Dealova



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada


Catatan Emosional (Talking to myself)

Beberapa hari ini aku sangat emosional..dan sangat cepat berasa kasihan..aku emosional dan hampir menangis melihat apa2 saja yang meruntun perasaan. Aku berasa simpati pada operator2 yang tidak Berjaya mendapat bazar di sini. Aku sedih dan sayu dengan rayuan mereka yang mengatakan itu sahajalah mata pencarian mereka.

Kadang2 aku tegas. Aku hanya berjalan di sini apabila melakukan pemeriksaan sahaja dan selebihnya aku lebih rela ikut jalan jauh untuk pergi makan dari terserempak dengan mereka.

Tapi kadang-kadang aku berasa sangat simpati..tambahan pada ibu-ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya..YA ALLAH, jikalau aku punya lebih kuasa di sini, aku akan membanyakkan peluang mereka untuk berniaga di sini..tapi apalah dayaku,..permohonan terlalu banyak dan ruang sangat terhad.

Aku sedih tapi aku buat-buat tak sedih pun. Kadangkala aku bertanya pada diri sendiri, “apakah ini normal untuk aku?” ataupun aku Cuma beremosi berlebihan dan hanya ingin menempatkan emosi di dada aku..oh my…


Rindu................... :)




Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

( Tak dapat lagi nak menulis..huhu~~ rinduuuu....)









Hobi baru



Aku dah ada hobi baru iaitu beli tudung bawal kosong dan jahit aksesori di sekelilingnya. Aku tahu jahitan aku tak kemas sebab aku mana pandai menjahit hehe..membebel pandai lah. :P

Encik suami ada Tanya kenapa aku tak jual hasil jahitan tangan aku tapi, aku bagitahu dia bahawa aku tak konfiden sebab jahitan aku tak kemas.

So, aku Cuma jahit buat seronok-seronok je..lagipun aku ni malas orangnye heheh..

:P

aku ingin terbang...menjelajah langit biru....azam 2012..










wahhh..tak lama lagi 2012 bakal menjelma...ada banyak yang ingin aku lakukan pada tahun 2012 ini...(Jika diizinkan Allah) :)

di sini ada beberapa list untuk tahun depan punye misi..

1. (yang paling utama) - Menambah ahli keluarga.... :)
2. Kukuhkan kedudukan aku dalam karier sekarang...berusaha untuk terus berjaya, mencapai
point dan juga seterusnya, sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri...
3. Usaha nak mintak untuk sambung belajar....sambung belajar...meluap2 plak rasa nak belajar
lagi.. (maybe kene tunggu lagi 2-3 tahun...takpe...try dulu)
4. Ingin menghadiri sebanyak mana majlis2 ilmu samada di university ataupun luar..(takmo
ponteng tazkirah) he he he...
5. ingin menjadi ibu yang lebih baik dan isteri yang baik... terutama pelajaran maisara...
6. err..issh malu..nak kuruskan badan he he he...
7. Aku nak rajinkan diri membaca Al-Quran. Sehari sehelai pun jadilah dan berazam tak mahu
tinggal baca Surah Al-Mulk sebelum tidur.
8. Nak try saving skit2 kat tabung haji..aku nakpergi haji..aku nak jadi tetamu Allah.. :)

Tapi yang pentingnya, aku ingin jadi insan yang lebih baik..disayangi orang sekeliling,ikhlas dalam beribadah, bekerja, menjaga pancaindera aku.. lupakan kisah pahit yang dah berlalu..seperti yang selalu aku katakan pada diri aku, "Aku bukan yang terbaik namun aku berusaha untuk jadi lebih baik"

Semoga rezeki aku dikurniakan Allah dengan lebih keberkatan dan menjadikan aku hamba yang sering bersyukur di atas rahmatnya.

Allah maha Besar


Salam..
semalam aku telah membuat posting tentang pemergian Pak Habib dan pagi ini aku dapat pula berita tentang pemergian Rara Zikry, seorang remaja berusia 23 tahun yang telah terlantar setahun lebih akibat penyakitnya. Honestly, aku sendiri tak kenal siapa dia. Dia hanyalah seorang gadis cantik yang belajar di University Lim Kok Wing..ini serba sedikit berkenaan dia yang aku copy paste dari sebuah blog
On 19th March 2010, Lanie, Rara and kawan-kawan yang lain plan nak spend time together. Ada yang pergi camping, ada yang pergi shopping, ada yang pergi clubbing, but they choose to go for breeze walking dekat area Mahkamah Shah Alam. Tengah enjoy cycling out of sudden masa tengah have fun, Rara terduduk and sesak nafas. Yes, diorang sedia maklum tahu yang Rara ada asthma, dan mungkin ni asthma attack yang normal. Rara minta hantar dia pergi hospital terus sambil tahan sesak nafas tu. Masa kelam kabut tu, Lanie suruh kawan dia ambil kereta while Lanie tanya Rara nak dia buat CPR tak memandangkan Lanie tahu how to do it. Tapi Rara cakap tak payah and terus ulang minta hantar dia kat hospital. Masa dalam kereta Lanie sempat cakap-cakap lagi dengan Rara but then, Rara diam and mulut dia dah berbuih-buih. Sampai je hospital, doktor cakap dia dah koma. Lanie cakap doktor tu rasa masa dalam kereta dah kena dah.

Sedih. Memang sedih. Allah menguji dia, menguji ahli keluarganya, menguji masyarakat yang melihat penderitaan dia. (Aku tak nak letakkan gambarnya di sini di atas sebab2 yang tertentu dan jikalau siapa2 nak tengok rupa dia silalah google sendiri tapi yg pasti bukan aku siarkan di blog ini). Apa yang aku ingin tuliskan ialah masih lagi tentang perasaan aku selama dua hari ini..tentang ajal, tentang janji Allah pada kita. Memang menyayat hati kerana gadis cantik itu pergi dalam usia yang muda. Kematian akan tiba pada sesiapa sahaja apabila sudah sampai ajalnya.tidak kiralah berapa umur kita, apa yang kita sedang lakukan, bersedia ataupun tidak, adakah kita dapat mencapai apa yang kita inginkan,. Hanyalah amalan yang dibawa bersama…dan seterusnya sepi…kita terpisah dengan dunia yang fana ini, dengan yang kita sayangi…air mata aku tumpah ketika menulis blog ini dua hari berturut-turut. Betapa aku menginsafi diri aku sendiri..betapa aku menyesali akan kejahilan dan kebodohan diri aku sendiri..dan yang penting betapa BERSYUKURNYA aku diberikan peluang oleh Allah untuk BERTAUBAT..

Terima kasih Ya Allah atas kesempatan dan ruang yang Engkau berikan kepada aku untuk memohon keampunanMU..jikalau Kau mahu, Kau boleh sahaja mengambil nyawaku ketika aku sedang melakukan berdosa. Namun Kau memberi aku dugaan. Hanya sedikit dugaan yang sangat-sangat mendugaku dan membuatkan aku sedar, aku menginsafi kesilapan lalu.

Di kesempatan ini, aku dengan merendah diri, memaafkan apa saja kesalahan orang lain terhadap aku. Kerana aku akui, mereka yang bersalah dengan aku juga adalah makhluk Allah yang bersifat lemah seperti aku. Dan aku juga memohon kemaafan jikalau ada yang terguris dengan kelakuanku..

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah….
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Zarith Nadhirah Bt. Zikry. Semoga Rohnya dicucuri rahmat yang maha Esa. Dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin..


" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"