Walau bagaimanapun, aku perlu berdepan dengan realiti ini.. ..


Selamat datang kesedihan.. aku sebenarnya tak nak lah berkira sangat kalau sekadar tekanan kecik-kecik tapi dah namanya pun tekanan, walaupun sedikit aku manusia jadi aku ada perasaan. Aku kadang2 macam tak dapat menerima tekanan dari pelbagai sudut yang kadang2 aku jadi bingung bagaimana untuk mengatasinya.
Demi keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, demi anak-anak yang aku sayangi, aku hadapi juga tekanan ini untuk mencari sesuap nasi buat meneruskan kehidupan ini. Inilah kehidupan. Tambah lagi aku yang belajar tak tinggi mana. Inilah yang harus aku hadapi. Aku cuma perlu kuat. Aku perlu harungi dengan ketabahan dan kesabaran yang Allah bekalkan di dalam dada aku. Demi amanah yang telah tergalas di bahu aku. Anak-anak aku. Itu yang paling utama. Itu yang perlu aku ingat setiap kali aku perlu bersedih dengan keadaan sekarang. Keadaan taklah segah namanya. Aku perlu hadapi realiti... aku perlu hadapinya walau apa cara sekalipun.

6 comments:

  1. Juwita,
    Rezeki bukanlah terletak pada segulung ijazah, kedudukan akedemik dan sebagainya. Rezeki itu milik mutlak Allah utk diberikannya kepada sesiapa yang Dia mahu. Berjuang utk memastikan keluarga mendapat makan dan pakai yang cukup itu satu jihad yg mendatangkan pahalanya yg sangat besar.

    Sebenarnya keadaan kita yg sdg struggle utk memberikan yg terbaik kpd keluarga kita itu sebenarnya satu nikmat yg kita x sedari pada ketika ini. Seorg yang saya kenal yg biasa susah di dalam kehidupan lampaunya pernah bersungut bahawa kini setelah dia senang, dia tidak lagi terasa nikmat bersedekah sebagaimana satu ketika dulu dia rajin bersedekah kepada yg mmerlukan ketika hidupnya agak terhimpit.

    Dia bersungut bahawa jika dulu, untuk menghulurkan RM 1 kepada fakir miskin, dia terpaksa berfikir samada sarapan paginya nanti yang biasanya dinikmati dgn segelas teh O panas dan sekeping roti canai, akan bertukar menjadi roti canai dgn air suam. tetapi digagahinya memberikan sedekah dan memilih air suam kerana pada fikirannya, dia masih beruntung dapat makan roti canai sedangkan si fakir yg mengegndong anak tersebut, berlum tentu dapat makan dgn wang RM 1 yg diberikannya.

    Selepas bersedekah, dia akan berasa sangat tenang dan begitu lapang hati dan dadanya. Tak tahu kenapa, tapi memang itulah yg biasa terjadi. Walaupun susah tetapi dia tidak pernah susah hati.

    Kini, Allah berikan kesenangan kepada dirinya. Dia kini mampu bersedekah Rm 50 dgn sekali hulur. Tetapi nikmat spt mana dia pernah bersedekah RM 1 dulu, tidak lagi dia rasai. Ini kerana katanya, ketika dulu dia menghulurkan RM 1, dia terpaksa korbankan kehendak dirinya utk membantu org lain. Di dalam poket hanya ada RM 10. RM 1 diberikan kepada si fakir, tinggal RM 9 untuk makan pagi, tengah hari serta duit minyak motorsikal.

    Tetapi kini, RM 50 yg diberikannya itu, tidak memberi apa2 kesan kepadanya kerana terdapat ratusan ribu ringgit lagi habuan utk digunakannya berada di dalam mana2 mesin ATm yg boleh dikeluarkan pada bila2 masa. Dia merungut krn nimat ketenangan jiwa dan rasa lapang yg biasa dia rasai ketika bersedekah RM 1 dulu tidak berganda keseronokannya ketika dia menghulur jumlah yg lebih besar kini. Baru kini dia faham bahawa pengorbanan yg dilakukan ketika dia susah dulu, lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah jika dibandingkan dengan sedekah yg dilakukannya ketika dia tidak kehilangan apa-apa.

