aku bersyukur walaupun aku diuji di hari2 awal ramadhan namun aku redha dan sabar dengan ujianMU ya Allah..

Hari ketiga puasa aku diuji dengan sakit kepala yang x tertahankan. tak pernah aku alami sakit kepala yang semacam itu. pening, loya, aku hampir-hampir jatuh tangga semasa nak naik ke ofis. kepala aku macam nak pecah! aku menangis. sakitnya ya Allah...dan aku sedang berpuasa..ya allah, aku merintih bersujud supaya aku dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna.

3 hari aku diuji dengan sakit itu. panadol langsung x berkesan sehinggalah aku ke health centre iium dan meminta ubat tahan sakit yang paling KUAT sekali. Kerana aku perlu sihat sebab aku perlu bekerja sehingga malam. Alhamdulillah..walaupun sakit namun puasa aku x mahu tinggalkan.  Alhamdulillah, setelah berbuka aku makan ubat tahan sakit itu sehingga 2 sekali. esoknya bangun baru lah sakit kepala aku hilang...terima kasih Allah..

Sakit itu penghapus dosa walaupun hanya tertusuk duri di jari.. :)

Bicara di sunyi-sunyi ..




Ku sentiasa narikan jemari di papan kekunci. Setiap kali kusutnya fikirku…
aku buntu mencari erti atau benarnya laku yang ada di depanku, mahupun akulah pelaku itu.. ..sesiapapun belum tentu faham diri mahupun diri orang lain. Kadangkala disalahtafsir dengan begitu kejam sekali ..mana perginya hati nurani itu? 

Labuh tudung atau sempurnanya solat tidak perlu menjadi ungkitan semata untuk memuaskan  hati sendiri.kadangkala ketawa bukan bermakna hati gembira..

Lurus perbuatan zahir itu tidak bermakna jernihnya silam..Setiap manusia ada kekurangan. Dan jangan ukur nilai kesedaran itu murah harganya sehingga sering disebut bagaikan ia satu dosa . Untuk mendapatkan tenangnya nilai kesedaran itu sehingga aku rasanya ingin berkorban agar aku tidak perlu lagi berpura..

Jangan jadikan ianya satu pengukur perbuatan. Aku juga lemah dengan tuduhan yang menyakitkan. Lukanya sungguh sakit walau tidak Nampak darahnya. ..

… Juwita maya..
… Aku menulis bukan kerana nama..

Beg Baru.. ..




Yea! Tadi pagi balik tazkirah jalan2 bazar kanopi bawah (ish..pepagi dah berjalan x masuk ofis…gomen..gomen…hehhehe  :P )

Tetiba terpandang beg ini..uish…x mo..x mo…aku dah xmo membazir sebab banyak beg..kata hati kecil ku, tapi hati besarku kata, “weh, kaler purple tu, kaler ko suke..peh tu ada plak gambar kasut. Ko suke kan? Kan? Kan?”

Argh..aku terbeli gak. Alamak…nape ekk aku beli? Hati kecilku menyesal sebab nanti dah ada beg nih beg lain aku x mo pakai..membazir!

Hati besarku kata, alah…murah gile kot..18 hengget jer!..lalu aku naik je ke opis dengan selamba dan tangkap gambar ini. Nak sedap hati sendiri huhuhu~~

Motif? – nak tunjuk kat pembaca (konon)
Moral ?-Jangan membeli belah tanpa keperluan. Itu nafsu namanya..

Babai…

ku tulis....semahuku...

Assalammualaikum...
Rasanya terlalu banyak yang ingin aku tuliskan di sini tetapi rasanya agak terlalu peribadi..biar aku ceritakan sedikit di sini dan selebihnya pada yang Maha Esa..yang aku rindukan kehadiranNYA..tanpaNYA aku hilang arah sehingga ke hari ini..

