Allah maha Besar


Salam..
semalam aku telah membuat posting tentang pemergian Pak Habib dan pagi ini aku dapat pula berita tentang pemergian Rara Zikry, seorang remaja berusia 23 tahun yang telah terlantar setahun lebih akibat penyakitnya. Honestly, aku sendiri tak kenal siapa dia. Dia hanyalah seorang gadis cantik yang belajar di University Lim Kok Wing..ini serba sedikit berkenaan dia yang aku copy paste dari sebuah blog
On 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for breeze walking dekat area Mahkamah Shah Alam. Tengah enjoy cycling out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah.

Sedih. Memang sedih. Allah menguji dia, menguji ahli keluarganya, menguji masyarakat yang melihat penderitaan dia. (Aku tak nak letakkan gambarnya di sini di atas sebab2 yang tertentu dan jikalau siapa2 nak tengok rupa dia silalah google sendiri tapi yg pasti bukan aku siarkan di blog ini). Apa yang aku ingin tuliskan ialah masih lagi tentang perasaan aku selama dua hari ini..tentang ajal, tentang janji Allah pada kita. Memang menyayat hati kerana gadis cantik itu pergi dalam usia yang muda. Kematian akan tiba pada sesiapa sahaja apabila sudah sampai ajalnya.tidak kiralah berapa umur kita, apa yang kita sedang lakukan, bersedia ataupun tidak, adakah kita dapat mencapai apa yang kita inginkan,. Hanyalah amalan yang dibawa bersama…dan seterusnya sepi…kita terpisah dengan dunia yang fana ini, dengan yang kita sayangi…air mata aku tumpah ketika menulis blog ini dua hari berturut-turut. Betapa aku menginsafi diri aku sendiri..betapa aku menyesali akan kejahilan dan kebodohan diri aku sendiri..dan yang penting betapa BERSYUKURNYA aku diberikan peluang oleh Allah untuk BERTAUBAT..

Terima kasih Ya Allah atas kesempatan dan ruang yang Engkau berikan kepada aku untuk memohon keampunanMU..jikalau Kau mahu, Kau boleh sahaja mengambil nyawaku ketika aku sedang melakukan berdosa. Namun Kau memberi aku dugaan. Hanya sedikit dugaan yang sangat-sangat mendugaku dan membuatkan aku sedar, aku menginsafi kesilapan lalu.

Di kesempatan ini, aku dengan merendah diri, memaafkan apa saja kesalahan orang lain terhadap aku. Kerana aku akui, mereka yang bersalah dengan aku juga adalah makhluk Allah yang bersifat lemah seperti aku. Dan aku juga memohon kemaafan jikalau ada yang terguris dengan kelakuanku..

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah….
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Zarith Nadhirah Bt. Zikry. Semoga Rohnya dicucuri rahmat yang maha Esa. Dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..


No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"