    Juwita, sabar dan rileks. Allah pemberi rezki, sebutlah namaNya yg betul ketika memohon sesuatu kepadaNya. Rajin-rajinlah bersedekah. Jika telah menunaikan zakat, teruskan lakukannya dengan ikhlas.

    "...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (at Talaq sebahagian ayat 3 hingga 4 @ayat 1000 dinar)

    Semoga Juwita, suami dan anak-anak mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  2. salam Saudara Muhammad Ibn 'Az,
    Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Sebenarnya banyak sekali rezeki yang telah Allah berikan kepada saya..Alhamdulillah...saya bersyukur. Tetapi, resam kita hidup di dunia ini dugaan akan sentiasa ada di hadapan. Saya akui, kadang-kadang saya lemah dan tidak kuat menghadapinya.. Saya tidak pandai mengadu domba, merungut sini sana, saya hanya boleh menulis segala perasaan saya di sini. Itulah ketenangan. Lebih2 lagi menulis di sini setelah selesai bertahajud di tengah malam. Perasaan itu tidak dapat saya gambarkan di sini.
    Saudara, Saya pernah melakukan kesilapan yang terbesar di dalam hidup saya.. Saya tidak layak merungut pada segala kepayahan hidup saya. Saya manusia. Saya punya perasaan. Saya lemah sebagai hamba NYA. Saya tidak mahu disanjung-sanjung tinggi. Saya cuma mahukan sedikit rasa hormat dari orng sekeliling saya. Hidup ini hanya sementara. Akhiratlah yang kekal abadi. Terima kasih atas doa dan ingatan dari saudara.. :)

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam Juwita,
    semua org melakukan kesilapan termasuk saya. Tidak kira samada besar atau kecil. Hanya para nabi dan rasul terpelihara dari melakukan dosa dan kesilapan.

    Jika kita pernah berdosa, dan kita telah bertaubat dr melakukannya, maka hendaklah kita sentiasa positif di dalam pemikiran bahawa Allah akan mengampun dosa dan kesilapan lampau kita. Diakhirat nanti, akan ada segolongan manusia yang Allah akan adili secara tertutup. Manusia2 dari golongan ini akan diletakkan hijab dosa-dosanya dari segenap makhluk diakhirat. Hanya dia dan Allah tahu apabila Allah menceritakan perihal apa yang pernah dilakukannya di dunia. Selepas dari itu, Allah mahukan pengakuan darinya dan dia mengaku kepada Allah akan segala perbuatannya yang lalu. Di atas sifat Rahim Allah, Dia mengampunkan hamba-hambaNya dari golongan tersebut kerana mereka adalah manusia-manusia biasa yang telah bertaubat, tidak pernah mendedahkan perlakuan mereka kepada pengetahuan ramai serta tidak pernah mengaibkan mana-mana manusia lain dengan membuka rahsia mereka kepada pengetahuan umum.

    Juwita, jika kita pernah tersilap, kita perbetulkan apa yang tersilap itu dan biarkan hanya Allah sahaja yang tahu tentang perkara itu dengan kita hanya mengadu kepadanya. Jangan ceritakan kepada sesiapa pun hatta org yang paling rapat dgn kita. Semoga Allah melindungi kita dgn cara kita melindungi rahsia kita sendiri.

    Juwita, Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Dia menjadikan kita manusia di atas rahmatNya. Dia-lah yang mencipta lalu wajib Dia-lah sahaja yang benar-benar memahami apa keupayaan, keuatan dan kelemahan yang telah dia tetapkan kepada makhluk-makhlukNya. setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Ini termasuk diri saya yang amat lemah ini. Setiap manusia ada melakukan dosa samada secara sedar atau pun tidak. Iman manusia tidak sama seperti malaikat. Ini kerana malaikat imannya di dalam bentuk kepatuhan statik yang dibentuk Allah supaya mereka berkeadaan demikian. Iman manusia pula ada banyak peringkat, ada yang menyamai keimanan para malaikat, ada yang melebihi keupayaan malaikat, malah ada manusia yang lebih hina dari segala makhluk berakal disebabkan perilaku mereka.