Banyak kekurangan...banyak kekurangan diriku ini...aku kadang2 lupa pada tujuan asalku ...kadang2 banyak benar ketawaku..kadangkala berlebih aku dalam lakuku..namun aku cepat-cepat sedar bahawa aku tidak boleh bersikap begitu.. aku tidak mahu menjadi wanita yang tidak luhur dan berperibadi keji.. ..


Entah, menulis ini dapat meleraikan kusutnya fikirku, biar seribu atau sejuta tahun pun aku tidak dapat memadamkan keinginan ini.. lapang...lapang benar relung sendi tekananku apabila sesuatu yang buntu itu dapat kusentuh, dan kulihat di depan mata..itulah tulisan...itulah pernyataan..yang bisu dan tidak dapat melakukan apa2 pun..

Aku tahu, kadangkala tulisanku nampak sedih, kadangkala suka, ada yang berunsur jenaka dan ada juga yang kejam bahasanya..walau tiada sesiapa yang membacanya namun aku akan tetap rindu..... menulis ini kekuatanku...


Aku juga menulis apabila tidak dapat kuluahkan segala amarahku yang hampir meledak dan pastinya akan memburukkan keadaanku...


Aku tak pasti bilakah konflik jiwa yang melanda jiwaku sejak 6 tahun ini akan berakhir. Ianya bagaikan tidak berpenghujung. Allah sedang mengujiku. Namun dah lama ianya dah berumah di dalam dadaku dan yang lebih perit lagi aku tidak boleh seenaknya memberitahu pada sesiapapun...aku rasa dah tak ada airmata lagi yang boleh ku keluarkan..aku simpan sendiri tapi ruang sabar kadang2 tidak mencukupi...lalu aku simpan...simpan walau entah berapa tahun lagi..

lalu ku tulis....kutulis dan kutulis segalanya...

Aku bimbang sujudku tiada makna jika terus ku simpan rasa sakit ini dan dosa yang ada di dalam rumahku sendiri..Apakah segalanya sia-sia? .. maaf, aku TAK BOLEH lagi simpan sendiri..Aku semakin buntu dengan semua ini...




Menghijabkan hati....sukar sebenarnya!


ish...kenapa pulak aku nak rasa macam ni? entah. Kerja aku berurusan dengan orang ramai. Lelaki mahupun wanita. Kadang2 kami bergurau. Aku risau..

Apakah suaraku terlalu lembut sehinggakan menimbulkan perasaan pada mereka yang hatinya berpenyakit? atau terlalu keras sebagai seorang muslimah?

Apakah kelakuanku sangat melampaui batas dan Allah murka padaku?

Apakah baju yang ku pakai ini tidak benar2 menutupi auratku? sehingga lelaki bebas memandang walau dari bahagian mana yang mereka sukai?

Apakah hati aku ini sudah bebas dari penyakit2 yang selalu berjangkit. Mengumpat, mengeji, hasad dengki...

Kadang-kadang aku terlupa dan terus lupa bila aku asyik sangat ketawa.

Tapi tersedar semula bila rasanya asyik sesal melata selepas setiap satu-satu bicara.

Aku perempuan. Diriku sendiri itu auratku. bagaimana ini??

Tidak ada manusia yang sesempurna yang Maha Esa.

Memang, memakai hijab itu senang. Namun menghijabkan hati, akhlak dan tutur kata itu sukar..hanya keimanan itu penyelamat.. mintalah pertolongan dari Allah yang maha membolak-balikkan hati manusia..minta dikekalkan pada jalan yang lurus..bukan jalan kesesatan..

Peringatan pada diriku..dan sesiapa sahaja yang sudi membacanya..

... Juwita Maya ~~ .. aku menulis bukan kerna nama...

syabas anakku sayang

maisara : mama, kenapa kita kena pakai tudung?
mama : sebab kita orang islam. Kita kena pakai tudung sebab kita kena tutup rambut, tutup badan kita dengan baik untuk mengelakkan orang berbuat sesuatu yang tak baik pada kita. lagipun tuhan suruh kita jaga diri kita dengan tutup kepala dan badan kita.
maisara : mama, kakak nak pakai tudunglah. sebab kakak orang islam. kakak tak nak orang buat tak baik dekat kakak ke, dekat mama ke, (kemudian terus baca doa ibubapa yang diajar di sekolah).




