Sebatang pengilat bibir..dan nilai sebuah kejujuran.


Semalam adalah hari yang sangat meletihkan dan panas. Hari isnin. Tambahan pulak senggugut. Wah! Menarik sungguh pakej hari isninku ini tuan2 dan puan2 ye.. huhu..~~

Tapi apa yang ingin aku kongsikan dengan pembaca hari ini (errkk..ada pembaca ke?) bukanlah perihal senggugut atau Monday blues, tetapi ialah berkenaan dengan satu benda yang terjadi pada aku semalam.

Semalam, aku telah dihadiahkan sebatang pengilat bibir (atau lip gloss dalam bahase omputihnya) oleh seorang peniaga yang telah aku bantu dalam dia mendapatkan bazar di kampus ini. Mula-mula aku tolak tapi dia sangat beria-ia untuk memberi dan meletakkannya di tangan aku. Aku serba salah dan ambil juga kerana tidak mahu kecoh sangat di situ. (FYI, aku pegi kerja secalit mekap pun tak de di muka. Pucat lesi jer).

Lepas aje aku menerimanya, tiba-tiba sahaja aku dapat rasakan satu perasaan. Aku rasa di antara aku dan dia sudah tidak ada tembok pemisah lagi..aku rasa macam aku terima rasuah. Aku kan bekerja di di sebuah university islam, tak sepatutnya aku menerima sesuatu seperti itu biarpun katanya itu hanyalah hadiah..katanya lah….

Balik ke rumah, aku pandang lip gloss tersebut. Apakah nilai amanah yang diberikan pihak university kepada aku semurah sebatang lip gloss tersebut?. Apakah kredibiliti aku sebagai orang yang menjaga urusniaga di university ini hanya terletak pada pengilat bibir tersebut? Adakah dengan pemberian itu, dia mengharapkan agar selepas ini urusannya dengan aku akan lebih lancar? No way!

Tiba-tiba hatiku terasa sangat panas. Bukan aku marah pada dia tapi aku marah pada diri aku sendiri kerana aku tidak ada lebih ketegasan dalam menolak pemberiannya itu. Aku rasa aku tidak jujur. Apakah mata aku terlalu dikaburi oleh sebatang lip gloss yang melambak di pasaran dan aku mampu membelinya jikalau mahu. Sepuluh pun aku boleh membelinya!

Lip gloss itu kusimpan di dalam beg. Aku dah tak sanggup lagi merenungnya. Gambar pada lip gloss itu sendiri pun dah semacam mengejek aku. Fine! Aku akan pulangkan lip gloss tersebut dan aku berkata pada diri aku yang juga merupakan kata-kata daripada seseorang yang pernah memberi nasihat pada aku

“Hormatilah diri kita dahulu supaya orang akan hormati kita”


No comments:

Post a Comment

so, nak komen tak??

" bila bahagia mula menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama..namun harusku tinggalkan cinta ketika ku BERSUJUD"