    Juita, diakhirat nanti kita akan diadilikan melalui setiap amal perbuatan berdasarkan apa yang diniatkan oleh hati kita. Tiada insan yang tidak pernah berdosa kecuali para anbia’ dan mereka ini sudah tidak ada lagi hidup yang di dunia ini. Saya pernah berdosa begitu juga semua orang lain. Semua manusia pernah berdosa termasuk para alim ulama’, ustaz-ustaz dan sebagainya. Tiada siapa boleh mendabik dada bahawa dia tidak pernah berdosa.
    Cuma cara setiap dosa itu diperiksa dan ditelitikan diakhirat nanti adalah mengikut rahmat dan kehendak Allah yang telah Allah tetapkan.

    Terdapat beberapa kategori manusia penghuni syurga nanti diakhirat. Kesemua penghuni syurga ialah setiap makhluk yang tidak pernah mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Kesudahan yang baik hanya kepada mkhluk-makhlukNya yang beriman.


    samb. dibawah ...

    ReplyDelete
  4. samb. dari atas...

    Manusia yang paling hebat imannya dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Supaya komen balas ini tidak lari dari isu asas yang menyelubungi pemikiran Juwita, saya bincangkan cuma dalam konteks tersebut. Pertama harus Juwita ketahui bahawa semua dosa-dosa kecil diampunkan Allah melalui amal perbuatan baik kita. Setiap solat menghapuskan dosa-dosa kecil, setiap kebaikan yang kita lakukan terhadap mana-mana makhluk Allah di atas niat dan hati yang ikhlas kerana Allah menghapuskan dosa-dosa kecil.

    Tetapi dosa-dosa besar memerlukan kepada kita untuk bertaubat nasuha dengan Allah. Saya sangat pasti Juwita tahu akan hal-hal sedemikian.
    Sesungguhnya setiap taubat yang datang dari hati yang ikhlas yang mahukan keampunan dari Allah akan diampunkan Allah. Allah menyuruh kita segera mencari keampunanNya di atas segala dosa yang dilakukan. Di dalam surah Ali Imran ayat 133 hingga 136 di bawah diterangkan bahawa setiap manusia yang berdosa akan diampunkan Allah jika dia menyegerakan taubat dan berhenti dari melakukan perbuatan keji tersebut semata-mata kerana mahukan pengampunan dari Allah. Dan Allah menjanjikan kepadanya syurga sebaik sahaja diampunkan.

    Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
    Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
    Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
    Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah Ali Imran ayat 133 hingga 136)

    Kita semua tahu bahawa diakhirat nanti semua amal perbuatan akan dihisab Allah dihadapan khalayak makhluk-makhlukNya yang terlalu ramai. Semua manusia yang pernah hidup di dunia akan dipersaksikan apa sahaja amal perbuatan kita, tidak kira samada yang baik atau pun yang buruk. Tetapi masih ada pengecualian yang Allah berikan kepada segolongan muslim. Mereka ini Allah simpan rahsia mereka diakhirat nanti biarpun mereka-mereka ini pernah melakukan dosa. Pada ketika giliran mereka sampai untuk dihisabkan, Allah membina sebuah dinding bagi memisahkan muslim-muslim dari golongan ini daripada dilihat oleh makhluk-makhluk lain. Pada ketika itu hisab dilakukan Allah secara personal antara muslim tersebut dan Allah. Allah akan bertanyakan kepada muslim dari kategori tersebut samada dia mahu mengaku atau tidak semua perlakuan dosa yang dilakukan satu ketika dulu semasa dia hidup di dunia, lalu kesemu mereka yang termasuk golongan ini akan mengaku. Lalu Allah mengampuni dosa mereka. Berikut hadis Sahih dari Riwayat Muslim yang menceritakan mengenai perihal perkara ini.

    samb. di bawah...

    ReplyDelete
  5. samb. dr. atas...