Alhamdulillah...sekarang anakku dah bertudung. kemana sahaja pergi mesti nak bertudung..ke sekolah kata cikgunya dia tak nak bukak tudung tu. bila aku nak bagi dia pakai gaun, mesti dia nak pakai seluar di dalamnya dan cakap pada aku, "kakak tak naklah baju tu seksi".. Ya Allah, semoga usaha dan doaku ini kekal dengan pertolonganMU Ya Allah bantulah aku dalam mendidik anakku mentaatiMU ... Terima kasih Allah.. Terima Kasih ALLAH... Terima Kasih Allah atas segala kurniaan MU :)



Nilai sesuap nasi



Maaf, aku menulis tentang ini bukan kerana aku menghakimi mereka ini tetapi sekadar mengenang semula erti kehidupan ini. Setelah aku berada di jabatan ini, jabatan yang menjaga kebajikan pelajar2 dan pekerja2 universiti ini dari segi makanan, perkhidmatan dan juga kelancaran dalam hal2 kepenggunaan untuk semua. Apa yang aku ingin coretkan ialah berkenaan erti syukur dan kesusahan yang sangat berkait rapat.

Semenjak dua menjak ini, banyak sangat komplen yang datang ke office berkenaan dengan makanan. Makanan mahal salah, makanan tak sedap salah, tender yang sama pun salah, minta diadakan kedai makan berjenama kerana sudah tidak lalu dengan menu yang sama malahan,  jemu dengan makanan pun hendak diadukan kepada kami. Aku tak berada di unit pemakanan tapi aku memerhati.. 

Pelajar university sekarang sangat lantang dalam memberi pendapat. Tak keterlaluan aku katakan bahawa komuniti di sini sangat manja. Aku tak tahu bagaimana nak describe kan di sini apa kah erti manja itu tetapi aku nak kupaskan  erti syukur yang aku rasakan dipandang sepi di sini.

Sewaktu Abah meninggal, aku hanya berusia 4 tahun (bongsu ) dan emak tak pernah berkahwin lagi dengan bilangan anak 9 orang yang masih kecil. Kami hidup susah. Kakak2 dan abang banyak yang berdikari sendiri. Tapi yang paling mengharukan, walaupun kami ramai dan susah tapi kami tak pernah tak cukup makan. Semasa aku remaja, kakak2 ramai yang dah berhijrah ke Kuala Lumpur dan apabila sesekali diorang balik, itulah masanya mak masak sedap2 sikit dan pada hari itulah aku dapat makan AYAM. Walaupun kami susah tapi mak sentiasa masakkan yang sedap2 untuk kami walaupun hanya ikan kering di masak lemak atau masak asam. Kadang2 kami makan nasik panas dengan minyak ikan dalam kuali dan dicampur sedikit garam. Itulah makanan yang paling sedap aku rasakan.

Jadi, setelah aku dewasa dan bekerja, barulah aku banyak mengenal makanan. Apa itu chicken chop, apa itu nasik kerabu, nasik dagang dan tak keterlaluan aku katakan aku sangat jakun!. Tak pernah jumpa!

Tapi, aku sedih. Air mata aku menitis apabila pelajar-pelajar di university ini merungut pasal makanan! Syukurlah kita masih diberi olehNYA nikmat untuk makan. DIA tak tarik lagi kelebihan untuk merasai makanan.

Hancur hati aku dengan sikap segelintir pelajar di sini yang mengkritik makanan seolah-olah makanan itu sampah!. Hati aku hancur kerana mengenangkan bagaimana emak membanting tulang untuk mencari sesuap nasik

Mungkin mereka-mereka ini adalah insan yang beruntung dan tak pernah hidup susah seperti orang lain. Tapi tolonglah, jangan kerana ada masalah peribadi dengan operator makanan maka minta jabatan kami tutup perniagaannya. 

Aku berharap supaya semua mereka akan diberi kesedaran dan ingatlah, jangan sesekali kita kufur nikmat dari yang maha esa…

Bimbang


Ada Satu jiwa ini..bimbang….
Kerna hatinya sudah bergoncang lain..
Dulu dia lembut, hatinya lembut..cahaya meresap dan memberi makna
Dulu dia setia bermunajat kepada penciptanya, merintih dalam kedinginan pagi..
Dulu matanya basah, kolam matanya kaca, menangisi wayang silam.
Dulu bibirnya senyap, hanya irama damai meniti ulasnya..
Dulu auratnya kemas..kejap dan teguh..
Dulu akhlaknya tertib, sejuk dan lurus.. wajib penuh sunat pun terpelihara..
Dulu dia rasa dekat sekali dengan penciptanya..tenang dan damai..

Hari ini dia bimbang, bimbang sekali

Kerna dia sekali ini sukar sekali menangis..

Dia menangis bimbang tidak mampu menangis lagi..

Hari ini dia sedar hanya yang sia-sia terbit dari bibirnya
Hari ini dia tersentak, lalai benar dia menjaga aurat dan akhlaknya
Hari ini dia kesal, lenanya terus ke pagi
Hari ini dia rasakan penciptanya kini jauh sekali .. gusar dan gundah jiwanya itu..

Semalam sangat menyesalkan..kerana dulunya sangat tenang dan jitu..
Semakin dia bimbang dan semakin kesal hatinya..

Wahai jiwa itu,masih belum terlambat engkau kembali.. ~

Penciptamu itu  maha PENGAMPUN ..

~~Juwita Maya – 11 May 2012-04.12pm .. aku menulis bukan kerna nama~~



Observe your Aurah!

Kempen Menutup Aurat

Assalammualaikum

Sebenarnya kempen ni dah lama diadakan di university ini Cuma aku baru je nak posting di sini. Aku rasa ini usaha yang sangat bagus sebab university ini semakin lama semakin hilang nilai islamnya. Kalau dulu sesiapa yang masuk perlu menutup aurat, sekarang ni orang islam sendiri masuk tak pakai tudung selamba ajer..yang cina pulak berselendang bagai…hmpph..apa nak jadi..dunia sekarang ini..

Sejak ada rector baru, Puan rector cuba menerapkan nilai islam itu semula dengan mengadakan doa sebelum memulakan kerja. Doa boleh didengari dari masjid untuk semua komuniti di sini. Puan rektor juga berusaha dan menyeru untuk kesemua komuniti bersolat berjemaah waktu zohor dan asar.

Dan aku harap usaha ini akan berterusan untuk selamanya… 


Aku sempat ambil beberapa gambar sepanjang kempen berlangsung.. 




Good one!



 yang ni memang patut sebab kadang2 student pun selamba jer pakai macam ni pergi kelas.. aku rasa islam tak pernah menghalang kita berfesyen asalkan ianya menutupi aurat dengan sempurna..x salah kalau baju itu dilabuhkan sedikit..



*Semoga aku akan terus beristiqomah dalam menjaga auratku..amin...Ya Rabbal Alamin..aku perlu bimbingan MU ya Illahi...

I Love Islam! Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang muslim :) Thank You ALLAH !


- Juwita Maya-

Aku Wanita Biasa




 
Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Engkau memang cantik :)


Hari ini aku nak mencuba dalam membuat rumusan tentang buku-buku yang aku baca. Ini baru percubaan. Dah lama aku teringin nak buat tapi asyik tak jadi jer.. kekangan masa dan juga ayat-ayat yang ingin aku karang. 