    Dari Syafwan bin Muhriz r.a. katanya seorang lelaki bertanya kepada Ibnu ‘Umar, “Bagaimana yang anda dengar tentang ‘An Najwaa’ (suatu Rahsia)?” Jawab Ibnu ‘Umar, “Aku mendengar beliau mengatakan, bahawa nanti pada hari kiamat orang-orang mukmin didekatkan kepada Tuhannya, ‘Azza wa Jalla, sehingga dia terdinding. Lalu Allah mengingatkannya akan dosa-dosanya seraya bertanya, “Ingatkah kamu akan dosa-dosamu itu?” Jawab orang mukmin, “Kami ingat, wahai Tuhan!” Firman Allah, “Aku telah menutupnya (merahsiakan atau menyembunyikan) selama kamu di dunia, dan sekarang pada hari kiamat Kuampuni pula dosa-dosamu itu.” Lalu diberikanNya lembar keterangan kelakuan baik. Adapun orang kafir dan munafik, mereka diteriakkan (diumumkan) ditengah-tengah khalayak ramai.” Inilah orang yang mendustakan Allah.
    (Hadis Riwayat Muslim)
    Jadi bagi setiap dosa yang pernah dilakukan, jangan sekali-kali ceritakan kepada pihak lain. Biar hal tersebut menjadi rahsia antara kita dan Allah. Elakkan daripada melakukan dosa-dosa dikhalayak ramai, dan jangan berbangga dengan apa sahaja dosa yang dilakukan. Jaga rahsia diri supaya Allah menjaganya buat kita di dunia dan akhirat. Jaga juga keaiban orang lain dan jangan mengata mana-mana pihak biarpun dia melakukan dosa yang terang. Jika mahu menegur, tegurlah dengan cara yang berhemah secara bersendirian supaya tidak memalukan orang yang berdosa itu. Segerakan bertaubat dan hentikan segala perkara berdosa yang pernah kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Dia berjanji akan mengampun setiap manusia yang berdosa jika mereka ikhlas bertaubat kepadaNya. Jadi, berdoalah kepada Allah supaya disimpankan rahsia silam kita di dunia dan diakhirat. Semoga juwita, famili dan semua muslimin muslimat mendapat pengampunan Allah dan harapan tertinggi kita ialah untuk memasuki syurga tanpa hisab, jika tidak pun, dimasukkan ke dalam syurga setelah Allah menghisab kita dengan cara mendindingkan segala kesalahan kita daripada diberitahukan serta dipertontonkan kepada semua.
    Rasa hormat dari org lain pula akan datang jika kita belajar menghormati diri sendiri dan memagari institusi diri dgn segala perlindungan yang Allah perintah kita lakukan. Alhamdulillah sejak 1 Ramadhan 2005, Juwita telah mula menghormati diri sendiri dgn mula menutup aurat. Perlahan-lahan kita susuli dgn memperbaiki akhlak dan jati diri supaya sentiasa di dalam lingkungan kehendak Allah.
    Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua sebagai muslimin dan muslimat dan mencabut nyawa kita di kala iman kita berada ditahap paling tinggi kepada Allah. Selalu-selalulah bertamu di blog saya. Wassalam..

    p/s : maaf sbb tulis pjg2. Macam posting blog dalam blog org lain pulak..

    ReplyDelete
  6. saudara Muhammad Ibn 'Az ,
    Terima kasih di atas nasihat dan dorongan saudara. Tidak mengapa, saya suka dengan komen-komen saudara. Belum pernah ada org yang komen seperti itu di sini kerana tidak ramai yg tahu mengenai blog saya ini.
    (Sebab x best pun :) )
    Apa yang saudara nyatakan di atas akan saya simpan di dalam hati untuk rujukan saya menghadapi hari-hari mendatang. Insyaallah, akan saya redahi setiap cabaran kehidupan dengan keimanan dan kesabaran. Mungkin juga dengan kesilapan terbesar itu telah melahirkan saya yang hari ini..berkenaan dengan bertudung itu, kalau dapat diulang masa lalu, saya ingin menutupi aurat saya sejak dari kanak-kanak lagi. :)
    Saudara, terima kasih tidak terhingga. Tak dapat saya tuliskan betapa gembiranya saya dengan komen-komen saudara. Memang selalu saya ke blog saudara dan setakat ini alhamdulillah, nampaknya banyak persoalan saya telah terjawab di sana esp. berkenaan perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Siti Aishah yang masih kanak-kanak. Teruskan penulisan Saudara dan semoga ukhuwah berkekalan . Insyaallah. :)

    ReplyDelete

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"