Kadang-kadang aku ada idea nak tulis tapi tak tahu macamana nak jadikan ianya satu ayat. Lagipun aku tak pandai nak menggunakan bahasa-bahasa ilmiah dan bahasa melayu tinggi Cuma aku mampu mengupas sebuah buku mengikut cara aku nan tersendiri.. cita-cita aku yang sebenar ialah menjadi seorang Editor. Diulangi, Editor” hehehheehhe…nak tergelak ekk kan?  Aku ingin menjadi seorang editor Majalah yang membincangkan isu wanita dan islamik juga memiliki kolum aku sendiri untuk berkarya he he he… (tinggi bebenor cecita ) Cuma aku ni malas skit. Novel tak siap-siap, cuba tulis skrip tak pernahnya abis-abis. Last-last asyik merapu kat blog ungu nih hehheh..

Hari ini aku nak mengupas dan menyelami tentang sebuah buku yang bertajuk “Engkau Memang Cantik : Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu” (aku tak beli buku ni kerana aku perasan aku cantik  :P )

Aku akui, semua wanita sukakan sesuatu yang cantik. Golongan2 peniaga dan pengeluar semestinya mensasar kan golongan pembeli yang terdiri daripada wanita. Dan ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan melariskan barang dagangan mereka dengan menggunakan wanita.

Dari dalam buku ini juga aku dapat temukan satu panduan yang sebenarnya untuk wanita berpakaian. Menutupi aurat bukan sekadar meletakkan sekeping kain di atas kepala. Tetapi menutupi dengan mengikut syariat.
Last but not least, aku nak tuliskan satu pernyataan yang paling aku suka :

“ Ketaatan kepada syariat bukan sebagai alasan untuk meminggirkan perhatian terhadap penampilan diri. Islam muncul bukan berlagak sebagai pembelenggu kecantikan, namun hanya mengatur saatnya bila harus ditampilkan dan bila harus disembunyikan segala kecantikan yang dimiliki.”

Aku adalah ahli sebuah kumpulan usrah yang bernama “We are beautiful Allah loves us”..kumpulan ini menekankan bahawa bila kita berhijab, kita ada kuasa  untuk memilih. Kita memilih untuk menjaga diri kita, rambut kita dari pandangan orang yang tidak berhak memandangnya. We cover our head, not our mind.
So, buku ini memang sangat best dan aku menyukainya.

aku ingin hindari...titik hitam dan apa jua yang mengingatkan aku pada titik hitam..


Sejak dari malam tadi aku terfikir..kenapa aku mesti mendekati titik hitam yang telah lamanya ia menciptakan kekalutan di hati dan jiwa nuraniku.. dan tika aku menatapnya, aku terasa ingin menulis semula..bagaikan aku ingin menulis di dinding-dinding dan kaki lima,di ungu dan di mana saja tentang rasa ini..aku bagaikan disiat2 dengan selumbar kayu apabila aku mendengar suaranya itu..aku bagaikan disiram seribu duri ketika menatap wajah itu..
memang..memang aku penuh emosi namun aku rasional kerana aku meninggalkan titik hitam itu..

Di sekeliling titik hitam pula ada warna warni kehidupan dulu yang sangat menyenangkanku..lalu perlu kah aku jauhi warna itu hanya kerana aku bencikan titik hitam itu??

Tuhan, aku mohon kepadamu akan kekuatan hatiku menolak perasaan yang ada itu..sehabis dayaku agar aku tidak lagi tersesat di hutan nafsuku..

....berapa kali harus aku bicarakan pada ungu bisu aku cuba untuk melawan menolak saki baki rindu yang masih lagi bertamu.. aku harap....aku tidak lagi keliru...

~~ juwita maya ~~ 14 April 2012

Ungu saja belum cukup.. ..

baiklah, memang aku berkongsi segalanya dengan ungu..aku luahkan segalanya pada Ungu..lepas aku luahkan aku rasa puas..hati aku tenang..namun, sampai bila...

Aku harus mengakui bahawa aku tidak telus..maaf, bukan aku tidak jujur meluahkan di sini cuma di sini aku tidak bercerita secara mendalam..sehabis-habisnya meluahkan..kerana ..aku tahu di sini akan ada yang membaca dan aku malu..

jadi, aku ambil keputusan untuk menulis buku perasaan aku sendiri seperti dulu-dulu..ianya seperti diari cuma ianya lebih mendalam untuk aku meluahkan..kadang2 aku rasa lemas apabila jemariku menulis di ungu kerana adakalanya jemari ku tidak dapat menaip benda yang sepatutnya.. aku masih lagi seorang yang suka memendam rasa dari meluahkan segala..

biarlah ungu ini hanya medan aku bercerita tentang apa yang berlaku di sekelilingku namun bukan perasaan ku..

Ungu juga banyak memperkenalkan ku kepada rakan2 blogger yang baru.. terima kasih ungu..kau masih temanku..

Ungu, sejak akhir2 ini aku asyik memikirkan tentang buku perasaan..
maaf... aku tidak bagus dalam menyembunyikan perasaan seperti orang lain..aku tidak bijak dalam menyimpan riak wajah..kerana itulah dari dahulu aku lebih suka menulis...menulis dan menulis tentang apa sahaja yang aku rasa, dengan siapa aku menjeruk rasa, dan apa yang aku inginkan..rasanya sangat lega apabila dapat menulis ...

memang aku sensitif..dan aku tak nafikan itu kerana aku akan menulis apa sahaja apa yang aku rasa cuma rasanya biarlah aku ada batas dengan ungu kerana sesetengahnya aku cuma ingin aku dan DIA sahaja yang tahu ..xoxo..

Sihat sebelum sakit..

Di office ini ada seorang kakak yang baru transfer masuk ke dept aku.Kakinya cedera kerana jatuh ketika memanjat gunung. Sekarang ni dia berjalan dengan memakai tongkat..apa yang ingin aku utarakan di sini ialah tentang sesuatu yang aku belajar ketika melihat dia berjalan menggunakan tongkatnya. Allah kurniakan kita dua kaki untuk kita berjalan di atas muka bumi ini. Apabila kaki kita cedera, nikmat itu telah Allah tarik sedikit untuk memberi ujian kita sebagai hambaNYA. Aku sebak apabila melihat kakak itu bersolat. Dia masih bersolat secara berdiri. Tapi dia bersolat dengan pergerakan yang sangat lambat.

Aku tengok ramai yang kakinya sihat tapi culas sangat nak bersolat. Tubuh badan sihat sempurna namun tidak mengambil pelajaran apabila melihat orang yang tidak bernasib baik bersolat. Orang yang kurang upaya bersolat dengan cara duduk, dan percayalah, mereka-mereka yang terlantar sakit itu sebenarnya kepingin sekali untuk bersolat. Namun.....

Masa.. Kita telah lama diberikan masa dan usia untuk bersujud kepadaNYA.
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..
Sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
lapang sebelum sempit
kaya sebelum miskin dan..
Hidup sebelum mati... :)

Ya Allah, aku tahu banyak dosaku..hanya ingat KAMU dalam dukaku... Ampunkan aku..

antara aku dan dia

Entah mengapa sejak akhir2 ini tangan ini malas sekali mengetuk keyboard..sedangkan terlalu sarat benda yang ingin aku luahkan di sini...

Hati masih lagi sedih dengan berita tentang adik DIRANG atau nama sebenarnya Nurul Nadhirah Abdullah yang dibunuh kejam..aku sebenarnya tak tahu apa lagi yang patut aku labelkan kepada pelaku yang memperlakukan adik ini sedemikian rupa...apa yang pasti, si kecil ini akan terus ke syurga...tempatnya pasti..

Semenjak dua menjak ini aku bagai berbolak balik dan sarat dengan kemahuan yang tidak pasti..aku perlukan teman untuk berbicara namun tiada siapa yang aku kira dapat memahami kemahuanku..tidak ada seorang pun yang akan dapat kuceritakan perasaan aku yang berpusng-pusing bagaikan puting beliung namun pusingnya hanya di dalam hatiku..

Semalam aku cuba untuk bercakap walaupun perbualan dan nada bual kami dah tak sama macam dulu. aku x mahu salahkan masa tapi entah lah mungkin kami sama2 ada salah. Aku selalu konon2 cerita sebenarnya sedangkan aku ceritakan apa yang aku mahukan..

Demi rasa cinta yang pernah semarak satu ketika dulu aku telan apa jua..kerana aku bersalah terhadap dia..aku patut doakan dia dan muliakan dia.

Walau ikhlas macam senang tapi susah untuk dilaksanakan .. .. -_-

Aku tak nak merungut kerana Allah tak berikan apa yang aku mahukan, tetapi memberikan apa yang aku perlukan.. tak patut aku bermasam muka pada amanah. Tapi aku pun kadang-kadang rasa meluat. Rasa macam ***7^&%^&^^^&&*^*&^ !!! ..

Hidup ini terlalu bersimpang siur dan beralun-alun.

Aku cuma mengharapkan dan berdoa semoga semuanya ok.. ~~

Alhamdulillah...hadiah sudah sampai... :)


Yea! hadiah GA Edast dah sampai ...best dapat hadiah!!
Thank u Edast... :)

Dealova, berhenti mengingati aku! (Tentang SeSeorang)



Posting ini untuk seseorang..
**maafkan aku insan, aku tidak boleh menahan diri dari menulis sesuatu tentang kamu..**

Dealova, itu perit. Perit sekali untuk menerima segala hakikat yang pernah terjadi antara kita. Aku tersesat menuju hatimu..aku lelah dengan perasaan yang menjerut leherku lalu aku pergi tinggalkan cinta lara itu..

Dealova, rindu itu pedih..aku hanya ingin berhenti dari mengingatimu. Aku tidak betah lagi mencari arah cinta itu..

Dealova, berhentilah dari mengingati aku dan mengingati kisah lalu..Itu palsu. Kita tidak mungkin....

Solat Dhuha... and me :)

Assalammualaikum..

Firstly aku nak bagitahu bahawa ini bukanlah artikel aku yg sebenar kerana aku ambil daripada blog org lain **kredit to gadishanim.blogspot :)

Tapi aku ingin berkongsi pada semua tentang solat dhuha ini..bagaimana aku mendapat ketenangan dengan solat ini...ketika hati aku bercelaru..Ya Allah, terima kasih di atas segala rahmatMU..


** ** ^_-

Rasulullah SAW bersabda,

" Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat."

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW: "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (Riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, 'Dhuha'. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." (Riwayat Al-Tabrani)

** -_^

Bila masa Solat Dhuha patut dilaksanakan?

Dhuha maksudnya pagi. Sesuai dengan itu Solat Dhuha semestinya dilaksanakan pada waktu pagi. Persoalannya, pagi bila?

Waktu Solat Dhuha bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Akan tetapi lebih afdal jika dilakukan ketika sinar matahari kian panas, berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam.

Rasulullah SAW menjelaskan:

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

^_- **

Bagaimana cara melaksanakannya?

Banyak buku yang boleh dirujuk untuk mengetahui cara menunaikan Solat Dhuha.
Cuma secara asasnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, Solat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah
surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Walaubagaimanapun, bacaan surah dalam solat ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Paling penting, solat tersebut
diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Saya biasanya baca Surah Dhuha pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua. Itu apa yang mama ajarkan pada saya.

Niat Solat Dhuha:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Doa:

Description: http://nursyirah.files.wordpress.com/2008/04/solat-dhuha-lates.jpg?w=400&h=247

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Sumber : tayibah.com dan nursyirah

**Cubalah..INSYAALLAH... :)


" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"